BAB 5 💫
Majlis perkahwinan Raudhah dan Zheriff berjalan dengan sangat lancar, dipenuhi dengan kegembiraan yang melimpah. Semua orang di majlis itu tersenyum bahagia, memeriahkan suasana, tetapi di sudut lain, perasaan Elysha dan Luqman sudah tidak sependapat.
Elysha, dengan wajah serius, menarik tangan Luqman ke dalam rumah.
"ISHHH, kau ni apahal? Main tarik-tarik je tangan orang!" Elysha mengeluh, jelas berasa terganggu dengan sikap Luqman yang tiba-tiba.
"Shiuuttttttttt! Kau nampak tak apa aku nampak tadi?" Luqman berbisik, suara rendah agar tidak menarik perhatian orang ramai.
Elysha menyilang tangan di dada, dengan nada yang sinis menjawab, "Hmhh... tahu lah! Si Budak Hareeq tu datang tadi. Takde kerja ke dia? Sepatutnya dia balik kampung jumpa mak bapak dia, bukannya stalk orang dua puluh empat jam. Tak faham betul, aku. Kalau dia takde kerja sangat, pergilah balik kampung, cari ketenangan, kan ke lebih baik. Tapi dia ni, tak habis-habis stalk Raudhah, memang gila! Betul, mental!"
Luqman mengangguk perlahan, jelas setuju dengan kata-kata Elysha. "Itulah! Tak faham aku. Tapi kau tahu tak? Haritu, Raudhah cerita dekat aku, kebun getah yang arwah bapak dia tinggalkan, mak dia bagi dekat dia, kan? Tapi senang-senang je dia lepas kat orang lain. Senang hidup! Lepas tu, datang bandar buat kerja lain. Aku betul-betul tak faham. Bapa dia berhempas-pulas untuk itu, tiba-tiba dia lepas je macam tu."
"Amboi, amboi, amboi... gossip apa tu?" Tiba-tiba, suara Datin Sarimah muncul di belakang mereka, membuatkan Elysha terkejut dan hampir terjerit.
"OO MAK KAU JATUH!" Elysha hampir terlompat kerana terkejut dengan kehadiran Datin Sarimah yang tiba-tiba.
"Amboi, kemain! Sha dan Luqman gossip eh? Dah, jom simpan dulu gossip tu. Meh, tolong mama potong kambing golek ni, tak lama lagi majlis nak habis." Datin Sarimah tersenyum lebar, memandang Elysha dan Luqman, seolah-olah meminta mereka untuk kembali fokus pada tugas.
"Hadehhhrhhh, mama ni kecoh betullah. Jom, lah, Luq." Elysha sedikit merungut, tetapi tidak dapat menahan diri daripada terpaksa mengikuti arahan mamanya.
"Tapi kau rasa, apa sebenarnya niat Hareeq dengan perempuan tu? Tu, tuuu..., dia tu!" Elysha tiba-tiba mengubah topik, sambil menunjukkan jari ke arah Lisa yang baru tiba di majlis itu. Lisa yang begitu ramah dengan Dato dan Datin, membuatkan mereka terkejut dengan sikapnya yang terlalu mesra.
"Widihh, Sha! Kau nampak kan apa yang aku nampak? Kau rasa tak apa yang aku rasa? Maksud apa ni?" Elysha terus berbicara dengan penuh rasa curiga. Wajahnya jelas menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kehadiran Lisa.
"Ini memang sangat tidak mungkin, Luq. Kau tengok lah, pompuan tu ada kena-mengena dengan keluarga ni. Apa plan kita lepas ni?" Sha merenung Lisa dengan pandangan yang tajam, cuba mencari jawapan bagi teka-teki yang semakin rumit ini.
"Hai hai hai! Amboi, Elysha dan Luqman ni bersembang tak berhenti-henti. Bila nak siap kerja ni? Orang ramai tunggu kambing tu, buat cepat! Kalau tak, mama tak bagi upah nanti!" Datin Sarimah menegur mereka dari jauh, sambil tersenyum.
"Yelah, yelah, mama ni. Duit banyak, tak reti nak upah catering sikit." Elysha membalas, namun sedikit geram dengan sikap mamanya yang terlalu cerewet.
"Amboi... senangnya hidup. Kalau macam tu, korang duduk je lah goyang kaki. Nak jadi dugong ke?" Datin Sarimah bergurau, sambil mengeleng kepala.
"Apa dugong pulak?!" Elysha meninggikan suara sedikit, Elysha agak geram dengan gurauan mamanya.
"Menjawab, Sha ni kuat betul. Menjawab!" Datin Sarimah menegur dengan tegas, seolah-olah memberi amaran supaya tidak terlalu melawan.
"Tolong buat kerja tu, mama nak layan tetamu kejap," ujar Datin Sarimah sambil memberikan arahan kepada mereka.
Luqman dan Elysha saling berpandangan, dan Elysha akhirnya bertanya, "Kau rasa apa sebenarnya niat pompuan tu? Tu, tuuuu..." Elysha menunjuk lagi kepada Lisa, yang semakin mesra dengan ahli keluarga.
"Jangan risau, Sha. Kita akan cari tahu." Luqman menjawab dengan keyakinan, walaupun dalam hati ada sedikit keraguan.
Namun, tiba-tiba suasana majlis berubah kecoh apabila Raudhah diserang dan diculik oleh dua lelaki yang tidak mereka kenali. Semua orang terkejut dengan kejadian tersebut.
"ZHERIFF! BINI KAU KENA CULIK!" Jeritan Jefri, kawan baik Dato' Zayn, mengejutkan semua orang yang ada di situ.
"Zheriff! Cepatlah! Pergi cari Raudhah!" Datin Sarimah menjerit, jelas cemas dan panik dengan kejadian yang berlaku.
"Ok mama, stay je kat rumah. Biar kita orang yang pergi cari Raudhah. Jom, jom!" Elysha segera memberi arahan kepada Luqman, dan mereka bergegas ke kereta.
"Yes, akhirnya! Plan aku berjaya!" Lisa berkata dalam hati, sambil tersenyum sinis melihat kecoh yang berlaku.
Zheriff, Luqman, dan Elysha segera menaiki kereta mereka, mengejar penculik yang membawa Raudhah. Mereka berhubung melalui walkie-talkie masing-masing, dengan penuh keseriusan.
"Roger, roger, boleh dengar tak? Sekarang ada simpang tiga. Zheriff, ambil kanan, Sha kiri, aku tengah!" Luqman memberikan arahan dengan tegas.
"Roger, roger," jawab Zheriff dan Elysha, memberi sokongan kepada arahan yang diberikan oleh Luqman.
Penculik itu, yang masih mengikat Raudhah di kerusi, kelihatan berkelakuan gila, dengan wajah penuh kemarahan.
"Hai Raudhah, aku rindu sangat dekat kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Aku nak kau kahwin dengan aku, tapi kenapa kau kahwin dengan orang lain?" suara penculik itu menggelegar, penuh dengan kekeliruan dan kemarahan.
Raudhah menggigil ketakutan. "Eh, lepaslah kau ni! Siapa kau, sebenarnya? Apa yang kau nak sangat daripada aku? Lepaskan aku! Cakap je apa yang kau nak, aku bagi!" katanya, suaranya penuh ketakutan.
"Aku tak nak apa-apa, Raudhah. Aku cuma nak engkau!" balas penculik itu dengan nada mengancam.
"Aku tahu... Kau ni... Hareeq kan?" Raudhah bertanya, walaupun masih takut.
"HaHaHaHa, Raudhah! Kau ni memang pandai. Tapi tak guna. Kau tetap milik aku!" Penculik itu ketawa, penuh dengan niat jahat.
"Roger, roger, aku dah nampak satu gudang. Kereta hitam, nombor plat WRN 2094. Aku rasa Raudhah ada kat dalam tu. Zheriff, Luqman, ke kiri!" Elysha memberi laporan, penuh ketegasan.
"Roger, Sha. Kau tunggu dulu, Luqman datang nanti aku bawa polis," Zheriff memberi arahan.
"Roger, aku dah dekat belakang kereta kau, jom turun dulu, nanti Zheriff datang dengan polis," Luqman mengesahkan.
Dengan hati-hati, Elysha dan Luqman menyusup masuk ke dalam gudang. Mereka mengintai melalui tingkap yang terbuka.
"Luqq... Kau tengok tu, Sha! Apa dia nak buat? Kenapa dia bertopengkan hitam tu?" Elysha bertanya dengan risau, takut sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kepada Raudhah.
"Apa plan kita?" tanya Luqman, bersedia dengan langkah seterusnya.
"Hmm... Ok, aku jatuhkan barang dekat luar, dia mesti keluar untuk periksa. Kau masuk ikut pintu belakang, jangan takut. Dalam filem pun macam tu!" Elysha memberikan arahan, dengan keyakinan yang tinggi.
"Kau ni, macam pelakon dalam filem betul... Kalau pintu belakang tu kunci, mampus aku!" kata Luqman sambil memberi jelingan tajam.
Elysha hanya mencebik, "Tak kunci! Kau pergi dulu tengok, baru tahu!" Kata Elysha sambil memberi jelingan juga.
Elysha menjatuhkan barang untuk mengalihkan perhatian penculik, yang segera keluar untuk memeriksa bunyi tersebut.
"Herh, apa benda tu?" Penculik itu terkejut, keluar dari gudang.
Sementara itu, Luqman berbisik kepada Raudhah. "Raudhah, aku ni Luq! Line clear? Ada orang lagi tak?"
"Ada, Luq. Sorang lagi tengah tidur dalam bilik tu." Raudhah menjawab dengan suara rendah, masih dalam ketakutan.
Luqman segera membuka ikatan di tangan Raudhah. "Terima kasih, Luq." Raudhah berkata dengan penuh rasa syukur.
"Dah, jom! Keluar cepat, polis dah sampai!" Luqman memberi amaran, sambil memegang tangan Raudhah, menariknya keluar dari tempat itu.
Dengan suasana yang semakin tegang, siren polis kedengaran, dan penculik itu akhirnya dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
"Sayang, are you okay?" Zheriff bertanya dengan penuh perhatian, jelas cemas melihat keadaan Raudhah.
"I'm okay, thank you." Raudhah menjawab, lega dan berterima kasih.
"Dah, jom pergi balai, nak tengok siapa sebenarnya lelaki tak guna tu." Elysha berkata dengan penuh dendam, tidak sabar untuk mengetahui siapa sebenarnya penculik itu.
Setibanya mereka di balai polis, Elysha masih berfikir dan berkata, "Eh, Raudhah, siapa lelaki tu? Kalau dia suka dekat kau sekalipun, kenapa dia tak pernah tunjuk muka? Macam pelik je. Kalau budak Hareeq tu, tak cari pun dia muncul."
"Tapi kan suara dia tu macam terdengar macam robot tau, tapi entah lah aku pun tak tau, aku tak pernah kenal pun dia. Dah lah, biar je dia. Dia dah dapat balasannya pun," kata Raudhah dengan tenang, berusaha untuk melupakan segala yang telah terjadi.
"Terima kasih, Tuan. Kami balik dulu, ya?" kata Zheriff dan Luqman sambil bersalaman dengan pihak polis, menghormati mereka sebelum beredar.
Namun, beberapa minit kemudian, pihak polis menyedari sesuatu yang penting telah terlupa untuk diserahkan kepada mereka. Malangnya, mereka sudah jauh meninggalkan balai polis.
"Eh! Alamak, barang tu!" kata Tuan Farukh, kelihatan panik apabila teringat akan barang yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro