BAB 2 💫
"Bang, dah lama kan kita tak tengok Si Zheriff dengan Si Sha dekat universiti tu? Apa agaknya yang diaorang tengah buat sekarang, kan?" Datin melontarkan soalan dengan nada separuh bergurau, sambil memandang tepat ke arah Dato' Zayn yang sedang duduk santai di sofa.
Dato' Zayn menghela nafas pendek, tangannya tetap memegang telefon yang sejak tadi tak dilepaskan. "Hmh, biarlah diaorang kat sana. Masing-masing dah besar, Cik Mah oi. Pandailah diaorang jaga diri tu," jawabnya tanpa sedikit pun mengangkat pandangan dari skrin.
Datin Sarimah tersenyum kecil, tetapi ada sedikit kekosongan dalam matanya. "Yelah, bang... yang sorang tu duduk dekat UK, yang dua orang lagi tu sibuk belajar dekat universiti. Sunyi tau rumah ni... Kadang-kadang, bila rindukan anak-anak, rasa macam nak terbang je pergi cari diaorang." Suaranya semakin perlahan, tetapi cukup untuk menggambarkan kerinduan seorang ibu yang sukar diluahkan.
Dato' Zayn berhenti seketika, menurunkan telefon ke pangkuan. Dia merenung wajah isterinya yang sedang termenung jauh. "Esok-esok nanti kita pergi tengoklah. Anak-anak kita tu tak lari ke mana pun diaorang tu. Masih dalam jagaan Tuhan, Mah," katanya, cuba memujuk dengan nada lembut tetapi tetap tegas.
Datin memandang suaminya, matanya sedikit berkaca tetapi senyuman tetap terukir. "Hmm, ye lah... Saya faham... Tapi, bang, perasaan seorang ibu ni memang lain. Kadang-kadang, bila duduk seorang diri, terus teringat macam-macam kenangan masa diaorang kecil dulu." Dia ketawa kecil, cuba menyembunyikan rasa hati yang semakin sarat.
Dato' Zayn tersenyum kecil, tetapi kembali memandang telefonnya. "InshaAllah, Mah. Nanti-nanti, kita pergilah jenguk diaorang. Buat masa sekarang, kita doa je yang baik-baik untuk diaorang ya?"
Datin mengangguk perlahan, lau berdiri."Ye lah, ni, bang. Saya nak ke butik sekejap. Nak tengok baju-baju baru sampai tu. Mana tahu, ada yang sesuai untuk saya dan untuk awak juga," katanya, cuba mengubah suasana.
Dato' Zayn mengangkat tangan, mengisyaratkan tanda setuju. "Pergilah, Mah oi..."
"Sha, kau rasa ok tak kalau aku terima Zheriff tu? Sebab aku rasa dia taklah seburuk yang kau cerita selama ni. Lagipun, kawan baik dia, Luqman, pun nampak baik perangainya. Hari tu dia tolong kau, kan? Handsome pun handsome jugak. Kau rasa diaorang tu ok ke?" tanya Raudhah, suaranya sedikit berhati-hati sambil memerhati wajah Elysha.
Elysha mengerutkan dahi sambil berfikir. "Hmmmm..." Dia menatap Raudhah seketika. "Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bagi aku, abang aku tu memang... tak baik. Aku kenal dia, aku tahu perangai dia macam mana. Tapi kalau pasal Luqman tu, hmm, ok lah. Handsome jugak, aku tak nafikan. Lagipun, dia yang tolong aku hari tu. Kau tahu tak, aku acah je benci kat dia, tapi sebenarnya... tak pun." Elysha menjeling Raudhah, matanya penuh makna. "Takkan lah aku nak benci lelaki sehandsome dia tu?"
Raudhah ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. "Kau ni memang, Elysha. Orang dah buat baik, kau masih nak cari salah dia. Tapi nampak sangat kau suka kat dia, kan?" sindir Raudhah sambil menyakat.
"Ishhh, kau ni! SHUT! Jangan bagitahu dia lah! Kalau dia tahu aku suka, habis aku!" Elysha cuba menutup wajahnya yang sudah mula kemerahan.
"Haha, eleh, kau ni. Dah suka tu, mengaku je lah. Buat apa nak malu? Ini bukan zaman sekolah lagi tau," jawab Raudhah sambil terus menyakat, senyumnya melebar.
"Diamlah, kau!" Elysha meninggikan suara, tetapi jelas rasa malunya tidak dapat disembunyikan.
"Kau ni memang dari dulu perangai tak pernah berubah. Macam budak-budak," tambah Raudhah, sambil ketawa kecil melihat telatah Elysha yang masih tersipu-sipu malu.
Namun, suasana tiba-tiba bertukar apabila Zheriff muncul di hadapan mereka tanpa diduga.
"Hai, buat apa tu? Saya baru je habis kelas. Jom lepak sama. Raudhah, kalau tak ada apa-apa, nak lepak kat library kejap? Oh, ya. Satu lagi. Cuti semester dah nak dekat, kan? Luqman ada cakap nak ajak kita pergi mall. Dia nak belanja makan sempena hari jadi dia nanti. Tapi..." Zheriff berhenti sejenak, wajahnya berubah sayu. "Dia ada pesan, minggu ni dia tak dapat nak lepak dengan kita sebab mak dia baru je meninggal pagi tadi. Serangan jantung. Kesian dia. Mak dia satu-satunya keluarga dia. Sekarang dia dah tak ada sesiapa lagi. Dia nampak macam sangat down tadi."
"Innalillahwainnailaihirojiun..." Raudhah dan Elysha serentak bersuara, wajah mereka penuh dengan simpati.
"Ya Allah, kesian dia," kata Elysha perlahan. "Semoga dia diberi kekuatan. Berat ujian dia sekarang..."
Raudhah mengangguk sambil merenung jauh. "Kita kena ada untuk dia, Zheriff. Dia perlukan sokongan kita sekarang. Kesian dia."
Zheriff mengangguk kecil, suaranya penuh dengan empati. "Saya rasa dia akan lebih kuat kalau dia tahu ada orang yang masih peduli. Kita tolong dia semampu kita, ya?"
Raudhah dan Elysha saling berpandangan sebelum mengangguk. Masing-masing berazam untuk menjadi sahabat yang lebih baik buat Luqman, terutama ketika dia menghadapi kehilangan sebesar itu.
Dua minggu kemudian, Luqman kembali dengan semangat baru, dikelilingi oleh rakan-rakan setia yang tak pernah meninggalkannya. Senyuman yang terukir di wajahnya menyembunyikan kegetiran luka lama, namun hanya dia yang tahu betapa peritnya bangkit dari kehilangan insan tersayang.
"Ok, korang dah sampai! Haa, ni mall terbesar dekat KL. Macam-macam ada kat dalam ni. Memang best, confirm korang suka. Jom kita turun," kata Luqman dengan penuh bersemangat, membuka pintu keretanya.
"Zheriff, kalau awak nak tahu, ni kali pertama saya datang ke sini. Saya jarang sangat pergi mall besar macam ni," ujar Raudhah sambil berjalan di sisi Zheriff. Namun, langkah mereka terhenti seketika apabila sebuah kereta hampir melanggar mereka.
"RAUDHAH! HEI, TU KERETA!" jerit Zheriff, pantas menarik Raudhah ke tepi.
Kereta itu berhenti mengejut, menyebabkan bunyi brek yang kuat bergema. Pemandu kereta, kelihatan kepalanya terhantuk pada stereng, keluar dengan wajah berkerut menahan sakit. Dia melangkah ke arah mereka lalu mengetap gigi.
"WOI! Korang ni ada mata ke tak? Tak nampak kereta tengah jalan? Buta ke? Eh..." Dia berhenti seketika, menatap wajah Raudhah. "Raudhah? Betul ke ni? Maaflah, abang tak perasan tadi. Tapi lain kali hati-hati sikit. Dan kau, bro," dia mengalihkan pandangannya kepada Zheriff. "Kalau nak bawak perempuan keluar, jaga elok-elok la. Ni sampai tak tengok ada kereta ke tak. Mata letak kat lutut ke?" bentaknya sinis.
Zheriff membalas dengan tenang namun tegas. "Kami nampak je kereta tu sebelum lintas. Yang kau tu, dari jauh tiba-tiba pecut apahal? Gila ke? Lepas tu nak salahkan kami pula? Dah, tak payah panjang cerita." Dia menghulurkan wang seratus ringgit kepada lelaki itu. "Ni, ambil buat ubat kepala kau tu. Kira selesai." Tanpa menunggu jawapan, dia menarik tangan Raudhah, melangkah masuk ke dalam mall.
"Eh, Zheriff, kenapa awak bagi duit tu? Awak tahu tak, dia tu suka sangat guna duit untuk benda tak berfaedah. Saya kenal dia," kata Raudhah dengan nada tidak berpuas hati.
"Biar je lah, Raudhah. Seratus je pun. Lagipun, saya tengok dia tu macam psycho je... tapi macam ada hati dengan awak." Zheriff memandangnya sambil tersenyum sinis. "Nama dia apa eh?"
"Hareeq... Hareeq Bin Abdullah rasanya," jawab Raudhah perlahan.
"Kenapa dia 'bin' kan Abdullah?" tanya Zheriff, kelihatan pelik.
"Hmm... Panjang cerita pasal Si Hareeq ni. Lain kali saya cerita, ya. Eh, mana Elysha dengan Luqman? Dari tadi tak nampak batang hidung," kata Raudhah, mengalih topik.
Tiba-tiba Elysha muncul sambil memegang perutnya. "Aduhh... sakit perut lah wehh! Masa kau tengah gaduh tadi, aku dah ke toilet. Tapi sakit lagi. Aku pergi tandas lagi lah."
Raudhah menjeling, sambil berkata, "Kau ni asyik sakit perut memanjang. Pergi sana sakit, pergi sini sakit. Tak payah ada perut lah kau ni!"
Elysha menjawab sambil menahan sakit, "Eh, dah lah! Aku pergi dulu, kau lepak je sini." Dia berlari meninggalkan mereka.
Beberapa tahun kemudian
"Majlis konvokesyen aku dengan Zheriff nak dekat dah, lepas ni tinggal korang dua je lah Luq, Sha. Dua tahun lagi korang pulak konvo Aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila," kata Raudhah dengan penuh harapan.
"Aamiin, insyaAllah," jawab mereka serentak.
Elysha ketawa sambil memandang Luqman. "Aku mula kenal kau masa kau bawa aku pergi bilik rawatan. Lepas tu, aku asyik marah-marah kau. Tapi sekarang rapat dah kita... Baik juga kau ni,"
"Haha, dulu kau panggil aku mamat jambang. Sekarang dah tak berjambang, makin handsome, kan?" balas Luqman sambil tersenyum.
"Eh, eh, guys, tu bukan Si Hareeq ke? Apa dia buat kat sini?" Elysha menunjuk ke arah seorang lelaki di kejauhan.
"Dia memang suka stalk orang. Biarkan je dia. Jangan layan," kata Raudhah dengan nada dingin.
"Macam dugong menyandar kat tiang," Luqman menyindir sambil ketawa.
"Aii... kau ni makin gangster. Dah terikut Elysha ke?" tanya Zheriff, menepuk belakangnya.
Mereka ketawa bersama, tetapi di kejauhan, Hareeq masih memerhati mereka dengan senyuman sinis, penuh misteri.
2 tahun kemudian
Raudhah dan Zheriff kembali melangkah ke universiti lama mereka, tempat yang pernah menyatukan banyak kenangan. Mereka hadir untuk bertemu Elysha dan Luqman, yang sedang berjumpa pensyarah mereka buat kali terakhir, menutup tirai perjalanan akademik mereka.
"Raudhah, macam mana dengan kita ni? Dah bertahun-tahun kita rahsiakan benda ni. Boleh tak kita bagitahu semua orang tentang ni? Alang-alang kita dah kat sini." tanya Zheriff di sebuah kafeteria di Universiti itu sambil menunggu kedatangan Elysha dan Luqman.
"Hmm... saya rasa dah tiba masanya kita beritahu semua orang. Ye lah, sampai bila nak berahsia. Lama-lama orang tahu juga," jawab Raudhah.
"Kalau macam tu, kita pergi rumah mak awak dulu. Kita bagitahu dia tentang hal ni. Kalau mak awak restu, kita pergi rumah mama papa saya pulak, ok tak?" kata Zheriff.
"Yeah, saya ok kalau ini yang terbaik. Tapi kita kena bagitahu Luqman dengan Elysha dulu pasal ni. Kalau tak, diaorang mesti merajuk kalau kita tak bagitahu," kata Raudhah.
Tiba-tiba, Elysha dan Luqman muncul tanpa diseru.
"Eh, Luq, kau tengok tu! Ha, tu dia! Mamat tu! Kau tahu tak, dia gedik gila, junior bawah kita tu, Eeee... Macam perempuan, kau tahu tak? Semua perempuan dia nak dijadikan kawan. Geli aku!" kata Elysha.
"Itulah, kawan dengan perempuan buat lah cara elok sikit. Ni, macam nak jadi pondan aku tengok," sambung Luqman, dengan nada geli.
"Betul, weh. Geli aku tengok," tambah Elysha.
"Eh, eh, eh, korang ni tak habis-habis nak judge orang. Mentang-mentang dah seminggu konvo, nak judge junior dekat sini. Eh, diaorang bukan kacau korang pun. Dah, dah, la duduk diam-diam. Sudah lah, haih," kata Zheriff, sedikit marah.
Raudhah mengambil peluang untuk memberitahu mereka tentang hubungannya dengan Zheriff.
"OMG, SERIOUSLY? Eh, korang betul ke? Korang ada relationship, kan? Dah lama ke? Eh, kenapa aku dengan Luqman tak tahu?" Elysha terkejut besar apabila mengetahui hal itu.
"Eh, eh, kejap, kejap. Aku yang bagi syarat dekat Zheriff supaya tak bagitahu sesiapa pun sebab aku tak ready lagi masa tu. Kau tahu lah, aku mana biasa dengan benda-benda macam ni. Sekarang, aku dah rasa lebih matang. Aku rasa lebih baik kalau aku bagitahu korang. Kita pun dah rancang nak terus kahwin dalam masa terdekat ni. Orang kata, bercinta lepas kahwin ni lain aura dia," kata Raudhah dengan serius.
Luqman menarik tangan Zheriff ke luar kawasan kafe.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro