Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

鏡 : 18








[ Drop your comments to hit me up ;")
Amaran: Content di dalam part ni, bukan content lesbian ya hshshs]





"Aku.... Aku sebenarnyaㅡ" Jimin memandang sekeliling, gemuruh hatinya untuk mengungkapkan apa yang terbuku di dalam hati.

"Woi!"

Kedua pasang mata Yeonsoo dan Jimin memaling ke tepi, memandang seorang perempuan yang menjerit kearah mereka.

"Hmm ya?" Yeonsoo mengerutkan dahi.

Di depan mereka sekarang ini, Ha Eunbyeol. Perempuan bermasalah yang gedik dan bongkak dengan kekayaan dia.

Semua orang menyanjung tinggi Eunbyeol walaupun kesalahannya ada je menepek. Disebabkan kecantikan dan kekayaan tulah orang butakan mata, tapi bukan pada Yeonsoo.

Yeonsoo cukup tidak suka Eunbyeol. Yeonsoo kata dia berjuta kali ganda lagi cantik dari Eunbyeol tu ehek.

"Amboi, dalam kelas muzik pon bukan main macam ni lagi. Hei Yeonsoo, kau tu sedar sikit. Dulu pernah kena reject teruk dengan Jungkook, jangan ingat kau nak dapat kawan baik dia pulak. Mimpi lorh mimpi" Eunbyeol menolak tubuh Yeonsoo ketepi.

"YAHH! KAU NAK APA BIUL? MEMANG YABEDABEDU AKU KERJAKAN KAU!" Yeonsoo kembali bangun dan menyengseng lengan bajunya.

"Kenapa cikgu pilih kau jadi solo? Kau rasuah cikgu ya? Yah! Suara aku berkali-kali ganda lagi sedap dari kau tahu!"

"Bukan aku yang nak! Dasar biul otak terbelah. Kalau kau nak sangat, mintak jelah cikgu. Bukan aku kesah pon. Haha" Yeonsoo mejeling Eunbyeol tanda kemenangan. 

Eunbyeol mengetap bibir, tidak suka apabila kelihatan lemah dan kalah didepan orang.

Tiba-tiba senyumannya terjungkit, satu idea muncul di dalam fikirannya.

"Ok, nanti aku jumpa cikgu. Tapi, tolong jangan dekat dengan Jimin ya. Dia milik aku hehe" Eunbyeol memeluk lengan Jimin sambil menyendengkan kepalanya.

Mata Yeonsoo membulat. Wajah Jimin ditenung, meminta kepastian.

Takkanlah Eunbyeol sudah memiliki Jimin? Minyak dagu bomoh mana dia guna ni?

Jimin segera menggelengkan kepalanya, menafikan pernyataan Eunbyeol. Tangannya pula berusaha menolak ketepi kepala Eunbyeol. Rimas!

"Budak baru macam tu pon kau nak. Eleh, nak berebut dengan kau ni celah ketiak jelah" Yeonsoo dengan lagaknya menarik tangan Jimin yang lagi satu, masuk ke dalam pangkuannya.

"YAH! Jimin, kau nak mak bapak miskin kau tu jatuh miskin berkali-kali ganda tak? Kalau taknak, come to me" Eunbyeol meniup kukunya, sambil menunggu balasan Jimin.

Ceh, guna trick macam ni, aku pon boleh buat. Sinis Yeonsoo dalam hati.

"Mak bapak kau kerja apa je Biul? Bapak aku lagi berjuta kali ganda kaya dari kau tahu? Hehe" Yeonsoo menarik Jimin berlalu pergi dari situ. Buat sakit hati je.

Yang Jimin ni lemah sangat dah kenapa? Jantan ke betina dia ni?

"YEONSOO!" Eunbyeol masih tidak mahu kalah. Dia mengejar Yeonsoo dan menarik rambut Yeonsoo sekuat hati.

Guna cara lama? Takpa, Yeonsoo petik jari jelah.

"Stoplah Biul, aku takut dagu dengan telinga kau je senget" Yeonsoo merentap tarikan Saetbyeol.

"Jimin. Aku. Punya" Eunbyeol berkata sepatah sepatah dengan tegas.

"Oh?" Yeonsoo mengangkat kening dengan lagaknya yang masih tenang.

Tiba-tiba dia menjengketkan kaki lalu bibir Jimin dicantum dengan bibirnya sekilas. Mata Jimin membulat. Jantungnya hampir-hampir sahaja terjatuh ke lantai.

Perempuan yang selama ni dia kejar betul-betul menyatukan bibir dia? Ahhh, tolonglah hari ini kekal selamanya.

"Maaf, aku dapat dulu hehe" Yeonsoo sekali lagi menarik tangan Jimin, keluar daripada kelas muzik itu.

Lantaklah dia kena hukum ke apa. Janji dia tak panas hati.

Jimin pula memegang dadanya. Deruan nafasnya tersangkut-sangkut menahan perasaan.

Tetapi, Yeonsoo benar-benar memaksudkannya atau hanya... terpaksa?

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

"Kau buat apa dalam kelas seni? Kecoh keliling telinga aku dengar"

Yejin menyoal Yeonsoo sambil tangannya meraba-raba beg sekolah, mencari kunci rumah.

"Aku bergaduh dengan Eunbyeol mulut senget tu" Jawab Yeonsoo acuh tidak acuh.

"Lagi sekali?" Yejin berkerut, bermusuhan benar Yeonsoo dengan Eunbyeol.

Pintu pagar dibuka, lalu Yeonsoo segera naik ke tingkat atas. Tidak mahu disoal macam-macam lagi.

"Haish" Yejin menggelengkan kepala dan mengekori Yeonsoo naik ke tingkat atas, terus ke dalam biliknya .

Dah nak kena pujuk pulak sekor ni, tak habis-habis buat hal.

"Yeonsoo..." Yejin melabuhkan punggung pada katil Yeonsoo.

Yeonsoo tidak menjawab namun kepalanya diletak pada peha Yejin.

Perlahan-lahan, ubun-ubun kepalanya diusap oleh Yejin.

"Yeontan mana?" Soal Yeonsoo sambil bermain dengan skirt Yejin.

"Dalam sangkar dia lah tu. Haaa, aku baru ingat sesuatu. Eii geram pulak aku" Lalu pipi gebu Yeonsoo digomol-gomol geram.

"Yaahh! Kenapa?" Yeonsoo mengerutkan dahi sambil mencebik.

"Semalam, Yoongi tu datang ambik jjajangmyeon kau masak tu. Tapi dia pergi bawak lari Yeontan tahu? Nasib masa tu aku tengah jalan-jalan dekat taman, terserempak dengan diorang"

"Biar betul kau ni?" Yeonsoo bangun dari baringannya. Terkejut dengan pernyataan Yejin tu.

"Ya! Takkan aku nak menipu! Lepastukan, DIA PERGI PANGGIL AKU PUNTIANAK KOREA! AKU YANG SEKSI GOJES MACAM NI, DIKATANYA HANTU!" Yejin merengus kasar.

"Kau mesti jalan-jalan pakai mask lagi kan?" Teka Yeonsoo.

Ala, bukan dia tak kenal Yejin ni. Terlalu pentingkan kecantikan sampai setiap masa ada je dia nak check mukanya.  Kalau ada lah seketul cela pun, mahu roboh rumah dia mengamuk.

"Hmm" Yejin mengangguk.

"Memanglah orang panggil kau puntianak bangang!" Yeonsoo terkekeh sambil peha mulus Yejin dipukul-pukul.

"Yah! Sakitlah peha aku" Yejin menolak tangan Yeonsoo.

"Alaaa... Gebu sangatlah peha baby ni. Geyam tengok. Rasa nak raba-raba je. Grrrr" Yeonsoo menjilat bibir.

"YAHH! YEONSOO!!" Yejin menutup pehanya lalu melarikan diri.

"Ha, baby nak lari mana tu? Aums" Yeonsoo membuat gaya mahu menerkam dan mengejar Yejin.

"Setan terlepas mana pulak ni aarhhhh!" Pantas bayang Yejin hilang dari pandangan.

Sewaktu melarikan diri, Yejin ternampak sangkar Yeontan di tepi loundry. Segera dia mendekati sangkar itu.

"Yeontan yeontan, gigit Yeonsoo tu" Yejin menghalakan jari pada Yeonsoo yang sedang berlari. Pagar sangkar itu dibuka.

Seakan-akan paham bahasa manusia, Yeontan berlari mendapatkan Yeonsoo.

"YAH! JANGAN JILAT KAKI AKU LAH ANJINGGGGGG" Yeonsoo menjerit dan berlari ke arah bertentangan.

Habis satu taman bergegar dengan suara dia. Nasib dialah, sapa suruh jadi gatal. Padan muka.

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

"Huhuhu" Yeonsoo menyelubungkan dirinya di dalam selimut. Merajuk dengan Yejin dan Yeontan.

Ada ke Yejin kunci dia dekat luar rumah, tak bagi dia masuk? Kalau kena culik nanti macam mana? Nasib baik dia pandai panjat pagar.

"Sayang janganlah sedih-sedih. Tak ingat ke esok ada apa?" Soal Taehyung yang terletak di atas laci sebelah katilnya.

"Tak" Sepatah sahaja dia menjawab.

"Jungkookㅡ"

"INGAAAT! AHHH TAK SABAR TAK SABAR TAK SABAR"

Selimut tadi sudah tercampak. Tubuhnya kini sudah berdiri di atas katil sambil bergelek keriangan.

"Nak tengok dia berpeluh! Nak jerit nama dia kuat-kuat! Nak nak ahhh semualah!" Yeonsoo melompat-lompat keriangan di atas katil.

Akhirnya, hari yang dia tunggu-tunggu telah tiba. Dari part satu lagi dia dah tak sabar. Apa lagi kalau bukan perlawanan basketball antara sekolah tu?

"Exitednya" Taehyung tersengih lalu jari telunjuk di arah pada katil Yeonsoo. Serangkap mentera dibaca secara senyap.

Tiba-tiba sahaja katil itu berubah menjadi sebuah kolam.

Ketika Yeonsoo mendarat dari lompatannya, terus terjunam tubuhnya di dalam kolam itu. Habis lencun satu badan.

"TAEHYUNGGG!!!" Yeonsoo keluar daripada kolam itu sambil bercekak pinggang. Betitik-titik air menuruni rambutnya.

"Ops" Taehyung menutup mulutnya, sengaja menyakat Yeonsoo.

"Hish!" Yeonsoo mendekati Taehyung namun, langkahnya terhenti apabila terlihat Taehyung tersengih-sengih gatal.

"Apa benda dia tenung sengih-sengih tu"

Kepalanya ditunduk, melihat apa yang tidak kena dengan dirinya.

Dan baru dia faham, baju sekolahnya berwarna putih dan baru tadi dia basah lencun.

Habislah, keindahan badannya sudah tertayang pada jin gatal di dalam cermin itu.

"Uuuu" Taehyung sengaja menjilat bibir.

"Eiii! Banganlah jin kentut ni!" Yeonsoo menutup bahagian badannya itu.

"Ala, kau punya bukan mantap macam  orang lain hehe" Taehyung tergelak kecil.

"Eh, sorry sikit. Aku seksi tau, kau apa tahu"

"Tak, Mia Khalifa lagi seksi" Jawab Taehyung sambil memandang ke atas.

Berimaginasi lahtu! Eii gatalnya!

"Dah jadi cermin pon layan porn patut muka macam punggung lembu!"

Yeonsoo mengambil tuala lalu meninggalkan Taehyung yang masih dengan mood gatalnya.

Lama-lama dekat situ, mahu badannya pulak ditukar jadi shrek. Yeonsoo taknak jadi hijau!

⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰
















⊱ ━━━━━━  ∘• ❈ •∘  ━━━━━━ ⊰

TBC BEBEH <3
F

irst time triple update. Hehe😤💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro