Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 54 💫

Raudhah melangkah ke arah kereta, namun sebelum sempat tangannya menyentuh pemegang pintu, Zheriff sudah terlebih dahulu membukanya.

"Dipersilakan, Tuan Puteri..." ujar Zheriff sambil tersenyum kecil.

Raudhah menjegilkan mata. "Tak payah nak berlagak gentleman sangatlah! Saya ada tangan sendiri, boleh buka sendiri!"

Zheriff hanya tersenyum tanpa membalas. Baginya, amarah Raudhah hanyalah sekadar pertunjukan luaran yang sebenarnya penuh dengan emosi lain yang tersembunyi.

Di dalam perjalanan, suasana di dalam kereta agak sunyi seketika. Hanya bunyi deruan enjin yang mengisi ruang. Namun, tidak lama kemudian, suara kecil Harraz memecahkan kesunyian itu.

"Daddy! Kita nak pergi mana?"

Zheriff sempat melirik ke cermin pandang belakang dan tersenyum kecil. "Kita nak pergi klinik. Mommy Harraz ni sakit kepala, mengada-ngada. Dia ni..." katanya, menyakat.

Raudhah segera menoleh, matanya menikam tajam ke arah suaminya. "Apa?! Mengada-ngada? Awak yang paksa saya pergi kan?Bukan saya nak sangat pun! Saya pergi sebab maksu, kalau tak, jangan harap!" Nadanya sedikit meninggi, namun suaranya masih terdengar lemah akibat sakit kepala yang masih berdenyut-denyut.

Zheriff hanya mengangkat bahu dengan senyuman sinis. "Suka hatilah, Raudhah. Asalkan awak nak pergi klinik."

Harraz yang duduk di belakang menyentuh bahu ibunya dengan tangan kecilnya. "Mommy, janganlah marah-marah... Daddy cakap kalau selalu marah, nanti cepat tua! Harraz tak nak mommy jadi tua, nanti muka mommy buruk!" katanya polos.

Zheriff tergelak kecil mendengar kata-kata Harraz, namun gelaknya hanya mengundang jelingan tajam Raudhah.

"Yang awak gelak tu kenapa?! Tak lawak pun!"

"Lah, orang gelak sikit pun nak marah ke? Pelik betullah perangai mommy awak ni, Harraz." Zheriff menggeleng sambil tersenyum kecil, menikmati setiap reaksi Raudhah yang seakan tidak pernah berubah.

Raudhah mengeluh panjang. Dalam hati, dia sendiri tidak tahu kenapa setiap kali melihat wajah Zheriff, darahnya seperti menggelegak.


Setibanya di klinik, Raudhah segera diperiksa oleh Doktor Fairuz.

"Ya, Puan Raudhah Medina. Sakit apa?"

"Saya sakit kepala, pening-pening. Ubat dah makan, tapi masih tak lega."

Doktor Fairuz mengangguk. "Selain itu, ada gejala lain?"

Raudhah menarik nafas sebelum menjawab. "Haritu ada muntah sekali, tapi cuma sekali. Lepas tu pening-pening ni macam tak nak hilang. Hari ni pula demam."

Doktor memandangnya dengan penuh perhatian. "Sebelum ni pernah alami perkara yang sama?"

Raudhah terdiam seketika. Tangannya meramas-ramas jari sendiri. "Ada... Masa saya mengandungkan anak pertama saya, Harraz."

Doktor tersenyum kecil, seolah-olah sudah dapat mengagak sesuatu. "Kalau begitu, saya cadangkan puan buat pemeriksaan lanjut. Sila ikut pembantu saya ke bilik sebelah."

Raudhah menurut, diiringi oleh Zheriff dan Harraz yang turut sama ingin tahu.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pembantu doktor menatap skrin imbasan dengan penuh perhatian sebelum akhirnya berpaling kepada Raudhah dengan senyuman lembut.

"Alhamdulillah, Puan Raudhah. Ada zuriat kecil dalam rahim puan."

Raudhah terkedu. Matanya membulat, bibirnya sedikit ternganga.

Zheriff pula seakan terpaku sebelum wajahnya berubah ceria. "Alhamdulillah! Harraz, Harraz akan dapat adik!"

Harraz memandang skrin dengan mata membulat. "Hah? Adik?"

"Ya, dalam perut mommy ada baby!" ujar Zheriff dengan penuh semangat.

Harraz melompat kecil dalam pelukan daddynya. "Nak! Nak! Girl ke boy?"

Zheriff ketawa kecil. "Hm, yang itu kita tak tahu lagi. Harraz kena tunggu dulu."

Raudhah hanya memerhatikan mereka berdua. Melihat wajah ceria Harraz dan Zheriff, tiba-tiba hatinya terasa sayu. Dia ingin marah, tetapi entah kenapa ada rasa hangat yang merayap dalam hatinya-perasaan yang sudah lama dia cuba tolak jauh-jauh.

Doktor Fairuz kembali bersuara. "Tahniah, Puan Raudhah. Berdasarkan pemeriksaan, usia kandungan puan baru seminggu. Masih awal lagi, jadi elakkan kerja berat dan jaga pemakanan. Encik Zheriff, pastikan puan mendapat rehat secukupnya."

Zheriff mengangguk. "Ya, doktor. Saya akan jaga dia."

Doktor tersenyum. "Baik. Saya ucapkan tahniah sekali lagi."

"Terima kasih, doktor." Zheriff menyalami doktor sebelum mereka keluar dari bilik pemeriksaan.


Di luar klinik, Raudhah berjalan perlahan-lahan, fikirannya masih kacau. Namun, seperti yang dijangka, suara Zheriff kembali mengganggunya.

"Raudhah, awak mengandung! Tak sangka kan? Anak kita dah nak jadi dua!"

Raudhah mengetap bibir. "Tak payah nak happy sangatlah! Saya mengandung je pun!"

Zheriff menarik nafas panjang. "Raudhah... Macam mana awak gembira dengan kehadiran zuriat kecil dalam kandungan awak, macam tu jugalah saya."

Raudhah memandangnya dengan pandangan tajam. "Nanti lari lagi, kan? Lari jauh-jauh, lepas tu anak dah besar panjang baru nak menyesal semua!"

Zheriff menghela nafas perlahan, cuba bersabar. "Cakaplah apa awak nak cakap, saya tak kisah. Yang penting, saya tak nak ibu mengandung ni stres. Orang tua-tua cakap, mungkin ini pembawakan budak-sebab tu awak asyik marah-marah. Tapi tak apa, demi awak dan anak saya, saya sanggup jaga awak."

Zheriff kemudian memandang Harraz yang sedang mendengar perbualan mereka. "Betul tak, Harraz? Kita kena jadi hero mommy, jaga mommy dengan adik!"

Harraz mengangguk laju. "Betul! Daddy, we are team?" Dia mengangkat tangan untuk high-five.

Zheriff menyambutnya dengan senyuman. "Deal!"

Raudhah hanya menjeling tajam, tetapi di dalam hatinya, dia tahu-mulutnya berkata lain, tetapi hatinya... sentiasa luluh.


Setelah selesai urusan di klinik, mereka bertolak pulang ke rumah Maksu Salehah. Sepanjang perjalanan, Raudhah hanya diam, masih cuba menghadam hakikat yang baru diketahuinya. Zheriff pula sesekali melirik ke arahnya, namun tidak mahu mencetuskan sebarang perbalahan.

Setibanya di rumah, Maksu Salehah menyambut mereka di ruang tamu.

"Ha, Raudhah! Macam mana? Dah periksa? Mengandung ka dak?" tanyanya penuh teruja.

Raudhah menghela nafas dan tersenyum kecil. "Ye, Maksu. Raudhah mengandung," jawabnya ringkas.

"Sungguh ka?" Mata Maksu Salehah berbinar-binar. "Haa... Maksu dah kata dah, ada isi dalam tu! Alhamdulillah. Jadi sekarang ni takkan nak merajuk lagi dengan suami?"

"Tak merajuk pun!" Raudhah menjeling tajam ke arah Zheriff. "Cuma marah!"

Maksu Salehah menggeleng kecil sambil tersenyum. "Anak dalam perut tu pun anak dia juga. Mestilah dia nak jaga."

Raudhah mendengus kecil. "Suka hati lah!" katanya sebelum berlalu ke bilik, meninggalkan mereka di ruang tamu.

Maksu Salehah menoleh ke arah Zheriff yang hanya tersenyum kelat. "Banyak-banyak bersabarlah dengan dia tu, Zheriff. Pembawakan budak juga tu... Lama-lama nanti ok lah. Dia nak merajuk sampai bila, kan?"

Zheriff mengangguk perlahan. "Hah... Yelah," balasnya ringkas.


Keesokan Harinya

Raudhah duduk di sofa sambil menikmati epal hijau yang Maksu Salehah beli semalam. Epal itu masam, tetapi entah kenapa, dia sangat menyukainya.

Zheriff yang kebetulan melintas terhenti seketika. "Eh, awak makan macam tu je? Tak masam ke?"

Raudhah mencebik. "Sibuk je! Masam ke, tak ke, suka hati lah! Sedap!" katanya sambil terus mengunyah.

Zheriff menggeleng. "Orang cakap sikit, marah. Cakap sikit, marah. Nanti anak saya pun ikut stres juga dengan perangai mommy dia ni!"

Raudhah terus berpaling. "Hello! Anak saya!"

Belum sempat Zheriff membalas, tiba-tiba terdengar suara kecil Harraz dari arah bilik.

"Mommy... Daddy..."

Mereka berpaling serentak.

Gedebush!

Tubuh kecil Harraz rebah ke lantai.

"Harraz!" jerit Raudhah dan Zheriff serentak.

Mereka panik. Raudhah segera bangun, wajahnya pucat.

"Awak punya pasal ni!" marahnya tanpa sebab.

Zheriff menahan sabar. "Apa saya pula?! Tak sekarang ni kita berdua tak salah!"

Raudhah mendengus. "Angkatlah cepat! Takkan nak tengok je?!"

"Ye lah, sabarlah! Nak angkatlah ni!" Zheriff membalas dengan nada geram sambil mengangkat tubuh kecil anaknya ke dalam bilik.

Di luar, Maksu Salehah yang sedang membawa bakul baju ke luar hanya menggeleng melihat mereka. "Haih... Anak sakit pun sempat lagi nak bergaduh ka? Cuba la berbaik-baik sikit!"


Di dalam bilik, Raudhah duduk di sisi Harraz yang terbaring. Tangannya menyentuh dahi anaknya.

"Sayang... Kenapa ni? Badan tak panas pun..."

Tiba-tiba, Harraz membuka matanya.

"Hai, mommy... Hai, daddy... Sorry... hihihi!" katanya sambil ketawa kecil.

Raudhah dan Zheriff saling berpandangan.

"Ohh... Main-main rupanya?! Nakal ya, budak ni!" Raudhah mencubit pipinya manja.

Harraz hanya tergelak kecil. Namun, suasana tiba-tiba berubah apabila dia bersuara lagi.

"Mommy, daddy... Kalau dulu masa Harraz sakit boleh buat mommy dan daddy berbaik balik, Harraz nak sakit sampai bila-bila... boleh?"

Kata-kata Harraz menusuk tajam ke dalam hati mereka berdua. Raudhah dan Zheriff terdiam. Saling menatap tanpa kata.

Raudhah menelan liur. "Sayang... Jangan cakap macam tu! Mommy janji, mommy takkan tinggalkan Harraz lagi! Nanti kita balik rumah kita, ya?"

Namun, jawapan itu tidak cukup untuk Harraz.

"Hmm... Daddy pun balik sekali tak?"

Raudhah terkedu.

Zheriff pantas bersuara. "Ye, sayang. Daddy balik sekali. Takkan mommy nak tinggalkan daddy, kan? Nanti rindu la dia!" katanya sambil tersenyum nakal.

Raudhah yang mendengar terus menjeling tajam, matanya seakan menyala marah.

Zheriff segera menjauh sedikit, takut dengan amarah isterinya.

Harraz mengerutkan dahi. "Kalau tak gaduh, kenapa asyik macam nak marah je?"

Zheriff segera mencuba meredakan keadaan. "Eh, mana ada daddy gaduh dengan mommy! Mommy tu kan, dia mengandung, jadi mood dia tak stabil sikit."

Sambil berkata, Zheriff dengan berani melingkarkan lengannya di pinggang Raudhah dari belakang.

Raudhah kaku. Jantungnya berdegup kencang, tetapi dia cuba menutup perasaannya.

Harraz memerhati dengan senyum kecil. "Hehehe... Mommy kenapa?"

Raudhah cepat-cepat menjauh. "Takde apa-apa!"

Zheriff hanya tersenyum. "Biasalah, mommy Harraz ni... Moody je manjang!" katanya sambil memeluknya lebih erat.

Raudhah mengetap bibir. Kalau tidak kerana Harraz ada di situ, mahu saja dia menolak Zheriff jauh-jauh!


Keesokan Harinya

Zheriff kembali ke tapak projek pembinaan resortnya. Dia perlu memastikan semuanya berjalan lancar.

Seorang pekerja menyambutnya dengan senyuman. "Selamat pagi, Encik Zheriff! Kerja-kerja semua berjalan seperti yang dirancang. Kalau Encik nak lihat sekeliling, saya boleh tunjukkan."

Zheriff mengangguk. "Boleh juga."

Dia berjalan mengelilingi kawasan tersebut, tetapi fikirannya sesekali melayang memikirkan Raudhah.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro