Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 14 💫

Elysha menghantar Raudhah hingga ke depan pagar rumah. Sebelum Raudhah melangkah masuk, dia sempat memegang tangan Elysha erat-erat sambil memandang wajah sahabatnya itu.

"Sha, aku masuk rumah dulu ya. Tapi kau tolong jangan bagitahu sesiapa lagi pasal aku mengandung ni. Aku nak buat kejutan pada semua orang nanti. Eh, serius, terima kasih sangat-sangat sebab teman aku pergi klinik tadi," kata Raudhah, suaranya penuh dengan rasa terhutang budi.

Elysha tersenyum kecil sambil memegang bahu Raudhah. "Tak ada apa-apalah. Aku kan kawan kau. Kau balik hati-hati tau, jangan lupa makan ubat tu ikut waktu."

"Insya-Allah. Thanks, Sha. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Raudhah melangkah masuk ke rumah dengan hati yang bercampur baur. Dia tidak sabar mahu berkongsi berita gembira itu dengan Zheriff, tetapi dalam masa yang sama ada sedikit rasa gusar di sudut hatinya.


Masa berlalu. Malam semakin larut. Jarum jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam, tetapi bayang Zheriff masih belum kelihatan. Namun Raudhah masih setia menanti suaminya di ruang tamu dengan perasaan resah.

"Kenapa Zheriff tak balik lagi ni? Dah banyak kali aku call, tapi tak angkat-angkat. Risau betul aku," bisik Raudhah pada dirinya sendiri sambil memandang ke arah telefon di atas meja.

Dia bangun dan berjalan ke arah tingkap, berharap akan terdengar deruman enjin kereta Zheriff. Tidak lama kemudian, harapannya menjadi kenyataan. Bunyi enjin kereta kedengaran, tetapi harapannya untuk berasa lega hanya sementara.

Pintu kereta dihempas kuat, menandakan sesuatu yang tidak kena. Zheriff melangkah masuk ke rumah dengan wajah yang tegang.

"Awak! Kenapa balik lambat sangat ni? Saya risau tau. Banyak kerja ke tadi? Meh sini, saya bawakan beg awak," kata Raudhah sambil melangkah ke arahnya dengan niat membantu.

Namun, Zheriff langsung tidak mempedulikannya. Dia terus menghulurkan sekeping gambar kepada Raudhah dengan wajah penuh kemarahan.

"Aku nak kau terangkan apa benda ni!" bentaknya kasar.

Raudhah melihat sekeping gambar itu, dan dia terkejut besar apabila mendapati gambar dirinya bersama seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan yang tidak senonoh. Gambar itu menunjukkan dia bersama lelaki itu di atas katil.

"Astaghfirullahalazim... Awak, mana awak dapat gambar ni? Saya tak buat benda-benda kotor macam ni! Saya tak tahu apa-apa pasal ni!" suara Raudhah mula bergetar, matanya mula berkaca.

"Kau tak buat apa? Habis tu ni apa? Dah tidur dengan dengan jantan lain, siap berselfie lagi! Kau nak kata yang kau tak buat apa-apa? Jangan nak berlagak bodohlah, Raudhah!" Zheriff terus menengkingnya tanpa memberi peluang untuk dia menjelaskan.

"Ya Allah, Zheriff... Sumpah saya tak buat semua tu! Saya tak kenal pun lelaki tu. Ini semua fitnah! Awak kena percaya saya, Zheriff..." Raudhah cuba mempertahankan dirinya sambil air matanya mulai mengalir.

"SUDAH! Aku tak nak dengar apa-apa lagi, kau kemas semua barang kau dan keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Zheriff menghalaunya tanpa belas kasihan.

"Zheriff, tolonglah... Kalau awak tak kesian pada saya sekalipun, kesianlah pada anak kita dalam kandungan ni. Ini zuriat awak, Zheriff." Air mata Raudhah semakin deras mengalir. Dia menggenggam tangan Zheriff, cuba merayu.

"Anak aku? Kau ingat aku bodoh? Kau dah tidur dengan jantan lain, lepas tu claim anak tu anak aku?  Kau tak payah berlakon lah Raudhah! Kau berambus sekarang!" Zheriff menolak tangan Raudhah dengan kasar.

Raudhah terjatuh ke lantai, menangis teresak-esak. "Zheriff... Tolong, saya tak buat semua tu. Janganlah buat saya macam ni. Saya cuma ada awak, Zheriff..."

Namun, hati Zheriff sudah keras bagaikan batu. " KAU BERAMBUS! SEKARANG! SEBELUM AKU YANG HERET KAU KELUAR" bentaknya lagi sambil menunjuk ke arah pintu.

Dengan hati yang remuk, Raudhah bangun dan mengelap air matanya. Dia masuk ke bilik, mengemas barang-barangnya. Sebelum keluar, dia berhenti di depan pintu, bagaikan sudah mengalah dengan keadaan, memandang Zheriff yang masih memalingkan wajah daripadanya.

"Baiklah, kalau itu yang awak nak. Saya harap awak takkan menyesal nanti. Terima kasih atas segala-galanya. Saya minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak."

Raudhah menarik cincin dari jarinya dan melemparkannya ke lantai dengan penuh perasaan, seolah-olah melepaskan ikatan yang selama ini menjerat hati dan jiwanya.

Di luar, malam terasa lebih dingin daripada biasa. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke sebuah kafe 24 jam berdekatan, mencari sedikit ketenangan yang sukar ditemuinya.

Zheriff memungut cincin itu perlahan, menatapnya sejenak sebelum menyimpannya di dalam laci dekat pintu. Bukan kerana dia berharap Raudhah akan kembali, tetapi kerana cincin itu menyimpan kenangan usahanya suatu ketika dahulu untuk mempertahankannya.


Raudhah melangkah keluar dari rumah itu dengan hati yang hancur. Dia berjalan kaki menuju ke kafe 24 jam yang berdekatan. Dalam perjalanan, dia mengambil telefon dan menelefon Elysha.

Telefon Elysha berdering di tengah malam. Dalam keadaan mamai, Elysha mengangkat panggilan itu.

"Ish, siapa call, call, orang tengah tengah malam buta ni orang nak tidur lah." rungut Elysha dengan suara yang serak.

"Sha... tolong aku, Sha. Datang ke lokasi ni sekarang. Aku tunggu kau..." suara Raudhah kedengaran, penuh dengan tangisan.

"Raudhah? Eh, kau kenapa ni? Jangan macam ni! Tunggu, aku datang sekarang!" Elysha segera bangun, bersiap sepantas mungkin dan memandu ke lokasi yang diberikan.

Setibanya di sana, Elysha menemui Raudhah duduk sendirian di satu sudut, wajahnya sembab dengan air mata.

"Raudhah! Ya Allah, apa yang jadi ni? Kenapa kau macam ni?" Elysha memegang bahu Raudhah, cuba menenangkannya.

Raudhah memandang Elysha dengan mata merah. "Sha... Zheriff balik tadi, dia tunjuk gambar aku dengan lelaki lain atas katil. Tapi sumpah, Sha, aku tak buat semua tu! Aku tak kenal pun lelaki tu!"

Elysha mengetap bibirnya. "Siapa yang fitnah kau macam tu siapa, bagitau aku sekarang biar aku sepak dia, aku syak Melissa gedik tu lah aku tau dia takkan berhenti kacau rumah tangga korang selagi dia tak dapat Zheriff. Tapi, Raudhah, kau kena sabar. Aku percaya kau. Aku tahu kau takkan buat benda macam tu. Jangan risau, aku ada dengan kau."

Raudhah memeluk Elysha erat. "Terima kasih, Sha. Kau sahabat yang paling baik aku pernah ada."

Elysha tersenyum kecil. "Dah, jangan menangis lagi. Aku ada dengan kau. Lepas ni, kau nak pergi mana?"

"Aku nak balik Kedah... Tapi bukan rumah mak aku. Aku nak ke rumah maksu aku. Dah lama aku tak jenguk dia, kau tolong hantar aku dekat stesen bas." jawab Raudhah perlahan.

"Ke kau nak aku hantar kau sampai Kedah?" tanya Elysha.

"Eh, tak payah lah Sha menyusahkan kau je, lagipun jauh tu Kedah kau tak tidur nanti." kata Raudhah.

"Hm... Betul jugak okay lah kalau macam tu ku hantar kau ke stesen bas, ya? Tapi kau kena janji, kau akan jaga diri kau dan baby dalam kandungan tu."

"Insya-Allah, aku janji. Terima kasih, Sha."

Elysha menghantar Raudhah ke stesen bas dengan hati yang berat. Sebelum Raudhah melangkah pergi, Elysha sempat berpesan dengan nada penuh keprihatinan.

"Raudhah, kau jaga diri elok-elok tau, terutama baby dalam kandungan kau tu. Jangan stress sangat. Buat masa sekarang, fokus pada diri kau dan baby je. Pasal Zheriff dan semua tu, lupakan dulu. Aku doakan kau selamat melahirkan baby ni nanti, aamiin."

"Aamiin. Terima kasih sangat, Sha. Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ni tanpa kau. Aku sayang kau, tau. Kau pun jaga diri, jaga mama elok-elok. Anggap dia macam mama kandung kau sendiri, jangan sakiti hati dia. Dah lah, Sha, kau balik lah berehat. Maaf sebab kacau tidur kau tadi. Hehehe."

Mereka berpelukan erat, senyuman kecil namun penuh emosi terukir di wajah masing-masing.

"Ye lah, kakakku. Kau hati-hati tau. Bye, assalamualaikum. Jangan lupa inform aku bila dah sampai. I love you!"

"Waalaikumussalam. I love you more."

Raudhah menaiki bas pada malam itu menuju ke Kedah. Dalam perjalanan, hatinya sarat dengan perasaan bercampur baur. Dia hanya mampu termenung, mengenang segala yang berlaku.

Keesokan paginya, di sebuah kampung yang damai, maksu Raudhah, Salehah, sedang mencakar sampah di halaman rumah. Suasana tenang itu tiba-tiba terganggu oleh sapaan lembut dari belakang.

"Assalamualaikum," sapa Raudhah dengan senyuman kecil.

Maksu Salehah berpaling, jelas terkejut. "Wa... waalaikumussalam! Eh, Raudhah ke ni?"

"Ya, maksu. Saya ni Raudhah."

"Ya Allah, Raudhah! Rindunya maksu kat hang! Lama tak jumpa. Hang sihat ka? Mai sorang ja ka? Mak hang tak ikut ka?" Maksu Salehah terus memeluk Raudhah erat, tanda rindunya yang mendalam. Salehah terus meletakkan penyakar ke tepi.

"Hm... panjang cerita dia, maksu. Nanti Raudhah cerita semuanya."

"Takpalah kalau lagu tu. Mai masuk dulu. Maksu buat ayaq sat. Hang rehat-rehat dulu, no. Mai daqi mana ni?"

"Dari KL, maksu."

"Ha, ya ka? Jauhnya mai. Sabaq sat nah, maksu pi buat ayaq."

Salehah segera ke dapur, menyediakan minuman untuk Raudhah. Sementara itu, Raudhah duduk di ruang tamu, memandang sekeliling rumah kecil itu yang dipenuhi kenangan indah zaman kecilnya.

Ketika Salehah sedang sibuk di dapur...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro