BAB 26 💫
"Dia? Dia apa, doktor?!"
"Maaf, puan. Kami baru saja dapat maklumat, Harraz hilang ingatan."
Raudhah terdiam, air matanya jatuh tanpa dapat ditahan.
"Puan, harap bersabar, ya."
Raudhah menangis teresak-esak, hatinya hancur mendengar berita itu.
"Hentakan kuat di kepala Harraz di atas jalan tar menyebabkan gegaran di dalam otaknya," kata doktor dengan suara lembut.
"Habis, doktor? Dia akan hilang ingatan selama-lamanya?" tanya Raudhah, suara teresak.
"Dia mungkin hanya ingat orang tertentu sahaja. Tapi jangan risau, kalau Harraz dirawat dengan baik, insya-Allah ingatannya akan pulih. Kanak-kanak lebih mudah pulih kerana sel-sel otak mereka masih dalam proses berkembang. Buat masa sekarang, Puan banyakkan berdoa, istighfar, dan percaya pada kuasa Allah," jawab Dr. Farhan, doktor yang merawat Harraz.
"Terima kasih banyak, doktor." kata Raudhah menahan tangisnya.
"Sama-sama, puan. Saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, beri tahu saya."
"Daddy... Daddy... Daddy!" Harraz hanya mengingati Zheriff, mulutnya tak berhenti menyebut nama itu.
"Sayang, esok mommy kena pergi kerja, sekarang tidur dulu, dah lewat malam, esok daddy datang," ujar Raudhah sambil menarik selimut dan mendodoikannya tidur.
"Ya Allah, kuatkanlah diriku ini, Ya Allah, untuk menghadapi semua ini. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yang lemah," Raudhah menangis sekali lagi, dan akhirnya tertidur dengan air mata yang masih membasahi pipi.
Keesokan paginya, Raudhah bangun dan bersiap untuk pergi bekerja. Pada mulanya, dia tidak mahu menyusahkan Datin, tapi akhirnya dia terpaksa meminta bantuan.
Raudhah menelefon Datin Sarimah.
"Assalamualaikum, ma. Mama busy ke?"
"Waalaikummussalam, mama nak pergi butik. Kenapa Raudhah?"
"Macam ni, hari ni Raudhah kena kerja, tapi tak ada orang nak jaga Harraz di hospital. Raudhah minta tolong mama boleh?"
"Kalau macam tu, takpe. Nanti mama minta tolong Zheriff jaga Harraz. Kalau mama tak sibuk, mama datang tengok Harraz."
"Ye lah, ma. Tapi Harraz sekarang ni dia mengidap amnesia. Dari semalam sampai pagi ni, dia asyik sebut daddy dia je, langsung tak ingat yang lain, Raudhah pun dia tak ingat."
"Ya Allah, amnesia? Raudhah, bersabarlah. Banyakkan doa, semoga Allah permudahkan urusan."
"Terima kasih, ma. Ok la, ma. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." Datin Sarimah meletakkan telefon dan segera pergi mengejutkan Zheriff.
"Zheriff, bangun! Zheriff bangun!"
"Ya, ada apa ma?" jawab Zheriff dalam keadaan mengantuk.
"Zheriff, bukan pasal tu. Tadi Raudhah telefon mama."
"Raudhah telefon? Apa dia cakap, ma?" Zheriff tiba-tiba terjaga sepenuhnya.
"Baru je mama sebut nama Raudhah, terus bangun." Datin tersenyum.
"Yelah, ma. Apa dia cakap?"
"Raudhah minta tolong mama jaga Harraz di hospital hari ni sebab dia kena kerja."
"Semalam Zheriff dah offer, dia tak nak. Sekarang baru rasa susah!" Zheriff mengeluh.
"Tapi tadi dia cakap, Harraz menghidap amnesia sebab hentakan kuat dekat kepala dia. Bila Zheriff sampai nanti, cakap dengan Harraz baik-baik sebab ingatan dia tak stabil tapi sekarang ni dia cuma ingat Zheriff je," kata Datin Sarimah, risau.
"Ya Allah, amnesia? Zheriff pergi sekarang!" Zheriff cepat-cepat bangun.
"Pergi sekarang, sebab Raudhah nak kerja." Datin menyuruh dengan tegas.
"Sayang, mommy pergi kerja dulu, ya? Nanti daddy datang." Raudhah mencium dahi Harraz sebelum bergegas keluar dari hospital.
"Nurse, saya tinggal Harraz dekat sini. Dia tengah tidur. Kalau ada apa-apa, call daddy, ni nombor daddy," Raudhah memberikan nombor telefon Zheriff.
"Baik, puan."
"Terima kasih."
Raudhah berjalan keluar dan bertemu Zheriff di depan pintu utama yang baru tiba.
"Raudhah, wad Harraz kat mana?" Zheriff bertanya dengan wajah serius.
"Ada mulut, kan? Tanya la nurse," jawab Raudhah dengan nada dingin.
"Sebab saya ada mulut lah saya tanya awak!" Zheriff membalas dengan suara keras.
"Naik ke ward paling hujung. Dah Saya nak balik, dah lambat," jawab Raudhah sambil berjalan cepat.
Zheriff menjerit, "Tu lah, semalam orang nak offer jaga Harraz, cakap tak payah. Sekarang kan siapa yang susah!"
Raudhah langsung tak peduli, terus berjalan keluar dari hospital.
"Sabar je lah dengan dia... menyemak betul," Raudhah berkata dalam hati.
"Harraz! Daddy datang!" Zheriff menyapa Harraz yang sedikit terjaga.
"Daddy," Harraz menjawab perlahan.
"Daddy beli mainan untuk Harraz. Nanti, bila Harraz sihat, kita main sama-sama, ya?" Zheriff mengusap rambut Harraz dan mencium dahinya dengan penuh kasih sayang.
Harraz tersenyum lebar, senang hati melihat daddynya menemani.
"Sayang, maafkan daddy, ya. Masa daddy marah Harraz dulu, daddy takde niat. Daddy kesian tengok Harraz macam ni sekarang. Daddy tahu, superhero daddy ni kuat kan?" Zheriff menahan sebak, air matanya hampir tumpah.
Harraz hanya tersenyum kecil, tangan dan kaki kirinya patah. Dia tak mampu bergerak, namun senyumannya cukup untuk menggambarkan kasih sayangnya.
"Harraz ingat tak? Harraz ada mommy."
Harraz termenung, cuba mengingati, namun akhirnya dia menggelengkan kepala.
"Harraz, mommy tu yang lahirkan Harraz. Kenapa Harraz tak ingat?" Zheriff cuba menjelaskan, matanya penuh harapan.
Harraz keliru, namun Zheriff tak putus asa. "Takpe, Harraz. Sebentar lagi kita mandi, makan dulu, daddy suap, ok?" Zheriff menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang.
Setelah Raudhah selesai bersiap, dia melangkah keluar dari rumah dan menuju ke pejabat, memulakan hari dengan langkah yang penuh semangat meskipun hatinya masih penuh dengan pelbagai perasaan.
"Assalamualaikum, bos," sapa Raudhah dengan nada ceria ketika memasuki pejabat.
"Waalaikummussalam. Ha, Raudhah. Kalau boleh saya tahu, kenapa awak tak masuk selepas rehat semalam? Saya faham itu hal peribadi awak, tapi awak kan masih budak baru, jadi saya rasa awak perlu maklumkan apa yang sebenarnya berlaku, terutama kalau ada perkara kecemasan," tanya Encik Dafi dengan serius, nada suaranya mengandungi sedikit kebimbangan.
Raudhah terdiam seketika, mengumpul kekuatan sebelum menjawab dengan jujur. "Ok fine... saya akan berterus terang. Semalam, mak saya tiba-tiba kena serangan asma, jadi saya terpaksa bawa dia ke hospital. Tapi hari ni dia dah ok, Alhamdulillah," jawabnya, tanpa ada niat untuk berbohong.
"Ah, itu saja? Kenapa tak bagitahu saya awal-awal? Kalau ada apa-apa yang saya boleh bantu, contohnya bawa mak awak ke hospital ke, atau apa-apa saja, jangan segan-segan," kata Encik Dafi dengan nada yang lebih lembut, seolah-olah ingin menawarkan bantuan.
Raudhah menggelengkan kepala, sedikit terkejut dengan reaksi Encik Dafi. "Eh, tak payah la, buat susah-susah," jawabnya dengan rasa malu, berasa tidak selesa dengan perhatian yang diberi.
"Apa yang susah? Ini semua untuk kebaikan awak, Raudhah. Kalau awak perlukan apa-apa bantuan, call je saya. Saya akan sentiasa ada untuk awak... eh, maksud saya, sebagai bos awak, saya akan sentiasa sedia membantu pekerja saya, terutama ketika mereka dalam kesusahan," kata Encik Dafi, wajahnya menunjukkan sikap yang lebih lembut, seakan ada perasaan yang lebih mendalam tersirat.
Raudhah hanya mengangguk, sedikit terharu dengan keprihatinan itu. "Yelah, terima kasih," jawabnya ringkas, lalu teruskan melaksanakan tugas harian dengan tumpuan penuh.
Jam menunjukkan pukul satu petang. Waktu rehat di butik Datin Sarimah dan di syarikat Encik Dafi.
"Sha, jom kita pergi tengok Harraz. Macam mana lah keadaan dia sekarang, kan? Zheriff cerita keadaan dia macam teruk je," kata Datin Sarimah dengan nada cemas, jelas kelihatan kekhuatirannya terhadap keadaan cucunya.
"Jom, butik ni suruh Luqman jaga, kau ok kan? Kalau nak ikut sekali, boleh je," kata Elysha sambil menyarung jaket, sedia untuk keluar.
"Pergilah, takpe Luqman jaga butik ni," kata Luqman sambil tersenyum, seolah-olah memberi kebenaran tanpa sebarang halangan.
"Sure, Luqman tak nak ikut sekali? Kalau macam tu, pastikan jaga butik elok-elok ya," pesan Datin Sarimah dengan penuh harapan, seperti memberi tugas berat kepada Luqman.
Dengan itu, Elysha dan Datin Sarimah menaiki kereta dan menuju ke hospital, hati mereka penuh dengan kerisauan mengenai keadaan Harraz.
Raudhah, yang turut merasa gelisah, juga berhasrat untuk pergi ke hospital untuk memeriksa keadaan Harraz. "Hm, dah pukul satu," bisiknya sambil memeriksa jam di tangannya. Tanpa membuang masa, dia mengemas meja dan bersiap-siap untuk berangkat. Dia ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana keadaan Harraz, tidak mahu terlepas peluang untuk memberi sokongan kepada anak kecil itu.
Dengan itu, Raudhah menuju ke hospital, tekad dalam hati untuk menenangkan diri dan memastikan semuanya baik-baik saja.
Sesampainya Elysha dan Datin Sarimah di hospital, mereka segera menuju ke wad Harraz, yang telah dimaklumkan oleh Zheriff.
"Zheriff... Zheriff, mama ni," panggil Datin Sarimah perlahan sambil melihat Zheriff yang sedang tidur.
"Ehm... ma, tertidur tadi," jawab Zheriff sambil menggosok-gosok matanya, kemudian menyalam Datin Sarimah.
"Ya Allah, kesiannya mama tengok Harraz... Mama terlupa nak beli apa-apa tadi," kata Datin Sarimah, matanya sayu memandang Harraz yang terlantar di katil. Dengan lembut, dia mengusap kepala Harraz, cuba memberi sedikit keselesaan.
"Harraz, ni nenek Harraz, ingat tak?" tanya Zheriff dengan lembut, cuba menarik perhatian Harraz.
Harraz hanya menggelengkan kepala, wajahnya kelihatan bingung.
"Aunty Sha? Ingat tak?" tanya Zheriff lagi, menambahkan harapan agar Harraz mengingati seseorang.
Harraz sekali lagi mengangguk sekejap, namun wajahnya masih kelihatan keliru.
"Dia tak berapa ingat sangat orang-orang terdekat dia... tapi Zheriff pelik, kenapa dia hanya ingat saya seorang saja?" Zheriff mengeluh sambil kelihatan bingung dan tidak faham dengan keadaan itu.
Tiba-tiba, Raudhah muncul dan menyelak langsir.
"Assalamualaikum, aunty. Dah lama ke sampai?" tanya Raudhah sambil tersenyum, melihat ke arah Datin Sarimah.
"Waalaikummussalam, baru je sampai dengan Sha tadi ni," jawab Datin Sarimah, balas senyumannya.
"Harraz, mommy dah datang. Salam," kata Zheriff
Raudhah mendekati Harraz. Harraz menghulurkan tangan, namun wajahnya kelihatan bingung apabila Zheriff menyebut perkataan 'mommy'.
"Zheriff, awak dah suap dia makan belum?" tanya Raudhah, prihatin.
"Belum lagi, ingat baru nak suap la ni," jawab Zheriff dengan nada santai.
"Takpelah, biar saya yang suap dia," kata Raudhah sambil mengambil bubur yang ada di atas meja. Dia duduk di sebelah Harraz, ingin menyuapnya.
"Sayang, kita makan okey?" kata Raudhah dengan lembut, tetapi sebelum sempat dia menyuapkan bubur itu, Harraz menolaknya dengan kasar.
"No! Nak daddy! Daddy! Daddy!" Harraz menjerit, menjeling Raudhah dengan wajah yang penuh penolakan.
Raudhah terkejut. "Kenapa no?" tanya Raudhah dengan nada yang penuh persoalan, terkejut dengan reaksi Harraz.
"Nak daddy! Daddy! Daddy!" Harraz terus menjerit, matanya penuh dengan kehendak.
Muka Raudhah berubah, jelas kelihatan ada kesedihan yang mendalam di sebalik pandangan tajamnya. Dia memandang Zheriff seketika sebelum berkata, "Eh, kenapa awak muncul dalam hidup saya balik eh?" Dia menambah dengan suara yang semakin mendatar, kemudian bangun dan keluar dari wad, mencari ketenangan.
Elysha, yang sedari tadi memerhati, segera mengikuti Raudhah dari belakang, bimbang dengan keadaan sahabatnya.
Raudhah, yang berjalan dengan laju, tidak dapat menahan air matanya yang semakin laju mengalir. Tangisannya semakin kuat, penuh dengan kesakitan yang terpendam, dan dia terserempak dengan Encik Dafi di lorong hospital.
Elysha yang melihat kejadian itu dari jauh, tidak dapat menahan perasaan peliknya. Dia menyaksikan bagaimana Encik Dafi menghulurkan tisu kepada Raudhah yang masih menangis.
"Mak ai! Mamat mana pulak yang pergi bagi tisu dekat Raudhah tu? Nampak gaya macam suka je dekat Raudhah tu... Hei, tak boleh jadi ni. Lepas Hareeq, Melissa, lepas Melissa entah mamat mana pula ni..." bisik Elysha dalam hati sambil mengintai mereka dari jauh, rasa cemburu dan tidak puas hati mula membuak di dalam dirinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro