Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 9 (EDITED)

"Muahahahaha!!!! Sekarang tiada siapa mampu kalahkan aku!" kata alien yang dikenali sebagai Ejojo.

Kelihatan kawasan Pulau Rintis yang hampir musnah. Yaya, Ying, Gopal, Fang, Adudu dan Prob terbaring lemah.

Boboibot pula dah hancur dimusnahkan oleh Ejojo. Fang cuba bangun tetapi gagal. Kemudian dia terus menangis lalu menjerit.

"Aku menyesal!! Aku menyesal buat kau marah Boboiboy! tolong kembali Boboiboy!! tolong maafkan ku Boboiboy!! Maafkan aku Boboiboy!!!!!!! "jerit Fang penuh menyesal.

~1 minggu sebelumnya (Flashback)

Boboiboy kini berdiri di hadapan pejabat pengetua. Dia rasa sudah bersedia lalu dia pun masuk. Dia berdiri di hadapan pengetua sekolah.

"Cikgu, saya datang nak ambil surat kebenaran rawatan" kata Boboiboy.

"Ohh! baru cikgu teringat, sebentar ya" kata pengetua.

"Nah ini suratnya" kata pengetua sambil menyerahkan sekeping surat kebenaran rawatan.

"Terima kasih, cikgu" kata Boboiboy mengambil surat itu.

"Semoga pembedahan ini berjaya ya" kata pengetua memberi semangat kepada Boboiboy.

"Terima kasih lagi sekali, cikgu" kata Boboiboy lalu keluar.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang mendengar perbualan antara Boboiboy dan pengetua.

Dan orang itu ialah Fang. Ketika itu, Fang dalam perjalanan ke kantin ingin beli donut lobak merah macam biasa. Tetapi bila dia nampak Boboiboy masuk bilik pengetua, dia buat keputusan untuk curi-curi dengar perbualan mereka.

Mata Fang sedikit membulat kerana rasa terkejut. Dalam kepala dia penuh dengan soalan. Dan soalan pertama yang dia ingin tahu ialah kenapa Boboiboy minta surat kebenaran rawatan dan kenapa Boboiboy ingin melakukan pembedahan.

Selepas balik sekolah, Boboiboy telah dijemput oleh Tok aba dan Ochobot. Manakala Fang sudah beritahu Yaya, Ying dan Gopal pasal Boboiboy mengambil surat kebenaran rawatan. Mereka membuat keputusan untuk mengekori Boboiboy.

Sehingga mereka sampai di satu tempat, mereka terkaku kerana mereka kini berada dihadapan Hospital Pulau Rintis (HPR). Boboiboy, Tok aba dan Ochobot mula melangkah masuk ke dalam hospital tersebut.

Boboiboy pov

Aku, Ochobot dan Tok aba berjalan ke arah kaunter pertanyaan.

"Maaf tumpang tanya tapi hari ini ada tak Doktor Kimilia sebab cucu saya datang nak buat pembedahan dia?" tanya Tok aba.

"Oh Doktor Kimilia sedang tunggu di ruangan beliau. Dia ada kata kalau adik Boboiboy dah datang suruh jumpa dia kat ruangan dia" kata jururawat di situ.

"Baiklah, terima kasih ya" balas Tok aba.

Boboiboy pov end

Boboiboy, Ochobot dan Tok aba pun pergi ke ruangan Doktor Kimilia. Yaya, Ying, Fang dan Gopal pun pergi ke kaunter pertanyaan tadi.

"Kak jururawat, nak tumpang tanya boleh?" tanya Yaya.

"Boleh je, apa yang adik-adik ni nak tanya?" tanya jururawat yang memakai nametag bernama Dhalia.

"kami nak tanya, pesakit bernama Boboiboy sakit apa sebenarnya dan kenapa dia kena buat pembedahan?" soal Fang ingin tahu.

"Sebenarnya adik Boboiboy mengalami penyakit leukimia dan dia buat pembedahan sebab kanser dia mula merebak ke seluruh tubuh badan dia" kata jururawat tersebut.

Mendengar kata-kata jururawat tu bagaikan ada petir menimpa hati mereka semua. Secara tidak sedar, kesan tembakan laser yang Adudu tembak kepada mereka mula menghilang. Seketika mereka bagai disumpah menjadi batu.

Mereka mula mengingati apa yang mereka lakukan kepada Boboiboy. Mereka mula berasa bersalah terhadap Boboiboy. Pada masa yang sama, listol kepercayaan milik Adudu sudah rosak kerana Yaya, Ying, Gopal dan Fang lakukannya secara tidak langsung.

Tanpa sesiapa tahu termasuk Adudu bahawa untuk pulih dari tembakan Pistol kepercayaan ialah keikhlasan dan kasih sayang. Yaya, Ying, Gopal dan Fang berjaya pulih sebab mereka risau terhadap Boboiboy dan mereka ikhlas berkawan dengan Boboiboy.

"Di mana bilik pembedahan yg Boboiboy ditetapkan, dia kawan kami" kata Fang mula risau.

Dari nada suara dia, sudah cukup untuk mengetahui bahawa dia rasa bersalah terhadap Boboiboy.

"Bilik pembedahan nombor 15" jawab jururawat tersebut.

"Terima kasih, kak jururawat" balas mereka serentak lalu berlari ke arah bilik pembedahan 15.

Tanpa sedar, jururawat tadi tersenyum sambil berkata

"Nampaknya kawan-kawan kamu masih pedulikan kamu dan ingin kamu selamat Boboiboy" bisik jururawat tadi perlahan.

Yaya, Ying, Gopal dan Fang berlari sekencang-kencangnya ke bilik pembedahan 15 untuk berjumpa dengan Boboiboy. Tetapi mereka dah terlambat, Boboiboy sudah masuk ke dalam bilik pembedahan 10 minit yang lalu dan hanya tinggal Tok aba dan Ochobot saja masih diluar.
Menunggu Boboiboy untuk kembali.

"Ochobot!!Tok aba!!" panggil mereka.

Tok aba dan Ochobot pun pusing ke belakang untuk siapa yang memanggil. Tok aba dan Ochobot agak terkejut melihat siapa yang memanggil nama mereka.

"Apa korang buat kat sini hah??!" tengking Ochobot.

Ochobot cukup marah apabila melihat mereka. Mereka terus berhenti berlari. Mereka tergamam. Mereka tahu sebab apa Ochobot marah sampai tengking kepada mereka.

"Ochobot kenapa tengking mereka macam tu?" tanya Tok aba lembut.

"Lagipun diorang memang patut kena tengking sebab buat Boboiboy sedih dan kecewa" jawab Ochobot.

Ochobot memang tidak boleh terima apa yang Yaya,Ying,Gopal dan Fang dah lakukan terhadap Boboiboy.

"Ochobot, mana Boboiboy? kami nak jumpa Boboiboy, tolong lah Ochobot" rayu Fang.

Dia tidak kisah kalau ada orang ingin mengelakkan dia, yang dia tahu dia ingin berjumpa Boboiboy untuk minta maaf. Terkejut mereka semua termasuk Ochobot dan Tok aba. Mereka tidak sangka Fang akan buat macam tu hanya untuk minta maaf kepada Boboiboy.

"Maaf Fang tapi kau dah terlambat" jawab Ochobot perlahan tapi masih boleh didengari oleh mereka semua.

"Apa maksud kau Ochobot?" tanya Fang.

Tetapi Ochobot tidak menjawab hanya senyap sahaja.

"Ochobot!! apa maksud kau yang aku dah terlambat!!" tanya Fang marah sambil matanya menahan air mata daripada jatuh.

Mereka terkejut. Bertapa hebatnya hubungan persahabatan antara mereka dengan Boboiboy. Bertapa risau dan bersalahnya Fang terhadap Boboiboy. Walaupun mereka selalu bersaing tetapi mereka tetap berkawan baik.

"Sebenarnya, Boboiboy tengah buat pembedahan. Selepas habis pembedahan ni, Boboiboy akan balik terus ke KL" balas Ochobot sedih.

Mata Fang membulat begitu juga mata Yaya, Ying dan Gopal. Mereka terkejut sangat.

"Doktor pun ada cakap yamg pembedahan ni mengambil risiko yg besar. 50/50 sahaja kemungkinan Boboiboy boleh selamat selepas pembedahan" kata Ochobot.

Tok aba menahan air matanya. Yaya dan Ying mula menangis. Gopal menangis terisak-isak mendengar kata-kata Ochobot. Manakala Fang rasa terkejut yang amat. Dia mula teringat akan kenangan dia dan kawan-kawan dia ketika bersama Boboiboy.

Dari musuh, hingga mereka kelamaan menjadi kawan baik.Mereka suka bersaing bersama-sama.

Dalam hati dia, penuh dengan pertanyaan. Apakah dia mampu minta maaf kepada Boboiboy?Apakah dia masih sempat betulkan semula hubungan persahabatan dia dengan Boboiboy? Apa dia masih boleh berjumpa Boboiboy? Apa Boboiboy akan tinggalkan dia sendirian di Pulau Rintis?

Boboiboy bagaikan keluarga terdekat dia. Sejak dia dihantar ke bumi, dia rasa kesunyian. Tetapi selepas dia kenal Boboiboy dan yang lain, dia rasa kehidupan dia tidak lagi sunyi seperti dulu. Dia rasa cukup gembira. Dia berharap dia boleh jumpa Boboiboy lagi. Dia ingin berjumpa dengan Boboiboy hanya untuk meminta maaf.

~bersambung

Macam mana okay tak?maaf lah kalau kali ni panjang sangat author tulis.Author rajin terlebih pula.hihihi.Siapa boleh teka Boboiboy akan terus hidup atau mati.Kalau author dalam mood baik,Boboiboy hidup la.Kalau tak,tak lah.Hahaha!!

Readers:-_-"

Baiklah,author pergi dulu bye semua!!!...

EDITED NOTED

Harini nasib nia sedikit baik? Entahlah, sebab cikgu tak masuk langsung dari pagi tadi kecuali cikgu bm. Itupun bagi kerja jawab soalan ja. Yang tak bestnya, nia balik lewat harini sebab aktiviti kokurikulum. Student Form 6 kat sini, cikgu daftarkan semua sebagai ahli pengakap. Baju kami bukan mcm pengakap biasa. Boleh cari kat shoppe baju pengakap kerana😂

Korang masuk badan beruniform mana?

Kalau suka, vote
Kalau nak cakap apa², komen

Bye!!

TARIKH EDIT:14 september 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro