Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 29 💫

Setelah selesai urusan mereka di pejabat agama, Elysha dan Luqman pulang ke rumah Datin Sarimah dengan hati yang berat, membawa berita yang mengejutkan dan amat mengecewakan.

Di ruang tamu, Datin Sarimah, Zheriff, dan Dato' Zayn sedang berbual-bual dengan tenang, namun suasana berubah sebaik sahaja Elysha dan Luqman melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka berjalan perlahan-lahan dan duduk di sofa, wajah mereka kelihatan sugul, seperti kehilangan arah. Datin Sarimah memandang mereka dengan penuh kebimbangan.

"Sha, Luqman... dah ambil kotak tu?" soal Datin Sarimah dengan nada ingin tahu, namun melihatkan wajah mereka yang muram, perasaan bimbangnya semakin mencengkam.

Elysha menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sebelum menjawab. "Ma... sebenarnya..." Wajahnya kelihatan resah dan bingung.

Datin Sarimah menatap Elysha, dahinya sedikit berkerut. "Kenapa ni, Sha? Mama tengok macam risau semacam je. Ada apa-apa yang berlaku?"

Elysha tunduk seketika, melawan rasa sebak yang mula mengalir di dada. Akhirnya, dia mengangkat muka dan bersuara, "Ma, tadi kami kena tangkap khalwat. Pegawai pejabat agama datang sebab kami berdua-duaan dalam butik."

"Astaghfirullahalazim..." Datin Sarimah terkejut dan menekup mulutnya. "Kenapa sampai jadi macam tu? Siapa yang call pejabat agama ni?"

"Ma... mama tau tak masa kami keluar dari butik nak pergi ke pejabat agama, tiba-tiba Melissa ada depan butik. Sha yakin, ini semua kerja dia," Elysha berkata dengan nada yang tegas, matanya menyala penuh kemarahan. "Memang sah-sah aku syak dia yang sengaja buat hal ni."

Datin Sarimah terdiam seketika, wajahnya berubah. Zheriff dan Dato' Zayn yang mendengar perkara itu juga kelihatan terkejut, tetapi yang paling risau ialah Datin Sarimah. Matanya sudah berkaca, menahan perasaan yang bercampur baur.

Datin Sarimah menghela nafas panjang, resah. "Habis tu, nak buat macam mana sekarang ni? Kalau dah macam ni, korang kena kahwinlah, untuk jaga maruah keluarga."

Elysha mengangguk perlahan, tetapi wajahnya tetap suram. "Hm... tadi kami dah daftar kahwin, ma. Lepas ni, kami kena selesaikan urusan di mahkamah pula. Kalau tak, habislah... satu Malaysia tahu. Demi jaga aib keluarga, Sha rasa lebih baik kami kahwin. Tak kisahlah apa orang nak cakap."

Datin Sarimah memandang Elysha dan Luqman, matanya berkaca-kaca, penuh perasaan. "Sha... Luq... mama minta maaf. Mama rasa bersalah sebab mama yang suruh korang buat kerja di butik berdua. Kalau mama tak buat macam tu, benda ni takkan berlaku."

Elysha menggeleng perlahan, senyuman kecil terukir di bibirnya walaupun hatinya berat. "Tak, ma. Ini semua takdir. Kita tak boleh salahkan sesiapa. Tapi Sha yakin, ini keputusan yang terbaik. Sha tak nak malukan keluarga kita."

Luqman, yang sejak tadi diam, akhirnya bersuara. Suaranya tegas, matanya penuh tekad. "Betul, ma. Luq pun tak pernah terfikir semua ni akan jadi. Tapi kalau ini cara untuk jaga maruah keluarga kita, Luq rela. Asalkan semua orang dalam keluarga kita tetap dihormati."

Datin Sarimah menghela nafas panjang, nadanya penuh kebimbangan. "Mama cuma risau. Korang ni muda lagi... mama takut perkahwinan ni jadi beban. Sha, boleh ke kamu pikul tanggungjawab sebagai isteri? Luqman pun, belum matang sepenuhnya."

Elysha menggenggam tangan Datin Sarimah dengan lembut, cuba meyakinkan. "Sha percaya, ma. Kalau Allah dah atur hidup kami macam ni, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sha yakin, Luqman boleh bantu Sha jadi wanita yang lebih baik."

Datin Sarimah tersenyum kecil, walaupun hatinya masih bergetar. "Kalau begitu, mama reda. Kalau ini keputusan korang, mama akan sokong. Tapi ingat, Sha... Luq... rumah tangga ni bukan main-main. Kalau ada masalah, jangan pendam. Cakap dengan mama, ya?"

Elysha mengangguk perlahan, senyuman terukir di wajahnya, walaupun perasaan bimbang menyelubungi hatinya. "Baik, ma. Kami janji akan jaga rumah tangga ini sebaik mungkin."


Tidak lama selepas itu, Elysha naik ke biliknya dan segera menelefon Raudhah, memberitahunya tentang kejadian yang baru sahaja berlaku.

Perbualan Telefon

"Raudhah, assalamualaikum, kau buat apa tu? Aku nak bagitahu kau sesuatu ni, kau tak kerja kan hari ni?"

"Waalaikummusalam, ya aku tak kerja hari ni. Kenapa, kau nak cakap apa?" Raudhah menjawab, sambil menonton TV dan menguyah keropok.

"Kau tau tak tadi aku kena tangkap khalwat." Elysha berkata dengan penuh keputusasaan, namun Raudhah sudah menyambungnya tanpa sempat dia menyelesaikan ayat.

"Hah? Tangkap khalwat dengan siapa? Dekat mana? Bila?" Raudhah bertanya dengan nada yang sangat risau, suaraannya sedikit tergesa-gesa.

"Dekat butik mama, pagi tadi, dengan Luqman. Mama mintak tolong aku dengan Luqman ambil kotak yang ada baju-baju lama tu. Kau tau kan? Ha, baru beberapa minit aku dalam tu, tiba-tiba je pegawai pejabat agama datang. Aku tak tau siapa yang plan jahat ni, tapi masa kitaorang keluar, Melissa ada depan butik. Dia siap bagi senyuman manis lagi. Memang sah-sah aku syak dia," jelas Elysha, nada suaranya tegas dan penuh kemarahan.

"Wow, wow, panjang betul cerita kau. Ok, aku dah faham. Eh, apa masalah perempuan tu eh? Apasal dia nak buat macam tu dekat kau dengan Luqman? Tak faham betul aku dengan orang yang ada masalah hati macamtu. Ni kau ok tak? Kau nak kahwin lah?" kata Raudhah, masih terkejut dengan kejadian itu.

"Kahwin lah. Takkan aku nak biar maruah family kita tergadai? Lagipun, dia handsome. Takkan aku taknak kahwin dengan dia, kau pun tau kan yang aku pernah sukakan dia. Tak mustahil aku tak nak kahwin dengan dia," jawab Elysha dengan nada berlapang dada.

"Kahwin lah kalau kau rasa itu yang terbaik. Mesti ada sebab kenapa semua ni jadi," kata Raudhah, memberi sokongan meski hatinya turut berdebar.

"Sama lah jugak macam kau... mesti ada sebab kenapa Allah bagi anak kau hilang ingatan. Tak ingat kau pulak tu. Ha, kau rasa? Mungkin ni cara dia untuk dekatkan korang balik suami isteri. Aku percaya jodoh korang kuat. Ni anak kau tu, takkan kau nak biar je Zheriff jaga dia? Kau tak nak datang tengok dia ke? Dia dah balik tau," Elysha menasihati dengan penuh rasa percaya.

"Hmh, buat apa Sha kalau aku datang, dia bukan ingat aku pun," Raudhah masih kecewa dengan anaknya.

"Ni ujian untuk kau, Raudhah. Macam aku pun, aku tengah lalui ujian aku. Setiap manusia pasti ada ujian dalam hidup dia. Kau kena terima dengan hati yang terbuka walaupun itu menyakitkan hati. Percayalah, suatu hari nanti, orang yang paling dia akan ingat adalah kau, Raudhah. Ingatan dia akan pulih suatu hari nanti, kau jangan risau," Elysha berkata dengan lembut, memberi semangat kepada sahabatnya.

"Hm... yelah Sha, terima kasih. Nasihat kau panjang lebar ni. Tengoklah nanti, kalau aku ada masa, kalau aku dah bersedia, aku pergilah tengok anak aku tu," kata Raudhah, sambil menahan tangisannya.

"Yelah, kau jaga diri tu elok-elok. Ni ha, aku nak tanya kau, kau duduk dekat area sini kan? Tapi rumah sewa kau dekat mana eh? Aku nak tau jugak, mana lah tau kalau ada kecemasan ke apa ke, kau kena rompak ke, benda yang kita tak jangka. Jadi at least aku tau rumah kau kat mana."

"Hmh, yelah. Kejap lagi aku hantar lokasi rumah sewa aku ni dekat mana."

"Oklah, kalau macam tu, bye, assalamualaikum."

"Waalaikummusalam, kau jaga diri tau."


Selama seminggu penuh, Elysha dan Luqman sibuk menguruskan segala urusan perkahwinan mereka. Dari mahkamah, pejabat agama, hingga persiapan pernikahan, semuanya dijalankan dengan cermat. Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba - hari yang akan mengikat mereka dalam satu janji yang suci.

"Sha, kau nak kahwin juga akhirnya, budak yang aku rasa tak matang ni... dah nak kahwin jugak." Raudhah tersenyum nakal sambil memandang Elysha yang sedang duduk di hadapannya dengan wajah yang berseri-seri, cantik dalam gaun pengantin yang indah.

"Ya, Raudhah," Elysha berkata sambil memandang cermin, matanya penuh kebahagiaan yang sukar disembunyikan. "Walaupun perkahwinan ini datang tanpa dirancang, tanpa diduga, aku sangat bersyukur kerana akhirnya aku dikurniakan suami yang sebaik dan sehandsome Luqman. Tak pernah aku sangka cinta ini akan hadir dalam hidup aku."

"Hmm, nanti dah bahagia tu, jangan lupakan aku pulak." Raudhah berkata sambil membetulkan perhiasan di atas kepala Elysha, sentuhan lembut yang penuh kasih. Dalam hati Raudhah, dia rasa lega melihat sahabat baiknya itu akhirnya menemukan kebahagiaan yang diidamkan.

"Eh, mana mungkin aku lupakan kau! Kau tu kakak ipar aku, sahabat terbaik aku. Tak akan pernah aku lupakan kau," Elysha menjawab tegas tetapi ada rasa manja di nada suaranya.

"So sweet la kau ni. Dah, jom cepat turun, bakal suami kau tu dah tunggu dekat bawah. Jangan buat dia tunggu lama," kata Raudhah sambil menarik tangan Elysha, menuntun langkahnya keluar dari bilik pengantin.

Namun, ketika mereka sedang menuruni anak tangga, sesuatu yang tak terduga berlaku...

Raudhah, yang sedang asyik memandang Elysha, tidak menyedari bahawa gaun pengantin Elysha yang panjang itu sedikit terlondeh dan menyentuh lantai. Ketika langkahnya mencecah anak tangga, dia tergelincir, hampir terjatuh.

Dengan kelajuan yang tak disangka, seorang hero Malaya muncul, menyambut tubuh Raudhah yang hampir terjatuh dari tiga anak tangga terakhir. Zheriff, yang berada di bawah, cepat-cepat menghulurkan tangannya, memeluk tubuh Raudhah erat agar tidak jatuh.

"Eh, eh, eh! Raudhah!" Zheriff sedikit meninggikan suaranya, kebimbangan jelas di wajahnya, tetapi tangannya tetap kuat memaut tubuh Raudhah.

"Ahh..." Raudhah menjerit kecil, terkejut dengan kejadian yang berlaku begitu pantas.

Mereka saling bertentangan mata seketika, dan dalam detik itu, dunia terasa seakan berhenti berputar. Hati mereka berdua berdegup kencang. Raudhah yang terperangkap dalam pelukan Zheriff, merasakan denyutan jantungnya yang seolah-olah berdansa bersama dengan jantung Zheriff. Semua yang berlaku seakan-akan berlaku di luar kawalan mereka. Rasa malu menyelubungi Raudhah, tetapi ada sesuatu yang lebih kuat, sesuatu yang penuh kehangatan, yang membakar hatinya.

Datin Sarimah yang sedang duduk bersama Dato' Zayn di ruang tamu, tidak dapat menahan senyumannya melihat kejadian itu. Tawa kecil yang ditahan, akhirnya tercetus dari bibirnya.

"Bang, tengok tu. Anak dan menantu kita, kemain romantik, macam dalam cerita Hindustan," kata Datin Sarimah dengan senyuman nakal, memandang Zheriff dan Raudhah yang masih dalam posisi tersebut.

Datin Sarimah merasa bahagia melihat anak dan menantunya, seolah-olah itu adalah petanda baik untuk perkahwinan mereka.

Raudhah dan Zheriff, yang menyedari keadaan sekeliling, segera menarik diri. Dengan cepat, mereka membetulkan kedudukan dan berjalan seiring, walaupun hati masing-masing berdebar-debar. Wajah mereka merah padam, tetapi mereka cuba untuk tidak memperlihatkan betapa terganggunya mereka.

"Ehm, maafkan saya," kata Zheriff sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya, memberi isyarat memohon maaf.

Raudhah yang berasa malu, segera duduk di tempat pengantin perempuan, menundukkan wajahnya dengan penuh rasa malunya. "Ya Allah, malunya... kenapa mesti berlaku macam ni di hadapan semua orang?" bisik Raudhah di dalam hati, tetapi dia cuba menenangkan diri.

Elysha yang segera turun ke bawah untuk mempercepatkan majlis akad nikah mereka, tersenyum manis melihat kejadian tersebut. "Pengantin perempuan sudah bersedia?" tanya Tok Kadi dengan suara penuh khusyuk.

Elysha menganggukkan kepalanya, tidak sabar menanti saat yang ditunggu-tunggu.

"Muhammad Luqman Hakim Bin Azhar," lafaz Tok Kadi dengan suara yang kuat, memberi tanda untuk memulakan akad nikah.

"Ya, saya Tok," jawab Luqman dengan penuh keyakinan, wajahnya serius tetapi matanya tidak lepas memandang Elysha, penuh kasih sayang.

"Aku nikahkan dikau dengan Elysha Maisarah Binti Dato' Ahmad Zayn dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Elysha Maisarah Binti Dato' Ahmad Zayn dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Luqman melafazkan akad nikah dengan suara yang bergetar penuh makna.

"Sah! Sah! Sah! Alhamdulillah," laung Tok Kadi, dan semua yang hadir bersyukur dengan kesyukuran yang mendalam. "Marilah kita bersama-sama menadah tangan untuk membaca doa."

Sepanjang majlis berjalan, Zheriff tidak dapat menahan pandangannya dari terfokus kepada Raudhah. Setiap gerak-gerinya, setiap senyuman yang dilemparkan, membuatkan hati Zheriff berdebar hebat. Kecantikan Raudhah pada hari itu seolah-olah bagaikan bidadari yang baru turun dari syurga. Cahaya matahari yang menyinari wajahnya membuatkan Raudhah tampak seperti dewi yang menghidupkan semua yang ada di sekelilingnya.

Raudhah yang menyedari bahawa Zheriff sedang memerhatikannya tanpa henti, tertanya-tanya di dalam hatinya, "Zheriff ni kenapa? Dari tadi asyik pandang aku je. Cantik sangat ke aku hari ni?" Bisikan hatinya itu, penuh rasa ingin tahu dan sedikit cemas.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro