Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 52 💫


Satu jam kemudian, Zheriff pulang ke rumah dan terus menuju ke bilik anaknya.

"Harraz! Dah mandi belum?" tanyanya, suaranya tegas tetapi mesra.

"Belum. Mommy cakap tunggu daddy balik baru mandi," jawab Harraz sambil mendekat ke telinga Zheriff. "Mommy pening kepala. Nanti daddy bagi la mommy ubat," bisiknya perlahan.

Zheriff tersentak seketika. "Oh, ye ke? Tak apa, nanti daddy minta ubat dekat neksu, lepas tu daddy suapkan mommy, okay?"

Harraz mengangguk laju, tersenyum.

"Okay, sekarang Harraz pergi mandi dulu. Daddy nak minta ubat dekat Maksu."

"Okay!" Harraz mengambil tuala dan berlari kecil ke bilik air.


Sementara itu, Zheriff menuju ke dapur mencari Maksu Salehah. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Maksu Salehah yang sedang sibuk mengemas dapur.

"Maksu, Raudhah tu sakit kepala sejak bila?" tanyanya, nada sedikit risau.

"Baru ja tadi. Dia muntah juga, tak tau pasai apa. Ni, sat lagi bagi ubat dekat dia. Ada ubat pening kepala, demam, semua dalam ni," jawab Maksu Salehah sambil menghulurkan sebekas ubat-ubatan.

Zheriff mengambilnya, tapi kata-kata Maksu selepas itu membuatnya tersentak.

"Maksu syak dia mengandung tu. Tengok la perangai dia, sikit-sikit nak marah. Manalah tau, rezeki hampa berdua... walaupun tengah berkelai, kot-kot dalam perut dia tu ada isi?"

Zheriff terkedu sejenak, kemudian tersenyum kecil. "Hm... Tak tau la, Maksu. Kalau betul dia mengandung, jenuh la nak hadap. Dengan perangai dia yang kuat merajuk tu."

Maksu Salehah tergelak kecil. "Kalau dia mengandung, tu zuriat hang, Zheriff. Sampai bila dia nak merajuk? Lama-lama baik la tu. Cincin di tangan dia pun dia tak buang, maknanya dia masih sayang hang la tu."

Zheriff hanya tersenyum tipis.

"Maksu, nanti kalau Harraz dah siap mandi, suruh dia masuk bilik, ya? Zheriff nak bagi ubat dekat Raudhah. Tengok dia tadi nampak teruk sangat."

"Ha, pi lah," kata Maksu Salehah, namun sebelum Zheriff sempat bangun, dia menyenduk semangkuk bubur dan menghulurkannya.

"Ambil ni. Bagi dia makan dulu sebelum makan ubat."

Zheriff menerima mangkuk itu dengan anggukan.

"Daddy! Harraz dah mandi!" suara Harraz bergema dari bilik air.

"Ok! Masuk bilik, pakai baju ya?"

Harraz mengangguk dan berlari ke dalam bilik.


Zheriff mengetuk pintu bilik sebelum masuk, takut mengganggu.

"Raudhah..." panggilnya perlahan sambil menghampiri isterinya yang duduk di tepi katil. Di tangannya, semangkuk bubur, segelas air, dan ubat.

Raudhah tidak menyahut. Kepalanya masih berdenyut-denyut, tetapi hatinya lebih sakit daripada tubuhnya.

"Raudhah, awak makan sikit ya? Maksu cakap awak pening kepala. Lepas ni makan ubat," pujuk Zheriff lembut.

Namun, sebaik mendengar suara suaminya, mata Raudhah membulat dengan kemarahan.

"Eh, awak sibuk kenapa? Pergilah dekat Melissa awak tu! Nak tunjuk ambil berat depan saya buat apa?" bentaknya tajam.

Zheriff terkedu seketika tetapi cepat mengawal ekspresi wajahnya.

"Raudhah," panggilnya perlahan, cuba menenangkan suasana. "Saya tahu awak marah, tapi makan dulu, ya?"

"Tak payah! Saya tak nak makan!" Raudhah menepis tangan Zheriff yang ingin menyuapkannya.

Zheriff menarik nafas panjang, bersabar. Dengan perlahan, dia mengangkat dagu Raudhah, memaksanya menatapnya.

"Raudhah, jangan degil. Saya tak nak awak sakit," katanya tegas tetapi penuh kelembutan.

Raudhah menepis tangan Zheriff dengan kasar. "Tak ada guna!" bentaknya lagi, tetapi tubuhnya sedikit menggigil kerana kesakitan.

Zheriff tidak berganjak. Dengan tenang, dia mengambil semula sudu, menyenduk bubur, dan berkata dengan nada mendatar, "Saya kira sampai tiga. Kalau awak tak makan juga, saya sendiri yang akan suapkan."

Raudhah tersentak. "Awak ugut saya sekarang?"

Zheriff tidak menjawab.

"Satu."

Raudhah mengetap bibir.

"Dua."

Dia mengetap lebih kuat.

"Tiga."

Dengan pantas, Zheriff menyuapkan bubur ke dalam mulut Raudhah.

Raudhah terpaksa membuka mulut, terkejut dengan tindakan Zheriff yang lebih dominan kali ini. Setelah suapan pertama, Zheriff meletakkan sudu ke dalam mangkuk dan menatap wajah isterinya.

"Berapa kali saya perlu buat macam ni sebelum awak dengar cakap saya?" soalnya lembut tetapi bernada tegas.

Raudhah diam. Matanya menatap jauh ke luar tingkap, enggan membalas pandangan suaminya.

"Saya... tak perlukan awak untuk jaga saya macam ni," bisiknya perlahan. Namun, ada getar dalam suaranya, seolah-olah dia sendiri tidak yakin dengan kata-katanya.

Zheriff menghela nafas. Dia mendekat sedikit, memandang isterinya dengan kasih yang tak pernah pudar.

"Saya tahu, Raudhah. Tapi saya takkan biarkan awak sakit dan menderita seorang diri."

Raudhah masih membatu, hatinya berkecamuk antara marah dan rindu. Ego masih menebal, tetapi jauh di sudut hati, dia tahu - Zheriff masih lelaki yang dia cinta.

Namun, luka lama masih berdarah.

Dan dia belum bersedia untuk membiarkan Zheriff menyembuhkannya.

Harraz, yang dari tadi menjadi pemerhati senyap kepada drama ibu bapanya, akhirnya bersuara.

"Mommy dan Daddy kenapa?" tanyanya polos, keningnya berkerut sedikit.

Raudhah segera menjarakkan diri daripada Zheriff, cuba menyembunyikan perasaan yang berkecamuk dalam dirinya. "Tak ada apa-apa!" jawabnya cepat, namun nada suaranya yang sedikit tinggi membuatkan jawapannya kedengaran kurang meyakinkan.

Zheriff yang berdiri tidak jauh darinya hanya tersenyum sinis, kemudian mendekatkan dirinya ke arah Raudhah dengan sengaja.

"Mommy awak ni tengah merajuk. Makan tak nak, ubat pun tak nak, air pun tak nak. Kang daddy sumbat masuk mulut baru tahu!" katanya, nada usikan jelas kedengaran.

"Memang awak dah sumbat dah kan tadi!" bisik Raudhah perlahan.

Harraz yang semakin hampir kepada mereka tersenyum lebar, seolah-olah memahami situasi yang berlaku. "Mommy kena makan ubat supaya cepat sihat!" katanya yakin, seperti seorang kaunselor kecil yang cuba mendamaikan ibu bapanya.

Tiba-tiba, dalam keterujaannya mahu naik ke katil, Harraz tergelincir sedikit dan tubuh kecilnya tersenggol bahu Zheriff. Kejadian itu begitu pantas berlaku, menyebabkan wajah Zheriff dan Raudhah hampir bertemu-hidung mereka hampir bersentuhan.

Raudhah tersentak, matanya membulat besar. Dengan pantas, dia menarik Harraz ke arahnya, cuba menjarakkan diri daripada Zheriff.

"Harraz...!" Suaranya hampir kedengaran seperti jeritan kecil, wajahnya merona merah kerana malu.

"Eh-!" Zheriff juga terkejut, tetapi dia tidak dapat menahan senyumannya yang semakin lebar.

Harraz hanya ketawa kecil, langsung tidak menyedari betapa canggungnya situasi itu. "Hehe, sorry! Mommy! Daddy! Harraz tak sengaja..." katanya sambil mencuit tangan mereka berdua dengan riang.

Raudhah menundukkan wajah, cuba menenangkan degupan jantungnya yang tidak keruan. Dia mengalihkan pandangan ke sisi, tetapi kehadiran Zheriff yang masih duduk rapat dengannya membuatkan debaran itu semakin kuat.

Zheriff menunduk sedikit, membisikkan sesuatu dengan nada menggoda.

"Banyak betul ya adegan romantik kita sekarang ni. Rasanya kena gaduh selalu baru boleh jadi sweet macam ni," katanya dengan senyuman nakal.

Raudhah diam, hatinya berkecamuk. Dia tidak tahu bagaimana mahu membalas kata-kata itu. Sesuatu di dalam dirinya mula bergolak-antara marah, rindu, dan rasa yang tidak dapat dia jelaskan.

Sementara itu, Harraz di belakang mereka hanya tersenyum kecil. Walaupun masih kecil, dia cukup faham bahawa Mommy dan Daddy sedang bergaduh. Dan dalam hatinya, dia memasang niat untuk menjadi orang tengah dalam pergaduhan mereka.


Di rumah Datin Sarimah, suasana di ruang tamu terasa santai. Elysha sedang menikmati semangkuk popcorn kesukaannya di sofa, ditemani oleh Luqman dan Riana. Luqman, yang mengambil cuti kerana demam, hanya bersandar malas di sisi isterinya.

Elysha memulakan perbualan.

"Akak! Akak nak tahu tak? Dulu kan, Sha dengan Luq ada plan nak stalk si Melissa gedik tu. Kitaorang siap kumpul bukti pasal dia lagi!" katanya dengan nada penuh semangat.

Riana mengangkat kening, tertarik dengan cerita itu.

Luqman yang berada di sebelah Elysha mengangguk perlahan. "Haah. Tapi last-last, kitaorang lupa terus. Lepas kes hari tu, malas nak fikir dah pasal perempuan tu. Sha pun tengah mengandung. Kalau suatu hari nanti Tuhan nak bongkarkan rahsia dia, semuanya akan terbongkar sendiri."

Elysha mendengus perlahan. "Hmm... betul juga. Tapi akak mesti tak tahu perangai Melissa tu seteruk mana. Macam-macam dia dah buat dekat family kita ni. Apa yang dia nak pun kita tak pasti. Kalau betul dia nakkan Zheriff, kenapa dia sibuk nak musnahkan keluarga kita sekali? Dia ni macam sesuatu tau..."

Luqman mengangguk setuju. "Ye, kan? Dia tak nampak macam nakkan Zheriff sangat. Dia lebih nampak macam nak hancurkan kita semua."

"Complicated. Complicated." Riana menggeleng kepala. "Macam ni lah kalau akak tertinggal bas, tak sempat ikut perkembangan cerita!"

Elysha tergelak kecil. "Alah, tak payah fikir sangat la, kak. Melissa tu tak penting pun. Asalkan dia tak ganggu akak dan Aish, sudah."

Riana memandang adiknya dengan pandangan penuh makna. "Akak perasan Sha sekarang dah makin matang kan. Dulu-dulu hyperaktif, kuat menjawab, degil, keras kepala..."

Elysha tersenyum bangga, tetapi belum sempat dia membalas, Luqman menyampuk, "Matang apanya? Tengoklah esok, tantrum balik. Mood dia ni, pelik-pelik."

Elysha terus menjeling tajam kepada Luqman sambil menunjuk dua jarinya dari mata ke mata Luqman-isyarat amaran.

Tiba-tiba, Riana bersuara. "Eh, hari tu akak terdengar Mama sembang dengan Papa. Papa cakap Zheriff dah tak nak kerja dekat syarikat Papa. Katanya dia nak pergi Kedah pujuk Raudhah. Eh, akak rasa diaorang gaduh lagi ni."

Elysha dan Luqman serentak menoleh ke arah Riana.

"Serius? Kedah? Raudhah?" Elysha mendengus. "Hm... sah, gaduh lagi la tu. Zheriff tu memang kena ajar! Adik akak la tu, mesti dia buat masalah! Mesti dia punca semua ni!"

Luqman mengangkat tangan, cuba menenangkan Elysha. "Eh, Sha. Mana tahu salah faham je? Jangan main tuduh je. Zheriff ada bagitahu kau apa-apa ke?"

Elysha menjeling tajam.

Riana tersenyum sinis. "Haih, cakap sikit jeling. Cakap sikit jeling. Korek biji mata tu baru tau!"

Luqman ketawa kecil melihat gelagat isterinya.

Riana menoleh ke arah Elysha dan Luqman dengan senyuman penuh makna. "Akak tak tahulah anak korang nanti nak ikut perangai siapa. Harap-harap jangan ikut perangai maknya ni lah."

Elysha menjeling sekali lagi. "Sibuk je akak ni!"

Riana hanya ketawa, sementara Luqman menggeleng kecil.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro