Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 28 💫

"Assalamualaikum, Raudhah... Raudhah," suara lembut Encik Dafi memanggil dari luar pagar, penuh keyakinan seolah-olah dia tahu Raudhah sedang menunggu kehadirannya.

"Waalaikummussalam. Eh, Encik Dafi? Buat apa datang rumah saya ni?" tanya Raudhah dengan nada terkejut, matanya sedikit membesar kerana tidak menyangka kehadiran lelaki itu di depan rumahnya.

"Eh, awak lupa ke? Kita dah plan nak keluar makan hari ni," jawab Encik Dafi sambil tersenyum, tetapi nada suaranya sedikit tegang, menahan kekecewaan.

"Ehm..." Raudhah menundukkan wajah, lidahnya kelu. "Bukan saya tak nak, tapi saya sibuk sangat hari ni. Boleh tak kita tangguh ke lain kali? Maaflah, memang tak sempat langsung. Banyak sangat kerja yang nak saya selesaikan."

Wajah Encik Dafi berubah suram. "Hm... Takpelah kalau awak sibuk sangat. Nak buat macam mana, kan?" katanya, cuba mengawal nada suara, namun ada kekecewaan yang jelas terpancar di matanya.

Namun, sebaik melangkah pergi, emosinya meledak. "TAK GUNA BETUL! Penat-penat aku datang sini, macam ni je kau tolak?!" gumamnya dengan suara keras, tangan dikepal menahan marah.

Raudhah hanya mampu memerhati dari tingkap, mengeluh panjang. "Herh, kacau betul mamat ni. Potong mood aku je. Dah la hati tengah tak tenang, tambah pula dengan drama dia ni," gumamnya sambil melangkah masuk ke rumah, cuba mengalihkan perasaan dengan pekerjaan yang menunggu.


Di tempat lain, pagi itu membawa harapan baharu buat Zheriff yang baru sahaja selesai membawa Harraz untuk pemeriksaan di hospital. Dengan hati-hati, dia memandu pulang ke rumah Datin Sarimah.

"Assalamualaikum," Zheriff memberi salam sambil mengetuk pintu.

"Waalaikummussalam. Ha, Zheriff! Mana Harraz?" tanya Datin Sarimah, wajahnya jelas menggambarkan kerinduan kepada cucunya itu.

"Ada dalam kereta, ma. Ni, mama ambil dulu beg dia. Zheriff nak dukung dia masuk." Zheriff menyerahkan beg pakaian Harraz kepada ibunya.

Datin Sarimah menyambut beg itu. "Baik-baik, ya. Anak mama tu masih lemah."

Zheriff mengangguk dan segera menuju ke kereta. Dia mendukung Harraz yang masih terlantar lemah, tubuh kecilnya dipeluk erat. Setiap langkah menuju ke bilik terasa berat, seolah-olah membawa bersama segala rasa bersalah yang menyelubungi dirinya.

"Harraz, kita dah sampai rumah atuk dan nenek. Daddy akan jaga Harraz sampai Harraz sembuh," bisik Zheriff perlahan, matanya memandang sayu ke arah wajah pucat anak kecil itu.

Tidak lama selepas itu, Elysha muncul di bilik untuk melihat keadaan Harraz. "Harraz, Harraz! Kenal tak ni siapa?" tanyanya ceria sambil menunjuk dirinya.

"Aunty..." Harraz menjawab perlahan, menganggukkan kepala. Matanya yang sebelumnya suram kini kelihatan bersinar sedikit.

"Sha, dia dah mula ingat kau!" Zheriff bersuara, kegembiraan terpancar pada wajahnya. "Doktor kata, dia akan ingat seorang demi seorang. Tapi tak tahu siapa yang dia akan ingat selepas ni."

"Harraz! Harraz dah ingat aunty ke?" Elysha bertanya lagi, tangannya mengusap lembut rambut Harraz.

"Harraz, ni..." Zheriff menunjuk ke arah Datin Sarimah. "Kenal tak ni siapa?"

Harraz memandang neneknya, kemudian menggeleng lemah.

"Tak apa, Zheriff," pujuk Datin Sarimah. "Ingatan dia masih belum stabil. Lama-lama nanti dia akan ingat semula. Raudhah tahu tak yang Harraz dah keluar hospital?"

"Zheriff dah cuba call dia, ma, tapi dia tak angkat. Zheriff tak tahu apa lagi nak buat."

"Eh, Sha, kau tahu tak Raudhah duduk mana sekarang?" soal Datin Sarimah, menoleh ke arah Elysha.

Elysha menggeleng. "Dia cuma cakap dia sewa rumah dekat area sini, tapi aku tak pernah pergi. Aku pun tak pasti dia duduk kat mana sebenarnya."

"Kalau dia duduk area sini, mesti dekat je. Kau kena cari dia, Zheriff. Tanya orang-orang sekitar sini. Dia mesti ada dekat kawasan ni."

"Baik, ma. Zheriff akan cari dia lagi. Kali ni Zheriff takkan putus asa," jawab Zheriff, tekad di hati semakin membara.

Keesokan paginya, suasana rumah dipenuhi dengan aroma embun pagi yang segar.

"Zheriff," Dato' Zayn memanggil anaknya dengan nada serius. "Kau nak ambil penjaga untuk jaga Harraz, atau kau nak jaga dia sendiri?"

"Pa, Zheriff nak jaga dia sendiri. Zheriff rasa bersalah sangat dengan dia. Banyak masa yang Zheriff terlepas dengan Harraz sebelum ni. Zheriff nak tebus semua kesilapan Zheriff. Harraz perlukan daddy dia," jawab Zheriff, suaranya penuh dengan keazaman.

"Kalau macam tu, biar papa yang uruskan kerja dulu. Kau tumpukan perhatian untuk jaga Harraz. Bila semuanya dah stabil, baru kau sambung kerja," balas Dato' Zayn, matanya memandang penuh kasih.

"Terima kasih, pa. Zheriff hargai ruang ni. Zheriff janji takkan sia-siakan peluang ni. Zheriff akan jadi ayah yang terbaik buat Harraz," ujar Zheriff, memeluk erat papanya.

Dato' Zayn menepuk belakang Zheriff. "Untuk anak lelaki papa, apa saja papa boleh buat."

Di ruang tamu, Elysha dan Luqman bersiap-siap untuk ke butik atas arahan Datin Sarimah. "Sha, tolong ambil kotak baju reject dekat butik. Mama rasa nak buat sesuatu dengan baju tu. Sedekah ke, jual murah ke. Lagipun, kain semua masih elok," kata Datin Sarimah.

"Baik, ma. Jom, Luqman," ujar Elysha sambil mencapai kunci.

Mereka berdua pun bergerak ke butik pada pukul sembilan pagi, membawa bersama tanggungjawab yang menanti. Namun, dalam hati masing-masing, ada rasa ingin tahu tentang apa yang bakal terjadi seterusnya, terutama mengenai Harraz dan ibunya yang masih hilang tanpa berita.

Setibanya mereka di butik, Elysha dan Luqman segera menuju ke stor yang telah dimaklumkan oleh Datin Sarimah. Namun, tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedang mengawasi mereka. Melissa, yang secara kebetulan lalu di hadapan butik, nampak mereka berdua-duaan.

"Hmm... Ini peluang aku untuk balas dendam! Haritu kau rosakkan rancangan aku, kali ni biar aku musnahkan hidup korang terus," bisik Melissa kepada dirinya sendiri dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya.

Dengan pantas, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor pejabat agama.

"Engkau sabar kejap, biar satu Malaysia tahu yang anak bongsu Datin Sarimah dan Dato' Zayn ditangkap khalwat di butik milik mereka sendiri. Wah, wah, wah, mesti meletup ni," Melissa berkata dalam nada memuaskan diri.

"Assalamualaikum, saya nak buat laporan. Ada pasangan lelaki dan perempuan bukan mahram yang berdua-duaan dalam butik di Jalan Seri Indah. Tolong datang cepat sebelum mereka larikan diri," lapor Melissa dengan penuh keyakinan.

Di dalam stor butik, Elysha dan Luqman sedang bekerja keras mengangkat kotak-kotak berat.

"Aduh, Sha, macam mana nak angkat kotak ni, berat jugak," kata Luqman sambil mengelap peluh yang menitik di dahi.

"Itulah, haih. Ke nak aku minta tolong orang lain?!" jawab Elysha, sedikit resah.

"Ha, okay jugak. Aku cuba panggil sesiapa," kata Luqman sambil bergerak menuju pintu stor.

Namun, sebelum sempat Luqman membuka pintu, kedengaran ketukan di pintu butik.

"Assalamualaikum. Maaf mengganggu, kami mendapat laporan bahawa ada pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan dalam butik ini. Boleh kami periksa?"

Luqman terkejut dan segera menenangkan dirinya. "Tak apa, tok. Salah faham je ni. Kita baru berapa minit kat sini, tak ada apa-apa pun."

"Tapi encik, berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram tetap berdosa. Kami perlu periksa," kata pegawai agama itu, suaranya tegas.

Elysha mula panik. "Betul tu, tok. Mama saya yang suruh kami datang sini. Kami tak buat apa-apa pun," kata Elysha, cuba untuk menenangkan keadaan.

Luqman memandang Elysha, cuba menenangkan wanita itu yang jelas ketakutan. "Sha, sabar. Kita ikut je mereka, nanti kita boleh selesaikan."

Namun, pegawai agama itu tetap tegas. "Kami perlu jalankan siasatan. Anda berdua perlu ikut kami ke pejabat untuk beri penjelasan."

Elysha menggelengkan kepala, air mata mula bertakung. "Tapi... kami tak buat apa-apa salah, tok!" katanya, suara yang penuh dengan rasa tidak percaya.

"Sha, sabar! Kita ikut je mereka ke pejabat, nanti kita selesai kan semua ni," Luqman cuba meyakinkan Elysha dengan tenang.

"Ehh, tapi kita kan ada CCTV!" Elysha mengingatkan, wajahnya sedikit berkerut.

"Sha, engkau lupa ke? Hari ni cuti. CCTV pun tutup. Yang ada cuma CCTV luar butik ni je," jawab Luqman, mengeluh.

"Macam mana ni, Luqman? Kita kena ikut juga ke?" Elysha bertanya, serba salah.

Luqman hanya mengangguk. "Yalah, kita kena ikut je."

Tiba-tiba, Melissa muncul di pintu butik dengan senyuman sinis yang terukir di wajahnya. "Lah, Sha, Astaghfirullahalazim. Engkau ke, Sha? Ya Allah, rupa-rupanya perangai kau lebih buruk daripada yang aku sangka. Nasib baik aku lalu dan nampak."

Elysha merenungnya tajam, namun senyuman penuh kepuasan di wajah Melissa membakar rasa marah dalam dirinya. "Melissa, kau ni kenapa? Ini semua fitnah! Kau tahu tak, kau akan jawab dengan Tuhan kau nanti. Kau fitnah orang!" Elysha berkata dengan suara yang menggigil menahan marah.

"Fitnah? Orang agama tak akan datang kalau tak ada sebab, Sha," sindir Melissa, dengan nada penuh penghinaan.

"Melissa, cukup! Apa yang kau buat ni tak akan membawa apa-apa kebaikan pun. Sudah-sudahlah hancurkan hidup orang. Kau tak ada kehidupan sendiri ke, asyik nak kacau hidup orang lain?" Elysha berkata dengan penuh emosi, namun Melissa hanya mencebik dan pergi begitu sahaja.

"Kurang ajar betul perempuan tu! Tak guna!" Luqman menjerit, namun Elysha menahannya.

Di pejabat agama, suasana menjadi semakin tegang. Pegawai agama yang bertugas memandang Elysha dan Luqman dengan wajah serius.

"Saya beri anda pilihan, sama ada menerima hukuman atau bernikah segera untuk menjaga maruah diri dan keluarga," ujar pegawai agama itu dengan nada tegas.

"Setelah berbincang dan meneliti keadaan, kami sarankan anda berdua bernikah segera. Ini adalah demi menutup aib masing-masing," tambah pegawai agama itu lagi.

Elysha terkejut dan air matanya tumpah tanpa dapat ditahan. "Nikah? Tapi... kami tak bersalah! Kenapa kami kena nikah kerana fitnah orang lain?"

"Sha, kita tak ada pilihan lain. Kalau kes ni dibawa ke mahkamah, lebih berat akibatnya. Demi menjaga nama baik kita dan keluarga, aku rela," Luqman berkata dengan suara bergetar, cuba menahan air mata.

Elysha memandang Luqman dengan perasaan bercampur-baur. Dalam hati, dia mula menyedari pengorbanan Luqman untuknya. Namun, dia juga takut dengan reaksi Datin Sarimah apabila berita ini sampai ke telinga ibu mertua dan keluarga mereka.

"Sha, tolong fikir baik-baik. Kalau kita nikah, ini semua akan selesai. Tak ada jalan lain," Luqman menegaskan, suaranya penuh dengan kesungguhan.

Elysha mengangguk perlahan, tanda menyerah. "Baiklah, Luqman. Aku ikut... demi menjaga maruah kita."

Dengan hati yang berat, mereka melangkah ke hadapan, membuat keputusan yang akan mengubah hidup mereka selamanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro