Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6 💫

"Sayang, are you okay? Maafkan saya sebab tak jaga awak elok-elok. Maaf, sayang, dengan awak berbaju pengantin lagi, dengan panasnya," kata Zheriff, kelihatan gelisah dan penuh dengan rasa bersalah.

"Takpe lah, awak. Benda dah nak jadi, dah takpe. Kita lupakan je pasal ni. Nanti bila balik rumah, kita buka buku baru. Jangan risau, I'm okay," balas Raudhah dengan lembut, cuba menenangkan Zheriff yang terlalu risau.

"Haishhh, macam mana lah agaknya budak-budak tu, risaukan aunty ni," kata Datin Sarimah, bimbang dengan keadaan mereka.

"Alah, aunty, ok je tu. Takde apa-apa. Aunty jangan risau sangat, takde pape lah. Diorang dah besar, diorang pandai je nak handle," jawab Melissa, cuba meyakinkan Datin Sarimah.

"Yelah, haihh," jawab Datin Sarimah sambil matanya tertumpu melihat di luar tingkap, seolah-olah memerhatikan sesuatu.

"Ok, sampai dah, weh. Sha, Sha, turun cepat!" kata Luqman dengan suara yang agak teruja.

"Kau dah kenapa, nyah? Nampak macam nampak hantu bertenggek. Gelabah semacam je," kata Elysha sambil memandang Luqman dengan pandangan yang mencurigakan.

"Tak, Sha, tu betina tu! Sha, record! Sha, record!" kata Luqman dengan nada yang lebih bersemangat.

"Ouh, betina ni ke? Aku suka. Jap, jap, ha, zoom sikit muka betina buruk ni," kata Elysha sambil mengambil telefon bimbitnya untuk merakam.

"Eh, asal muka dia nampak marah-marah? Eh, dia tu kenapa? Gila ke?" kata Luqman dengan penuh kekeliruan, memerhatikan reaksi Melissa yang kelihatan tidak tenang.

"Eh, korang ni buat kerja apa sebenarnya? Kenapa macam ni? Takkan tak boleh tangkap perempuan tu? Bodoh lah korang ni! Tak pasal-pasal budak Khaled tu dah kena tangkap. Kau tau tak? Eh, silap-silap kalau dia tarik kau, dengan aku sekali kena tarik, tau! Dah lah, kita delay dulu lah plan kita ni. Khaled dah masuk balai, nanti tak pasal-pasal kita pun terlibat. Kita sekali kena," kata Melissa dengan nada marah, tetapi cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu keras.

"Eh, Lisa, kenapa duduk luar ni? Meh lah masuk, panas kat luar ni," kata Datin Sarimah, cuba menenangkan keadaan.

"Ahh, aunty, ye, ye, ye," balas Melissa dengan nada yang sedikit tergesa-gesa.

"Eeeee, kecik besar, kecik besar je, tau! Aku tengok pompuan gedik ni, ishhhh, geramnya! Rasa nak pijak lumat-lumat je! Eeeee!" kata Elysha dengan nada kesal, sambil menahan rasa marah.

"Dahlah, jom masuk. Majlis dah nak habis ni, sekejap lagi, nanti!mesti aunty suruh kita kemas. Heishh," kata Luqman dengan nada agak bosan, cuba mengajak mereka masuk.

Semasa Elysha dan Luqman melangkah masuk ke dalam rumah, Melissa dengan sengaja menyelitkan kakinya di depan Elysha, menyebabkan Elysha hampir terjatuh.

"Ouhhh, sorry... Sha, aku tak sengaja. Sorry, eh," kata Melissa dengan muka yang cuba menyembunyikan niat jahat, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian.

"Kepala otak kau! buta ke? Gila kau? Kalau dah buat, tak payah nak acah-acah cakap tak sengaja. Eee, aku geram sangat dah lama dengan kau ni! Eiiiiiiii!" Elysha hampir menumbuk Melissa, tetapi Luqman cuba menahan dirinya.
"

Sha... Sha... Sha... Dah Sha, biar dia."

"Heh heh heh... apa ni, Sha? Lisa tak sengaja kan? Takpe lah, Sha, dia nak balik dah ni pun," kata Datin Sarimah cuba menenangkan Elysha, seolah-olah menyebelahi Melissa.

"ISHHHH, MAMA NI SAKIT TAU TAK? MAMA SUKA SANGAT BACKUP DIA! TUH DAH LAH, MERAJUK DENGAN MAMA," kata Elysha dengan nada yang tinggi, sambil berlari masuk ke dalam rumah, menghentak-hentakkan kakinya.


Eh, budak ni," kata Datin Sarimah dengan nada sedikit keras.

"Aunty suka layan kitaorang ni macam bibik je, lebihkan sangat Melissa. Habis tu, aunty anggap kitaorang ni siapa? Dulu aunty yang anggap kitaorang macam anak aunty sendiri," kata Luqman dengan nada agak keras, lalu dia masuk ke dalam rumah untuk menemui Elysha.

Tidak lama selepas itu, Raudhah dan Zheriff pun sampai di rumah.

"Tu kenapa dua orang tu, ma?" tanya Raudhah.

"Taktahu lah, mama diorang tu. Ni korang macam mana? Ok ke?" balas Datin Sarimah.

"Hm, ok dah lah ma, duduk depan mama ni," kata Zheriff.

"Takpelah, macam tu pergi lah tukar baju, tebal baju tu dengan panasnya," kata Datin Sarimah.

"Ye lah, ma," balas Raudhah dan Zheriff serentak, kemudian mereka pun naik ke bilik.

"Sayang, I want you to know something."

"What?"

"I'm very, very love you, ever and ever. I promise, saya akan jaga sayang sampai hujung hayat saya. Saya akan terima segala kekurangan awak dan jaga awak dengan sebaik-baiknya. Saya janji, takkan sakitkan hati awak," kata Zheriff sambil menatap mata Raudhah tanpa berkedip.

"I'm too, abang."

"What? You say again... apa tadi?" tanya Zheriff, masih keliru dengan kata-kata Raudhah.

"Ye, abang," jawab Raudhah dengan muka yang merah, membuatkan dia tersipu malu.

"Ahahaha, you're so cute, sayang," kata Zheriff sambil tersenyum malu.

"Disebabkan saya dah panggil awak sayang, awak pun dah panggil saya abang, now kita perlukan baby. Hmmm, macam mana ye?" kata Zheriff sambil memandang Raudhah dengan penuh kasih sayang.

"Ishh, abang ni gatal," balas Raudhah, ketawa kecil.

"Tak ada istilah gatal dengan bini sendiri. Eh, dah lah, pergi salin baju lah. Ke nak salin sama-sama? Eh, gurau je."

"Sha, aunty tak pujuk kita pun. Sampai hati dia kan, hmm."

"Hmm, mama tu, sayang budak Melissa tu seorang je. Tak sayang kita pun, herhh," balas Elysha dengan nada kecewa.

"Eh, Mah, Luqman dengan Elysha tu, apa hal? Muncung je dari tadi saya tengok. Duduk keras pulak kat situ."

"Tu lah bang, diorang jealous la kot, sebab saya lebihkan Melissa tu. Macam budak-budak. Eh, dah besar lah diaorangbudak-budak

"Mah, awak lupa ke? Mah, Luqman tu dah takde mak bapak, so kita je lah tempat di nak bermanja. Tak kisahlah berapa pun umur dia. Awak jugak kan yang anggap dia tu macam anak awak sendiri.Yang Sha tu, takkan awak tak kenal anak manja awak tu, kuat merajuk budaknya, Jadi, awak jangan lah asyik melayan budak Melissa tu sampai tak pedulikan diorang. Ahh... Terasa lah diorang pun," kata Dato Zayn dengan nada perlahan.

"Hmm, ye lah bang. Tu macam mana nak pujuknya? Sunyi bang rumah ni kalau diorang duduk diam macam tu je. Walaupun diorang dah besar, saya rasa kalau perangai diorang macam budak-budak, saya rasa rumah ni lagi meriah," kata Datin Sarimah.

"Ha, awak tau pun perangai diorang macam budak-budak, so awak kena lah didik diorang jadi dewasa. Ye Mah, eh, jangan asyik nak melayan si Melissa tu aje, eh," kata Dato Zayn dengan tegas.

Siang pun berganti malam.

"Zheriff, Raudhah, turun makan," panggil Datin Sarimah, mengajak mereka makan malam.

"Hah, sayang, jom-jom turun, mama dah panggil tu," kata Zheriff dengan senyuman manis.

"Mah, merajuk lagi ke dua orang ni?" tanya Dato Zayn.

"Hmm, tak tahu lah bang," balas Datin Sarimah.

"Haihh, Sha, Luq, kenapa ni?" tanya Raudhah dengan penuh tanda tanya.

"Takde apa lah," balas Elysha dengan muka yang nampak sangat muram.

"Mah, Riana kan, agak-agaknya bila lah dia nak balik sini. Rindu betul dekat cucu kita tu, dah berapa tahun agaknya?" kata Dato Zayn, teringatkan anak perempuan sulungnya.

"Abang la kan, yang suruh sangat diorang handle syarikat abang kat UK tu," balas Datin Sarimah.

"Jap, jap, sorry menyampuk, Riana tu siapa, ma?" tanya Raudhah, sambil nasi masih di dalam mulut.

"Ouhh, ya, mama lupa nak bagitahu, Raudhah. Zheriff ni ada kakak, Ariana nama dia. Dia duduk kat UK sekarang ni sebab syarikat papa ada kat sana, so papa suruh dia pergi ambil alih syarikat tu, kat sana. Kalau papa tak busy, kadang pergi jugak dekat sana," kata Datin Sarimah.

"Ouhh, ye ke? Kak Riana dah kahwin ke?" tanya Raudhah lagi.

"Dah, dah, ada anak pun. Last mama tengok cucu mama 2 tahun lepas masa tu pun dia baru lepas pantang. Papa terpaksa suruh Kak Riana pergi sana dengan laki dia. Masa tu pun papa hampir bankrupt, tu yang papa panik sangat tu," kata Datin Sarimah, mengingat kembali peristiwa lalu.

"Ouh, macam tu ke? Sekarang dah maju dah pun syarikat papa kan?" kata Raudhah.

"Emm, ma..." Raudhah ingin bertanya lagi.

"Eh, awak ni banyak tanya pulak," kata Zheriff, tersenyum.

"Alah, biar lah, dia nak tahu apa salahnya," jawab Datin Sarimah.

"Haa, betul tu, apa lah abang ni," balas Raudhah dengan sedikit ketawa.

"Kak Riana tu macam mana? Dia baik tak?" tanya Raudhah dengan penuh minat.

"Of course, dia baik. Sangat baik. Kalau adik dia baik, kakaknya lagi baik. Raudhah nak tahu, dia lah orang yang paling rajin sekali dalam rumah ni dulu. Mama tak suruh pun dia buat, lepas tu laki dia tu pun mama yang pilihkan. Dia ikut je apa yang mama cakap. Bukan tu je, macam-macam lagi lah yang istimewa pasal dia. Besok kita sembang lagi ye, sekarang kita makan dulu," kata Datin Sarimah.

"Bang, yang pasal tu bang," Datin Sarimah memijak kaki Dato Zayn, memberi isyarat agar dia berhenti.

"Ah ah, harhh! Papa ada satu benda ni nak bagitahu, yang papa ada hadiah untuk korang semua!" kata Dato Zayn dengan penuh semangat.

"Hah, apa tu pa?" tanya Zheriff.

"Apa tu?" tanya Raudhah pula.

"Apa, uncle?" tanya Luqman, masih tertanya-tanya.

"Apa, papa??" tanya Elysha, dengan muka terkejut.

"Papa menang satu pakej percutian di Semporna, Sabah, 5 hari 4 malam, dan 3 bilik yang diberikan!!"

"Seriuslyyy, papa?" Zheriff terkejut mendengarnya.

"Wahh, paaa, seriuslyyy? Ehiokk ohokk..." Raudhah terkedu mendengar berita itu, hingga hampir tersedak.

"Habis kitaorang nak tinggal mana?" tanya Luqman, teruja.

"Eh, korang ikut sekali lah. Takkan uncle nak tinggal dua budak kecik ni? Dah lah tu, merajuk. Next week kita nak pergi holiday. And Raudhah, Zheriff, manfaatkan lah percutian ni. Anggap lah ni hadiah perkahwinan mama dengan papa untuk korang," kata Dato Zayn dengan senyuman penuh makna.

"Sayang, tak payah pergi honeymoon dah la lepas ni. Ni pun dah kira honeymoon la ni, papa siap sponsor lagi," kata Zheriff dengan nada bergurau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro