Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Epilog ✨


Setelah segala yang kusut selama ini berjaya dirungkaikan, kini tibalah masanya untuk mereka menikmati kebahagiaan yang telah lama dinantikan.

Keesokan harinya, Raudhah dan Zheriff tiba di rumah Maksu Salehah bersama Mak Timah. Senyuman terukir di bibir Raudhah, penuh keterujaan.

"Assalamualaikum! Maksu! Maksu! Raudhah balik ni!" jeritnya gembira di hadapan pintu.

"Ya, ya! Sat maksu buka pintu," sahut satu suara dari dalam.

Beberapa saat kemudian, pintu rumah terbuka dan muncul seorang wanita separuh umur dengan wajah terkejut bercampur gembira.

"Waalaikumussalam..." Maksu Salehah terkedu. Air matanya menitis serta-merta. "Kak?!"

Raudhah tersenyum melihat Maksu Salehah yang kini berdiri terpaku, lalu memeluk erat tubuh ibu saudaranya itu.

"Rindunya Leha dekat kak! Ya Allah... lamanya kita tak jumpa!" Maksu Salehah menangis teresak-esak, suaranya bergetar menahan sebak.

"Aku pun sama, Leha..." Mak Timah turut memeluk adiknya erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan. "Ya Allah, lama sungguh kita tak bertemu. Akhirnya Tuhan pertemukan kita juga. Terima kasih, Raudhah... terima kasih, Zheriff..."

Mak Timah mengesat air mata yang tidak berhenti mengalir. "Leha, kita kosong-kosong, ya? Kita buka buku baru, tutup buku lama. Kita lupakan segala yang menyakitkan dan bina kenangan baru."

Maksu Salehah mengangguk, menyeka pipinya yang basah. "Betul tu, kak. Akak sihat, kan? Masuklah dulu. Leha nak buat air sat."

Tanpa perlu berkata banyak, mereka berdua sudah saling memahami. Air mata keinsafan bertukar menjadi air mata kebahagiaan. Hubungan yang renggang selama ini kembali terjalin erat.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, Zheriff menyimpan satu lagi kejutan untuk Raudhah.

"Mak, Maksu," katanya dengan penuh hormat. "Hari ini saya nak buat kejutan untuk Raudhah. Tapi untuk itu, saya nak minta tolong Mak dan Maksu jagakan Harraz dan Hawra buat sementara waktu. Boleh, ya?"

"Pi la, pi! Tak payah bagitau pun, tinggal saja," sahut Mak Timah dengan senyuman.

"Betul tu, Zheriff. Maksu jaga mereka, pi la buat kejutan tu," tambah Maksu Salehah.

"Terima kasih, Mak. Terima kasih, Maksu!" ujar Zheriff sebelum berpaling ke arah Raudhah dengan senyuman penuh rahsia.

Tiba-tiba, dia mengeluarkan sehelai kain dan menutup mata Raudhah.

"Eh? Abang nak bawa saya ke mana ni?" Raudhah tergagap, terasa gugup dengan tindakan suaminya itu.

"Percaya saja pada abang," bisik Zheriff sambil memimpin tangannya.

Sepanjang perjalanan, Raudhah terus merungut.

"Ish, nak ke mana ni? Bertutup-tutup mata bagai. At least bawa Harraz atau Hawra, ada juga peneman saya!"

"Shh... dua kilometer je lagi. Sabar sikit, ya?" balas Zheriff sambil tergelak kecil.

Setibanya mereka di destinasi yang dirahsiakan itu, Zheriff keluar terlebih dahulu. Pemandangan di hadapannya membuatkan hatinya puas. Rumah kayu moden yang telah lama dibina akhirnya siap sepenuhnya.

Dia segera membuka pintu kereta di sebelah Raudhah dan menghulurkan tangan.

"Silakan, Tuan Puteriku. Gapailah tangan Tuan Puteramu ini..." katanya dengan nada berlagak seperti seorang putera raja.

"Mula dah dia ni dengan bahasa istana dia..." Raudhah tersenyum, walaupun masih tidak tahu apa yang menantinya.

Zheriff membuka ikatan di mata Raudhah perlahan-lahan.

Saat matanya terbuka, Raudhah tergamam. Nafasnya hampir terhenti.

Di hadapannya, sebuah rumah kayu berdiri megah dengan seni bina yang menakjubkan. Walaupun berbentuk rumah kayu tradisional, ia tetap kelihatan moden dengan reka bentuk yang elegan. Tambahan pula, lokasinya di tepi pantai membuatkan pemandangannya begitu indah dan mendamaikan.

"Ya Allah... rumah siapa ni, abang?" suara Raudhah bergetar, matanya masih terpaku pada keindahan di hadapannya.

Zheriff menyeluk poket, mengeluarkan kunci rumah itu. "Rumah kita."

Raudhah berpaling ke arahnya, keningnya berkerut. "Hah? Apa abang cakap ni?"

"Ya, Raudhah. Ini rumah kita." Zheriff tersenyum penuh kasih sayang. "Sebab saya tahu awak suka rumah kayu, saya bina rumah ini khas untuk awak. Setiap inci rumah ini direka mengikut cita rasa awak..."

Raudhah masih sukar mempercayai apa yang didengarnya. "Serius ni, abang? Ini rumah kita?"

"Kalau tak percaya, jom masuk," ujar Zheriff lalu menarik lembut tangannya.

Raudhah melangkah ke dalam rumah itu, masih dalam keadaan terpinga-pinga. Dia menyentuh dinding kayu yang licin dan berkualiti tinggi. Mata Raudhah meneliti sekeliling—ruang tamu yang luas, tingkap besar yang menghadap laut, perabot yang sempurna.

"Ya Allah... cantiknya rumah ni," bisiknya kagum. "Tapi kenapa abang buat semua ni?"

"Ada lima bilik dalam rumah ni. Nanti bolehlah kita duduk ramai-ramai dengan anak-anak kita," jawab Zheriff penuh teruja.

Raudhah berpaling kepadanya dengan mata berkaca. "Terima kasih, abang... Saya tak sangka abang akan buat semua ni untuk saya..."

Zheriff tertawa kecil. "Masa abang duduk sini dulu, awak ingat abang goyang kaki je? Hanissa yang tolong uruskan semua ni. Saya upah dia sebab dia memang pakar bab hiasan dalaman."

"Hanissa?" Raudhah menjeling tajam. "Habis tu, abang suka dia ke?"

"Ya Allah, Raudhah..." Zheriff menepuk dahinya. "Dia dah kahwin lah! Anak lima dah tau!"

Raudhah tertawa kecil. "Eh, betul ke ni? Kenapa muka dia masih nampak macam awek muda?"

"Betul lah. Suami dia tu yang uruskan bina resort saya. Ya, abang ada resort dekat kawasan ni. Dengar kata, sambutannya sangat menggalakkan," ujar Zheriff santai.

Raudhah menggeleng tidak percaya. "Abang ada resort pulak?! Uish, dahsyatnya. Rumah dah bina satu, resort pun ada?"

Zheriff mengangkat bahu. "Abang sebenarnya banyak duit, berjuta-juta. Abang tak tahu nak buat apa dengan duit tu, jadi abang buat keputusan untuk bina semua ni. Empat ke lima tahun kerja dekat syarikat Papa, satu sen pun abang tak pernah guna! Kalau makan pun, abang balik rumah Mama, makan apa yang bibik masak. Sampai satu tahap, abang rasa macam mati rasa nak guna duit. Jadi, inilah hasilnya... Rumah ini, resort itu... semua untuk masa depan kita."

Raudhah terdiam seketika. Dia tidak menyangka bahawa suaminya telah berusaha sedemikian rupa untuknya. Air matanya menitis tanpa sedar.

"Terima kasih, abang..." bisiknya perlahan, penuh keikhlasan.

Zheriff mengusap lembut pipinya. "Saya cuma nak lihat awak bahagia, Raudhah."

Dan pada saat itu, di bawah langit senja yang memancarkan cahaya keemasan, Raudhah tahu—ini bukan sekadar rumah. Ini adalah lambang cinta, pengorbanan, dan kehidupan baru mereka bersama.

Keindahan pagi di resort yang menghadap laut terbentang luas. Langit biru cerah, angin bayu menyapa lembut, menambah ketenangan buat keluarga besar yang kini berkumpul di sana.

Di sudut pantai, Riana sedang memerhati anak kecilnya, Arish, yang riang bermain bersama Aiman. Senyuman kecil terukir di bibirnya, hatinya tersentuh melihat bagaimana Aiman melayani anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Aiman memang lelaki yang baik... Dia pandai menyembunyikan kesedihannya. Tapi di sebalik senyumannya, pasti ada luka yang dalam. Aku bersyukur dia kini ada bersama kami." Riana bermonolog sendiri.

Sedang dia memerhati, Arish tiba-tiba berlari mendapatkan Aiman dan menarik tangannya.

"Uncle! Uncle jadi ayah Aish boleh? Aish nak ada ayah macam Harraz ada daddy!" rengek Arish dengan wajah polosnya.

Aiman tersentak, namun sekelip mata senyuman mesra terbit di wajahnya. Dia berlutut dan menggenggam erat tangan kecil itu.

"Mulai hari ini, panggil saja Uncle dengan nama ‘Ayah’. Tapi... dengan syarat, mama Aish pun setuju," kata Aiman, mengusap lembut rambut Arish.

"Betul ke ni, Ayah? Aish gembira sangat!" jerit Arish, memeluk Aiman erat.

Dari kejauhan, Riana hanya mampu tersenyum, hatinya berdetak aneh melihat kemesraan mereka. Sesuatu dalam dirinya seolah-olah berubah, seakan kebahagiaan baru sedang mengetuk pintu hatinya.

Di sudut lain, Elysha dan Luqman sedang bersantai di pantai sambil memerhatikan anak mereka, Raeeis, yang bermain pasir bersama Harraz dan Hawra.

"Penatnya! Ni baru tiga orang budak, kalau sepuluh orang, entah macam mana kita nak urus!" rungut Elysha sambil mengelap peluh di dahinya.

Luqman ketawa kecil. "Habis tu, macam mana kalau kita tambah lagi seorang?" usiknya, mengangkat kening.

"Eeee tak nak! Cukuplah Raeeis seorang dulu!" balas Elysha, menjeling manja.

Luqman tersenyum, kemudian memandang Raeeis yang semakin membesar. "Betul juga kata orang, anak-anak memang cerminan kita. Raeeis ni, sebijik perangai macam kau. Kalau merajuk, seharian tak bercakap."

Elysha ketawa kecil. "Sebab tu saya kata, mulut saya ni masin. Dapat anak perangai sama macam saya."

Mereka berdua tertawa bersama, menikmati saat-saat bahagia yang mereka miliki.

Di ruang tamu, Datin Sarimah, Dato’ Zayn, Maksu Salehah dan Mak Timah sedang berbual santai sambil menikmati kopi panas. Kehangatan kasih sayang dan kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.

Namun, di luar rumah, di sebuah tembok menghadap laut, Raudhah dan Zheriff sedang berbicara dalam suasana yang lebih intim.

Zheriff menggenggam tangan Raudhah erat, matanya redup memandang wanita kesayangannya.

"Sayang... maafkan abang atas semua kesilapan yang pernah abang lakukan. Abang nak gunakan peluang ini untuk menebus semuanya. Kita mulakan hidup baru, bina kebahagiaan bersama. Harraz dan Hawra adalah anugerah terindah buat kita. Dan yang lebih penting... awak adalah hadiah paling bermakna dalam hidup abang," ucapnya penuh keikhlasan.

Raudhah tersenyum, hatinya bergetar dengan setiap kata-kata itu. Dia menatap wajah suaminya dalam-dalam.

"Abang... saya dah lama maafkan semua kesalahan abang. Saya tak boleh menipu diri saya sendiri... Saya cintakan abang. Saya bahagia bersama abang dan anak-anak kita. Lihatlah Harraz dan Hawra... mereka sedang membesar dengan penuh keriangan. Itu sudah cukup buat saya."

Zheriff menarik nafas lega. "Kalau tuan puteri bahagia, tuan putera pun lagi bahagia..." ucapnya sambil mengucup lembut dahi Raudhah.

Tiba-tiba, suara Harraz kedengaran memanggil mereka dari kejauhan.

"Mommy! Daddy! Sini! Main pasir dengan Harraz!" jeritnya dengan penuh semangat.

Raudhah dan Zheriff berpandangan sebelum tertawa kecil. Mereka segera berlari mendapatkan anak-anak mereka.

Zheriff mendukung Harraz tinggi di udara, sementara Raudhah mencium pipi Hawra yang sedang ketawa kecil.

"Tengok ni! Harraz buat istana pasir dengan Hawra! Cantik tak?"

Raudhah dan Zheriff memandang hasil kerja anak-anak mereka.

"Cantik sangat!" jawab mereka serentak.

Hawra tiba-tiba mula meronta ingin turun bermain semula.

"Baiklah, sayang. Pergi main dengan abang Harraz ya?" ujar Raudhah sambil melepaskan anak kecil itu.

Ketika itulah, Raudhah mendekati Zheriff, menjinjat sedikit untuk berbisik di telinganya.

"Terima kasih abang... I love you."

Zheriff tersenyum lebar sebelum membalas dengan suara perlahan, "I love you more, tuan puteri..."

Harraz yang mendengar terus memasamkan muka.

"Mommy dan Daddy tak cakap ‘I love you’ dekat Harraz pun! Hmph! Merajuk!"

Raudhah segera menarik anaknya ke dalam pelukan.

"Alaaa anak mommy ni! Mommy sayang Harraz tau! I love you!"

Harraz tersenyum kecil, kembali ceria.

Dan inilah kisah kehidupanku... Ada pahit, ada manis. Ada luka, ada bahagia. Namun, aku tetap bersyukur. Tuhan telah menghadiahkan aku seorang suami yang penyayang, Zheriff Aryaen, dan dua permata hati yang melengkapkan hidupku...

Puteraku – Harraz Mikhael
Puteriku – Hawra Mikhayla

"Kebahagiaan bukan hanya bergantung pada cinta semata-mata, tetapi pada usaha kedua-dua pasangan untuk saling melengkapi. Dengan adanya keikhlasan dan kemaafan, insyaAllah... kebahagiaan itu akan berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin."

–Raudhah Medina–

–Tamat–



Terima kasih ❤ kerana telah mengikuti perjalanan cerita 'Maafkan Aku' dari awal hingga akhir. Saya menghargai sokongan semua pembaca yang mengikuti setiap bab, dari bab 1 hingga bab 65. ✨



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro