BAB 23 💫
"Hm, cakaplah. Apa yang awak nak cakap?" soal Raudhah sambil memeluk tubuh, matanya tajam menikam pandangan Zheriff. Hatinya masih terluka, luka yang Zheriff sendiri tidak tahu bagaimana untuk sembuhkan.
"Boleh tak... saya nak buat ujian DNA dengan Harraz?" Zheriff akhirnya bersuara, nada suaranya jelas teragak-agak, seolah-olah tahu permintaan itu bakal mencetuskan kemarahan Raudhah.
Raudhah tersenyum sinis. Senyuman yang tidak membawa erti gembira, tetapi penuh dengan rasa sinikal. "Awak nak buat ujian DNA tu buat apa? Lagipun, bukannya awak percaya pun kalau Harraz tu anak awak."
"Please, Raudhah. Ini pun permintaan mama. Dia ugut saya. Kalau saya tak buat ujian tu, dia takkan serahkan syarikat papa pada saya," jawab Zheriff, kali ini dengan nada sedikit mendesak.
Raudhah tertawa kecil, penuh dengan rasa sindiran. "Oh, jadi sekarang awak nak buat ujian DNA ni sebab mama, ya? Bukan sebab awak nak tahu kebenaran pun."
Zheriff terdiam seketika sebelum menjawab dengan nada tegas. "Ya lah!"
Raudhah memandangnya lama, mencari kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu. Namun, dia hanya mendapati wajah yang cuba melarikan pandangan daripadanya. "Hmm, ikut suka awak lah. Kalau macam tu, petang ni pukul tiga kita jumpa di hospital. Nanti saya call hospital dulu untuk buat temujanji." Dia berhenti seketika, sebelum menyambung dengan tegas, "Tapi saya ada syarat."
"Syarat apa?" Zheriff mula gelisah, tidak senang hati dengan nada suara Raudhah yang semakin dingin.
"Saya nak awak janji, bila keputusan ujian DNA tu keluar, awak akan lepaskan saya. Jangan ganggu hidup saya lagi. Sampai bila-bila." Suaranya tidak meninggi, tetapi cukup tajam untuk menembusi hati Zheriff yang sudah sedia terganggu.
"Ha... ya, ya. Saya janji," balas Zheriff, tetapi nada suaranya penuh dengan keterpaksaan. Dia masih tidak berani memandang mata Raudhah, takut akan kemarahan yang bakal menyusul.
Dari jauh, Elysha, yang mendengar sebahagian perbualan mereka, mula bersuara kepada ibunya. "Ma, diorang sembang apa tu? Mesti mama ada cakap something dengan Zheriff, kan?"
Datin Sarimah tersenyum kecil. "Ada lah. Kamu ni jangan nak sibuk-sibuk. Nanti kamu tahu juga."
Di Tadika Harraz
"Mommy!" Harraz memanggil ibunya dengan penuh semangat apabila melihat Zheriff di samping Raudhah.
"Ya, sayang. Kenapa?" jawab Raudhah lembut, suaranya menenangkan.
"Nak salam daddy!" Harraz berkata sambil tersenyum kecil.
Raudhah mengangguk. "Hm, salam lah."
Dengan penuh rasa gembira, Harraz melangkah ke arah Zheriff dan menghulurkan tangan kecilnya. Namun, Zheriff hanya menyambut salam itu dengan acuh tak acuh, tanpa memandang wajah Harraz.
Wajah Harraz berubah muram. Walaupun masih kecil, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam hubungan mereka.
Seminggu berlalu. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Raudhah-hari pertamanya memulakan kerjaya baru.
"Harraz, pakai kasut cepat. Kita dah lambat ni," kata Raudhah sambil memasukkan beg Harraz ke dalam kereta.
Harraz mula merungut. "Hmm... Harraz tak nak pergi sekolah. Harraz nak daddy..."
Raudhah menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya. Dia tahu Harraz masih kecil untuk memahami keadaan sebenar. "Sayang, kita pergi sekolah dulu, ya? Tengah hari nanti mommy datang ambil Harraz, lepas tu kita pergi jumpa daddy. Okay?" Dia membetulkan kasut Harraz sebelum membawanya ke dalam kereta.
Sewaktu dalam perjalanan, telefon Raudhah berdering.
"Puan, keputusan ujian DNA yang puan minta sudah siap. Puan boleh ambil hari ini," kata suara dari pihak hospital.
"Oh, dah siap? Bila saya boleh ambil?" tanya Raudhah.
"Bila-bila saja, puan. Kami sudah sediakan dokumen itu."
"Baiklah. Saya akan datang sekitar pukul satu atau dua petang nanti," jawab Raudhah sebelum menamatkan panggilan.
Setibanya di tadika, Raudhah memeluk Harraz dengan erat. "Harraz, jangan nakal, ya? Tengah hari nanti mommy datang ambil."
Harraz mengangguk kecil, tetapi wajahnya kelihatan muram.
"Mommy!" panggil Harraz sambil cuba mengejar Raudhah yang berjalan ke kereta.
Cikgunya segera menahan Harraz. "Harraz, tak nak nangis. Jom kita masuk. Tengah hari nanti mommy datang ambil," pujuk cikgu itu. Akhirnya, Harraz berhenti menangis, walaupun wajahnya masih menunjukkan rasa sedih.
Di Tempat Kerja
Setibanya di pejabat, Raudhah terus menuju ke lif untuk naik ke tingkat lima.
"Bos."
"Ha, ni mesti Raudhah, kan? Akhirnya sampai juga. Cantik awak ni. Nanti Zura tunjukkan tempat kerja awak," kata Encik Dafi sambil menatap Raudhah dari atas ke bawah.
"Bos, kenapa pandang saya macam tu? Saya ni biasa-biasa je. Tak ada lah cantik mana," balas Raudhah dengan senyuman kecil.
"Eh, cantiklah! Kalau rupa macam awak ni tak kahwin lagi, pelik lah!" ujar Encik Dafi berseloroh.
"Em... saya belum ada jodoh, kot."
Di sudut lain, Zura dan Hana, dua pembantu Encik Dafi, mengintip perbualan mereka.
"Weh, lain macam bos kita ni. Dengan kita, tak ada pun sembang macam tu. Dengan budak baru ni, kemain lagi," kata Zura.
"Itulah. Mesti ada something ni," balas Hana.
Masa berlalu dengan pantas. Jam menunjukkan pukul satu petang, waktu rehat.
"Raudhah, kau sibuk tak? Kalau tak, jom makan dengan kami," ajak Zura.
"Eh, takpelah. Aku ada hal sikit tengah hari ni. Korang pergi lah makan. Terima kasih sebab ajak, ya," balas Raudhah sopan.
Sambil melihat rakan-rakannya pergi makan, Raudhah mula bersiap untuk ke hospital. Fikirannya mula dibanjiri pelbagai persoalan.
Raudhah menjemput Harraz di tadika
"Sayang!"
"Mommy!" Harraz berlari mendapatkan Raudhah dan memeluk erat tubuh ibunya, seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.
"Terima kasih ya, cikgu. Saya pergi dulu."
"Sama-sama. Hati-hati di jalan, ya."
Dalam perjalanan pulang, Raudhah termenung memikirkan ujian DNA yang sudah dijalankan. "Nak buat ujian DNA tu, malas lah nak telefon Zheriff. Call mama je lah." Dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Datin Sarimah.
"Hello, assalamualaikum, ma. Raudhah sekarang ni dalam perjalanan ke hospital. Nak ambil keputusan ujian DNA tu. Mama boleh tolong bagitahu Zheriff, suruh dia datang sekali?"
"Waalaikumussalam, Raudhah. Ha, baiklah. Mama bagitahu dia kejap lagi. Kamu hati-hati ya, sayang."
Datin Sarimah yang prihatin segera memanggil Zheriff yang sedang berehat di biliknya.
"Zheriff! Raudhah telefon mama tadi. Dia kata keputusan ujian DNA dah keluar. Dia tengah on the way ke hospital. Kamu pergi sekarang, ambil keputusan tu."
"Ish, kena ke, ma? Tak boleh tunggu nanti?"
"Kena lah! Kalau bukan kamu yang ambil, siapa lagi? Habis tu nak biar keputusan tu tersimpan macam barang pameran ke? Sudah, pergi sekarang. Jangan banyak alasan!"
"Baiklah, ma. Saya pergi sekarang."
"Macam tak ikhlas je bunyinya tu. Cuba ikhlas sikit."
"Ikhlas la ni, ma. Dah nak pergi ni pun kira bagus dah."
Datin Sarimah menggeleng kepala sambil berkata, "Bertuah punya anak. Macam-macam perangai."
Di hospital
Sementara itu, Raudhah dan Harraz tiba di hospital. Sewaktu mereka hendak melangkah masuk, Melissa yang sudah lama memerhati dari jauh mula menjalankan niat jahatnya. Dia menekan minyak dengan laju, cuba melanggar Raudhah.
"Mommy! Kereta!" jerit Harraz sebelum menolak Raudhah ke tepi. Tubuh kecil Harraz menjadi mangsa rempuhan kereta Melissa.
"Harraz! Tolong! Tolong!" jerit Raudhah dengan tangisan dan panik yang tidak dapat dikawal.
Seorang jururawat yang kebetulan berada di luar hospital segera berlari mendapatkan Harraz. Tanpa berlengah, dia membawa Harraz ke bilik kecemasan.
Dalam masa yang sama, Zheriff yang baru tiba di hospital melihat insiden itu dari jauh. Namun, egonya menguasai diri. Dia memalingkan muka dan terus menuju ke kaunter untuk mengambil keputusan DNA.
"Puan, saya perlukan kad pengenalan puan dan anak puan," kata seorang jururawat kepada Raudhah yang berlari ke dalam hospital dengan air mata bercucuran.
Raudhah segera menyerahkan dokumen yang diminta.
"Puan, harap bersabar. Anak puan kini berada dalam keadaan kritikal. Kami sedang lakukan yang terbaik."
"Terima kasih, ya. Saya nak ke bahagian pengambilan keputusan DNA sebentar. Kalau ada apa-apa, tolong maklumkan kepada saya."
Raudhah duduk di ruang menunggu sambil memegang kepalanya. Fikirannya penuh dengan kebimbangan tentang keadaan Harraz dan kemarahan terhadap Melissa yang sengaja melanggarnya.
"Raudhah, saya masuk dulu, ya," kata Zheriff yang sudah menunggu di situ.
"Hmm," balas Raudhah acuh tak acuh tanpa mengangkat wajah.
Zheriff melangkah masuk ke bilik doktor untuk mengambil keputusan DNA.
"Encik Zheriff Aryaen, ya? Ini keputusan ujian DNA encik," kata doktor sambil menyerahkan dokumen itu.
Zheriff membaca keputusan tersebut dengan penuh debaran. Matanya tertumpu pada peratusan yang tertera - 99.9%. Itu bukti kukuh bahawa Harraz adalah anak kandungnya. Hatinya bagai dihentak dengan beban rasa bersalah yang tidak terkira.
"Encik Zheriff, adakah encik berpuas hati dengan keputusan ini?" soal doktor apabila melihat Zheriff terdiam lama.
"Ya... Ya... Saya berpuas hati Terima kasih, doktor."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro