Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 13 💫


"Haih, kerja banyak betul hari ini," rungut Zheriff sambil meneliti dokumen di mejanya.

'Tok tok tok' bunyi ketukan di pintu memecah fokusnya.

"Masuk," ujar Zheriff dengan nada tegas.

Pintu terbuka, dan Melissa menjengukkan kepalanya. "Hai, Zheriff. Busy ke? Tak, I bukan nak ganggu you. Sebenarnya, I nak tanya pasal projek terbaru kita di Melaka tu. You pergi dengan I kan? Kalau macam tu, kita pergi sekali esok."

Zheriff meletakkan pen di atas meja dengan perlahan. "Tu lah, lain kali surat depan mata tu baca, bukan buang. Aku tak pergi. Aku dah tukar dengan PA aku, Aiman. Dia yang akan pergi dengan kau. Aku busy, aku tak boleh pergi. Harap maklum. Dah, boleh keluar."

Melissa terkejut. "But? Why? Kenapa you tak pergi? Sampai tulis surat untuk I pergi dengan Aiman. I nak pergi dengan you. Please lah," rayunya, nadanya seperti seekor anak anjing meminta simpati.

"Shut up!" Zheriff meninggikan suara, matanya tajam memandang Melissa. "Aku cakap aku busy, aku busy lah. Kau ni tak reti bahasa melayu ke apa? Pergi je lah dengan siapa pun. Aku ada hak nak tentukan sama ada aku atau Aiman yang pergi. Tolong jangan serabutkan kepala otak aku. Keluar sekarang sebelum aku heret kau keluar!"

Melissa menarik nafas panjang, cuba menahan malu. "Ok, fine. I keluar. Sampai hati you," balasnya sambil berpura-pura tersandung dan jatuh.

"Eh, kau ingat aku bodoh nak tolong kau? Dah jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri. Kau ingat aku nak kesian sangat ke?" Zheriff berkata dengan nada sinis.

"Aduh, sakitlah. Tolonglah, Zheriff. Sakit tau tak," Melissa terus merayu.

"Kenapa pulak aku nak kena tolong kau? Ada tangan, kan? Tak patah lagi, kan? Bangun sendiri," ejek Zheriff sambil tersenyum sinis.

Melissa bangun sambil mengomel, "Orang minta tolong sikit pun tak boleh."

"Bagus, keluar cepat. Lagi bagus kalau berambus terus," sindir Zheriff sebelum Melissa keluar dengan muka masam.


Di Rumah Raudhah

Datin tiba lebih awal dari biasa di rumah Raudhah.

"Mama? Eh, awalnya mama sampai. Tak apa, meh masuk," kata Raudhah sambil menarik lembut tangan mertuanya ke dalam rumah.

"Dua orang tu lah, Raudhah. Terlebih rajin, katanya hari ini. Itu yang mama datang awal sikit. Tak apa, boleh borak-borak dengan menantu kesayangan mama ni," ujar Datin sambil tersenyum.

Mereka berjalan masuk ke ruang tamu. Mata Datin melilau, memerhatikan susun atur rumah.

"Raudhah, cantiknya rumah ni. Besar pula tu. Semua ni Raudhah yang hias ke? Memang cantik sangat!" puji Datin.

Raudhah tersenyum malu. "Ya, ma. Zheriff kasi Raudhah buat apa saja dengan rumah ni. Baik betul Zheriff, sama macam mama."

Datin tersenyum bangga mendengar pujian itu. "Eh, jap. Mama nak air tak? Raudhah buatkan ya," tawar Raudhah sambil berdiri.

"Boleh juga. Mama nak rasa air tangan menantu mama ni," balas Datin dengan mesra.

Raudhah bergegas ke dapur, meninggalkan Datin yang tersenyum bahagia, memikirkan betapa bertuahnya dia mempunyai menantu seperti Raudhah.



"Ishhh! Kau tunggu, Zheriff. Kau jangan main-main dengan Anna Melissa! Aku Melissa, tahu? Apa yang aku nak, aku mesti dapat! Kau tunggu, Zheriff. Aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku!" Melissa menggenggam tangan, meninggalkan pejabat Zheriff dengan perasaan marah yang membara.



Keesokan harinya, rumah Raudhah meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Suasana penuh keceriaan, dengan makanan yang terhidang memikat selera.

"Ha, Zheriff. Selama dua bulan kamu kerja di syarikat tu, macam mana? Ok ke?" soal Dato' Zayn sambil menikmati kopi panas.

"Hm, ok je, papa. Tapi ada satu masalah."

Dato' Zayn tersedak mendengar jawapan itu. "Hm? Masalah apa pula?"

"Melissa tu je lah. Papa tahu tak? Kalau boleh, 24 jam dia nak kacau hidup Zheriff. Pening kepala dibuatnya. Tak faham langsung kenapa dia suka sangat dengan Zheriff."

"Anak papa ni terlalu handsome agaknya, tu yang dia tak boleh move on. Tapi tak apa, Zheriff. Anggap je dia macam lalat yang berterbangan. Yang penting, kamu jalankan tanggungjawab kamu sebagai CEO. Papa tahu kamu boleh buat yang terbaik." Dato' Zayn menepuk lembut belakang Zheriff.

"Yelah, papa... Eh, tapi papa, siapa pula yang ajak perempuan tu datang ke sini?" Zheriff memandang ke luar rumah, matanya terhenti pada kelibat yang tidak diingini.


Di ruang tamu, Elysha yang sedang berbual-bual tiba-tiba mengerutkan dahi. "Eh, Luq. Siapa yang jemput dia ni? Sesat ke?" Elysha menyindir, merujuk kepada Melissa yang muncul tanpa dijemput.

"Assalamualaikum. Siapa jemput kau datang sini, hah? Sesat ke?" Luqman menambah dengan jelingan tajam.

Melissa membalas dengan senyuman sinis. "Semalam, ada yang jemput I datang rumah Zheriff katanya ada makan-makan. Jadi, I pun datanglah."

"Eh, perempuan! Kau datang sini bukan sebab nak makan pun, kan? Kau datang sebab nak tengok Zheriff, kan? Aku tahu sangat perangai kau tu. Haritu dah buat kecoh, sekarang ada hati nak tunjuk muka lagi. Memang tak tahu malu!" Elysha lantang menyindir.

Melissa ketawa kecil. "Wow! Hebat eh, you. Boleh baca fikiran I. Tapi, sorry, you tak ada hak nak halang I. Lagi satu, yang kau ni, anak pungut kan? Tak layak pun ada dalam family ni." Melissa melontarkan kata-kata pedas sambil tersenyum penuh provokasi.

PANGGG! Tamparan Elysha hinggap di pipi Melissa.

"Jangan kau hina kawan baik aku lagi! Kalau kau sebut sekali lagi pasal anak pungut, jangan kata muka, kaki kau pun aku patah-patahkan! Berambus sekarang! Kau tak layak datang sini!" Elysha menolak bahu Melissa hingga dia hampir terjatuh.

Melissa, yang terkejut dengan tindakan itu, terus beredar dengan wajah penuh amarah.


"Memang tak guna perempuan tu! Besok aku sepak dia sampai mampus!" kata Elysha dengan geram.

"Aku sokong kau, Sha. Perempuan macam tu memang layak kena belasah cukup-cukup." Luqman ketawa kecil.

"HaHaHa! Zheriff, tengoklah. Senang je Sha dan Luq halau Melissa. Memang patut pun!" Dato' Zayn turut ketawa, terhibur melihat gelagat mereka.

"Diaorang memang anti betul dengan Melissa tu, papa. Memang padan muka dia!" Zheriff menggeleng sambil tersenyum.


Datin yang terdengar kekecohan dari dapur segera ke ruang tamu. "Eh, apa kecoh-kecoh tadi tu, Zheriff? Sha? Luqman?"

"Tak ada apa, mama. Melissa datang buat kacau, kami pun kecohkan dia balik. Akhirnya, dia berambus." Zheriff menjawab santai.

"Hm, tak payah layan budak tu. Mama pun malas nak ambil kisah. Dah, pergi makan sekarang. Mama ada kerja lagi sikit."

"Baik, mama." Mereka bergerak ke meja makan dan menikmati hidangan bersama.


Selepas makan malam, Raudhah mendekati Datin. "Mama, mama mesti ada nombor Kak Riana, kan? Raudhah nak minta."

"Kenapa pula nak nombor Kak Riana?"

"Saja, mama. Kalau ada masa lapang, Raudhah nak contact dia."

"Haa, ni. Kejap, mama cari. Nah, nombor dia 013804556."

"Terima kasih, mama."


Ketika malam semakin larut, Elysha tiba-tiba memuncungkan bibir. "Sampai hati kau, Raudhah. Mama kau ajak tidur rumah kau, aku kau tak ajak pun."

"Ok, ok, Sha. Kau tidur sini lah. Luq, kau pun kalau nak tidur, tidur je."

"Takpelah. Sha je lah tidur. Aku tak boleh tidur tanpa bantal busuk aku, hehe." Luqman tersengih.

"Eiii! Kau ni gedik betul lah. Dekat Sabah hari tu ok je tak ada bantal busuk. Pergilah balik!"

"Ok lah, aku balik. Assalamualaikum, semua!" Luqman melambai sebelum keluar.

Elysha menarik baju Luqman. "Eh, eh, kereta pink aku tu kau bawak balik. Jangan naik dengan papa, tau! Esok aku nak guna pergi butik dengan mama. Nah, kunci."

"Iyelah, iyelah. Ishh." Luqman berlalu pergi, meninggalkan mereka yang masih bersantai di ruang tamu.


Keesokan Harinya di Butik

"Sha, aku rasa tak sedap badanlah... rasa nak muntah pun ada." Raudhah memegang perutnya sambil wajahnya kelihatan pucat. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari ke tandas.

"Ehh, Raudhah! Raudhah! Kau okay tak ni? Nak aku bawak kau pergi klinik tak?" Elysha bertanya dengan risau sambil berdiri di depan pintu tandas.

Raudhah keluar sambil menyeka mulutnya. "Tak apalah, Sha. Mungkin aku salah makan semalam."

"Salah makan kepala otak kau! Kau tengok muka kau tu dah pucat macam kertas. Tak ada alasan. Jom, sekarang aku bawak kau pergi klinik!" Elysha menarik tangan Raudhah.

"Luqman, kau tolong jaga butik kejap. Kalau mama cari, bagitau aku bawak Raudhah pergi klinik. Duduk butik tu diam-diam, jangan nak mengada!" Elysha memberi arahan tegas kepada Luqman.

"Ya lah, pergi lah!" jawab Luqman sambil tersenyum kecil.



Di Klinik

"Doktor, macam mana keadaan kawan saya ni?" Elysha bertanya sebaik sahaja doktor selesai memeriksa Raudhah.

Doktor tersenyum. "Alhamdulillah, tahniah Puan Raudhah. Awak sebenarnya sedang mengandung, baru masuk dua minggu. Tapi Puan kena jaga pemakanan sebab di awal kehamilan ni, alahan biasanya agak kuat."

Raudhah terpana sejenak sebelum menutup mulutnya dengan tangan. "Ya Allah, betul ke doktor? Syukur Alhamdulillah!"

Elysha melompat kecil. "Doktor serius? Ya Allah, Raudhah! Kau bakal jadi mak! Aku bakal jadi aunty! Syukur Alhamdulillah!" Dia memeluk Raudhah dengan penuh gembira.



Di Luar Klinik

"Tengoklah kau, muka berseri-seri sekarang," Elysha mengusik.

"Aku tak sabar nak bagitahu Zheriff pasal baby ni," ujar Raudhah sambil tersenyum bahagia, tangannya mengusap perlahan perutnya.

"Baby, ini aunty Elysha cakap dengan awak. Semoga awak lahir dengan sihat dan cepat ya, nanti boleh main dengan aunty." Elysha mengusap perut Raudhah dengan penuh kasih.

Raudhah ketawa kecil. "Terima kasih tau, Sha. Kalau kau tak paksa aku pergi klinik tadi, aku takkan tahu pun aku mengandung."

"Tak ada apa-apalah. Kau jaga diri elok-elok. Jom aku hantar kau balik. Jangan risau, mama mesti faham. Lagi pula, ini cucu pertama dia!" Elysha tersenyum lebar.

Di pejabat, Zheriff menerima satu sampul surat misteri. Dia membuka sampul itu dan di dalamnya terdapat sekeping gambar yang membuat darahnya mendidih. Matanya mencerun tajam, hatinya penuh dengan amarah.

"Apa maksud gambar ni?" bisiknya sendirian. Dia menggenggam erat gambar tersebut, cuba mencari logik di sebalik kejadian itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro