part 30(end)
Pedang di tangan aku sekali lagi aku hayunkan laju ke arah Kurima.
Namun dengan mudahnya dia mengelak dengan bergerak satu langkah ke sisi.
Ranting magis di tangannya dihalakan kepada aku dengan senyuman sinis.
Satu cahaya laju keluar Dari ranting itu dan meluru laju ke arah aku dan terkena tepat pada perut aku.
Disebabkan serangan itu aku terundur ke belakang dan hampir berlanggar dengan pasu² bunga Yang berada di kawasan itu.
Tangan aku menekup perut yang mula terasa senaknya.
"Huh. Lembiknya kau ni. Aku ingat ke kuat sangat." Kutuk Kurima.
Aku memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Kau tunggu. Aku dapat kau aku robek² isi kau!
Perlahan² ranting magik di tangan Kurima bertukar menjadi sebilah pedang perak.
"Apa kata kita lawan pedang? Tak bestlah kalau guna magis je~" ujar Kurima sambil menilik pedangnya yang tajam macam jarum tu.
Satu senyuman sinis terukir di bibirnya sebelum dia menyerang aku secara tetiba tanpa sebarang amaran.
Aku hanya mampu mengelak dan menahan semua serangannya dengan pedang milik aku.
Bunyi lagaan pedang disusuri dengan ngauman naga menghiasi kawasan itu.
Tengah kami berdua menyerang masing² dengan menggunakan pedang, tetiba sahaja Kurima hilang Dari pandangan aku.
Damn it! Sihir halimunan!
Tengah aku terkial² mencari kelibat si setan tu, aku rasa sesuatu membelah betis kiri aku secara tetiba.
Tanpa berfikir panjang aku menghayunkan pedang aku ke arah belakang aku. Namun, tiada apa² yang berlaku.
Kini tangan kiri aku pula yang terbelah. Sekali lagi aku menghayunkan pedang, tetapi tiada apa² yang berlaku.
Tangan dan betis kiri aku mula mengeluarkan darah yang banyak.
"Keluarlah pengecut!!!" Jerit aku kuat.
Satu ketawa halus kedengaran, tetapi aku tak dapat kesan dari mana ia datang.
Tetiba satu tikaman pedang dari belakang menembusi perut aku.
"Shielda!!!"Jerit Eren yang masih terbaring di atas tanah.
Aku pula masih terpaku. Baju aku mula diwarnai dengan warna merah darah.
"Gotcha." Satu bisikkan dari Kurima mula kedengaran betul² di tepi telinga aku.
Badan aku ditendang dari belakang membuatkan perut aku terlepas dari tikaman Kurima.
Aku jatuh terbaring di atas tanah akibat kehilangan banyak darah.
Aku boleh nampak Kurima yang mengatur langkah ke arah aku dengan muka yang kecewa.
"Aku kecewa dengan kau." Kakinya diletakkan betul² di dada aku lalu ditekan kuat dengan tumit kasutnya.
Aku hanya mampu mengerang kesakitan. Aku dah tak berdaya.
"Aku ingatkan, bila aku lawan dengan kau, aku akan dapat kepuasan dan keseronokkan. Tapi, aku silap. Kau sama ja dengan manusia² lemah yang lain." Tumitnya ditekan lebih kuat dari sebelum ni pada dada aku.
"Erghh!!!"
"Tapi tak apa lah. Lepas kau mampus, aku akan bunuh semua keluarga kau, dan aku akan jadi raja kat dunia ni! Hahaahhaha!"
Aku terpaku dengan kata² Kurima. Bunuh keluarga aku? Maksud dia...
Bonda, Eren, Eli, Licius, dan Aurora. Dia akan bunuh mereka? Aku tak boleh biarkan!
Dengan semua kekuatan yang ada, aku menggenggam kuat kakinya yang berada di atas dada aku.
Kurima yang masih ketawa terkejut dengan tindakkan aku.
Dengan segala kudrat yang aku ada aku mengalihkan kaki Kurima dari dada aku lalu menolaknya jauh dari aku.
Aku mula berdiri dengan susah payahnya. Kesakitan pada seluruh tubuh aku masih terasa.
"Aku..." Tangan kiri aku ditekup untuk menghentikan pengaliran darah.
"Takkan benarkan kau bunuh keluarga aku!!!" Tangan kiri aku diangkat separuh lalu dihalakan pada Kurima.
"Wïth thé põwér of mâgíç. Déstróy the évíl fròm thís wòrld åñd sénd thëm tô thé dêépèst héll!"
Satu cahaya kuning terhasil di tangan aku. Cahaya yang mampu menyilaukan mata² yang memandang.
"C--cahaya apa ni?!" Cahaya di tangan aku meluru laju bak kilat ke arah di mana Kurima berada dan...
BBOOOOOMMMM!!!!
Satu letupan yang maha kuat terhasil akibat serangan aku itu. Asap mula berkepul² di udara menghalang pandangan aku.
Aku jatuh melutut di atas tanah akibat kehabisan tenaga. Tangan aku menjadi pendorong untuk aku tidak jatuh menyembah bumi.
Tetiba...
"Hahahaha. HAHAHAHAHA!"
Kamu semua yang berada di situ terpaku dengan tawaaan itu.
"T--tak mungkin." Asap² yang berkepol itu beransur hilang. Kelihatan sesusuk tubuh yang masih berdiri teguh dilindung dengan asap² itu.
"Hahahahaha! I'm impress. Tapi, tak cukup kuat untuk kalahkan aku."
Air mata aku mula mengalir. Ini tak mungkin. Aku dah tak mampu bertarung lagi.
Maafkan aku semua, aku gagal. Aku gagal untuk lindungi keluarga aku. Maaf.
"Sekarang, ucapkan selamat tinggal pada dunia ni." Pedang perak di tangannya kembali bertukar menjadi ranting magik.
Ranting itu dihalakan pada aku dengan senyuman kemenangan. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Aku lemah. Aku tak kuat.
Cahaya mula terhasil pada ranting itu. Aku hanya mampu menerima takdir. Kepala aku diangkat memandang langit. Mata aku terpejam rapat.
Selamat tinggal dunia.
Bukk!!
Aku kembali mencelikkan mata apabila aku terdengar sesuatu. Tetapi aku lansung tak rasa apa².
Membuntang mata aku bila nampak Eli yang melindungi aku. Dan dia tercampak jauh akibat serangan Kurima.
Aku terpaku buat sementara waktu. Tak...
"Eliiiii!!!!!!" Dengan kekuatan yang masih tersisa aku mengesot ke arah Eli yang terbaring lemah tak jauh dari aku.
Kepalanya aku letakkan di paha aku. Air mata aku mencurah laju keluar dari empangannya melihat Eli yang lemah tidak berdaya.
"Ma... Ma..." Ujar Eli lemah.
"Ya sayang. Mama ada kat sini." Kepala Eli aku usap lembut. Tangannya menggapai pipi aku lalu jari kecil mulusnya mengesat air mata aku yang mencurah di pipi.
"E...li... Sa...yang... Ma... Ma..." Mata Eli perlahan² tertutup. Tangannya yang berada di pipi aku tadi terkulai lemah.
Jantungnya berhenti berdegup. Tangan Eli mula membiru. Tak...
"ELLLIIIIIIIII!!!!!!"
Tubuh Eli yang kaku itu aku dakap erat. Eli... Maafkan mama. Kalaulah mama kuat... Semua ni takka terjadi.
"Awww... Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. So sweet~. Tapi malangnya. Kau sendiri yang bunuh dia." Kata²Kurima menerpa telinga aku.
"Kau memang pembawa bala dari dulu! Ayah kau mati sebab kau! Sekarang anak kau pun mati sebab kau! Kau memang pembawa bala!"
Dia betul. Aku tak patut hidup di dunia ni. Aku hanya membawa malang pada semua orang.
"Shielda..."
Aku terpaku. Suara ni...
"Dah² lah tu. Tak baik tau menangis macam ni."
Suara ayah...
"T--tapi... Comel mati sebab Shiel. Kalaulah Shiel jaga dia elok² pasti Comel hidup lagi."
"Tak sayang... Comel mati bukan sebab Shiel. Tapi ni semua takdir. Memang takdir Comel untuk pergi tinggalkan kita. Dah². Jangan nangis. Kalau Shiel nangis mesti Comel pun sedih jugak. Shiel nak ke Comel sedih?"
"Tak nak..."
"Jadi jangan nangis ye?"
Betul. Ini semua takdir. Takdir Yang menentukan segala²nya.
Perlahan² aku mengalihkan kepala Eli Dari paha aku. Eli aku baringkan di atas tanah dengan penuh kasih sayang.
Perlahan² aku bangun dari duduk di atas tanah. Air mata aku dikesat kasar dengan belakang tangan.
"Tak... Ayah mati bukan sebab aku. Eli mati bukan sebab aku. Tapi ianya sebab takdir. Dan sekarang, takdir aku untuk tamatkan riwayat kau."
Secara tetiba Kurima yang masih terpaku terpelanting ke belakang dan menghempap tembok istana.
Aku melangkah perlahan² ke arahnya dengan wajah tiada perasaan.
Kurima cuba untuk melarikan diri tetapi terhalang apabila ada akar² pokok yang mengikat tangan dan kakinya.
"Aku takkan bunuh kau. Tapi aku nak tukarkan nyawa kau dengan nyawa anak aku." Ujar aku dingin.
"Tak. Jangan. Aku mohon..." Rayu Kurima.
"Jangan risau, ianya memang menyakitkan. Malah 2kali ganda sakitnya dari ditikam bertubi² dengan pedang."
Perlahan² tubuh Eli yang dingin dan pucat itu terapung ke arah aku dan dibaringkan elok di tepi Kurima.
Tangan aku dicantumkn kedua² belahnya.
"Wïth thé pôwér öf thé pást màgïcían, I wïll chángé thé lîvé böth ôf yôû, Sô thé Jüstïcé wïll cômébàck àlïvé!"
"Tidak!!!!!"Perlahan² tubuh Kurima dan Eli bercahaya terang.
Kini, Eli mula bernafas kembali. Tetapi tubuh Kurima pula yang membatu. Matanya bertukar putih kesemuanya. Lidahnya terjelir keluar dan terdapat buih² yang keluar Dari mulutnya.
"Bàçk tō nôrmãl"
Perlahan² keadaan sekeliling kembali seperti sedia kala. Istana yang separuh musnah kembali seperti biasa seperti tiada apa² yang berlaku.
"Aku... Berjaya..." Terus aku jatuh terbaring di atas tanah. Pandangan Aku mula kabur. Yang aku lihat seseorang berlari laju ke arah aku sebelum aku tidak sedarkan diri.
Bersambung...
Dengan ini tamatlah book The Witch.
Maaflah sebab part last ni Ambil masa yang agak lama.
Wattpad ni buat hal. Tapi jangan risau. Ada lagi Epilog dan bonus chapter.
Jadi Stay Tune ye.
See ya!😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro