Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 37 💫

"Akak faham ke kitaorang sembang tadi?" Raudhah menyoal sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Riana. Matanya sedikit mencabar, seolah-olah cuba menilai sejauh mana kakak iparnya itu memahami perbualan mereka.

"Akak tengah cuba faham ni, tak apa korang sembang je. Nanti akak pandai-pandai lah faham sendiri," balas Riana sambil mengetap bibir. Jelas kelihatan matanya merenung jauh, cuba menyusun kepingan maklumat yang berserakan.

"Ha, pasal Hareeq ni..." Raudhah menarik nafas panjang, menahan sesuatu yang berat di dalam dadanya. "Nama dia dibin-kan dengan Abdullah, kan? Tapi sebenarnya, dia tu anak mak aku. Kira kami ni adik-beradik, cuma dia tak boleh terima kenyataan tu. Aku pernah terbaca dalam diari mak aku, tapi dalam tu tak ada pula disebut siapa bapak dia. Misteri betul, tapi mungkin mak aku tahu segala-galanya, tapi dia tak pernah cerita. Lepas tu, aku tak tahu macam mana dia boleh dibesarkan oleh orang sekampung aku. Seingat aku, nama orang yang jaga dia tu Pak Saad. Dia yang besarkan Hareeq tu. Status dia memang pelik, dan aku rasa mak dengan arwah abah cuba rahsiakan semua ni. Tapi kenapa? Aku tak tahu." jelas Raudhah.

Elysha berhenti seketika, melepaskan keluhan kecil. Suaranya sedikit serak, menggambarkan perasaan bercampur-baur yang cuba disembunyikan.

Riana termenung mendengar cerita itu. Matanya sedikit terkejut, cuba menghadam setiap patah kata Elysha. Namun, sebelum dia sempat berkata apa-apa, Elysha menyambung.

"Hareeq abang kandung kau? Jadi korang adik-beradik seibu tapi lain bapa? Sampai sekarang tak ada siapa pun tahu siapa bapak kandung dia? Lepas tu mak kau kahwin dengan arwah bapak kau bila?" soal Elysha dengan nada penuh rasa ingin tahu. Wajahnya menggambarkan keterkejutan yang jelas.

Elysha mengangguk perlahan. "Ya, kalau ikut diari mak aku, macam tu lah. Lepas mak aku kahwin dengan arwah bapak aku, baru aku lahir. Tapi lepas aku umur enam belas tahun, bapak aku meninggal. Harta dia banyak gila masa tu. Mungkin sebab tu mak aku kahwin dengan dia. Tapi korang tahu kan, mak aku bencikan aku, sampaikan aku sendiri pun tak tahu kenapa. Kalau sebab harta, tak logik. Dah sekandang harta dia ada, nak apa lagi?"

Suasana menjadi hening seketika. Raudhah menundukkan wajahnya, kelihatan seperti menahan air mata. Elysha menghulurkan tangan, memegang lembut bahu Raudhah. "Raudhah, kau pernah tanya mak kau pasal ni? Kenapa dia bencikan kau?"

Raudhah menggeleng perlahan. "Tak pernah... Aku tak berani. Kadang-kadang aku terfikir, apa salah aku? Tapi... aku takut nak tahu jawapannya." Suaranya bergetar, memecahkan keheningan.

Zheriff yang mendengar akhirnya bersuara, cuba menceriakan suasana. "Kalau hati awak terdetik nak jumpa dia, kita pergi sama-sama. Kita bawa cucu dia sekali. Mana tahu hati dia akan lembut bila tengok cucu dia," ujar Zheriff sambil memeluk Raudhah dari belakang. Tangannya melingkari pinggang isterinya dengan penuh kasih sayang.

Sebelum sempat Raudhah membalas, suara Datin Sarimah bergema dari dapur. "Riana, Zheriff, Sha, Raudhah, Luqman! Meh makan! Hari ni kita sarapan berat sikit."

"Baik, mama!" balas Riana sambil menarik tangan anaknya, Arish, yang baru turun dari tangga sambil menggosok-gosok mata.

Mereka semua berkumpul di meja makan. Bau harum spageti goreng memenuhi ruang. Elysha yang mula menjamah makanan itu mengangguk penuh puas.

"Mama letak apa ni? Sedap sangat!" katanya sambil terus menyuap.

Datin Sarimah tersenyum kecil. "Mama letak kasih sayang, tu yang sedap."

Keesokan harinya

Raudhah melangkah keluar dari bilik, mencari-cari ibunya di sekitar rumah. "Mama... Mama!" suaranya bergema, namun tiada sahutan.

Elysha muncul dari dapur sambil membawa gelas air. "Mama dah pergi butik awal-awal pagi tadi dengan Luqman. Katanya ada urusan penting."

Raudhah mengangguk kecil. "Oh, habis kau tak pergi butik ke?"

"Alah, aku pergi lambat sikit. Tadi terbangun lambat," jawab Elysha sambil tersenyum nipis.

Raudhah mencebik. "Eleh, alasan. Kau memang malas bangun, kan? Kalau mama balik, cakap aku keluar."

Elysha hanya mengangguk malas. "Hm, ok. Jangan lama sangat. Anak kau tu asyik cari daddy dia je nanti."

Raudhah menjeling sambil berjalan keluar. "Assalamualaikum," katanya.

"Waalaikummussalam," balas Elysha sambil tersenyum.

"Sayang dah siap? Jom," tegur Zheriff yang baru turun dari tangga sambil membetulkan rambut.

Raudhah tersenyum kecil. "Jom."

"Sakit lagi kepala tu? Dah ok ke?"

"Kurang sikit. Esok mungkin dah ok."

Elysha yang mendengar dari ruang tamu mencelah, "Untunglah dia tu dapat layanan macam princess. Adik dia ni layanan macam... kaki."

Zheriff menjeling tajam. "Kau memang layak dapat layanan macam tu."

Elysha membalas dengan sinis. "Tak apa. Tunggu aku ada anak nanti, Luqman pasti treat aku macam blueberry princess!" katanya sambil menjeling tajam.

"Ok, ok. Kita pergi dulu." Zheriff segera mengheret Raudhah keluar dari rumah, mengelak daripada perbalahan lebih panjang.

Di sepanjang perjalanan ke tempat kerja, suasana dalam kereta menjadi hening. Raudhah termenung, memikirkan segala misteri yang melingkari hidupnya. Ada sesuatu yang terasa belum selesai, sesuatu yang tersembunyi jauh di lubuk keluarganya. Hatinya dipenuhi soalan tanpa jawapan. Siapakah sebenarnya Hareeq? Dan rahsia apa lagi yang cuba disembunyikan?

Dia tahu, suatu hari nanti, semuanya akan terbongkar. Dan dia harus bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang akan berlaku kedepannya.

Zheriff memberhentikan keretanya di hadapan bangunan pejabat Raudhah. Matanya tidak lepas memandang wajah isterinya yang kelihatan sedikit gementar.

"Awak tunggu sini, kejap je saya masuk," kata Raudhah dengan nada penuh keyakinan, cuba menyembunyikan kegelisahan.

"Betul ni? Janji kejap je? Jangan lama!" balas Zheriff, tegas tetapi penuh kasih sayang.

"Ye, janji kejap je!" Raudhah tersenyum tipis sambil membuka pintu kereta. Dia melangkah masuk ke pejabatnya dengan langkah yang tergesa-gesa. Zheriff hanya menggeleng kecil sambil memerhatikan langkah isterinya.

Di hadapan pintu pejabat Encik Dafi

Raudhah menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan sebelum mengetuk pintu pejabat Encik Dafi. Tangannya teragak-agak sebelum akhirnya dia mengetuk perlahan.

"Tok tok tok."

"Masuk," kedengaran suara garau dari dalam pejabat.

Raudhah melangkah masuk dengan sopan. Dia berdiri di hadapan meja Encik Dafi, cuba mengatur kata. "Maaf mengganggu, Encik Dafi sibuk ke?" tanyanya penuh sopan.

Encik Dafi mendongak dari fail yang sedang ditelitinya. Wajahnya berubah menjadi risau. "Oh, Raudhah! Kenapa semalam awak tak datang kerja? Ada masalah ke?"

Raudhah menelan liur, cuba mencari ayat yang sesuai. "Macam ni, Encik Dafi… Saya sebenarnya kemalangan—"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Encik Dafi sudah menyampuk, nada suaranya jelas menunjukkan kebimbangan. "Kemalangan? Bila? Awak cedera teruk ke?"

"Eh, Encik Dafi risau semacam je ni. Taklah, saya tak ada apa-apa sangat. Saya cuma nak minta cuti sebab doktor kata saya perlu rehat seminggu," jawab Raudhah, cuba menenangkan keadaan.

Encik Dafi menarik nafas lega. "Kalau macam tu, tak ada masalah. Saya akan luluskan cuti awak. Tapi jangan risau, sepanjang awak bercuti, gaji tetap jalan."

Wajah Raudhah berseri-seri mendengar berita itu. "Betul ke, Encik Dafi? Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak!"

"Eh, ni kenapa saya call awak banyak kali semalam tapi tak dapat? Semua orang pun tak dapat hubungi awak," soal Encik Dafi, masih tidak puas hati.

Raudhah menggigit bibir, mencari alasan. "Telefon saya rosak, Encik Dafi. Saya tak sempat nak baiki lagi."

"Oh, kalau macam tu, saya boleh tolong baiki. Atau kalau tak sempat, saya belikan yang baru untuk awak," tawar Encik Dafi dengan nada tulus.

Raudhah terkejut dengan tawaran itu dan tanpa sengaja, dia tersasul. "Eh, tak payah, Encik Dafi. Suami saya pun boleh belikan."

Encik Dafi memandangnya dengan wajah penuh tanda tanya. "Suami?"

Raudhah tergagap, cuba mengubah topik. "Eh, eh, bukan! Maksud saya abang saya. Saya tersasul tadi. Ok lah, Encik Dafi, kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu. Terima kasih sebab dah luluskan cuti saya," katanya pantas, cuba melarikan diri dari suasana yang makin tidak selesa.

"Awak balik dengan siapa? Nak saya hantarkan?" tawar Encik Dafi lagi.

Raudhah menggeleng cepat. "Eh, tak payah, Encik Dafi. Abang saya tunggu kat bawah. Terima kasih banyak-banyak!" katanya sebelum bergegas keluar.

Encik Dafi memandang pintu pejabatnya yang tertutup. "Raudhah ni… Gelabah semacam. Pelik," gumamnya sebelum kembali menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya.

Di dalam kereta Zheriff

Raudhah melangkah pantas menuju kereta, sambil mengelap peluh di dahi. "Fuh, nasib baik tak kantoi," gumamnya perlahan sebelum membuka pintu kereta.

"Dah settle ke?" tanya Zheriff sambil menoleh ke arahnya.

"Dah. Encik Dafi dah luluskan cuti saya. Jom lah, awak cakap nak bawa saya ke mana tadi," jawab Raudhah sambil menutup pintu.

Zheriff tersenyum kecil. "Ok, jom kita pergi dating."

Di rumah

Elysha sedang asyik menikmati popcorn sambil menonton filem kegemarannya di televisyen. Dia tenggelam dalam dunianya sehingga tidak sedar Riana muncul dari tangga dengan berpakaian cantik.

"Sha… Sha!" panggil Riana.

"Ha, akak, kenapa?" jawab Elysha, matanya masih terpaku pada skrin.

"Tak pergi butik ke? Mama dah suruh tanya," soal Riana sambil memandang adiknya dengan sinis.

Elysha menepuk dahinya. "Ya Allah! Sha lupa nak pergi butik!"

Riana tersenyum kecil. "Tak apa. Mama dah tahu awak ni pelupa. Mama suruh akak pergi butik. Awak duduk rumah jaga Arish dengan Harraz. Dua-dua tengah tidur."

"Ok, lega Sha. Terima kasih, kak. Hati-hati bawa kereta," balas Elysha sambil tersenyum lega.

Namun, sebaik sahaja Riana keluar, Elysha mula rasa gelisah. "Alamak! Kena jaga dua-dua budak tu? Aduh, yang sorang kuat meraung, yang sorang cerewet. Matilah aku kali ni!"

Dia menggaru kepalanya sambil mendengus perlahan sebelum akhirnya naik ke atas untuk memeriksa keadaan Arish dan Harraz.

Di dalam kereta Riana

Riana merakam mesej suara untuk Elysha melalui WhatsApp. "Sorry, Sha. Kalau budak-budak tu menyusahkan, anggap je ni latihan. Nanti kalau awak ada anak sendiri, lagi mencabar dari ni!"

Riana tersenyum sendiri, membayangkan huru-hara di rumah, sambil memandu menuju butik dengan hati yang lapang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro