Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17 💫

Di Rumah Datin Sarimah

"Raudhah, meh duduk dulu. Kejap, mama suruh bibik buatkan air," kata Datin Sarimah sambil menjemput Raudhah masuk.

"Ye lah, ma," jawab Raudhah perlahan.

"Bibik! Tolong buatkan air untuk Raudhah," Datin Sarimah memanggil pembantunya sebelum menyerahkan Harraz kepada Elysha.

"Alah, Harraz, meh sini dekat aunty. Mmmm, geram betul tengok Harraz ni! Comel sangat, baaaa!" Elysha menggigit lembut pipi tembam Harraz dan mencium pipinya berkali-kali.

Raudhah tersenyum kecil sebelum menarik nafas panjang. "Mama, Raudhah datang hari ni sebenarnya nak bagitahu yang esok pagi Raudhah akan pergi ke UK. Raudhah nak sambung belajar kat sana. Jadi hari ni Raudhah tinggalkan Harraz dekat mama dan Sha dulu, biar puas-puas mama spend time dengan Harraz. Esok pagi, Raudhah datang ambil sebelum ke KLIA."

"Oh, macam tu. Kalau macam tu, Raudhah duduklah dengan Kak Riana, kakak Zheriff tu. Mama bagitau dia nanti. Tak payah susah-susah nak cari rumah sewa. Rumah kat sana mahal-mahal, tak berbaloi. Lama ke Raudhah nak study kat sana?" tanya Datin Sarimah penuh perhatian.

"Lebih kurang tiga ke empat tahun, ma. Raudhah nak belajar dan, dalam masa sama, tenangkan fikiran juga."

Datin Sarimah mengangguk perlahan sambil memandang Harraz dengan kasih. "Lama jugak tu. Kalau macam tu, lama lah mama tak dapat jumpa Raudhah dengan cucu mama ni." Dia mencium Harraz dengan penuh sayang.

"Itulah sebabnya Raudhah nak mama spend time dengan dia dulu puas-puas," kata Raudhah dengan suara lembut.

"Betul ke ni? Raudhah nak tinggalkan Harraz dekat mama?" tanya Datin Sarimah sekali lagi, memastikan.

"Ya, ma. Takpe. Esok pagi Raudhah datang ambil dia pukul 9 sebelum terus ke airport. Ni pun barang-barang dia Raudhah dah siapkan."

Elysha yang dari tadi bermain dengan Harraz mula menangis perlahan. "Raudhah... aku rindu nanti dekat kau. Apatah lagi dekat Harraz. Aku baru je sayang sangat dekat dia. Tapi takpe, malam ni aku dan mama peluk dia puas-puas."

"Alah, Harraz, pipi tembam ni buat aunty geram sangat!" Elysha mencubit pipi Harraz sekali lagi.

"Sha, dah merah pipi dia tu digigit-gigitnya dari tadi," tegur Datin Sarimah dengan senyuman kecil.

"Hehehe, tak lah, ma. Geram je," jawab Elysha sambil ketawa kecil.

"Ma, Raudhah balik dulu, ya," kata Raudhah sambil berdiri.

"Hah, nak balik dah? Tidur sini je lah," pujuk Datin Sarimah.

"Takpelah, ma. Raudhah dah booking hotel berdekatan sini. Terima kasih, ma. Raudhah pergi dulu," jawab Raudhah sambil menyalami Datin Sarimah dan Elysha.

"Sayang mommy pergi dulu, ya," Raudhah mencium Harraz sebelum melangkah keluar dengan berat hati.


Di Malam Harinya

"Tok tok tok." Ketukan di pintu memecahkan keheningan malam.

"Sha, main dengan Harraz kejap. Entah siapa datang malam-malam ni," kata Datin Sarimah sambil menuju ke pintu. Sebaik pintu dibuka, dia terkejut melihat Zheriff berdiri di luar.

"Eh, Zheriff? Kenapa datang malam-malam ni?"

"Tak, ma. Zheriff tertinggal barang kat atas. Jadi, Zheriff datang ambil."

"Oh, kalau macam tu, pergilah ambil. Tapi, alang-alang dah datang ni, tak nak tidur sini ke? Dah lewat malam dah ni."

"Takpe lah, ma. Zheriff sekejap je ni," jawab Zheriff sambil melangkah masuk.

Ketika dia menaiki tangga, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bayi menangis. Dia berpaling ke arah ibunya. "Eh, ma, sejak bila rumah kita ni ada baby? Zheriff dengar suara baby menangis."

Datin Sarimah segera mengawal reaksi. "Oh, itu anak Cik Senah. Dia tinggal kejap anak dia kat sini sebab ada hal penting. Mama pun happy je dapat jaga baby tu. Mama suruh Sha jaga kejap. Agaknya baby tu mengantuk kot," jawabnya dengan tenang, menyembunyikan kebenaran.

"Oh, yeke. Okay lah, ma. Zheriff naik atas dulu, ya."

"Eh, nanti kalau nak balik, bagitau bibik kunci pintu. Jangan lupa tutup pintu rapat-rapat."

"Ye lah, ma."

Elysha yang mendengar perbualan itu menoleh ke arah ibunya. "Ma, siapa datang tu?"

"Zheriff. Nasib baik mama tak terlepas bagitau yang Harraz ni anak dia. Kalau tak, entah apa dia cakap nanti," Datin Sarimah berbisik perlahan.

"Buat apa dia datang?" tanya Elysha lagi.

"Katanya tertinggal barang. Takpelah, sekarang tidurkan Harraz cepat. Esok pagi Raudhah nak datang ambil dia."

"Ha, ye lah, ma," jawab Elysha sambil mendodoikan Harraz sehingga mereka berdua terlelap.


Keesokan Harinya

"Assalamualaikum, assalamualaikum." Raudhah sudah sampai di depan rumah Datin Sarimah untuk mengambil Harraz.

"Waalaikumussalam. Ha, Raudhah! Ini Harraz, aku dah siap mandikan dia tadi. Mama tak ada, dia tak sempat nak hantar kau ke airport sebab butik hari ni ramai pelanggan. Mama lupa butik ada buat sale. Kalau Luqman sorang je jaga, pening kepala dia nanti, jadi mama pun turun padang tolong," jelas Elysha sambil menyerahkan Harraz kepada Raudhah.

"Oh, macam tu ke. Takpe lah kalau macam tu aku gerak dulu, ya."

"Eh, eh, kau nak pergi naik apa? KLIA tu jauh juga dari sini, tau," tanya Elysha dengan dahi berkerut.

"Naik Grab lah. Tu ha, kereta dah tunggu kat depan."

"Eh, tak payah, tak payah. Naik dengan aku je. Grab tu aku bayar, jangan risau." Elysha segera berjalan ke arah pemandu Grab itu.

"Pak cik, berapa semua ni? Saya bayarkan untuk dia. Takpe lah, pak cik, dia pergi dengan saya je."

"Oh, semua sekali RM30," jawab pemandu Grab itu.

"Nah, pak cik, RM50. Baki ni pak cik simpan. Terima kasih banyak, ya."

"Eh, terima kasih, dik."

"Sha, kau ni... susah-susah je nak bayar semua ni."

"Eh, susah apanya? Kau dah macam kakak aku sendiri tau. Setakat hantar kau ke airport tu, tak ada hal lah. Lagi pun, ini kali terakhir kita jumpa sebelum kau pergi sana empat tahun. Nanti rindu pula!" Elysha mengajak Raudhah masuk ke dalam keretanya.

"Meh, Raudhah, naik."


Di Lapangan Terbang

Sesampainya mereka di airport, suasana menjadi sayu.

"Raudhah, kau hati-hati kat sana, ya. Jaga diri, jaga Harraz baik-baik. Jangan lupa aku pulak. Aku sayang kau, tau, Raudhah," kata Elysha sambil air matanya bergenang.

"Sha, kau pun jaga diri kat sini. Jaga mama, jaga kesihatan. Jangan buat perangai pelik-pelik. Solat jangan tinggal, sejahat mana pun kau, jangan tinggal solat. Itu je yang aku nak pesan. Dan... satu lagi, aku nak kau janji jangan bagitau apa-apa pasal aku atau Harraz dekat dia. Itu je aku mintak."

"Ya, Raudhah. Aku pegang janji kau ni. Semoga kau berjaya kat sana. Nanti, bila kau balik Malaysia, aku nak dengar berita baik dari kau."

"Nanti kalau kau senang, datang lah UK, ya. Bye, Sha. Kalau aku tak gerak sekarang, nanti tertinggal flight pula," ujar Raudhah sebelum memeluk Elysha dengan erat.

"Harraz, aunty sayang Harraz tau. Cepat besar, okay? Nanti kita main kejar-kejar sama-sama," Elysha mencubit pipi Harraz sambil tersenyum manis.

Raudhah memandang Elysha dengan penuh rasa terharu. "Aku pergi dulu, ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Jaga diri, bye!" Elysha melambai-lambaikan tangan dengan senyuman yang penuh harapan walaupun hatinya berat melepaskan Raudhah pergi.

Raudhah tiba di UK untuk menenangkan diri serta melanjutkan pelajarannya di sana. Namun, dengan harga sewa rumah yang sangat tinggi, Raudhah terpaksa menumpang di rumah Riana, meskipun dia berasa segan.

"Tok tok tok." Pintu diketuk.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam... Ini Raudhah ke?"

"Ya, saya Raudhah," jawab Raudhah, sedikit segan kerana ini kali pertama dia bertemu Riana.

"Ini ke Raudhah yang mama cerita tu? Cantik orangnya! Masuklah, biar akak buatkan air dulu."

"Ha... ya, terima kasih." Raudhah melangkah masuk ke rumah Riana.

"Maaflah kalau rumah akak bersepah sikit. Yalah, kalau dah ada anak ni, macam-macam kerenah," ujar Riana sambil melangkah ke dapur untuk menyediakan minuman.

"Tak apa, faham sangat."

Raudhah mengikut Riana ke dapur, cuba membantu.

"Ini ke anak Raudhah? Comelnya! Geram tengok pipi tembam dia ni," kata Riana sambil mencubit pipi Harraz.

"Kejap, air dah nak siap."

"Akak nak Raudhah tolong apa-apa tak?" tanya Raudhah.

"Eh, tak payah, tak payah. Tu dah dukung Harraz lagi, takpe. Akak dah nak siap ni." Riana kemudian membawa minuman ke ruang tamu.

"Ha, Aish, salam. Nak panggil apa ni?" tanya Riana kepada Raudhah.

"Panggil maksu lah," jawabnya sendiri sambil tersenyum.

"Boleh... Panggil lah apa-apa pun boleh." kata Raudhah dengan senyuman yang bahagia.

"Ha, ini Arish. Salam maksu," kata Riana.

Arish menyalam Raudhah sambil memegang kereta mainannya.

"Comel nama dia. Berapa umur Arish ni?"

"Dia dah tiga tahun. Panggil Aish pun boleh. Raudhah minum dulu ya."

"Raudhah nak stay sini ke? Kalau nak, boleh je. Akak siapkan bilik. Mama ada cerita yang Raudhah nak study kat sini. Duduk je sini, jangan risau."

"Tak menyusahkan ke? Seganlah..."

"Eh, tak ada susahnya. Duduk je sini. Rumah dekat UK ni mahal sangat kalau nak sewa, tak berbaloi. Lagipun, mama dah pesan suruh akak bagi Raudhah tumpang kalau datang sini."

"Buat susah-susah je..."

"Tak ada susahnya. Lagi pun universiti Raudhah dekat je dengan rumah ni. Senanglah nak ulang-alik. Duduk sini ya."

"Suami akak kerja ke?" tanya Raudhah.

"Ha, suami akak kerja. Akak ni suri rumah je. Kadang-kadang bosan juga. At least kalau Raudhah ada, ada juga kawan nak borak."

"Haha... Alhamdulillah, bolehlah kita borak-borak," balas Raudhah sambil ketawa kecil.

"Mama, mama... Nak baby!" tiba-tiba Arish bersuara.

"Nak baby? Haa, tanya maksu dulu. Maksu bagi tak Aish main dengan baby?" Riana menggoda.

"Maksu... Nak baby... Pwease..." Arish berkata dengan pelatnya yang comel.

"Boleh, Arish. Mainlah dengan Harraz." Raudhah tersenyum kecil.

"Ha, Arish ajak baby Harraz main toys, ya," kata Riana sambil tersenyum juga.

"Okay, mama!" Arish mengedipkan sebelah mata sambil menunjukkan tanda "ok" dengan jarinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro