BAB 33 💫
"Raudhah, boleh tak stay rumah mama sampai malam nanti? Sebab mama nak masak malam ni, dah alang-alang Raudhah datang sini, Riana pun baru balik, mama rasa happy sikit hari ni. Boleh?" pinta Datin Sarimah dengan nada penuh harapan.
"Em... Boleh je, ma. Tapi tak menyusahkan mama ke?" tanya Raudhah perlahan, bimbang akan menambah beban.
"Eh, apa pula susahnya! Tak ada susahnya kalau Raudhah ada dengan mama. Dah, tak payah fikir panjang, borak-borak lah dengan mereka. Mama nak ke dapur kejap," kata Datin Sarimah sambil tersenyum mesra sebelum melangkah ke dapur.
Raudhah menghela nafas perlahan. Saat dia ingin memulakan perbualan dengan Riana, Riana terlebih dahulu memegang tangannya dengan lembut.
"Raudhah, Raudhah tak rasa ke nak beri peluang kedua kat Zheriff?" tanya Riana dengan nada lembut, namun ada ketegasan di sebaliknya.
Raudhah tersentak seketika, matanya terarah ke lantai.
"Akak tahu, bukan mudah untuk maafkan dia. Tapi apa salahnya kalau kita beri peluang kedua? Semua orang layak dapat peluang kedua. Akak tak pernah benci Raudhah, dan akak pun tak paksa Raudhah untuk buat keputusan sekarang. Tapi cuba lah fikirkan apa yang akak cakap ni. Kadang-kadang peluang kedua boleh ubah segalanya," sambung Riana dengan penuh harapan.
"Yelah, kak. Raudhah faham... tapi Raudhah perlukan masa. Tak semudah itu untuk Raudhah maafkan dia. Tambahan pula dengan keadaan Harraz yang masih tak ingat siapa Raudhah... Raudhah rasa sedih sangat. Kecewa," suara Raudhah mula serak. Air matanya bergenang, tetapi ditahan sekuat hati.
Riana mengusap bahu Raudhah dengan lembut. "Akak faham, Raudhah. Tak apa. Kita lupakan dulu pasal ni. Akak tak nak Raudhah rasa tertekan. Sekarang, kita borak pasal benda lain, ya? Jangan fikir benda berat-berat."
Raudhah mengangguk perlahan, cuba memaksa senyuman. Namun, hatinya berkecamuk. Kata-kata Riana tadi seakan menggali luka lama yang belum sembuh.
Malam pun tiba.
"Mama, meh Raudhah cedokkan nasi," tawar Raudhah sambil mengambil senduk.
"Eh, eh, eh! Tak payah, tak payah! Raudhah duduk je situ. Biarkan bibik buat kerja. Tak payah susah-susah, ya. Pergi duduk," balas Datin Sarimah dengan tegas, tapi masih berlembut.
Raudhah hanya menurut. Dia kembali duduk di meja makan, memerhati suasana sekeliling dengan rasa berbaur.
Selepas selesai Zheriff menidurkan Harraz, dia turun ke bawah. Sebaik sahaja Raudhah menarik kerusi untuk duduk di meja makan, Zheriff tiba-tiba muncul dan mengambil tempat bertentangan dengannya.
Raudhah terdiam. Dalam hati, dia mula bersuara. "Eh, tak ada tempat lain ke dia ni nak duduk? Kenapa mesti depan aku?"
"Eh, awak. Ada jugak ke? La... Tak perasan pulak saya. Nah, ambil lauk ni," ujar Zheriff sambil tersenyum kecil, mencedok ayam masak merah ke dalam pinggan Raudhah.
"Eh, tak payah lah, susah-susah. Saya boleh cedok sendiri," balas Raudhah, cuba mengawal rasa kurang senangnya. Dia bangkit untuk mengambil mangkuk lauk tersebut, tetapi tanpa sengaja tangannya menyentuh tangan Zheriff yang sedang memegang mangkuk itu.
Mereka berdua terkaku seketika.
"Em... Sorry," kata Zheriff perlahan, meletakkan mangkuk itu kembali di atas meja.
Raudhah menarik nafas panjang. Dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan Zheriff. Namun, hatinya tetap bergelora.
Zheriff memandang wajah Raudhah dengan senyuman kecil yang sukar dikawal. "Raudhah, makin cantik awak sekarang. Kenapa lah hati awak ni keras sangat? Ke aku yang salah sebab tak tahu cara nak pujuk awak?" bisik hati kecil Zheriff. Dia terus memandang Raudhah tanpa berkelip, sambil menyuap nasi.
"Tak! Nak makan, makan je lah. Tak payah lah nak pandang-pandang orang. Cantik sangat ke aku ni? Eh, Zheriff ni... nasib baik ramai orang," gumam hati Raudhah sambil menekan jari ke pinggan, cuba menyembunyikan rasa tidak selesanya.
"Maksu, maksu kenapa? Macam geram je tengok paksu?" tanya Arish, anak saudara mereka, yang memerhati dengan penuh hairan.
"Tak... tak ada apa-apa. Sakit mata sikit. Nak pegang, takut pedih," jawab Raudhah spontan, cuba mencari alasan.
"Oh... Maksu okay ke? Kalau sakit, cakap ya," balas Arish sambil menyedut jus oren.
Datin Sarimah, yang memerhati dari jauh, menegur, "Raudhah, Zheriff tak cakap apa-apa ke? Duduk diam aje makan?"
Raudhah tersenyum hambar. "Orang kata kan, ma, makan sambil bercakap tak elok. Nanti makan dengan syaitan. Sebelah Raudhah ni tak ada orang, takut ada yang ikut makan," jawabnya bersahaja.
Datin Sarimah tertawa kecil. "Macam-macam lah kamu ni, Raudhah."
Tiba-tiba, mata Raudhah dan Zheriff bertemu. Pandangan itu seolah-olah membawa mereka kembali ke saat-saat bahagia yang dulu.
"Raudhah, kenapa kau pandang dia? Ish, jangan pandang! Kalau kau pandang lama-lama, nanti kau jatuh cinta balik. Kau dah janji dengan diri sendiri, hati kau dah keras. Jangan ulang kesilapan," bisik hati Raudhah, memalingkan wajah.
Zheriff, di seberang meja, tersenyum lebih lebar. Dalam hatinya, dia bersuara, "Raudhah, kalau awak ni tak cantik dan saya tak handsome, mustahil kita ada Harraz yang comel tu. Mama selalu kata muka Harraz macam saya, tapi saya tahu, dia ikut muka awak."
Dia terus menatap Raudhah, wajahnya penuh harapan dan rasa bersalah, sambil mengunyah perlahan.
Setelah mereka menikmati makan malam bersama dan berbual panjang hingga larut malam, Raudhah pun berpamitan.
"Mama, Raudhah balik dulu ya," ucapnya sambil menyalami Datin Sarimah.
"Eh, tak apa ke balik lewat malam ni? Bahaya lah, mama risau. Nak mama minta tolong Zheriff hantarkan?" tanya Datin Sarimah dengan nada khuatir.
"Eh, tak payahlah, ma. Susah-susah je. Lagipun, rumah Raudhah dekat sini je. Tak ada apa-apalah, Raudhah pun naik kereta sendiri."
"Betul ni? Raudhah, balik hati-hati, okay? Kalau ada apa-apa, call je mama, atau Sha, Luqman, Zheriff, atau kakak Riana. Semua sentiasa ada untuk Raudhah."
"Ye lah, ma. Terima kasih sekali lagi untuk makan malam tadi. Sedap sangat masakan mama. Nanti ajar lah Raudhah pula, ya."
"Boleh, apa saja untuk Raudhah, semua boleh."
"Okay lah, ma. Bye, assalamualaikum." Raudhah memasuki keretanya dan bergegas pulang, sambil melambai-lambai kepada Datin Sarimah.
Beberapa minit selepas Raudhah beredar, Zheriff sedang mencari pembalut kepala di dalam laci bilik Harraz yang menyimpan barang-barang perubatan.
"Aduh, mana pembalut ni? Lupa nak tukar pembalut kepala Harraz tu. Alamak! Dah habis pula. Haih, Zheriff, tadi nak beli dah, lepas tu terlupa! Kesian anak aku, lama dah pakai pembalut yang sama. Kena pergi beli lah ni," Zheriff bercakap sendiri, menyesali kelalaiannya.
Dia segera turun ke bawah dan memberitahu Datin Sarimah.
"Ma, Zheriff nak pergi farmasi sekejap. Pembalut kepala Harraz dah habis. Zheriff lupa nak beli. Takut dia pening malam nanti atau esok pagi. Penting tukar benda tu."
"Farmasi mana buka 24 jam pukul 12 tengah malam ni? Dengan cuaca kat luar tu, kamu tak tengok ke? Hujan baru turun, bukan main lebat lagi," kata Datin Sarimah.
"Ada lah, ma. Farmasi dekat situ buka 24 jam. Alah, ma, Zheriff naik kereta, bukan motor. Hujan sikit, biasalah, ma. Dah lah, ma, Zheriff pergi dulu," kata Zheriff, cepat-cepat bergegas ke farmasi tersebut.
Dalam perjalanan ke farmasi, dia melalui satu jalan yang agak gelap dan suram. Dia ternampak sebuah kereta mirip dengan kereta Raudhah diparkir di tepi jalan.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang wanita terbaring di atas jalan dengan badan berlumuran darah.
Zheriff menghampiri wanita itu perlahan-lahan dan memerhatikannya dengan teliti.
Ternyata, wanita itu adalah... Tidak lain tidak bukan, dia mengenali wajah itu.
"Ya Allah, Raudhah!"
Tanpa berfikir panjang, Zheriff terus memberhentikan keretanya di tepi jalan, membuka pintu, dan berlari menghampiri Raudhah.
"Ya Allah, Raudhah, bangun, Raudhah." Raudhah terbaring tidak sedarkan diri, dan Zheriff memegang kepalanya, mendapati belakang kepala Raudhah berlumuran darah.
Tanpa menghiraukan keadaan, apatah lagi hujan lebat, dia terus mengangkat dan mendukung Raudhah masuk ke dalam keretanya dan memecut menuju hospital secepat mungkin.
Setibanya di hospital, dia terus menuju ke lorong kecemasan. Jururawat yang bertugas segera membantu membawa Raudhah ke bilik kecemasan.
"Terima kasih," ujar Zheriff kepada para jururawat.
"Fuhh! Agaknya mesti lama ni. Nak call mama ke tak? Nanti kacau dia tengah tidur pula. Ah... WhatsApp je lah." Zheriff menaip di telefonnya, memberitahu tentang apa yang terjadi.
Kemudian, Zheriff mengikuti jururawat di depan bilik kecemasan.
"Ah, nurse, saya nak ke surau sekejap ya. Ada apa-apa nanti saya datang balik."
"Ha, yelah. Nanti pihak kami akan sedaya upaya merawat Puan Raudhah. Encik Zheriff jangan risau. Kalau dia tak ada apa-apa, insyaAllah dia akan sedar."
"Hm, terima kasih." Zheriff mengangguk dan bergegas ke surau.
Dia mengambil wuduk dan melaksanakan solat Isyak, diikuti dengan solat hajat. Dia berdoa dan memohon kepada Tuhan agar dosanya diampuni serta memohon kesembuhan untuk Raudhah.
Zheriff berdoa dengan penuh kesungguhan selepas solat.
"Ya Allah, Tuhanku yang Maha Pengasih, aku berdiri di hadapan-Mu dengan hati penuh penyesalan. Aku memohon ampun atas segala dosaku, baik yang aku sedari mahupun yang tidak aku sedari. Aku menyesal atas setiap kesilapan yang telah aku lakukan, terutama terhadap Raudhah, wanita yang aku sayangi. Aku tahu, aku telah mengecewakannya, dan aku sangat mengharapkan kemaafan daripadanya. Ya Allah, jika benar Raudhah Medina adalah jodoh yang Engkau takdirkan untukku, aku memohon agar Engkau melapangkan hatinya untuk menerima dan memaafkan aku kembali. Aku ingin menjadi suami yang lebih baik untuknya, yang dapat memberikan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Tapi jika ini bukan yang terbaik, aku reda dengan ketentuan-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Ya Allah, aku juga memohon kesembuhan untuk Raudhah, baik fizikal mahupun hatinya. Hilangkanlah segala kesedihan dan kesakitan yang menimpa dirinya. Kembalikanlah senyumannya yang hilang, dan berikanlah dia ketenangan yang sebenar. Aku percaya hanya Engkau yang mampu memberi penyembuhan yang sejati. Ya Allah, aku mohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam hidup kami. Berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki diri dan hubungan kami, jika itu yang Engkau inginkan. Aku berserah kepada-Mu, Ya Allah, kerana Engkau lah sebaik-baik perancang." dia menadah tangan, merintih dalam sendu yang tak tertahan. Setiap patah doa yang dilafazkan terasa seperti belati yang menikam jiwanya, sehingga air mata mengalir deras tanpa henti, membasahi pipi yang sudah sarat dengan beban rasa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro