BAB 8 💫
"Haih, pukul 8 dah! Terlepas Subuh lagi! Haih, mana Sha ni? Pagi-pagi lagi, dah hilang. Sha! Oo Sha! Sha pergi mana, pagi-pagi ni?" Kata Datin Sarimah sambil memanggil-manggil Elysha.
Tiba-tiba, pintu bilik Zheriff terbuka. Anak lelakinya keluar dengan wajah kusut dan rambut serabai. Dia menuju ke beranda untuk menghirup udara pagi, tetapi langkahnya terhenti. Matanya terbelalak melihat sesuatu yang luar biasa.
"Heh?! Sha? Luq? Korang buat apa tidur kat luar ni?! Atas kerusi pula tu!" Zheriff tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. "Hah, ni mesti kes lapar tengah malam, lepas makan terus tertidur! Dua-dua tidur kat luar, memang sesuai sangat! Mama, ni Sha dan Luq, tengok ni!"
Datin Sarimah segera keluar dari dalam rumah. Wajahnya berubah terkejut tetapi dia cuba mengawal nada suaranya. "Astaghfirullahalazim, apa korang buat tidur kat luar ni? Sha! Luq! Bangun cepat! Dah, pergi mandi! Sekejap lagi nak keluar shopping, cepat!"
"Hah? Apa ni, ma? Kenapa Sha ada kat luar ni?" Elysha menggosok matanya, bingung.
"Bilik ada, luar juga dia suka. Haih, bangun cepat! Tak elok tidur luar macam ni."
Elysha dan Luqman yang masih mengantuk segera masuk ke bilik masing-masing.
Datin Sarimah menggelengkan kepala sambil mendengus. "Budak-budak ni memang macam-macam. Zheriff, kamu pun siap cepat. Kita nak keluar shopping!"
"Baik, ma. Zheriff masuk dulu, eh." Zheriff tersengih, geli hati melihat gelagat Elysha dan Luqman.
Setelah bersiap, mereka sekeluarga menuju ke pusat beli-belah yang mewah dan indah. Hiasan lampu-lampu berkilauan memenuhi ruang, dan dinding kaca memantulkan suasana eksklusif.
"Hai, sayang. Kenapa termenung je tengok beg tu?" Zheriff menghampiri isterinya, Raudhah, yang sedang memegang sebuah beg tangan berjenama.
"Tak ada apa-apalah, saya tengok-tengok je," jawab Raudhah perlahan, namun matanya tetap tertancap pada beg tersebut.
"Sayang, kalau suka, ambil je lah. Kenapa nak fikir banyak?"
"Tak naklah, beg tu mahal sangat..." balas Raudhah, sedikit malu.
"Sayang, pandang abang." Zheriff memegang tangan Raudhah, nadanya tegas tetapi lembut. "Abang tahu hati isteri abang. Kalau sayang suka, ambillah,abang bayar. Asalkan sayang bahagia, itu dah cukup untuk abang."
"Betul ni? Abang tak kisah?" Mata Raudhah bersinar, penuh keterujaan.
"Betul, sayang. Ambil je."
"Yey! Terima kasih, abang! I love you!" Raudhah melompat kecil sambil memberikan flying kiss kepada Zheriff.
Namun, tanpa mereka sedari, sepasang mata asing sedang memerhatikan mereka dari jauh. Dua orang lelaki berpakaian serba hitam memegang kamera, matanya tidak beralih dari pasangan itu.
Di sudut lain pusat beli-belah, Luqman menarik tangan Elysha dengan cemas.
"Sha, cepat datang sini!"
"Eh, apahal kau tarik-tarik aku ni?" Elysha berkerut dahi, keliru.
"Shhtt! Jangan bising. Kau tengok tu." Luqman mengarahkan kepala Elysha untuk memandang ke arah seorang lelaki misteri yang sedang memerhatikan Zheriff dan Raudhah.
"Eh, siapa dua ekor mamat tu? Apasal diaorang tu? Tengok apa sampai macam tu, dengan kamera lagi. Macam mencurigakan betul! Kau rasa tak, ni kerja siapa?"
"Melissa," jawab mereka berdua serentak.
"Kalau betul Melissa dalang di sebalik ni, kita kena buat sesuatu. Tapi jangan bagitahu Zheriff dan Raudhah dulu. Tak nak kacau mood holiday diaorang."
"Betul. Kita pantau dulu. Kalau rasa dia nak buat sesuatu, baru kita bertindak."
Di pagi hari esoknya, suasana menjadi lebih tegang.
Zheriff sedang bercakap telefon dengan Melissa di luar bilik resort. "Melissa, apa lagi kau nak? Aku sibuk sekarang."
"You, bahagia ke, dengan Raudhah?" soal Melissa kedengaran sinis.
"Kau jangan ganggu hidup aku lagi. Aku dah kahwin, dan aku bahagia!" Zheriff meninggikan suara.
"You,please i nak jumpa you sekejap je please dekat kafe depan tu i tunggu you."Melissa mendesak Zheriff agar menemuinya.
Namun, ketika Zheriff sibuk bercakap dengan Melissa, dua lelaki misteri masuk ke bilik resort. Salah seorang daripadanya menutup mulut Raudhah, menyuntik sesuatu hingga dia pengsan.
Tiba-tiba, Luqman keluar dari bilik dengan rambut yang serabai, menyedari kejadian itu. "WOIIII!!!" Dia menjerit dan terus meluru masuk.
Pada masa yang sama Elysha juga baru keluar dari biliknya,kerana terdengar jeritan Luqman.
"SHA! HENTAM MAMAT NI SHA!" Luqman meninggi suara.
BUSHH! GEBUSHH! BUMM! BOOMM! BUSHH! GEDEBUSHH!
"Aduh! Sakit! Sakit! Maaf! Maaf! Ampun!" lelaki itu merintih kesakitan.
"Kau blah sekarang sebelum aku panggil polis!" Luqman meninggikan suara dengan lelaki itu.
"BLAH LAH KAU! BLAH SEKARANG! DASAR KAU NI TAK GUNA, AKU SEPAK LAGI HA! EIII, KAU NI TAK PADAN DENGAN BOROI ADA HATI NAK CULIK ORANG!!" Elysha juga meninggikan suara.
"Sha, pergi cari Zheriff. Sha, aku nampak dia pergi kafe depan tu tadi. Pergi tengok dia, kau tengok dia buat apa. Kalau dia buat apa-apa, panggil dia datang sini!"
"Ha, ha. Okey."
Elysha segera berlari mencari Zheriff.
"Ha, Lisa, kau nak apa? panggil aku ni, aku tak banyak masa. Apa yang penting sangat sampai kau nak cakap depan-depan? Cakap sekarang, cepat!" Zheriff berkata sambil memberikan jelingan tajam kepada Melissa yang berdiri di depannya.
"You dengan Raudhah bahagia ke?" tanya Melissa dengan nada penuh harapan.
"Eh, kenapa kau sibuk sangat nak tahu pasal hubungan aku dengan dia? Apa hal kau? Sekarang ni kau cakap cepat apa yang urgent sangat, aku takde masa! Aku datang sini pun nak bercuti, bukannya nak layan perempuan gedik macam kau! Dah la, semak je. Kalau takde benda penting nak cakap, baik kau pergi!" Zheriff meninggikan suara, semakin geram dengan sikap Melissa.
"Sampai hati you kan? I cintakan you tau, kenapa You buat I macam ni? You lupa ke, bapak You dengan bapak I adalah partner dalam syarikat!'''''''''''''2" Melissa mendesak, cuba memujuk.
"SOOO... WHAT DO YOU WANT ME TO DO ABOUT IT? Benda ni takde kaitan langsung dengan aku, apatah lagi dengan kau! So stop it! I DON'T LOVE YOU! I'M MARRIED, OK? FULL STOP!" Zheriff menjawab dengan nada yang lebih keras, menegaskan bahawa dia sudah membuat keputusan.
Zheriff berpaling dan meninggalkan Melissa tanpa berkata apa-apa lagi.
"Eh, Zheriff! Zheriff! Sini, Zheriff! Itu bini kau! Kau pergi tengok apa yang jadi kat dia!" Elysha menjerit memanggil Zheriff.
"APA JADI?!!" Zheriff berlari kembali ke resort dengan hati yang cemas.
"SAYANG! Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Korang ni kenapa? Apa yang berlaku?" Zheriff berlari ke arah Raudhah yang masih terbaring di atas katil, kelihatan agak terganggu.
"Tadi ada seorang lelaki ni hampir nak culik Raudhah, nasib baik aku dengan Luq nampak. Kalau tak, entah apa yang jadi," jawab Elysha dengan nada cemas.
"Itulah, aku pelik. Baru je kau keluar sekejap, penculik tu dah muncul. Tak rasa ke macam ada yang merancang semua ni?" Luqman menambah, matanya masih penuh rasa curiga.
"Dia jumpa Melissa!" jawab Elysha dengan nada penuh keyakinan.
"Dah lah, jangan kecoh sangat. Yang penting, Raudhah okay. Lantaklah diaorang nak buat apa pun, sayang, jom bangun, sayang," Zheriff berkata sambil menepuk pipi Raudhah dengan perlahan, cuba menenangkan keadaan.
"Kau dah buat satu masalah besar, Zheriff! Si Melissa tu dah panas. Kau tau tak dia boleh buat apa-apa je bila-bila masa untuk pecah-belahkan rumah tangga kau! Kau kena ambil langkah berjaga-jaga," Luqman berkata dengan muka serius, menekankan kepentingan berhati-hati.
"Eh, kau tau semua ni dari mana?" Zheriff bertanya, mulai cemas dengan apa yang didengarnya.
"Aaa... memang kitaorang tahu lama dah. Kita dah lama stalk perempuan ni. Kalau tak silap, Si Hareeq pun terlibat sekali. Eh, alamak! Terbocor!" Elysha tergelak kecil, cepat-cepat menutup mulutnya, terkejut dengan apa yang telah terlepas.
"Eh, kenapa tak bagitahu aku dari awal?!" Zheriff semakin marah dan kecewa.
"Taklah, kitaorang tak nak kau risau. Haaa, sorry lah, abang," Elysha meminta maaf, cuba menenangkan keadaan.
"Takpelah, nak buat macam mana. Benda dah jadi, kan?" Zheriff mengeluh, mengaku bahawa segala kejadian sudah pun berlaku dan dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Setelah beberapa hari bercuti di Sabah, akhirnya tiba hari mereka untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun, mereka tetap berusaha untuk menikmati sisa-sisa masa yang ada sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro