Bab 56 💫
Beberapa bulan kemudian...
Perut Elysha semakin membesar, berat badannya meningkat secara mendadak. Hobinya yang semakin tak terkawal ialah makan! Setiap kali dia duduk, popcorn sentiasa menjadi teman setia, apatah lagi dengan perut yang semakin membuncit. Dalam beberapa bulan sahaja lagi, dia bakal melahirkan cahaya mata pertamanya.
Pada waktu itu, dia sedang bersantai di sofa, mengelus-elus perutnya sambil menikmati popcorn dan menonton TV. Kadang-kadang dia merasa seperti dunia ini miliknya sendiri. Selalunya, dia cuma akan berhenti makan popcorn apabila tangannya sudah penuh dengan sisa-sisa kekacauan.
Riana dan Luqman hanya tersenyum melihat gelagat Elysha, walaupun comot dan penuh sisa popcorn di sekeliling mulutnya, namun wajahnya tetap memancarkan seri ibu mengandung yang bahagia.
"Sha... tak lama lagi nak bersalin dah, ini je lah kerjanya, makan popcorn depan TV, goyang kaki sambil tengok movie?" usik Riana, matanya tak lepas dari Elysha yang begitu khusyuk menikmati popcornnya.
Elysha mengerling akak kesayangannya itu dengan senyuman nakal.
"Eh, akak jangan nak pandang rendah dengan hobi ibu mengandung ni. Kalau akak tengah mengandung, mesti akak pun suka makan macam Sha, kan?" katanya sambil ketawa kecil.
Namun, tiba-tiba wajahnya berubah. Pandangannya kosong seketika, dan suara hatinya mula berbisik tentang seseorang yang sering membuatnya merasa rindu.
"Akak, dah lama Raudhah tak datang sini, kan? Agaknya Zheriff masih tak dapat pujuk hati dia lagi la tu. Rindulah Sha dekat dia... Bila agaknya diaorang nak balik?" katanya dengan nada sayu.
Riana mengangguk perlahan, matanya berkaca.
"Tu lah... akak pun rindu juga. Tapi akak ni pun macam tak ada suami pun kadang-kadang. Fikry, selalu sangat sibuk, sampai kerja dekat sini lagi banyak dari dekat UK. Memang betul, Raudhah mesti merajuk. Akak sendiri pun rimas, kadang-kadang rasa macam tak ada suami. Papa pulak yang suruh dia ambil alih syarikat, itu syarikat ni, padahal kalau dia bagi pada orang yang tak berkeluarga, lebih elok."
Elysha masih tidak puas hati. Matanya terbuka luas, menyoroti setiap kata yang terkeluar dari mulut kakaknya. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, dan hatinya semakin berdebar.
"Akak tak pelik ke? Fikry balik rumah hujung minggu je! Hari biasa, langsung tak nampak batang hidung. Papa yang suruh dia kerja dekat sini nak rapatkan hubungan korang tapi macam lagi sibuk dari duduk dekat UK? Kalau balik pun, jenguk anak, sekejap je. Pelik lah kak... Sha rasa, dia tu entah-entah ada perempuan lain."
Riana menarik nafas panjang, nampak gusar.
"Eh, Sha ni. Fikry bukan macam tu! Lagipun, dia tak ada apa-apa, semua harta papa. Kalau nak curang, pakai harta orang? Sedar diri lah."
Elysha menggelengkan kepala, matanya berkilat dengan rasa curiga.
"Tapi akak, lelaki zaman sekarang ni... kita tak tahu. Hati-hati, kak! Apa yang nampak, tak semestinya betul. Kalau akak baik-baik je, nanti akak yang kena tipu! Mungkin akak kena buat siasatan sendiri. Tak boleh biarkan je."
Namun, Riana hanya membuang pandang. Dia tidak mahu terperangkap dengan fikiran yang tak menentu itu.
"Akak malas nak fikir. Kalau fikir pun, jadi serabut kepala otak je nanti."
Di rumah Maksu Salehah, suasana yang lebih tenang terasa seperti tak ada masalah yang melanda. Namun, di ruang tamu, Raudhah tidak dapat menahan diri apabila bau jeruk Pak Ali yang berada di atas meja memikat hatinya. Dari saat itu, dia sudah tidak mampu menunggu lebih lama. Jeruk itu kelihatan begitu menggoda.
Tanpa berlengah, dia mengambil bungkusan jeruk tersebut dan memakannya satu persatu dengan penuh nikmat, membiarkan rasa masam manis itu menyentuh lidahnya. Sambil matanya terpejam, dia memanjakan diri dengan kelazatan yang tiada tandingannya.
"Emh... emh... sedapnya jeruk ni! Kenapa sedap sangat ni? Siapa yang beli ni? Tauke jeruk ke apa?!" Raudhah bersuara sendirian, sambil melayan setiap kunyahan dengan penuh rasa.
Maksu Salehah yang sedang sibuk di dapur, keluar dan melihat gelagat Raudhah yang sedang menikmati jeruk itu.
"Hai Raudhah, sedap sangat ka jeruk tu sampai terpejam-pejam mata? Sampai bergeleng kepala lagi? Mengidam jeruk ka?" Maksu Salehah mengusik, sambil tersenyum.
Raudhah segera menoleh dan dengan wajah penuh rasa terkejut, dia bertanya.
"Maksu beli ke ni? Apa pasal sedap sangat?!"
Maksu Salehah ketawa.
"Bukan maksu beli, tapi Zheriff yang beli. Dia tahu awak mengidam jeruk ni. Dia nampak ada promosi, jadi dia beli saja."
Tiba-tiba pintu depan terbuka, dan Zheriff muncul sambil memegang kunci kereta. Matanya tertancap pada Raudhah yang sedang asyik menikmati jeruk, dan senyumannya semakin lebar.
"Hai sayang, sedap sangat ke jeruk tu? Sampai tak buka mata?" Zheriff menyapa sambil duduk di sofa, matanya tidak lepas memandang Raudhah yang kini semakin membesar perutnya.
Raudhah tersentak.
"Ish! Sibuk je awak ni! Tengah saya menghayati jeruk, awak muncul pulak! Potong mood betul!" katanya dengan wajah sedikit marah, namun bibirnya tetap tidak berhenti mengunyah jeruk.
Zheriff ketawa kecil, menyandarkan tubuh di sofa.
"Sedap ke? Haha! Saya yang beli tu, saya tahu awak mengidam. Dekat kedai depan tu ada promosi. Kalau awak nak tahu, saya perasan semalam awak mengigau. Jeruk! Nak jeruk! Nak jeruk, haaaa!" Zheriff menjelaskan dengan nada nakal.
Raudhah terkedu, mata terbeliak tidak percaya.
"Awak tak tidur luar? Apa halnya awak tengok saya tidur?! Apa masalah awak ni?"
Zheriff tersenyum nakal, tidak mahu mengalah.
"Saya tak tidur luar. Kadang-kadang saya tidur dekat bawah, saya cium awak. Awak je tak sedar."
Raudhah mengangkat kening, merenung tajam.
"Awak cium saya? Apa lagi awak buat waktu saya tidur?!"
Zheriff ketawa lebar.
"Macam-macam. Kadang-kadang saya borak dengan anak kita. Kadang-kadang saya buat macam-macam lagi. Awak je yang tak sedar."
Raudhah hanya menggelengkan kepala, merah padam wajahnya. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik, namun tangan masih menggenggam jeruk itu erat.
Zheriff ketawa.
"Eh, kata tak sedap. Kenapa bawak jeruk tu masuk bilik? Nak makan lagi ke?"
Raudhah membentak dari dalam bilik.
"Bukan sedap mana pun jeruk ni! Dah, jangan kacau!" Namun, jeruk itu tetap berada di tangannya, dan kedengaran suara kunyahannya yang masih berterusan dari dalam bilik.
Maksu Salehah hanya menggelengkan kepala, tersenyum mengerti.
"Zheriff, dia tu marah je. Padahal dia suka. Tak nak mengaku." kata Maksu Salehah di sofa.
Keesokan harinya, seawal pagi, Zheriff sudah berada di bawah rumah Maksu Salehah. Hari itu, dia bertekad untuk menyelesaikan kerja yang diminta oleh Maksu-mengemas stor lama yang penuh dengan barang-barang usang.
Dia membuka pintu stor di belakang rumah.
"Wow! Berapa tahun dah maksu biar ni? Berhabuk betul!" Zheriff berbatuk-batuk sambil melangkah masuk. Bau debu menusuk hidung, dan cahaya matahari yang masuk dari celah-celah papan kayu menampakkan betapa saratnya stor itu dengan barang lama.
Dia meneliti keadaan sekeliling. Rak-rak kayu usang dipenuhi dengan kotak-kotak lama, balang kaca berdebu, dan perabot lama yang bersusun tidak teratur.
"Banyak betul barang dalam ni... Nak mula dari mana ni?" Dia menggaru kepala, buntu seketika.
Sementara itu, di dapur, Maksu Salehah sedang memasak, tetapi dia tiba-tiba tersedar bahawa dia terlupa untuk memetik daun kari.
Dia segera keluar dari dapur, mencari Raudhah yang sedang duduk bersantai di sofa.
"Raudhah, pi petik daun kari sat. Maksu lupa nak ambil tadi. Ada dalam pasu dekat luar tu."
Raudhah menghela nafas malas. "Ye, maksu. Kejap."
Dia bangun dan masuk ke bilik, mengambil tudung dengan pantas lalu menyarungkannya. Kemudian, dia berjalan keluar rumah menuju ke pasu yang dipenuhi daun kari segar.
Namun, sebaik sahaja dia melangkah keluar dari tangga rumah, seseorang muncul di hadapannya.
Seorang lelaki.
Raudhah terkedu seketika sebelum mengenal pasti siapa gerangan tetamu tak diundang itu.
Encik Dafi.
"Eh, bos? Buat apa dekat sini?" tanya Raudhah dengan kening berkerut, hairan dengan kehadiran lelaki itu. Dia tidak pernah menjangkakan akan bertemu dengan majikannya di sini.
Dia tidak menyedari niat sebenar Encik Dafi.
Sewaktu Raudhah sibuk memetik daun kari, Encik Dafi memanfaatkan kelengahannya. Dalam sekelip mata, lelaki itu mengeluarkan sehelai kain dari poket seluarnya.
Dan sebelum Raudhah sempat bertindak-
Dia menekup mulut Raudhah dengan kuat!
Raudhah tersentak, matanya membulat. "Mmmphh!!" Dia cuba menjerit, cuba melawan, tetapi kekuatan Encik Dafi lebih besar daripada jangkaannya.
Pelukan kejinya mencengkam pinggang Raudhah, cuba menariknya pergi!
Panik mula menyerbu ke dalam jiwa Raudhah. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya tersekat-sekat, dan tubuhnya menggeliat, cuba membebaskan diri.
"Lepaskan aku! Tolong! Tolong!" jerit Raudhah, suaranya tercekik akibat kain yang menutup mulutnya.
Tetapi nasib menyebelahinya.
Jeritan Raudhah bergema di udara... dan sampai ke telinga Zheriff.
Di dalam stor, Zheriff yang sedang mengangkat sebuah kotak lama tiba-tiba tersentak.
Dia memasang telinga.
Jeritan itu...
Itu suara Raudhah!
Tanpa berfikir panjang, dia melepaskan kotak di tangannya dan meluru keluar dari stor. Matanya liar mencari sumber suara itu.
Dan sebaik sahaja dia melihat ke arah halaman rumah...
Matanya membulat.
Encik Dafi sedang menarik Raudhah!
Tanpa membuang masa, "WOOOOIII!!!" Zheriff menjerit sekuat hati, langkahnya memecut seperti kilat.
Bekas atlet sekolah itu tidak mengambil masa lama untuk sampai ke sasaran. Dalam satu gerakan pantas, dia menerkam ke arah Encik Dafi, menepis tangannya daripada menutup mulut Raudhah!
Dengan kekuatan yang ada, Zheriff menarik Raudhah ke belakangnya, melindunginya dengan tubuh tegapnya.
Sementara tangan kirinya yang kuat mencengkam kolar baju Encik Dafi, menyentapnya dengan kasar.
"KAU KENAPA, HAH?!" bentaknya garang, suara yang dipenuhi kemarahan.
Encik Dafi terkedu. Wajahnya pucat. Dia tidak menyangka Zheriff akan tiba secepat ini.
Raudhah yang kini berada di belakang Zheriff masih termengah-mengah, jantungnya berdetak seperti gendang perang. "Zheriff...!" suaranya bergetar, terkejut dengan kejadian yang baru berlaku.
Zheriff menoleh sedikit, menatap Raudhah yang wajahnya ketakutan.
"Raudhah, awak berdiri belakang saya. Jangan bergerak. Saya akan uruskan dia!" katanya, nada suaranya tajam dan tegas.
Tangan Zheriff semakin kuat menggenggam baju Encik Dafi, sehingga lelaki itu kelihatan sukar bernafas.
"Apa kau buat dekat sini, hah?! Apa motif kau?! Nak culik isteri aku?!"
Encik Dafi terkial-kial, cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Zheriff.
"Lepaskan aku! Kau tak tahu siapa aku, Zheriff! Jangan cari pasal dengan aku!" ugutnya dengan nada bergetar, cuba menyembunyikan ketakutannya.
Namun, Zheriff hanya tersenyum sinis.
"Oh, aku tahu sangat siapa kau. Tapi aku juga tahu, aku boleh tumbuk kau sekarang juga sampai kau lunyai! Kau sabar kejap! Aku call polis!" tegas Zheriff nadanya penuh aura kemarahan.
Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah Raudhah. Dengan tangan di sebelahnya menggenggam kuat kolar Encik Dafi.
"Awak okay?" tanyanya, suaranya lebih lembut kali ini.
Raudhah mengangguk perlahan, tetapi wajahnya masih jelas masih menunjukkan ketidaksadaran, seperti mimpi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro