Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 49 💫


Malam kian larut. Setelah beberapa jam perjalanan menaiki bas, akhirnya Raudhah tiba di kampung halaman Maksu Salehah.

Dia mengetuk pintu perlahan.

"Tok, tok, tok."

Pintu terbuka, menampakkan wajah Maksu Salehah yang terkejut. Hampir beberapa tahun mereka tidak bertemu.

"Maksuuu..." Suara Raudhah bergetar sebelum tubuhnya meluru ke dalam pelukan maksunya. Esakannya pecah, tangisannya deras membasahi pipi.

"Ya Allah, Raudhah... Pasai apa ni? Mai mai, masuk dulu. Takkan nak menangis depan pintu ni." Nada suara Maksu Salehah sarat dengan kerisauan.

Dia segera menarik tangan Raudhah ke dalam rumah, menutup pintu, lalu membawa anak saudaranya ke bilik. Raudhah masih terisak, tubuhnya menggigil menahan sebak.

"Ni kalau mai sini, mesti ada sebab besar. Raudhah bergaduh dengan Zheriff ka?" Maksu Salehah meneka.

Tiada jawapan. Hanya deraian air mata yang terus mengalir.

Keesokan paginya...

Di bandar, Zheriff terjaga sebelum subuh. Kesibukan di pejabat memaksanya bekerja awal, tetapi satu hal yang membuat hatinya berat-Harraz.

Dia menatap anak kecil itu yang masih lena di atas katil. Perlahan, dia mengangkat tubuh kecil itu ke dalam dukungannya.

Harraz mengerutkan dahi dalam tidurnya. "Daddy... Harraz nak tidur lagi..." Suaranya manja, matanya masih terpejam sambil menyandarkan kepala ke dada Zheriff.

Zheriff tersenyum kecil. "Tidurlah dalam kereta dulu, sayang. Nanti dah sampai pejabat, daddy kejut, ya?" Tangannya membelai lembut rambut Harraz.

Harraz hanya mengangguk lemah sebelum kembali tenggelam dalam lenanya.

Setibanya di pejabat, Zheriff membawa Harraz ke biliknya dan membaringkannya di atas sofa empuk. Anak itu masih nyenyak tidur, nafasnya teratur.

Zheriff duduk di mejanya, jari-jarinya menaip laporan yang perlu diselesaikan, tetapi fikirannya melayang. Dia menatap wajah Harraz yang polos, lalu keluhan berat terlepas dari bibirnya.

"Maafkan daddy, Harraz... Kerana daddy, mommy pergi. Daddy terlalu sibuk sampai abaikan mommy... dan juga kamu."

Dia memejamkan mata seketika, cuba mengusir kekesalan yang makin menghimpit dada.

Di kampung, pagi menjelma.

Raudhah membuka matanya perlahan. Semalaman dia menangis hingga tiada lagi air mata yang tersisa. Matanya bengkak, tubuhnya terasa lemah.

Maksu Salehah, yang sejak tadi duduk di sisi, menyentuh lembut tangannya.

"Raudhah, dah okey sikit? Ceritalah apa yang jadi. Kalau tak cerita, macam mana Maksu nak tolong?" Suaranya lembut, penuh kasih.

Raudhah menghela nafas panjang sebelum mula bersuara.

"Maksu... sebulan Zheriff sibuk, Raudhah faham. Tapi Raudhah cuma nak bincang, nak luahkan perasaan. Jadi, Raudhah pergi pejabat dia... Tapi maksu tahu tak apa yang Raudhah jumpa?"

Matanya berkaca semula. Maksu Salehah diam, menanti penuh debar.

"Bukan bahagia yang Raudhah temui, tapi luka yang bertubi-tubi..."

Maksu Salehah mengerutkan dahi. "Luka? Maksudnya?"

"Dekat pejabat, ada seorang perempuan yang Raudhah kenal... Dia ada dalam bilik Zheriff... Tengah mengurut dia."

Maksu Salehah terkedu. "Astaghfirullahalazim... Perempuan apa macam tu? Takde maruah ke? Zheriff ada jelaskan?"

Raudhah menggeleng. "Tak sempat. Raudhah terus pergi. Dia pun sibuk, mana ada masa nak explain semua benda."

Maksu Salehah mengeluh kecil. "Pasal apa Raudhah tak tunggu dia explain dulu? Kalau semua ni salah faham?"

Raudhah mengetap bibir. "Salah faham atau tak, yang salah tetap dia. Dia abaikan Raudhah sebulan, lepas tu boleh biarkan perempuan gedik tu urut dia. Maksu rasa Raudhah boleh terima?"

Maksu Salehah mengusap bahu Raudhah lembut. "Kadang-kadang kita kena bagi peluang orang jelaskan. Tapi takpa, duduk sini dulu, tenangkan fikiran. Jangan fikir sangat."

Raudhah mengangguk perlahan.

"Lepas tu, Harraz? Anak Raudhah tu macam mana?"

Raudhah memalingkan wajah. Ada kelukaan dalam hatinya. "Raudhah tinggalkan dia dengan Zheriff. Biar dia rasa macam mana susahnya jaga anak sorang-sorang!"

Maksu Salehah terdiam sejenak. "Mesti besar dah Harraz sekarang... Maksu pun rindu dekat dia. Maksu ni, anak pun tak dak... hidup sorang-sorang."

Raudhah menggenggam tangan maksunya. "Lepas ni, Raudhah janji... Raudhah akan selalu datang sini, temankan Maksu."

Maksu Salehah tersenyum kelat.

Di pejabat Zheriff...

Jarum jam sudah menginjak ke pukul 9 pagi. Pejabat kembali sibuk dengan pekerja yang masuk untuk memulakan tugas masing-masing.

Harraz menggeliat sedikit di atas sofa sebelum matanya terbuka perlahan. Dia melihat sekeliling, mendapati dirinya masih di pejabat bersama daddynya.

"Daddy kerja lama ke hari ni?" suaranya serak dalam sisa-sisa kantuk.

Zheriff menoleh, tersenyum kecil. "Hm... Daddy banyak kerja. Kalau Harraz bosan, boleh main dekat sini, tapi jangan lari-lari, nanti jatuh."

Harraz tersenyum ceria, mengangkat jari kelingkingnya. "Okey! Harraz janji!"

Zheriff mengangguk sambil menghela nafas. Walaupun senyum Harraz secerah pagi, hatinya tetap dihimpit resah.

Dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu.

Sebelum semuanya terlambat.


Tidak lama selepas itu, pintu bilik Zheriff diketuk sebelum seorang lelaki masuk sambil membawa beberapa dokumen tebal.

"Bos, ini fail untuk mesyuarat jam sepuluh nanti." ujar Aiman, pembantu setia Zheriff.

Namun, sebelum Zheriff sempat menjawab, suara kecil sudah terlebih dahulu menyampuk.

"Uncle, Harraz nak pen dengan kertas! Harraz nak kerja jugak!" ujar Harraz dengan penuh semangat, tangannya dihulurkan kepada Aiman.

Zheriff tertawa kecil. "Oh, nak kerja macam Daddy?"

Harraz mengangguk laju. "Nak jadi boss!"

Senyuman Zheriff melebar. Dia mencapai sekeping kertas dan sebatang pen, lalu menyerahkannya kepada Aiman.

"Nah, Aiman, bagi dekat anak aku."

Aiman menghulurkan kertas dan pen kepada Harraz. "Nah, boss kecil. Silakan buat kerja. Comel anak kau, Zheriff. Muka sebijik Raudhah, rambut pun sama."

Zheriff termenung seketika sebelum menghela nafas. "Hm... Tapi tu lah, mommy dia entah ke mana."

Aiman bersandar di meja, melipat tangan ke dada. "Ni mesti pasal kes semalam tu, kan? Herh, aku pelik lah... Melissa tu nak apa dari kau sebenarnya?"

Zheriff mengangkat bahu. "Entah. Tapi sekarang, aku kena tangguh semua kerja lain dulu. Aku nak cari Raudhah. Melissa tu letak tepi dulu, aku dah cukup serabut."

Aiman mengangguk faham. "Baiklah bos, apa-apa hal, aku ada." katanya sebelum berlalu keluar.

Di sudut bilik, Harraz sibuk melakar sesuatu di atas kertas. Namun, tidak sampai sepuluh minit, dia sudah bosan. Perlahan-lahan, dia turun dari sofa dan menghampiri meja ayahnya.

"Daddy... Bosan laaa..." rengeknya.

Zheriff tersenyum sebelum menarik anak kecil itu ke dalam pelukannya. "Kata nak jadi boss? Kalau nak jadi boss, mana boleh cepat bosan dengan kerja?"

Harraz tersengih. "Ok! Kalau Harraz bos besar nanti, Daddy boleh kerja dengan Harraz!"

Zheriff ketawa kecil. "Deal!"

Saat itu, Zheriff menyedari sesuatu-kebahagiaannya bukan terletak pada kerja, tetapi pada anak kecil yang sedang memeluknya erat.

Seminggu berlalu. Setiap hari, Zheriff membawa Harraz ke pejabatnya.

Pada mulanya, Harraz gembira, tetapi lama-kelamaan dia mula menyedari sesuatu.

Seminggu... dan selama itu, Mommy tidak pernah menelefonnya. Tidak pernah datang menemuinya walau sesaat.

Hari itu, Harraz tekad bertanya lagi.

"Daddy! Mommy pergi mana?" tanyanya tiba-tiba, memandang wajah ayahnya yang sibuk di meja kerja.

Zheriff mengetap bibir. "Mommy kerja, sayang. Kenapa?"

Harraz mencebik. "Mommy kerja apa? Sampai seminggu tak jumpa Harraz? Mommy tak sayang Harraz dah ke?"

Jantung Zheriff berdegup kencang. Dia meletakkan pen di atas meja dan menatap wajah polos anaknya.

"Eh, jangan cakap macam tu. Mommy sayangkan Harraz. Tak mungkin mommy tak sayangkan Harraz."

Harraz masih merenungnya, menunggu lebih banyak penjelasan.

Zheriff menarik nafas dalam. "Okay, Daddy janji. Esok ataupun lusa kita pergi cari Mommy, okay?" katanya sambil menghulurkan jari kelingking.

Harraz tersenyum kecil, menyambut jari kelingking ayahnya. "Promise?"

"Promise. Daddy takkan mungkir janji."

Namun, di dalam hati Zheriff, hanya ada satu perkara yang bermain di fikirannya-dia harus segera mencari Raudhah sebelum semuanya terlambat.

Di kampung, Raudhah berdiri di jendela. Udara pagi yang segar menerpa wajahnya, namun fikirannya jauh melayang.

Di jemarinya, seutas cincin berlian berkilauan. Cincin yang dibeli oleh Zheriff, bernilai dua belas ribu sembilan ratus.

Dia cuba menarik cincin itu dari jarinya, tetapi hatinya berbisik-aku tak mampu lepaskan ini.

Cincin ini bukan hanya mahal kerana harganya. Ia berharga kerana Zheriff. Kerana cinta yang pernah dia berikan.

Raudhah menggenggam erat cincin itu.

"Memang saya terluka, Zheriff. Tapi cinta saya pada awak tak pernah hilang. Awak yang ajar saya erti cinta. Mustahil saya kata cinta ini dah mati. Saya cuma perlukan ruang untuk sembuhkan luka ini."

Tiba-tiba, suara Maksu Salehah mengejutkannya dari lamunan.

"Hai, Raudhah... Menung apa tu?" tegur Maksu Salehah sambil meletakkan bakul berisi baju di sisi.

Raudhah tersentak sedikit sebelum tersenyum hambar. "Tak ada apa... Saja tengok cincin ni."

Maksu Salehah mendekat. Matanya membulat melihat cincin yang tersemat di jari Raudhah.

"Ya Allah, nampak mahal ni! Zheriff yang belikan?"

Raudhah mengangguk perlahan.

"Berapa harga dia?"

"Dua belas ribu sembilan ratus."

Maksu Salehah menepuk dadanya. "Ya Allah, seutas cincin pun sampai dua belas ribu lebih?"

Dia memandang wajah Raudhah lama. "Besar cinta Zheriff pada Raudhah kalau macam ni. Tengoklah, dia sanggup belanjakan duit sebanyak tu untuk isteri dia. Susah tau nak jumpa lelaki macam ni!"

Raudhah hanya tersenyum kecil tanpa respons.

"Yalah, manusia semua tak sempurna. Kalau ada salah sikit-sikit tu, biasalah." ujar Maksu Salehah lagi.

Raudhah tidak menjawab. Hatinya berbolak-balik.

"Ni, kalau bosan, mai tolong Maksu lipat baju." kata Maksu Salehah.

Raudhah tertawa kecil. "Eleh, Maksu... Kalau nak minta tolong, cakap je lah."

Malam itu, Harraz tertidur di sebelah Zheriff.

Zheriff yang keletihan membiarkan saja anaknya lena di katilnya. Setelah selesai mandi dan solat, dia duduk di atas katil, bersandar sambil mencapai telefonnya.

Matanya menatap skrin kosong sebelum jarinya mula menatal aplikasi di telefon.

Tiba-tiba, dia terhenti.

Aplikasi yang telah dihubungkan dengan alat kecil yang melekat di gelang Raudhah.

Nafasnya tertahan.

Adakah ini petunjuk keberadaan Raudhah?

Jantungnya berdegup kencang. Dengan pantas, dia membuka aplikasi itu-bersedia untuk mencari isterinya semula.

Raudhah, saya dah tau lokasi awak! Kat mana pun awak berada... Saya akan cari awak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro