Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 41 💫

Raudhah melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah lima tahun ditinggalkannya. Degupan jantungnya sedikit kencang, ada perasaan asing yang menyelinap ke dalam dirinya. Namun, sebaik sahaja matanya menangkap setiap sudut ruang tamu, mulutnya ternganga kecil.

"Subhanallah..." bisiknya perlahan. Pandangan matanya melingkari sekeliling. Rumah yang pernah ditinggalkannya dulu kini berubah sepenuhnya-lebih luas, lebih mewah, lebih indah!

"Wah, makin cantik rumah ni! Sepanjang lima tahun aku tak duduk, dia buat renovasi rupanya." tutur Raudhah, matanya masih tidak lepas dari meneliti setiap perubahan yang ada.

Zheriff yang baru sahaja melangkah masuk mendengar kata-kata itu, tersenyum sinis. Dia mendukung Harraz yang masih berbalut kakinya dan melangkah santai menghampiri isterinya itu.

"Hai, Puan Raudhah. Terbeliak biji mata nampak? Cantik sangat ke?" usiknya sambil mengangkat sedikit kening.

"Ya Allah, cantik sangatlah awak! Nampak mewah, macam duduk dalam istana!" ujar Raudhah penuh keterujaan.

Zheriff ketawa kecil. "Ha, tapi rumah ni masih atas nama awak, tau? Sampai sekarang. Saya ni jenis orang yang kalau dah bagi sesuatu, saya takkan tarik balik walau macam mana pun perasaan saya terhadap seseorang tu. So, rumah ni tetap milik awak. Nak berguling ke, nak buat boxing ke, ikut suka hati awak. Ini rumah awak."

Raudhah terdiam seketika. Dia tidak tahu harus berkata apa.

"Dan satu lagi," sambung Zheriff. "Kereta yang saya hadiahkan dulu pun masih milik awak. Saya tak pernah gunakannya sebab saya beli tu memang untuk awak. Jadi, daripada awak susah payah menyewa kereta buruk tu, baik awak pakai je kereta tu untuk pergi kerja."

Raudhah menghela nafas panjang. Dia cuba menelan hakikat yang terhidang di depan mata. Zheriff... masih Zheriff yang dulu.

"Ok, Tuan Zheriff. Take note." balasnya bersahaja, cuba menutup rasa yang bergelora dalam dada.

Zheriff tersenyum nipis sebelum melangkah ke tingkat atas membawa Harraz ke biliknya.

"Ok, ini bilik Harraz, ya?" ujarnya sambil meletakkan si kecil di atas katil empuk bersaiz sederhana.

"Wow, bestnya! Besar! Tapi tak ada toys pun..." Harraz memuncungkan bibirnya sedikit.

Zheriff tertawa kecil. "Sabar, ya? Bila Harraz dah sihat, daddy beli banyak-banyak. Kita penuhkan bilik ni dengan mainan Harraz, ok?"

"Ok!" Harraz mengangguk dengan senyuman manis yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Zheriff membetulkan selimut anaknya sebelum tersenyum nakal. "Eh, Harraz duduk sini diam-diam tau? Daddy nak pergi kacau mommy." bisiknya sebelum melangkah keluar dan mula mengintip gerak-geri Raudhah dari jauh.

---

Sementara itu, Raudhah masih sibuk meneliti setiap ruang rumah.

"Wow, besarnya cermin ni... nak suruh aku cermin diri sendiri ke?" gumamnya sendiri, terkagum dengan cermin besar yang menghiasi salah satu dinding. Cermin itu, besar dan gah, seperti lambang cinta Zheriff padanya.

Kemudian, langkahnya diatur ke dapur. "Hm, dapur! Mesti ada yang menarik dekat dapur!" katanya teruja sebelum melangkah pantas ke arah ruang tersebut.

Sebaik sahaja tiba di dapur, matanya membulat. "Wow! Ini dapur ke restoran ni? Kenapa cantik sangat? Rajinnya dia ubah suai semua ni... bersih pula tu." dia merungut kecil, kagum dan dalam masa yang sama pelik.

Telinga Zheriff yang berada tidak jauh dari situ menangkap kata-kata itu. Dengan gaya santai dan penuh berlagak, dia bersuara. "Memanglah. Setiap minggu, dua tiga kali cleaner datang bersihkan rumah ni. Saya bayar, tau."

Raudhah menoleh ke arahnya dengan dahi berkerut. "Tak risau ke kalau cleaner tu curi barang dalam rumah ni?"

Zheriff tersenyum sinis. "Nak risau apa? Dalam rumah ni ada sepuluh CCTV yang sentiasa merakam. Kalau ada yang cuba ceroboh, alarm pun ada. Silap hari bulan, baru sentuh pagar dah bunyi kuat satu taman!" katanya bangga.

"Sepuluh CCTV?" Mata Raudhah membulat. "Dekat mana semua tu?"

Zheriff mengangkat kening. "Betul nak tahu?" tanyanya, sengaja bermain tarik tali.

Raudhah mengangguk pantas.

Zheriff tersenyum puas sebelum menyenaraikan satu persatu. "Satu dekat luar, satu dekat ruang tamu tempat kita ni, satu dekat dapur, satu dekat bilik air tetamu, satu dekat bilik Harraz, satu dekat bilik air Harraz, satu dekat belakang rumah, satu dekat bilik kita, satu dekat bodyguard belah kiri dan satu lagi dekat bodyguard belah kanan."

Raudhah terkedu. "Banyaknya! Sampai bilik air pun ada?!"

Zheriff ketawa kecil. "Relaxlah, bukan dalam bilik air. Dekat luar pintu je, nak pastikan tak ada orang yang masuk tanpa izin."

Raudhah menghela nafas, masih terkejut dengan betapa telitinya Zheriff dalam soal keselamatan.

"By the way..." Zheriff menyambung. "Cakap pasal bodyguard, awak masih ingat tak dulu masa dekat UK, saya pernah jadi bodyguard peribadi awak?"

Raudhah berpaling ke arahnya. "Ha'ah, dan saya langsung tak tahu masa tu! Macam mana awak boleh sampai UK begitu je?"

Zheriff menyilangkan tangan di dada sambil tersenyum sinis. "Haa... itu semua kerja Kak Riana. Dia terdesak sangat nak saya jadi bodyguard awak. Mula-mula saya tak nak. Tapi sebab dia kakak saya, saya tak sampai hati nak tolak. Lagipun, dia upah saya dengan bayaran yang lumayan. So, saya terima je walaupun masa tu saya benci sangat dekat awak."

Raudhah tersenyum kecil. "Tapi awak tetap caring masa saya kena culik. Awak ikut juga walaupun bencikan saya."

Zheriff menjungkit bahu. "Tugas tetap tugas. Saya juga fikir keselamatan awak. Kalau awak hilang, macam mana saya nak jawab dengan Kak Riana? Dia tu nampak je baik, tapi kalau dia marah... seram gila!"

Raudhah ketawa kecil. "Macam tak percaya..."

Tiba-tiba, nada suara Zheriff berubah serius. "Raudhah..."

Raudhah mendongak, memandang lelaki itu yang kini sudah berdiri di hadapannya.

"Saya buat semua ni untuk keselamatan awak dan Harraz. Saya dah trauma dengan kejadian lepas. Saya tak nak benda yang sama berulang lagi." ujar Zheriff dengan suara penuh emosi, tangannya perlahan-lahan menyentuh bahu Raudhah.

Raudhah terkedu. Seketika, hatinya tersentuh dengan kata-kata lelaki itu.

"Awak... kalau kita percaya pada Allah dan taat pada-Nya, insya-Allah, Dia akan jaga kita. Tak perlu risau sangat..."

"Tapi tak salah, kan, kalau seorang suami nak lindungi isteri dia? Kita tak tahu apa yang akan terjadi, tapi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga." Zheriff menatapnya tajam, masih tidak melepaskan genggaman di bahunya.

Raudhah terdiam, kemudian tersenyum kecil. Ada sesuatu dalam hatinya yang mula mencair... sesuatu yang sudah lama dia cuba nafikan.


Malam merangkak perlahan, membawa ketenangan yang sepi. Seperti biasa, Zheriff menidurkan Harraz sebelum kembali ke biliknya.

"Awak, saya terlupa nak bagitahu... Esok Harraz dah boleh buka simen tangan dan kaki dia. Doktor dah cakap masa check-up hari tu, tapi saya terlupa nak beritahu awak. Jadi, esok pagi kita bersiap awal ya?" ujar Zheriff perlahan, bimbang terkejutkan Harraz yang sedang lena.

Raudhah tersenyum kecil, hatinya berbunga harapan. "Ya Allah... semoga selepas ni anak mommy cepat-cepat sembuh, boleh berlari macam kanak-kanak lain. Cepatlah ingat mommy, sayang..." suaranya bergetar, matanya berkaca-kaca menahan sebak.

Zheriff menarik Raudhah ke bahunya, membiarkan wanita itu meluahkan perasaannya. "Awak... Percayalah, suatu hari nanti dia akan ingat awak balik. Awak yang mengandungkan dia, yang jaga dia selama lima tahun sebelum semua ni berlaku. Banyakkan doa, awak. Tuhan itu Maha Kuasa... bila-bila masa je Dia boleh kembalikan ingatan Harraz."

Raudhah mengangguk, cuba mengukir senyuman meskipun beberapa titis air mata jatuh ke pipinya. "Terima kasih sebab selalu bagi saya semangat..."

Zheriff mengusap lembut rambut Raudhah. "No problem, sayang..."

Mereka terus berada di sisi Harraz sehingga memastikan anak kecil itu benar-benar lena sebelum beredar ke bilik mereka sendiri.


Jam 2 pagi...

"Mommy! Mommy! Mommyyy!"

Jeritan Harraz yang sayu dan penuh ketakutan bergema dalam keheningan malam.

Raudhah tersentak, jantungnya berdegup kencang. "Awak! Harraz panggil saya!" Dia segera mengejutkan Zheriff.

Zheriff yang juga terganggu dengan suara itu bingkas bangun. "Hah! Harraz kenapa?" Tanpa berlengah, mereka meluru ke bilik Harraz.

Sebaik tiba, Raudhah berlari mendapatkan anaknya yang sedang menangis teresak-esak. "Sayang, mommy ada dekat sini. Kenapa ni?" Dia memeluk tubuh kecil itu erat, cuba menenangkan Harraz yang menggigil dalam tangisannya.

Harraz tidak menjawab, hanya tangisannya semakin kuat.

"Harraz, bagitahu mommy... sayang mimpi apa?" soal Raudhah penuh cemas.

Harraz menahan esakan sebelum suaranya yang terputus-putus akhirnya keluar. "Mommy... kereta... langgar... Harraz..."

Raudhah terkedu. Zheriff juga terpana, bertukar pandangan dengan Raudhah. Itu... kejadian yang telah meragut segala memori Harraz selama ini.

Tiba-tiba, Harraz kembali memeluk Raudhah dengan erat, seolah-olah tidak mahu melepaskan langsung. "Mommy... jangan pergi... Harraz nak mommy... Mommy teman Harraz dekat sini..."

Air mata Raudhah mengalir deras. "Harraz..."

Zheriff menelan liur, berdebar-debar. "Harraz... sayang dah ingat mommy?" tanyanya dengan suara serak.

Harraz mengangguk perlahan, lalu mengukir senyuman di sebalik air matanya.

Raudhah menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Dadanya dipenuhi rasa syukur yang tidak terkira. "Ya Allah... Alhamdulillah..."

Dia menangis dalam pelukan Harraz, tidak kisah berapa lama pun anaknya ingin memeluknya. Perasaan bahagia yang selama ini hilang akhirnya kembali kepadanya.

Zheriff turut tersenyum bahagia, matanya berkaca. "Alhamdulillah... Raudhah... saya pun bersyukur. Akhirnya Harraz ingat awak."

Malam itu, mereka bertiga terus berada dalam bilik Harraz. Raudhah tidak melepaskan pelukannya walau sesaat pun. Harraz terus mendakap erat mommynya seakan takut kehilangan lagi.

Dan Zheriff... dia hanya tersenyum, memerhati isteri dan anaknya dalam pelukan penuh kasih sayang.

Malam itu menjadi saksi, satu keajaiban yang akhirnya mengembalikan senyuman mereka.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro