Chapter 15
Saya sudah membuat keputusan. Saya akan sambung cerita ni sebab ramai yang comment patut sambung cerita ni. Tapi,pada masa yang sama,author akan buat cerita Naruto jugak. So,korang boleh baca bila dah publish. Cerita Naruto tu mungkin author akan buat dalam bahasa Inggeris. Okay,sambung!
-STARBUCKS-
Gempa dan Kaizo baru sahaja tiba di kafe berdekatan dengan hospital. Sebenarnya,Kaizo nak bawak Gempa dekat kafe lain tapi memandangkan Gempa nak buat check-up dan memberi jawapan kepada doktor,dia mengutuskan untuk pergi ke kafe Starbucks.
"Welcome to Starbucks!" Ucap semua pekerja-pekerja Starbucks apabila mereka masuk.
"Terima kasih." Kata Gempa sambil tersenyum kearah mereka.
"Hmn." Kaizo meng'hmn' sahaja. "Nak makan apa?" Sambung Kaizo.
"Caramel cream,extra caramel dengan caramel cheesecake,boleh?" Balas Gempa dengan mata 'Puppy Eye No Jutsu' kepada Kaizo.
"Okay. Cik,saya nak Caramel Cream satu,caramel cheesecake satu,caramel latte satu dan roti crossont(Betulke saya eja?). Itu sahaja." Pesan Kaizo.
"Baiklah,nama encik berdua apa?" Tanya pekerja itu.
"Yang caramel cream tu 'Gempa',caramel latte,'Kaizo'." Balas Kaizo.
"Okay,semuanya RM34.40. Kamu boleh duduk dulu. Nanti saya akan panggil." Kata pekerja itu.
"Okay." Balas Kaizo. Mereka pun mencari tempat duduk yang sesuai. Selepas menjumpai tempat yang selesa,mereka pun duduk dulu.
"So,Gempa?" Panggil Kaizo.
"Ye?" Balas Gempa.
"Kau dah pilih? Maksud aku,dah pilih nak buat pembedahan tu atau tidak?" Tanya Kaizo.
"...sudah. Saya pilih untuk...buat pembedahan tu." Balas Gempa sambil tersenyum sayu.
"Hmn. Lepas ni kita pergi cakap kat doktor Hariz." Kata Kaizo.
"Okay." Balas Gempa.
-SKIPTIME. DI HOSPITAL-
"Baguslah korang dah sampai! Penat saya tunggu,tau tak?" Sapa doktor Hariz.
"Maaf doktor. Kitorang pergi makan tadi." Kata Gempa sambil menggarubelakang tengkuknya yang rak berasa gatal.
"Yelah. So,kamu dah pilih,Gempa?" Tanya Hariz kepada Gempa. Gempa mengangguk.
"Dah,doktor. Saya akan...jalankan pembedahan tu. Tapi dengan syarat,saya nak luangkan masa dengan adik-beradik dan kawan-kawan saya yang lain." Balas Gempa.
"Baiklah. Kamu ada seminggu untuk luangkan masa kamu dengan mereka. Rabu depan,kami akan menjalankan pembedahan tersebut. Yang bagusnya,saya akan jadi doktor bedah kamu. Jadi,jangan takut." Kata Hariz,cuba nak buat Gempa tersenyum.
Sebenarnya,Doktor Hariz dah anggap Gempa macam anak sendiri. Pekerja-pekerja yang lain dah macam kakak Gempa. Macam satu family.
"Terima kasih doktor." Kata Gempa fan Kaizo serentak.
"Encik Kaizo,boleh kamu signkan borang pembedahan ni?" Tanya Hariz sambil memberi borang tersebut kepada Kaizo. Kaizo mengangguk lalu mengisi borang tersebut.
Doktor Hariz hanya memandang mereka dengan muka yang gembira. Gembira sebab Gempa akan buat pembedahan ni. Kalau dulu dia boleh yakinkan Gempa,mungkin dia tak akan jadi macam ni.....
...macam mak dan ayah dia...
To be continue
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro