鏡 : 12
[Hello sayang-sayang semuaaaa! Nak bagitahu satu news ni! ]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[DEGEUN DEGEUN DEGEUN PROTT PROTT KRIUKKK PICHUUUW! DANNNNN FANFIC NI ADA BACKGROUND OFFICIAL!!! YEAYYYY]
[Tengoklah dengan aman😚 Pastikan hafal lirik k. Dan maaf part ni agak bosan. Janji yang part seterusnya dah tak bosan😭✋ ]
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
[Ost for this chapter;
4'oclock; V and RM BTS]
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
▪
Pintu biliknya dibuka kasar lalu dia menghempapkan punggungnya di atas katil.
Peluh yang turun melalui rambutnya diseka. Kedua belah tanggannya naik ke atas rambut lalu menarik-nariknya geram.
"ARGHHHH! KAU BODOH JIMIN, BODOH!"
Air matanya mula turun. Segala bait memori yang terlintas, dia tepis namun itu hanyalah perbuatan yang sia-sia.
Memori itu kembali datang, menjadi mimpi buruk untuk dirinya walaupun sudah 8 tahun berlalu.
Pil yang ada di meja kecil diambil lalu menyumbatkan 3 biji sekali gus. Air mineral diteguk laju sehingga tiada sisa.
"Arghh" Dia menghelakan nafas berat lalu menuju ke meja belajarnya. Foto kecil yang sudah diframekan itu ditilik penuh emosi.
Sedih,
Marah,
Benci,
Kesal.
Jika dia boleh undurkan masa, ah, tidak! Itu clichè, apa kata jika dia sendiri tidak wujud? Pasti 'orang itu' masih hidup, menjalani kehidupannya dengan gembira.
Patutnya dia bunuh diri saja waktu tu! Takdelah terseksa sebegini rupa! Tetapi malang, dia sangat bodoh masa tu.
Yang paling menyebabkan dia tidak puas hati, tindak-tanduk Yeonsoo mengingatkan dia tentang 'orang itu'. Lirikan matanya, gelak tawa yang nyaring, gaya bersin melepas, kebodohan yang tidak disangkal dek akal yang waras, semua itu sama.
Malah, bila dia lihat wajah Yeonsoo, dia juga boleh lihat wajah 'orang itu'.
Kenapa? Kenapa tuhan sanggup menjadikan takdirnya begini?
Flashback
9 years old Jimin
Mereka bertiga, trio sengal yang selalu bersama. Bermain, pergi ke sekolah, mandi sungai, curi pisang dekat pasar, panjat tiang elektrik, usha awek seksi, ngorat anak ketua kampung, semuanya bersama.
Jimin, Jungkook dan Taehyung.
Ya, Taehyung.
Dan ketika itu, mereka menghabiskan masa di tepi pantai yang terkenal di Busan, untuk bermain bersama-sama.
"Taetae jom ke sanaㅡ" Ajakan Jimin dipotong oleh panggilan Jungkook.
Tangan Taehyung yang berada didalam genggaman dilepaskan. Taehyung terus berlari ke arah Jungkook dan meninggalkan Jimin yang masih termangu.
"Jungkook! Cantiknya kerang ni!!"
Jimin hanya memerhatikan dari jauh. Tidak tahu mengapa, dirinya terasa disisihkan.
"Kalau kita letak dekat telinga kan, mesti boleh dengar bunyi laut" Lalu Jungkook mendekatkan kerang itu ditengah-tengah antara telinga mereka berdua sahaja.
Jimin mula terasa hati. Dia membawa diri ke atas batu-batuan yang tinggi seperti bukit dan berusaha mencari sesuatu yang lebih bagus.
Dia pon nak perhatian!

[Bayangkanlah Jimin berjalan dari bawah, naik atas lepastu dia duduk dekat hujung tebing tu]
"Eo?!" Dia menundukkan badan kecilnya di tebing batu itu untuk melihat sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Apa ni? Macam permatalah!!" Badannya semakin ke bawah dan kebawah, hampir-hampir sahaja terjatuh dari situ. Nasib dia sempat memegang hujung batu itu.
Kalau tidak, pasti dia sudah jatuh ke dalam air laut yang dalam di bawah timbunan batu itu.
"Chimchim?"
Suara kecil itu mengejutkan Jimin lalu dia memusingkan badannya ke belakang.
"Oh Taetae, kenapa?" Jimin kembali berdiri.
Taehyung mengambil langkah untuk mendekati Jimin. Tangannya meraih tangan Jimin lalu menggenggamnya erat.
"Maafkan Taetae. Chimchim merajuk eh? Atototo, nanti kita dengar bunyi laut sama-sama ya"
Jimin mula tersenyum. Perasaan marahnya mula terubat.
"Heheh, ok! Tapi kan Tae, tengok bawah tu! Ada benda tau, macam menarik je Chim tengok"
Lalu Taehyung mencangkung di tebing itu untuk melihat objek yang dikatakan oleh Jimin.
"Haahlah, berkilat-kilat! Jom turun bawah, kita tengok sama-sama! Jangan-jangan mutiara! Kayalah kita nanti!"
Jimin mengangguk lalu berpusing dan mengambil langkah untuk pergi dari situ.
"Jom!"
Namun, senyap..
Langkahnya terhenti, dahinya berkerut dan debaran jantungnya mula laju.
"ARGHHHHHHH"
Suara jeritan Taehyung yang semakin samar-samar itu membuat dirinya mula tidak waras. Adakah benda yang dia fikirkan itu betul-betul berlaku?
Dia berpusing perlahan-lahan untuk menghadap belakang, tempat Taehyung bercangkung tadi, penuh resah.
Dan sangkaannya, tepat sekali namun tepat yang menyakitkan.
Tubuh Taehyung sudah tiada disitu. Nafasnya menjadi berat. Dia segera berlari ke tebing itu dan melihat ke bawah.
Air matanya mula jatuh. Hatinya remuk, hancur melihat rakan baiknya meninggalkannya di depan mata dengan penuh tragis.
Bunyi deruan ombak, bunyi cicipan burung tidak lagi kedengaran indah. Rakannya.. rakannya sudah tiada... di tempat seindah syurga ini.
Tubuh Taehyung yang sudah hampir hancur jatuh di atas batu dari tebing itu perlahan-lahan di bawa ombak. Tidak tahu mengapa, Jimin hanya mampu melihatnya.
Kata-katanya mati. Tiada raungan namun tangisannya membanjiri wajah.
Tangisan senyap tu yang paling menyakitkan..
Kerana merajuk tidak tentu pasal, dia mengorbankan nyawa seorang kawan. Malah, kata-kata maaf langsung tidak sempat diucapkan.
"Tahu tak Jimin? Taetae lahir masa last 1995 sebab taknak Jimin keseorangan tau! Sebabtulah kita ni soulmate"
Kata-kata itu berterusan bermain di fikirannya.
Soulmate.. yang mengorbankan soulmate, betul-betul di depan matanya.
"Ehe! Dah besar nanti kita kena jadi penyanyi! Taetae nak jadi terkenal dekat mata dunia!"
Maafkan Jimin, Taehyung..
-------------------------
End flashback
Semenjak kejadian itu, dia mula menjadi seorang yang pendiam. Lama dia menyembunyikan diri daripada dunia luar.
Jungkook apatah lagi, terus pengsan mendengar rakan baiknya itu sudah tiada.
Jungkook mula meracau, semua orang yang ada disekelilingnya dihamburkan kemarahan. Setiap kali lalu di pantai itu, dia akan pengsan. Malah dia pernah cuba untuk membunuh diri.
"Kook nak ikut Taehyung. Hiksㅡ cian dia sorang-sorang"
Itulah ayat yang dia utarakan dengan pisau di tangan.
Ya, walaupum berumur 9 tahun, dia sudah begitu.
Ibu bapanya yang resah melihat anaknya itu, mengambil keputusan untuk berpindah ke Seoul, meninggalkan segala bait memorinya di Busan.
Jimin pula selalu mengurungkan dirinya. Menyesal dan menyalahkan dirinya sendiri tidak habis-habis.
Setelah satu tahun berlalu, dia kembali melihat dunia luar. Tahun demi tahun berlalu dan sekarang, dia mengambil keputusan untuk mengikut jejak Jungkook ke Seoul, supaya dia boleh menjalani hidupnya dengan kehidupan baharu.
Namun dengan melihat Yeonsoo, dia boleh menjadi gila semula. Yeonsoo seakan-akan orang yang sama seperti Taehyung.
Jimin tak kuat :)
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
Yeonsoo's pov
Sambungan chapter sebelum ni.
Zrrtt!
Aku melihat skrin telefon, ada panggilan masuk. Eh, papa?
"Yejin, kau baliklah dulu. Papa aku call" Yejin mengangguk dan teruskan perjalanan.
"Erk, yeobo"
"Yeonnieㅡ" Suara tangisan kedengaran dihujung percakapannya. Hati aku mula resah, kenapa dengan papa?
"Papa? Ok tak ni? Kenapa ni?" Hati aku berdegup laju. Janganlah ada apa-apa yang buruk terjadi.
"Appa? Kenapa papa menangis ni? Bagitahu Yeonsoo"
"Appa kena tuduh Yeon. Mula-mula syarikat tu bagi beban dana dekat papa, papa cuba uruskan dan tiba-tiba dana tu kosong! Kosong Yeon, papa tak tahu sapa yang ambil dan terus papa dibuang kerja."
"Maㅡ macam mana?" Hati aku gasp, lemah mendengar papa menangis tersedu-sedan.
"Entahlah, sebab papa yang patut jaga duit ni, tapi papa cuai sangat. Lepastu cengeng pulak tu menangis sebab kena buang kerja hahahaha"
"Kejap lagi Yeon pergi balik Daegu boleh?"
"Eh tak payalah. Esok kamu sekolah"
"Tak appa, apa function Yeon sebagai anak? Sekolah tu esok bukan harini. Takpe, Yeon akan sampai secepat yang mungkin"
"Terima kasih, anak ayah"
Aku terus mematikan panggilan dan berlari hingga ke rumah. Sampai sahaja, aku lantas mendapatkan Taehyung di dalam bilik.
"Kau boleh teleportkan orang kan? Masa awal perjumpaan kita kau ada teleport aku dari kedai tu sampai ke rumah"
"Ofkos! Aku kan yang paling hebatㅡ"
"Jaebal.. Teleport aku sampai dekat rumah papa aku. Dia perlukan aku" Aku memandang Taehyung penuh harapan.
"Eung!" Taehyung menangguk.
Matanya mula tertutup dan tangannya ditepuk 3 kali. Tiba-tiba, aku terasa seperti berada di awangan. Serasa angin kuat menyapa aku.
Dalam sekelip mata, aku sudah sampai di Daegu. Tepat di hadapan rumah kampung yang dahulu menjadi tempat di mana aku membesar.
Langkah terus dibuka menuju ke muka pintu. Namun aku terhenti apabila mata aku tertumpu kepada sekelompok geng nenek-nenek bawang yang dah berkumpul di gazebo berdekatan rumah aku ni.
Telinga aku tiba-tiba menjadi panas. Cermin yang berada di tangan digenggam geram.
"Tu anak lelaki yang kikis duit syarikat tu kan? Eii! Balik sini nak mintak duit lah tu! Ha bagus. Lepastu enjoy dengan lelaki dekat bandar sana"
"Kan! Aku rasa bapak dia memang biar dia jadi pelacur dekat Seoul tu! Tengok tu, body lawa takkan tak laku!"
"Lepastu duit tu diorang bahagi bahagi, hush! Meletops! Anak bapak tak reti malu betul"
"HOHOHOHOH" Mereka ketawa sambil menutup mulut, acah-acah seakan ketawa tuan puteri istana.
Aku menggigit bibir. Kenapa mulut manusia makin kurang ajar? Dah tua pon pemikiran masih cetek.
Mereka terus memandang tajam ke arah aku. Aku hanya membalasnya dengan jelingan.
Diamkan je kalau orang bodoh ajak gaduh hahahahahaha.
"Yeonsoo!"
Pintu dibuka dan tubuh papa aku terus peluk.
"Yeon, menyusahkan kamu je.."
"Tak papa, maafkan Yeon sebab jauh daripada papa. Yeon takde dekat sisi papa waktu papa memerlukan. Yeon anak yang tak guna!"
Rambut aku diusap perlahan.
"Tak Yeon, Yeon ni anak bertuah. Percaya cakap papa. Ni datang ni, kenapa? Papa ok je. Nanti papa ambiklah kerja baru. Eh jap, cepatnya kamu sampai?"
"Papa, jom masuk, Yeon nak tunjuk something" Aku membawa papa masuk ke dalam tanpa menjawab persoalannya.
Selepas duduk, aku menunjukkan cermin Taehyung di hadapan papa.
"Papa, cermin ni boleh tunaikan hajat. Papa boleh mintak pangkat yang papa inginkan."
Papa memandang aku dengan wajah tidak percaya, sambil keningnya bertaut.
"Kamu mengarut apa ni Yeon? Kamu ni terpengaruh sangatlah. Setahu papa, Seoul tu maju, kenapa kamu macam dah kebelakang sangat ni?"
Aku mengetap bibir dan menyuruh Taehyung munculkan diri. Papa tampak sangat terkejut dan terdiam.
"Jap, Taehyung! Kau kata aku boleh mintak permintaan kategori pangkat kan? Permintaan kedua tu. Dan sekarang aku nak buat"
"Yeonsoo.." Panggilan papa aku hiraukan. Aku tahu papa tak suka benda-benda macam ni.
"Baiklah. Sebut permintaan kau, sambil menghadap aku" Taehyung mengangguk menyatakan yang dia sudah bersedia.
Aku memandang wajah papa, dia seperti inginkan jawapan dan pernyata yang logik dariku.
"Papa teringin tak jadi pengusaha syarikat besar?"
Papa mengangguk perlahan lalu menggeleng laju.
"Tak Yeon memang papa inginkan. Tapi, papa takut papa tak mampu!"
"Takpe, papa boleh lakukan ni!" Aku tersenyum.
"Kamu percaya semua ni? Kau sama macam mak kau! Karut! Sebab benda nilah mak kau mati tahu?!" Papa menghentak meja.
Pergerakan aku terhenti. Papa..
"Ke.. kenapa?" Hati aku bagai dikoyak-koyak. Terkejut dengan suara papa yang sedang marah.
Cepat-cepat aku menolak perasaan sedih, aku tahu ini akan jadikan papa gembira. Aku tak kesah, aku kena buat jugak.
Sejak papa tahu aku boleh memahami bahasa haiwan laut, papa sering salahkan mama. Aku tak tahu kenapa. Katanya aku ni mengarut, dan selalu sangat papa awasi aku sebab takut aku hilang kawalan.
Hilang kawalan sebab roh kedua tu..
Tetapi, aku pasti. Dengan cara nilah papa boleh tersenyum. Papa dah banyak lalui kesusahan dalam hidup dia.
Terus, aku menyebut setiap bait perkatan magis yang ditulis pada kertas yang diberkan oleh Taehyung.
"AKU, PARK YEONSOO BERHARAP PAPA DAPAT JADI CEO SYARIKAT YANG KAYA, TERKENAL DAN TAKKAN ADA BENDA BURUK BERLAKU DEKAT SYARIKAT TU. SEGALA BAYARAN AKAN AKU TUNAIKAN. WALAU SELURUH ALAM INI HANCUR, BAYARAN ITU TETAP AKAN AKU LUNASKAN"
Suasana tiba-tiba bertukar gelap. Angin kuat meluncur masuk ke dalam rumah melalui tingkap.
Lalu, ianya mengubah ruang tamu ini menjadi lebih besar, dan luas. Dindingnya yang dulu berwarna kusam, kini berwarna hijau sej dibingkaikan dengan kumai putih yang berkilat.
Aku mula tergamam. Terdapat tangga besar untuk ke tingkat atas. Semuanya berubah! Menjadi seperti estet yang megah.
"Yeonsoo, papa kau takkan tahu kejadian sebenar. Fikiran dia akan ingat pasal ni terus. Kerja dia sebelum ni, tak wujud langsung. Kerjaya dia ni mula berjaya tahun ni. Jadi dia hanya CEO syarikat besar yang baharu."
Aku mengangguk. Bayang papa tiada dalam rumah ni. Mungkin dia di tempat kerja.
"Cik muda Park" Seorang pembantu rumah ini menundukkan kepala di hadapan aku. Aku terus mengikutinya keluar rumah.
Wah! Aku takjub dengan suasana di halaman rumah. Ada air pancut dan taman bunga ditepinya. Hebat!
"Cik muda nak balik? Biar saya hantarkan" Lelaki yang memakai sut hitam menghantar aku ke kereta. Pemandu? Pergh gempok giler.
"Thanks Taehyung!" Aku mengukir senyuman dan melangkah masuk ke dalam kereta.
Aku gembira dapat guna permintaan tu untuk papa!
"Terima kasih je?" Tanya Taehyung.
"Dahtu? Penumbuk?"
"Alah, cium ke? Peluk ke?" Taehyung pout dan mengedipkan matanya beberapa kali.
"Taknakk!" Aku malah menyelitkan cermin itu di celah ketiak lalu memerhatikan permandangan di luar tingkap.
"Duduk situ diam-diam, bau udara segar"
"Yeon, jangan lupa, kau dah buat permintaan tu, ada bayarannya tau"
Di dalam cermin itu, Taehyung mengeluarkan scroll. Terus dia menandakan tanda 'right' pada perkataan 'pangkat'.
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
❈
⊱ ━━━━━━ ∘• ❈ •∘ ━━━━━━ ⊰
85 votes + 100 comments to unlock part 13
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro