Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 50 💫

"Hahhh! Macam mana aku boleh lupa?"

Zheriff terduduk di atas katil, matanya membesar sebaik melihat ikon aplikasi di telefonnya. Dengan jari yang sedikit menggigil, dia segera membuka aplikasi itu.

"Lokasi dikesan!"

Paparan peta di skrin menunjukkan "Kampung Hujung Keton, Kedah."

"Raudhah..." bisiknya perlahan.

Jantungnya berdegup kencang, rasa lega bercampur teruja menyelubungi dirinya. Akhirnya, setelah seminggu mencari, dia kini tahu di mana isterinya berada.

Tanpa menunggu sesaat lagi, dia bangkit, mencapai beg besar lalu mengisi pakaian dan keperluan lain.

"Aku tak boleh tunggu lagi. Esok pagi aku akan ke sana!"

Sebelum tidur, dia menaip mesej kepada Dato' Zayn.

✉'Assalamualaikum, papa. Zheriff nak bagitahu yang Zheriff rasa Zheriff dah tak boleh kerja dekat pejabat tu. Bukan sebab Melissa, tapi sebab Zheriff tak boleh terus-terusan sibuk dengan kerja sampai hilang keluarga sendiri. Kalau papa nak bagi syarikat pada Fikry atau Luqman, Zheriff tak kisah. Esok Zheriff nak ke Kedah. Nak pujuk isteri Zheriff yang tengah merajuk dekat sana.'

Tanpa berfikir panjang, dia menekan butang "Send".

Sebelum bertolak ke Kedah, Zheriff meletakkan sekeping pamflet besar di atas meja, bersama nota untuk pembersih rumah dan bodyguardnya. Dia kemudian menghampiri Aizat.

"Aizat! Saya nak pergi Kedah hari ni. Pegang 16 ribu ni sampai hujung bulan. Awak dan Aizat lima ribu dan selebihnya, untuk 2 orang lagitu. Lepas tu, semua boleh berhenti kerja. Korang semua boleh lah cari kerja lain dulu. Kalau saya perlukan korang lagi, saya akan bagitau."

Aizat mengangguk tegas. "Baik, tuan!"

"Pastikan semuanya perfect! Saya ada tinggalkan nota dalam rumah. Lepas ni, saya akan matikan telefon."

Tanpa membuang masa, Zheriff melangkah masuk ke dalam kereta, dan berlalu pergi. Bodyguardnya hanya memerhati, diam tanpa banyak soal.


Di rumah Maksu salehah.

Dia sudah bangun seawal subuh untuk menyiapkan kuih lapis yang bakal dihantar ke tiga warung berdekatan. Haruman kuih yang baru masak memenuhi ruang rumah.

Raudhah yang baru bangun menghirup udara pagi dengan tenang. Dia berdiri di tingkap, memerhati cincin perkahwinannya yang masih tersarung di jari. Cincin berlian yang pernah dibelikan oleh Zheriff, bernilai RM12,900.

"Memang saya terluka... Tapi cinta saya pada awak tak pernah hilang, Zheriff. Awak ajar saya erti cinta, mustahil bagi saya nak lupakan semua tu. Saya cuma perlukan ruang..."

"Raudhah! Menung apa tu?" tegur Maksu Salehah yang muncul dengan bakul berisi kain jemuran.

Raudhah tersentak. "Eh, tak ada apa-apa, Maksu. Saja tengok cincin ni."

"Ya Allah, nampak mahal cincin tu! Zheriff belikan ke?"

Raudhah mengangguk perlahan.

"Berapa harga dia?"

"Dua belas ribu sembilan ratus."

Maksu Salehah terpaku. "Ya Allah, seutas cincin je harga macam tu? Besar betul cinta dia pada Raudhah kalau sanggup belanja sebanyak tu. Lelaki macam ni susah nak jumpa, Raudhah. Kalau ada salah sikit-sikit tu, biasalah... manusia semua tak sempurna."

Raudhah tersenyum kecil tanpa memberi respons.

"Sudahlah, kalau bosan, mari tolong Maksu lipat kain ni," kata Maksu Salehah.

"Eleh, Maksu ni. Kalau nak minta tolong, cakaplah awal-awal!" Raudhah tersenyum sambil mencapai kain.

Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba bunyi enjin kereta BMW hitam bergema di hadapan rumah. Raudhah yang sedang mengunyah kuih lapis terhenti serta-merta. Jantungnya berdegup kencang.

Sebelum dia sempat bangun, pintu kereta terbuka dan seorang kanak-kanak lelaki meluru masuk ke dalam rumah.

"Mommy!"

"Sayang! Macam mana boleh sampai sini?" Raudhah mendakap erat anaknya, Harraz. Air matanya bergenang melihat wajah si kecil yang telah seminggu ditinggalkan.

"Assalamualaikum..."

Suara itu.

Raudhah terdiam. Perlahan-lahan, dia mendongak.

Zheriff berdiri di depan pintu, berjaket hitam dengan wajah penuh kesungguhan.

"Raudhah ni ke suami kamu? Tudiaaa, kemas elok rupanya," puji Maksu Salehah sambil mengait benang di tangannya.

Zheriff tersenyum. "Ya, saya Zheriff."

"Mari, mari masuk. Panggil saja Maksu," pelawa Maksu Salehah dengan senyuman mesra.

Zheriff menapak masuk ke dalam rumah. Sementara itu, Raudhah mengerutkan dahi apabila terhidu bau yang familiar.

"Baju Harraz... kenapa bau macam perfume Zheriff?"

Harraz tersengih. "Memanglah! Daddy cakap kalau Harraz pakai perfume daddy, mommy mesti suka bau Harraz!"

Raudhah menjeling ke arah Zheriff.

"Ehem, Raudhah. Janganlah tunjuk sangat benci dekat suami sendiri," usik Maksu Salehah.

Raudhah menjeling tajam sebelum mengalihkan pandangannya.

"Zheriff, makanlah kuih ni. Maksu buat sendiri. Harraz, dah besar dah kamu, ingat tak Nek Su?"

Harraz berkerut. "Nek Su?"

"Ha, Nek Su ni lah yang jaga Harraz masa kecil dulu, masa daddy jahat dulu," Raudhah menekan perkataan "jahat" sambil memandang Zheriff dengan ekor mata.

Harraz membulatkan matanya. "Oooohhh! Hai Nek Su!"

Maksu Salehah ketawa kecil. "Hai, sayang. Rindu Nek Su tak?"

"Tentu!"

Zheriff tersenyum kecil, tetapi segera ditegur oleh Raudhah.

"Macam mana awak tahu saya dekat sini?" soalnya tegas.

Zheriff memandang gelang di pergelangan tangan Raudhah. "Gelang awak. Saya dah letak alat pengesan lokasi dekat situ."

Raudhah terkejut. Dengan pantas, dia menanggalkan alat kecil itu dari gelangnya.

"Ha, nak buang? Nak rosakkan? Silakan. Harga alat tu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan cinta saya pada awak yang tak ternilai," kata Zheriff tenang.

Raudhah menggenggam alat kecil itu dengan erat. Tidak sampai hati mahu merosakkannya di hadapan Zheriff.

"Awak buat apa datang sini? Baliklah! Kerja banyak, kan? Lagipun, bukan ada tukang urut percuma kat pejabat awak tu?" sindir Raudhah sinis.

Zheriff terdiam.

"Daddy, mommy marah daddy ke?" tanya Harraz dengan wajah polos.

Raudhah menarik nafas dalam. "Eh, taklah sayang. Mommy gurau je dengan daddy."

Dia mengangkat wajah dan memandang tepat ke mata Zheriff.

"Mommy sayang daddy... Sayang sangat."

Nada suaranya penuh dengan sarkastik sebelum dia berpaling dan masuk ke dalam bilik.

Zheriff menghela nafas panjang. Maksu Salehah sekadar menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Zheriff, kalau betul nak pujuk isteri tu, jangan tunggu lama-lama. Perempuan ni, kalau dah merajuk lama sangat, makin susah nak dipujuk."

Zheriff tersenyum tipis.

"Saya tak akan biarkan dia pergi lagi, Maksu. Kali ini, saya akan pastikan Raudhah pulang ke sisi saya."

Sepanjang hari, Raudhah langsung tidak mempedulikan Zheriff. Dia hanya memberi perhatian sepenuhnya kepada Harraz, seolah-olah kewujudan Zheriff tidak pernah ada di situ.

"Mommy! Kenapa mommy sibuk sangat dekat sini? Mommy buat apa?" suara Harraz memecah kesunyian.

Raudhah menoleh, tersenyum kecil. "Oh, mommy buat kuih dengan nek su. Maaflah, sayang, mommy tinggalkan Harraz macam tu je." Dia cuba menyembunyikan perasaannya agar tidak terbawa-bawa ke dalam fikiran Harraz.

Harraz menggelengkan kepala, "Tak apa. Daddy cakap, Harraz kena berdikari, tak boleh manja. Kena jadi strong boy!"

Raudhah mengelus rambut Harraz dengan penuh kasih. "Oh, ye ke? Baguslah kalau macam tu."

Malam semakin larut, dan Zheriff yang sejak tadi hanya memerhati akhirnya memberanikan diri mengetuk pintu bilik Raudhah.

Tok! Tok! Tok!

Raudhah yang sedang menidurkan Harraz segera menoleh ke arah pintu. Dengan suara sedikit tinggi, dia menyahut, "Nak apa?! Buka je lah!"

Zheriff menjengukkan kepalanya. "Saya nak tid-"

Belum sempat dia menghabiskan ayat, Raudhah sudah menyampuk.

"Apa? Tidur?! Luar!" matanya membulat, memberi amaran keras.

"O-okay, okay! Kkk..." Zheriff mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.

Harraz yang melihat situasi itu mengerutkan dahi. "Kenapa daddy tidur luar?"

Raudhah tersenyum sinis. "Sebab daddy buat salah. Jadi mommy denda! Tidur luar!"

"Alaaa, kenapa? Mommy denda lah benda lain. Harraz nak mommy dengan daddy tidur sama-sama!" rajuk Harraz.

"Haah, betul tu! Nek su pun suruh daddy tidur dalam bilik!" Zheriff segera mengambil kesempatan.

Raudhah menjeling tajam. "Awak ni kan... ishhh! Okey, tidur lah! Tapi jarak sepuluh meter! Jangan dekat kalau tak saya sepak!"

Harraz akhirnya tertidur dalam pelukan Raudhah. Saat itulah Raudhah menoleh ke arah Zheriff, mendekati wajahnya, tetapi memastikan Harraz tidak mendengar.

Dengan suara perlahan tetapi tegas, dia berbisik, "Lepas Harraz betul-betul tidur, awak keluar dari bilik ni. Saya tak nak tengok awak ada di sini, faham?"

Zheriff tersenyum kecil. "Baik, tuan puteri."

Raudhah menunjukkan jari dari matanya ke mata Zheriff, memberi amaran terakhir sebelum kembali membaringkan diri.

Zheriff yang hanya tersenyum sinis dalam diam, sudah mempunyai rancangan untuk esok. Dia tidak akan menyerah. Dia ingin membuktikan sesuatu-dia mahu membina masa depan yang lebih baik.

Keesokkan harinya.

Keesokan pagi, Raudhah bangun dengan wajah sedikit kusut. Dia mengerling ke arah katil seberang-kosong.

"Dia dah keluar?" hatinya tertanya-tanya.

Dia berjalan ke dapur, melihat Maksu Salehah sedang sibuk mengadun tepung.

"Maksu buat apa?"

"Buat kuih la, macam biasa."

Raudhah duduk di bangku kayu, mencapai sepotong kuih. "Eh, Zheriff pi mana pagi-pagi ni? Kereta dia pun dah tak ada."

Maksu Salehah menjungkit bahu. "Mana tau, mungkin keluar beli makan ke?"

Raudhah menjuih bibir. "Takdenya. Entah-entah dia datang sini pun sebab nak hantar Harraz je, bukan sebab nak jumpa aku."

Maksu Salehah tergelak kecil. "Mana tau dia ada rancangan lain?"

Raudhah mengangkat bahu, malas mahu ambil peduli. Dia menggigit kuih lapis di tangannya, tetapi tiba-tiba...

"Uwek!"

Tekaknya terasa mual. Dia menutup mulut, segera berlari ke singki.

Maksu Salehah terkejut. "Pasai apa tu? Kuih maksu tak sedap ka?"

Raudhah menggeleng, hanya air liur dan angin yang keluar dari tekaknya.

Maksu Salehah tersenyum penuh makna. "Raudhah... hang mengandung ka?"

Raudhah menoleh pantas. "Haa? Maksu ni merepek apa?"

Maksu Salehah hanya ketawa kecil. "Mana tau, rezeki Allah."

Raudhah menghela nafas. "Ish, tak mungkin."

Untuk menghilangkan rasa pening, Raudhah bercadang ke kedai. "Maksu, kedai dah buka ke? Saya nak beli barang sikit."

"Buka. Pi la kedai depan tu."

Tanpa berlengah, Raudhah mencapai dompetnya dan keluar dari rumah. Sambil berjalan, dia menyeluk poket seluar, mengira duit di tangannya.

"Seringgit, seringgit, sepuluh ringgit, lima ringgit..."

Namun, kerana terlalu fokus mengira, dia tidak perasan seseorang muncul di hadapannya.

BANG!

Raudhah merempuh dada seseorang.

"Mak kau!" dia hampir terjatuh ke belakang tetapi tangan sasa itu sempat memegang lengannya.

Dia mengangkat wajah. Matanya membulat.

"Eh, awak?!"

Zheriff tersenyum sinis, memerangkap Raudhah di antara dirinya dan tembok rumah.

"Kenapa? Takut?" suaranya rendah, tetapi menusuk ke jiwa.

Raudhah menelan liur. "Lepaskan aku."

Zheriff mendekatkan wajahnya sedikit. "Kalau aku tak nak?"

Sebelum Raudhah sempat bersuara lagi, satu suara kecil mencelah.

"Eh... mommy dengan daddy buat apa ni?"

Harraz yang baru terjaga, berdiri di depan pintu dengan wajah penuh kehairanan.

Mata Raudhah dan Zheriff sama-sama membulat.

Raudhah segera menolak Zheriff menjauh. "Tak ada apa-apa! Masuk dalam!"

Harraz menutup matanya dengan kedua-dua tangan. "Eee... mommy dan daddy buat benda pelik!"

Muka Raudhah merah padam. "Zheriff, lain kali jangan buat benda merepek depan anak!"

Zheriff tergelak kecil, tetapi jauh di sudut hatinya, dia berbisik,

"Kau boleh lari, Raudhah... tapi kau tetap milik aku."











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro