BAB 30 💫
"Bang, tengok si Zheriff tu, bang. Dapat tengok si Raudhah sampai tak berkedip mata dia. Haih, semoga cepat-cepatlah diaorang berbaik, kan bang?" bisik Datin Sarimah sambil mengerling ke arah Zheriff, matanya tak beralih dari Raudhah.
"Itulah, haih...," balas Dato' Zayn, tersenyum kecil sambil meneguk air di tangannya. Dalam hati, dia berharap hubungan mereka kembali bertaut.
Selesai majlis akad nikah Luqman dan Elysha, Raudhah terasa berat hatinya. Walaupun dia cuba mengelak dari Zheriff, perasaan seorang ibu kepada Harraz tidak mampu disembunyikan. Dia rindu pada anaknya.
"Ma, Harraz duduk bilik mana? Raudhah nak pergi tengok dia," tanya Raudhah kepada Datin Sarimah.
"Harraz ada kat atas, sebelah bilik Zheriff. Haritu dia yang hias cantik-cantik bilik Harraz tu. Raudhah pergilah tengok dia. Dia tengah tidur tu," balas Datin Sarimah lembut.
Raudhah melangkah perlahan ke tingkat atas. Pintu bilik Harraz sedikit terbuka. Dia menjenguk ke dalam, kemudian melangkah masuk. Wajah Harraz yang sedang lena begitu mendamaikan hatinya. Rasa rindu yang dipendam selama ini terus menyerbu.
"Sayang, maafkan mommy ya, sayang. Mommy bukan mommy yang baik untuk Harraz," bisik Raudhah sambil mengusap lembut ubun-ubun Harraz. Suaranya bergetar, air matanya mengalir tanpa sedar.
Namun, sebuah suara yang dikenalinya memecah kesunyian. "Raudhah..."
Raudhah tersentak. Suara itu begitu sayu, penuh dengan rasa bersalah. Dia menoleh sedikit, namun segera memalingkan wajahnya, cuba mengelak dari menatap Zheriff yang berdiri di belakangnya.
"Apa dia buat kat sini!" desis hati Raudhah.
"Duduklah. Nak saya kejutkan Harraz ke?" Zheriff menawarkan dengan lembut, seolah-olah cuba mendekati hati Raudhah.
"Takpe, tak payah," balas Raudhah, nadanya dingin. Dia tidak mampu menahan getar di hatinya setiap kali mendengar suara lelaki itu.
Tiba-tiba, Harraz menggeliat dan membuka matanya.
"Daddy... Daddy... Daddy!" panggil Harraz sambil tersenyum kecil.
"Harraz, tu mommy datang. Harraz, tu mommy Harraz. Harraz kena panggil dia mommy, ok? Listen to daddy," pujuk Zheriff sambil mengusap kepala anaknya.
Harraz mengangguk kecil. Matanya kembali berat, lalu dia terlelap semula dalam pelukan Zheriff.
Raudhah berdiri mematung, cuba menyembunyikan rasa yang bercampur baur. "Takpelah, dia mengantuk lagi tu. Saya keluar dulu," katanya, segera melangkah keluar sebelum emosinya terbongkar.
Zheriff hanya memandang langkah Raudhah yang semakin menjauh. Dalam diam, dia merasakan kehilangannya sekali lagi. Air matanya akhirnya jatuh.
"Raudhah, saya tahu awak dah tak mampu tengok muka saya. Saya tahu saya jahat... Tapi, maafkan saya, Raudhah. Saya betul-betul sayangkan awak," bisiknya dalam hati.
Di meja pengantin, Raudhah meluahkan perasaan pada Elysha.
"Sha, tadi aku pergi tengok Harraz. Lepas tu Zheriff muncul. Kau tau tak, dia asyik pandang aku je, tak berpaling langsung! Aku rasa tak selesa lah. Tu yang aku cepat-cepat turun ni," cerita Raudhah, cuba menyembunyikan debar di dadanya.
"Kau tak tau ke dia tu nak mintak maaf dekat kau tapi tak kesampaian? Yelah, kau selalu elak dia. Dia tak naklah buat kau lagi tak selesa. Tapi percayalah, abang aku tu betul-betul dah berubah. Kau tak nak ke bagi dia peluang? Aku taknak hilang kakak ipar macam kau," Elysha memegang tangan Raudhah, cuba memujuknya.
"Nanti-nantilah aku fikir," balas Raudhah pendek, mengelak dari berjanji.
"Hmm..." Elysha menahan sebak, namun wajahnya tidak mampu menyembunyikan rasa sedih di hari bahagiannya.
"Takpelah, Sha. Aku tahu bukan mudah untuk aku terima dia balik. Dengan Harraz yang tak ingat aku... Aku tengah serabut sekarang ni. Sorry kalau aku buat kau rasa bersalah," kata Raudhah, tersenyum nipis.
"Takpelah, Raudhah. Kau tak salah pun," Elysha berkata lembut, namun matanya berkaca-kaca.
Raudhah berpaling ke arah Luqman. "Luqman, kalau dia buat hal, bagitau je aku."
"Hahaha... Ye ye," balas Luqman sambil ketawa kecil, cuba menceriakan suasana.
Raudhah kemudian menemui Datin Sarimah.
"Mama, Raudhah balik dulu ya. Ada kerja sikit," katanya sambil menyalam tangan wanita itu.
"La, nak balik dah? Takpelah, hati-hati ya. Bila-bila pun pintu rumah mama terbuka untuk Raudhah," kata Datin Sarimah penuh kasih.
"Terima kasih, ma. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
Malam itu, di bilik kecil Luqman dan Elysha...
Elysha duduk di sudut katil, memeluk lututnya. Matanya terpaku ke lantai, jauh tenggelam dalam kebimbangan.
"Luq... Kau ok?" tanya Elysha perlahan, memecah kesunyian yang menyelubungi bilik kecil itu.
Luqman menarik nafas panjang, memandang ke luar tingkap. "Sha... Terus terang, aku takut. Aku takut aku tak mampu jadi suami yang baik untuk kau."
Elysha tersenyum hambar, menahan sebak. "Aku pun sama, Luq. Perkahwinan kita ni bukan bermula dengan cinta. Aku takut kita tak serasi... takut kita gagal."
Luqman memandang Elysha dalam-dalam. "Sha... Aku tak janji jadi suami yang sempurna. Tapi ada satu benda aku boleh janji."
"Apa dia?" soal Elysha, pandangannya bertaut dengan mata Luqman.
"Aku akan cuba sedaya upaya untuk buat kau bahagia. Kita mula perlahan-lahan. Kita belajar terima satu sama lain. Siapa tahu, mungkin cinta akan datang kemudian."
Air mata Elysha mengalir. Kata-kata itu menyentuh hatinya.
"Terima kasih, Luq... Aku pun akan cuba buat yang terbaik. Untuk kita."
Luqman mengangguk. Dalam hati, dia berbisik, "Mungkin perkahwinan ini permulaan baru buat kami."
"Tapi kau nak tahu sesuatu, tak Luq?"
"Hmm? Apa?"
"Kau tau kenapa aku senang je setuju kahwin dengan kau? Padahal orang lain tak nak benda ni berlaku dalam hidup dia."
"Hmm... Kenapa?" tanya Luqman, keliru.
"Sebab aku cintakan kau, Luq."
Luqman terkaku. Matanya membulat. Kata-kata itu menggema di fikirannya. Dia tidak membalas, hanya terdiam, merenung ke dasar hatinya yang tiba-tiba bergetar.
Dia tahu, malam itu bakal menjadi titik mula yang baru buat mereka.
Keesokan Harinya
"Raudhah, tengah hari nanti awak sibuk tak? Kalau tak, saya nak ajak awak lunch sama-sama dekat kafe depan tu. Awak jangan cakap awak sibuk lagi, eh," tanya Encik Dafi dengan nada bersahaja di pejabat.
Raudhah terdiam seketika. "Ahh, em." Haih, dah berapa kali aku tolak ajakan dia. Takkan kali ni aku nak tolak lagi. Tak apa kot kalau aku keluar dengan dia sekali, bisiknya dalam hati.
"Raudhah! Hello!" Encik Dafi menegur apabila melihat Raudhah seolah-olah mengelamun.
"Hah? Ha, ye... ye. Tengoklah, tengah hari nanti, boleh lah," jawab Raudhah perlahan, dengan nada seperti mahu tak mahu.
"Baguslah kalau macam tu! Nanti saya tunggu awak di kafe tu," kata Encik Dafi, wajahnya jelas bersinar dengan keterujaan.
"Ha... ye lah. Saya sambung buat kerja dulu, eh," balas Raudhah, cuba mengakhiri perbualan.
Aduh, kenapa aku setuju keluar dengan dia? Entah-entah dia buat yang bukan-bukan nanti. Tak apa, Raudhah. Fikir positif. Dia bos kau. Mana mungkin dia nak buat benda tak elok, gumamnya dalam hati, cuba meyakinkan dirinya.
"Amboi, Raudhah. Seronoklah bos ajak lunch, ya? Kita yang dah bertahun-tahun kerja ni pun tak pernah dia ajak," usik Zura, rakan sekerja di sebelahnya.
"Betul tu," sampuk Hanie dengan nada mengusik juga.
"Haish, tak ada apa pun. Bos tu nak belanja makan je. Janganlah buat spekulasi yang bukan-bukan," balas Raudhah malas melayan.
"Ye lah, ye lah. Entah-entah ada benda lain," tambah Zura sambil tersenyum sinis.
Raudhah menjeling kedua-dua mereka, malas mahu membalas. Apa masalah dua orang ni, asyik membawang saja kerja. Buat kerja tu diam-diam sudah lah! rungutnya dalam hati.
Tepat jam satu petang, waktu makan tengah hari pun tiba. Namun, belum sempat Raudhah bangun dari kerusinya, Encik Dafi sudah muncul di depan meja kerjanya.
"Hai!" tegur Encik Dafi tiba-tiba.
"Mak kau!" Raudhah terkejut kecil, melatah perlahan.
Encik Dafi tersenyum selamba lalu duduk di atas meja kerjanya. "Eh, sorry-sorry! Hahaha. Eh, jomlah kita pergi sekali. Alang-alang saya dah ada depan awak ni."
"Ha... ha... ye lah. Jom," balas Raudhah dengan nada malu-malu, namun dia tetap mengikut.
Di Kafe
Suasana di kafe itu tenang. Masing-masing memesan makanan, dan sewaktu menunggu, Encik Dafi memulakan bicara.
"Raudhah, awak ni cantiklah. Mustahil tak ada lelaki nak dekat awak. Awak tak kahwin lagi, kan? Kiranya, saya ada peluang lah?" Encik Dafi bertanya, cuba bergurau tetapi dengan nada serius, sambil menyedut minumannya.
"Hm..." Raudhah hanya membalas dengan suara kecil, cuba mengelak daripada menjawab.
"Kenapa? Awak nampak macam takut-takut je dengan saya?" tanya Encik Dafi lagi, matanya merenung wajah Raudhah yang sedang makan dengan tenang.
"Eh, tak ada lah. Tapi awak janganlah tengok saya macam tu. Saya ni cantik sangat ke sampai awak tak boleh berpaling daripada tadi?" soal Raudhah, cuba mengubah suasana.
"Yes, awak memang cantik. Saya tak boleh nafikan. Malah, awak buat saya jatuh cinta pada awak," ujar Encik Dafi dengan nada penuh keyakinan.
Raudhah terkedu mendengar luahan itu. Dia berasa sesuatu yang aneh dalam kata-kata bosnya, namun tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Makanannya tiba-tiba terasa hambar di tekak, dan hatinya mula tidak keruan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro