Chapter 3
"Argh!! Tolong!" jerit para penduduk.
Kelihatan sebuah raksasa berwarna putih menyerang kawasan taman Pulau Rintis. Para elementels berada di sana dengan secepat yang boleh. Mereka nampak Fang, Gopal, Yaya dan Ying sedang selamatkan penduduk.
Mereka terus menyerang raksasa putih tersebut. Raksasa itu nampak para elementels lalu menyerang mereka. Para elementels berjaya mengelak dari serangan itu.
"Ice! Kau dah telefon Sue ke belum?!" soal Halilintar.
"Dah tapi dia tak angkat!" jawab Ice.
Halilintar hanya mendengus marah. Dia terus mengeluarkan pedang Halilintar lalu memotong raksasa itu. Terus raksasa itu bertukar menjadi debu dan kelihatan sebuah permata hitam muncul. Mereka terus mendekati permata tersebut.
"Permata apa ni?" tanya Taufan.
"Aku rasa ni permata jenis Bort sebab permata Bort berwarna hitam dan satu-satunya permata berwarna hitam" jawab Solar.
Blaze terus mengambil permata lalu diserahkan kepada Solar untuk dikaji. Solar terus mengambil permata itu lalu menyimpannya. Para elementels terus berjalan pulang ke rumah semula. Akhirnya, mereka pun tiba di rumah. Ketika Halilintar nak buka pintu, kelihatan dari dalam Sue telah membuka pintu.
"Kenapa kau tak jawab panggilan?" tanya Halilintar.
Sue hanya diam lalu berjalan masuk ke dalam semula. Halilintar terus masuk ke dalam rumah begitu juga yang lain.
"Kau tau tak kita kena serang tadi?! Kenapa tak jawab panggilan Ice?! Kenapa tak datang?!" marah Halilintar.
Sue terus berhenti melangkah. Dia terus berpusing belakang untuk melihat mereka semua. Mereka semua terkejut melihat Sue memandang mereka tajam. Mata merahnya kelihatan sedikit gelap dari biasa. Sue terus memandang kehadapan semula lalu berjalan pergi ke biliknya.
Halilintar hanya menendang sofa akibat marah kepada Sue. Taufan terus menenangkan Halilintar. Gempa yang melihat situasi itu hanya diam.
'Apa yang dah terjadi?' soal Gempa di dalam hati.
Sue terus mengunci pintu sebaik dia masuk ke dalam biliknya. Dia terus berlari lalu menghempap dirinya ke atas katil. Dia hanya diam sahaja. Dia terus berjalan menunju ke meja belajarnya. Kelihatan ada dua permata yang berlainan warna. Satu berwarna kuning dan satu lagi rupa seperti permata biasa.
"Sekarang, aku dah dapat Yellow Diamond dengan Diamond. Lepas ni, aku mesti cari lagi 7 permata untuk cukupkan 10 permata" kata Sue.
Dia melihat gelang kristalnya. Kelihatan gelang kristalnya berubah menjadi warna hitam. Sue hanya diam melihat gelangnya termasuk dua permata yang berada di atas mejanya.
"Diamond, Yellow Diamond dan Bort. Hah... Nampaknya memang kena guna semua kuasa ni" ucap Sue perlahan.
Permata Yellow Diamond dan Diamond terus disimpan di dalam sebuah bekas kaca yang terukir indah. Sue menyimpan bekas itu di tepi rak yang berada disebelah katilnya. Sue terus baring diatas katil lalu perlahan-lahan menutup matanya.
'Maafkan Sue... Bukan tak nak tolong, tapi Sue pergi cari permata demi melindungi kita semua' bisik Sue di dalam hati.
~Bersambung
Hola!! Macam mana? Okay tak Nia buat chapter ni? Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye!💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro