BAB 24 💫
"Adakah Encik berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan ini?" tanya Doktor Farhan dengan nada penuh profesional.
"Ya, saya berpuas hati, Doktor. Terima kasih," jawab Zheriff dengan tenang, meskipun hati penuh dengan pelbagai perasaan yang tidak terungkap.
Namun, sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu, penyesalan yang mendalam tiba-tiba menyelubungi dirinya.
"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni! Kenapa selama ini aku tak pernah nak percayakan sesiapa? Kenapa aku ego? Kenapa baru sekarang aku sedar?" Zheriff merintih dengan penuh kesedihan, air mata berlinangan. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, Zheriff terus pergi melutut di hadapan Raudhah yang sedang duduk di atas kerusi hospital, kelihatan lemah akibat kepenatan.
Raudhah hanya menundukkan kepala, memegang dahi yang berdenyut akibat terlalu banyak perkara yang berlegar di fikirannya.
"Raudhah, saya silap. Maafkan saya, Raudhah. Tolonglah, maafkan saya. Saya tak sepatutnya buat macam tu. Saya ego! Saya dah buat banyak kesalahan," Zheriff merintih, masih tidak mampu mengawal air matanya.
"Awak tau tak? Empat tahun Zheriff! Empat tahun! Saya tunggu awak saya berdoa supaya awak terima Harrqaz, and now? Baru sekarang awak nak percaya, yang Harraz itu anak awak? Baru sekarang awak nak menyesal? Eh, dah lah Zheriff dah terlambat! Tak payah lah nak buang masa awak kat sini, dengan nak melutut bagai, semakin sakit kepala saya bila awak dekat sini tau tak!" Raudhah bersuara dengan nada yang penuh keperihan, masih menahan sakit juga kecewa.
"Raudhah tolong, maafkan saya. Saya bodoh! Saya ingatkan awak dah gugur, saya fikir Harraz tu anak awak dengan, orang lain! Ampunkan saya, Raudhah," Zheriff berkata dalam nada penuh penyesalan, masih melutut dengan wajah penuh air mata.
"Sudah lah, Zheriff! Pergi lah, awak nak melutut pun, dah tak guna. Harraz sekarang ni, kaki dan tangan dia dah patah. Keadaan dia teruk sekarang ni! Awak tahu tak? Nasib baik dia tak mati. Kalau dia mati, saya tak tahu nak cakap apa." Raudhah berkata, wajahnya dipenuhi dengan kekecewaan yang mendalam.
Zheriff terus menangis, tak mampu menahan rasa bersalah yang membebani dada. Hatinya semakin sakit dengan setiap kata yang keluar dari mulut Raudhah.
"Dah lah Zheriff keputusan DNA dah keluar kan, awak nak apa lagi? Awak dah janji kan lepas je keputusan tu keluar awak nak lepaskan saya?"
"Mintak maaf nak tanya ni puan Raudhah ke?"Tanya nurse tadi.
"Ya saya kenapa nurse?"
"Puan, kami dah bawa Harraz ke ward selepas kami balut kepala dia dan simen kan tangan dan kaki dia, tapi dia masih belum sedarkan diri mintak maaf lah sebab kami terus masukkan dia ke ward,sebab kami tengok dia kesian sangat tadi, lepastu bilik kecemasan pun penuh tadi kami pun tak tergamak lah nak tinggal dia dekat situ atleast kalau kami hantarkan dekat ward nurse dekat sana boleh pantau dia."
"Ye lah takpe terima kasih."
"Puan boleh pergi ke kaunter pendaftaran untuk daftar nama dia ke ward."
"Ha ye lah terima kasih."
Raudhah menghiraukan Zheriff dan berjalan pergi, menuju ke kaunter pendaftaran. Zheriff juga beredar dari situ dan bertekad untuk membeli mainan buat Harraz sebagai tanda penyesalan.
Sebelum itu, Zheriff singgah seketika di rumah Datin Sarimah.
"Ha, Zheriff, macam mana keputusan DNA tu? Dah dapat?" tanya Datin Sarimah dengan penuh harapan.
"Mama, nak tahu tak, kaki dan tangan Harraz patah," jawab Zheriff dengan suara yang berat, penuh kesedihan.
"Astaghfirullahalazim, Zheriff. Macam mana boleh jadi sampai macam tu?" tanya Datin Sarimah, terkejut dan risau.
"Ada kereta yang cuba langgar Raudhah, tapi Harraz tolak dia ke tepi, dan dia lah yang kena langgar. Zheriff nampak dari jauh, tapi Zheriff tak buat apa-apa. Kenapa Zheriff ni jahat sangat? Kenapa hati Zheriff ni keras sangat sampai tak pedulikan perkara itu walaupun benda tu berlaku depan mata Zheriff? Zheriff masuk hospital sebab nak tahu keputusan DNA tu je," Zheriff meluahkan kesal yang tiada penghujungnya, air matanya mengalir deras.
"Keputusan DNA tu macam mana?" tanya Datin Sarimah, menanti kepastian.
"Memang betul, ma. Harraz itu anak Zheriff," jawab Zheriff dengan perlahan, sambil menghulurkan dokumen yang mengandungi keputusan itu kepada mamanya.
"Terbukti, Zheriff. Mama dah cakap dah, Harraz tu memang anak Zheriff. Kenapa Zheriff tak nak percaya sebelum ni? Zheriff tu ego sangat! Lepas ni Jangan buat macam tu lagi. Lain kali, buang ego tu," kata Datin Sarimah dengan lembut, namun ada ketegasan dalam suaranya. "Dari muka dia pun dah jelas, sebijik macam Zheriff."
"Ya, ma. Zheriff tahu. Zheriff silap. Zheriff ego. Zheriff jahat. Zheriff yang salah. Zheriff menyesal sangat, ma," Zheriff berkata dengan penuh keinsafan, jujur mengakui kesilapan dirinya.
"Dah lah, Zheriff. Jangan buat perangai macam ni lagi. Matangkan fikiran. Harraz dah terbukti anak Zheriff. Tanggungjawab Zheriff sekarang adalah menjaga dia, mendidik dia jadi orang yang soleh. Jangan mudah sangat percayakan perkara yang belum tentu betul. Tapi Raudhah, macam mana? Boleh ke dia nak maafkan Zheriff?"
"Hmm, yang tu Zheriff tak tahu, ma. Zheriff akan cuba sebaik mungkin untuk tebus balik semua kesalahan yang Zheriff dah buat. Takpe, Zheriff akan cuba sedaya upaya untuk merebut kembali hati dia," jawab Zheriff dengan tekad.
"Elleh, nak curi hati dia konon. Hati-hati engkau abang, jangan sampai orang lain pulak yang curi hati dia. Ha... Masa tu baru padan muka kau, menyesal pun tak guna," ujar Elysha, yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan nada sinis.
"Eh, siapa berani nak curi hati Raudhah? Dia masih isteri aku yang sah, tau! Orang lain takde hak nak rampas dia daripada aku, lagipun dia nak lari ke mana?" jawab Zheriff dengan nada tegas.
"Orang kalau nak rampas, tak kenal hubungan. Kalau namanya Raudhah kau nak pujuk, bawak-bawaklah bersabar. Kalau hati Si Raudhah tu dah keras, takde orang yang boleh lembutkan. Aku sebagai adik kau, boleh doakan yang baik-baik je lah untuk korang. Tapi aku geram jugak dekat kau, tapi nak buat macam mana kan? Benda dah jadi, kalau aku membebel pun tak guna jugak buat bazir air liur aku je!" Elysha membebel.
"Ya, aku tahu. Takpe, kalau kau tak tolong aku pun. Aku yang buat, aku lah yang tanggung. Tapi memang aku nak tebus balik semua kesilapan aku," jawab Zheriff, jujur mengakui kesalahan.
"Hah, baru kau pandai nak menyesal. Dulu aku nasihat kau panjang lebar, kau tak dengar kan? Sekarang baru kau nak sedar. Anak kau tu dah lima tahun, Zheriff lima tahun. Lima tahun tu bukan masa yang singkat, lepastu ha... Pandai-pandai lah engkau pujuk dia balik. Aku tak nak masuk campur," kata Luqman, yang baru turun dari tingkat atas.
"Ya, Luq. Aku akan buktikan dekat semua orang yang aku akan menang hati Raudhah balik, walau apa pun yang terjadi. Itu janji aku."
"Zheriff, kalau nak pujuk dia balik, jangan mendesak tau. Zheriff kena banyak bersabar. Pujuk dia dengan cara yang lembut dan romantik, baru dia terbuka hati untuk maafkan Zheriff," nasihat Datin Sarimah.
"Ya, ma. Zheriff menyesal sangat dengan apa yang Zheriff dah buat. Zheriff harap hati Raudhah terbuka untuk maafkan Zheriff. Bukan hati dia je, hati Harraz pun. Zheriff takut dia trauma dengan Zheriff waktu Zheriff tengking dia dulu."
"Itu lah, budak tu tak sengaja pun jatuhkan barang. Yang kau marah-marah macam Hulk, kesian kat dia kau tau tak?" Elysha menambah.
"Ya, Sha. Marah lah sepuas hati kau. Aku sanggup dengar walaupun menyakitkan hati aku. Sesakit mana pun hati aku, aku tahu sakit lagi hati Raudhah."
"Takpe, Zheriff. Kalau Zheriff dah sedar, bagus lah. Mama tak bencikan Zheriff pun, sebab Zheriff anak mama. Mama tahu, semua orang pernah buat salah, termasuklah mama. Tapi mama nak Zheriff ubah sikap. Tunjukkan kepada Raudhah yang Zheriff dah berubah dan betul-betul sayangkan dia dan Harraz. Buktikan kepada dia."
"Ya, ma. Terima kasih sebab selalu sokong Zheriff. Walaupun Zheriff ni jahat, mama tak pernah bencikan Zheriff."
"Zheriff, ibu mana yang bencikan anak dia? Sejahat mana pun anak tu, seorang ibu takkan pernah bencikan anaknya. Seorang anak tu perlu dididik, bukan dibenci. Sama juga macam Harraz, Zheriff perlu didik dia, bukan benci dia."
"Ya, ma. Zheriff bertuah sangat dapat mama macam mama. Ni, Zheriff sayang sangat dekat mama. Ni, ma, Zheriff nak pergi hospital balik. Zheriff rasa menyesal sangat, Zheriff nak bagi Harraz mainan bila dia sedar nanti. Apa-apa nanti Zheriff call mama."
"Ha, ye lah, hati-hati. Kirim salam dekat Raudhah. Kalau muka Zheriff pun dia tak nak tengok, jangan merayu. Dia tak suka. Kalau dia cakap tak suka, Zheriff kena sabar, jangan paksa dia."
"Ok, ma. Zheriff pergi dulu," kata Zheriff sambil menyalam Datin Sarimah, lalu bergegas pergi ke kedai mainan.
Dia memilih beberapa mainan yang sesuai untuk Harraz. Sesekali, senyuman kecil terukir apabila terbayang wajah anaknya. Setelah selesai memilih, dia melangkah ke kaunter.
"Ni saya nak bayar. Berapa semuanya?" Zheriff bertanya sambil mengeluarkan kad banknya.
"Semuanya dua ratus sembilan puluh ringgit," jawab pekerja dengan sopan.
"Boleh guna diskaun ahli?"
Pekerja itu tersenyum. "Ha-ha, boleh. Sekejap ya." Dia menghulurkan barang yang telah dibungkus dengan kemas.
"Ok, terima kasih," Zheriff mengangguk kecil sebelum melangkah keluar dari kedai mainan di pusat membeli-belah itu.
Namun, baru sahaja dia menapak keluar, langkahnya terhenti. Dia terserempak dengan Melissa yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu kedai.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro