Chapter 3
--SKIP TIME. DI RUMAH ELEMENTAL SIBLINGS--
"Ice,jom tolong aku masak. Yang lain,tengok TV dulu. Oh! Kapten Kaizo dan Fang nak lawat kita." Kata Gempa yang dah pakai apron warna pink bertulis'MamaGem'. Semua mengangguk lalu sambung tonton TV kecuali Ice yang tengah jalan nak masuk dapur.
"Solar. Turunkan volume TV tu. Aku nak baca buku pun tak senang." Arah Hali ke Solar. Solar buat apa lagi? Suruh perlahankan,dia pergi kuatkan pulak. Habis Hali kena tutup telinga.
"Aku suruh kau perlahankan! Bukan kuatkan!" Jerit Hali. Solar senyum kambing lalu perlahankan TV tersebut. Trio Troublemaker pergi kacau Hali sebab bosan tengok drama.
"Hali! Nak baca jugak!" Kata Thorn dengan mata yang bulat.
"Tak bolehlah! Ni cerita seram. Dah! Pergi main sana!" Suruh Hali sambil membaca buku.
"Alah! Bolehlah! Aku bosan! Dan aku nak baca buku tuuuu!!" Jerit Taufan manja. Hali tak kisah. Dia masih lagi baca buku macam takdek apa-apa berlaku.
"Korang! Bisinglah! Pergilah belajar! Aku nak tengok drama pun tak senang! Kalau taknak,pergi tengok movie kat bilik cinema!" Suruh Solar yang dah tak tahan dengan perangai abang kembarnya. Nak tengok drama Ironi Kasih episode 7 pun tak senang.
"Yelah! Jom korang!" Ajak Blaze dan pergi ke bilik cinema dan diikuti oleh adik beradiknya yang lain.
"Thanks Sol." Ucap Hali yang masih baca buku. Solar mengangguk dan sambung tengok dramanya yang terganggu tadi.
~~Ting-tong~~(Bunyi loceng rumah)
"Sekejap!" Jerit Solar. Dia bangun lalu membuka pintu. Ternampaklah 2 alien yang dua-dua rambut macam landak. Fang dan Kaizo lah tuuu.
"Hai Solar! Mana abang kau yang lain?" Tanya Fang dengan nada teruja.
"Gempa dan Ice tengah masak. Trio Troublemaker tengah tengok movie kat bilik cinema room dan Hali tengah baca buku kat ruang tamu." Balas Solar.
"Solar! Kalau diorang dah sampai,suruh diorang tunggu dulu! Makanan belum siap!" Jerit Gempa dari dapur.
"Wokay!" Balas Solar dan pandang ke Fang dan Kaizo. "Jom masuk!" Jemput Solar. Yang adik-beradik ni pun masuk ke rumah mereka.
"Yo." Sapa Hali yang masih tengah baca buku seram dia. Author kahwinkan jugak dia dengan buku tu.
"Bestnya takdek misi kan korang?" Tanya Fang ke Solar dan Hali. Mereka mengangguk.
"Aku tolong Ice ngan Gempa." Kata Kaizo lalu pergi ke dapur.
"Hmmm." Balas Hali.
--SKIPTIME.SELEPAS MAKAN MALAM--
"Wei,jom tengok movie nak?" Tanya Blaze.
"Fine. Esok,korang belajar. No movies until exam week end. Understand?" Gempa memberi amaran kepada Blaze dan kembarnya yang lain.
"Yelah,abang Gempa!" Balas Blaze sambil memuncungkan mulut. Gempa tersenyum. Kembar yang lain bangun dan pergi ke cinema room.
"Kapten,Fang,nak join tak? Kalau korang nak,saya boleh buat milkshake lebih." Ajak Gempa.
"Bolehlah. Bosan kalau balik rumah." Kata Kaizo.
"Eleh. Abanglah! Adik ada banyak kerja nak buat tapi abang tak buat apa-apa pun!" Adu Fang.
"Jangan nak gaduh Fang. Dah,ikut yang lain. Saya buat milkshake jap." Kata Gempa lalu pergi ke dapur.
Fang dan Kaizo bangun lalu ikut kembar Boboiboy. Tapi Kaizo berhenti dan pergi ke dapur. Dia tengok Gempa yang sedang sediakan air dan popcorn. Kaizo jalan kearah Gempa.
"Gempa,aku tolong boleh?" Tanya Kaizo. Gempa terkejut lalu pusing kebelakang. Dia tersenyum manis,membuatkan pipi Kaizo dah ada sedikit warna merah.
"Boleh! Kapte-" Percakapan Gempa dipotong oleh Kaizo.
"Jangan panggil aku 'Kapten' selain dari misi." Suruh Kaizo dengan muka yang agak dingin. Gempa mengangguk.
"Uhm....*Nii-san,tolong ambil 9 cawan panjang." Arah Gempa. Kaizo pun mengambil cawan panjang lalu memberikannya kepada Gempa.
"Terima kasih." Ucap Gempa. Kaizo tersenyum tengok gelagat Gempa.
To be continue......
(Nii-san bermaksud abang)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro