Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10 💫


"Tengoklah kat luar tu, kemain romantik." Luqman berkata sambil tersenyum sinis.

"Hihihihiii, asal aku pulak yang suka ni?" Elysha ketawa kecil, sambil menampar belakang Luqman dengan mesra.

"Eh, eh, kau ni!" Luqman hampir tersedak apabila tiba-tiba air yang diminumnya tersembur keluar.

"Takpelah, mereka beromantik pun sweet je, korang jealous ke?" Datin menyampuk, mencuit Luqman dan Elysha dengan senyuman nakal.

"Eh, apa pulak mama? Kitaorang ni akan single forever tau!" Elysha menjawab dengan penuh keyakinan.

"Takpe, takpe. Mama nak tengok jugak sejauh mana korang nak membujang ni." Datin tersenyum sinis.

"Kami akan jadi bestfriend forever. Kami dah janji, takkan kahwin sampai bila-bila. Kami nak jadi bestfriend selama-lamanya!" Elysha bersungguh-sungguh, memberi jaminan dengan penuh semangat.

Di sudut lain, Zheriff tersenyum lebar, matanya berkilau melihat wajah Elysha yang begitu ceria.

"Sayang, I, very very love you! Saya belikan sebuah kereta ni untuk awak. Awak jaga baik-baik tau, macam mana awak jaga saya." Zheriff berkata sambil tertawa manja.

Raudhah terkejut, matanya terbuka luas. "Ok, abang, saya akan jaga kereta ni sebaik mungkin. Terima kasih sangat, abang. Saya hargai semua ni." Raudhah tersenyum penuh rasa terharu, hatinya berbunga dengan kasih sayang yang tak terucap.

Keesokan harinya...

"Ma, Zheriff rasa Zheriff dah bersedia untuk ambil alih syarikat papa. Ada betulnya apa yang papa kata, Zheriff ni dah beristeri, nanti akan ada anak. Zheriff perlu pegang tanggungjawab besar," kata Zheriff dengan penuh keyakinan.

"Ya, Zheriff, mama bangga kalau kamu dah bersedia untuk ambil alih syarikat papa. Papa pun dah makin tua. Butik mama pula, mama dah serahkan kepada Raudhah. Mama yakin dia mampu menguruskan butik itu dengan baik. Kalau mama nak serahkan butik tu kepada adik kesayangan kamu, jangan haraplah! Takut nanti lingkup butik mama dibuatnya.

Lagipun, mama sendiri dah tak larat nak sibuk-sibuk dengan kerja di butik. Raudhah pun suka sangat bekerja di situ, jadi mama rasa elok mama hadiahkan butik tu kepada Raudhah. Mama cuma harap mereka dapat menjaga butik itu sebaik mungkin," ujar Datin sambil menghela nafas panjang.

Datin memandang Zheriff dengan penuh harapan, seolah-olah menyerahkan masa depan keluarganya kepada anak sulung itu. "Kamu, Zheriff, adalah pewaris keluarga ini. Mama harap kamu dapat pikul tanggungjawab ini dengan matang."

"Hm, ok lah ma. Sekurang-kurangnya diaorang nak bekerja, jadi beban mama pun sedikit ringan. Ok lah, ma, Zheriff pergi dulu, eh. Assalamualaikum," kata Zheriff, lalu mengangkat tangan dengan senyuman.

"Waalaikummussalam," balas Datin.

Sesampainya Zheriff di pejabat Dato' Zayn...

"Eh, hi. Saya nak jumpa Dato'. Dato' ada?" tanya Zheriff dengan sopan.

"Dato' Zayn ada, encik. Ehm, encik ada buat temu janji?" tanya pegawai di kaunter dengan ragu-ragu.

"Ah, takde pulak. Takpelah, bagi je lah saya masuk. Saya anak dia," jawab Zheriff dengan penuh keyakinan.

"Setahu saya, Dato' takde anak lelaki. Saya pun tak pernah nampak encik sebelum ni," kata pegawai itu, sedikit terkejut.

"Takpe, kalau awak rasa saya ni perompak, awak boleh call Dato' sekarang. Cakap Dato', anak Dato', Zheriff, ada di lobby. Kalau dia kasi masuk, maksudnya saya memang anak dia lah," jawab Zheriff, selamba.

"Ah, kejap ye... Hello, Dato', Dato' ada anak lelaki ke, nama dia Zheriff? Dia dekat lobby sekarang, nak bagi dia masuk ke?" tanya pegawai itu melalui telefon.

"Ouh, ya. Takpe, bagi dia masuk. Dia memang anak saya," jawab Dato' Zayn di hujung talian.

"Ha, Dato' cakap apa?" tanya Zheriff dengan tersenyum.

"Encik boleh masuk, Dato' dah approve," jawab pegawai itu dengan nada yang lebih mesra.

"Ha, dah percaya kan saya ni anak Dato'? Ok, thanks," Zheriff tersenyum lebar, melangkah masuk.

"Ya Allah, malunya! Rupanya anak lelaki Dato', ingatkan Dato' ada anak perempuan je. Hmm, boleh tahan handsome jugak la anak lelaki Dato' ni," bisik pegawai itu kepada rakan sekerja.

"Papa! Papa! Assalamualaikum!!" Zheriff menjerit ceria, sambil berjalan ke arah Dato' Zayn.

"Ha, Zheriff! Tak pernah-pernah datang, ni datang kenapa?" Dato' Zayn terkejut melihat anaknya.

"Papa, diaorang memang tak kenal Zheriff. Tadi nak bagi masuk pun susah betul! HAHAHA!" Zheriff ketawa geli hati.

"Macam mana mereka nak kenal Zheriff, kalau datang sini pun tak pernah?" Dato' Zayn membalas sambil tersenyum.

"Ni pa, Zheriff datang sebab Zheriff dah bersedia nak ambil alih syarikat papa ni. Zheriff dah sign surat ni," kata Zheriff, sambil menunjukkan dokumen kepada Dato' Zayn.

"Termakbul juga doa papa selama ni. Akhirnya, Zheriff nak kerja jugak kat syarikat papa. Esok Zheriff boleh mula kerja kat sini. Tapi Zheriff tak kisah sangat dengan Melissa tu, yelah syarikat papa dengan syarikat dia kan... baik," Dato' Zayn berkata dengan lega.

"Zheriff tak kisah pasal dia tu. Yang penting niat Zheriff nak kerja kat sini, jalankan tanggungjawab sebagai anak. Bukan nak menggatal dengan dia tu," jawab Zheriff dengan tegas.

"Ok lah, kalau Zheriff dah cakap macam tu, sign lagi satu surat ni, dan kamu diterima bekerja di syarikat ni," kata Dato' Zayn sambil menghulurkan dokumen dengan senyuman.

"Terima kasih, pa," jawab Zheriff dengan penuh rasa terharu.

"Welcome, my son. All the best untuk esok. Papa akan sentiasa sokong Zheriff," Dato' Zayn berkata dengan penuh kasih sayang, memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya.

Di butik, suasana sibuk mula terasa. Raudhah berdiri di hadapan Luqman dan Elysha, bersedia memberikan arahan.

"Baiklah, hari ini adalah hari pertama kita bekerja. Mama dah amanahkan butik ini untuk aku uruskan dengan sebaik mungkin. Jadi, aku dah aturkan tugas untuk korang. Luq, tugas kau adalah mengemas barang, menyusun pakaian, dan menguruskan semua kerja yang memerlukan tenaga. Semua barang yang berat, kau yang handle. Sha, tugas kau pula menjaga kaunter dan melayan pelanggan. Aku? Aku akan fokus pada mereka bentuk pakaian, tudung, dan memantau kerja korang macam CCTV. Aku nak pastikan semuanya berjalan lancar, faham?" Raudhah memberi arahan dengan nada tegas tetapi tetap mesra.

"Baik, bos!" Elysha membalas dengan nada ceria.

Luqman pula mengeluh kecil sambil berkata, "Hmm... nasiblah. Kalau tak kerana duit, memang aku tak sanggup buat semua ni."

Raudhah menjeling sedikit sebelum bersuara, "Eh, kau patut bersyukur tau. At least, kau tak kena handle semua kerja. Mama dulu buat semua benda ni sendiri, tahu? Sekarang dia serahkan butik ni pada kita sebab umur dia makin meningkat. Dia tak larat sangat nak urus semua ni lagi. Jadi, tanggungjawab kita sekarang adalah jaga butik ni sebaik mungkin."

Luqman akhirnya mengangkat tangan tanda menyerah. "Okay, okay. Aku janji akan jaga butik ni baik-baik."

"Aku pun sama," Elysha menambah dengan senyuman.

Raudhah mengangguk puas. "Bagus. Kalau macam tu, kita mula sekarang. Let's do our best!"

Dengan semangat baru, ketiga-tiga mereka mula menjalankan tugas masing-masing, memastikan butik itu berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Di malam yang tenang itu, Zheriff menarik Raudhah ke tepi, matanya penuh dengan makna.

"Sayang, ada sesuatu yang abang nak cakap. Boleh datang sini sekejap?" suara Zheriff berbisik lembut.

Raudhah memandangnya dengan tanda tanya. "Apa dia? Cakap je lah," jawabnya sambil melumurkan losen pada tangan.

"Abang dah bersedia untuk kerja dengan syarikat papa. Abang rasa, sekaranglah masa yang tepat. Tanggungjawab abang semakin besar, lagipun papa pun dah semakin tua," kata Zheriff dengan nada serius, namun matanya mencuri pandang Raudhah.

"Eh, betul ke? Kalau macam tu, baguslah. Abang buat apa pun, saya sokong asalkan ia untuk kebaikan kita semua. Bila nak mula kerja?" tanya Raudhah dengan senyuman manis di wajahnya.

"Papa kata, esok abang dah boleh mula," jawab Zheriff dengan senyuman penuh harapan.

"Esok? Cepatnya! Ingatkan dalam dua atau tiga minggu lagi," jawab Raudhah terkejut, namun hatinya bangga dengan keputusan Zheriff.

Zheriff ketawa kecil. "Yelah, sayang, kenapa? Tak sanggup berpisah dengan abang ke?" katanya sambil mengangkat kening, menggoda Raudhah.

Raudhah pura-pura memalingkan muka. "Eh, pergi je lah kerja. Lagipun, awak pergi kerja bukan untuk selamanya. Nanti balik jugak," jawabnya, sambil membetulkan rambut yang terjatuh.

"Satu lagi, besok ada surprise untuk awak," kata Zheriff, matanya bersinar penuh teka-teki. "Pukul 3 petang, pastikan awak dah siap. Saya ada sesuatu yang istimewa nak tunjuk."

Raudhah tergelak kecil. "Surprise, surprise... Suka sangat dengan surprise ni. Baiklah, saya siap," jawabnya, agak geli hati dengan sikap Zheriff.

"Bagus! Jangan lupa, ya!" Zheriff memberi isyarat dengan senyuman nakal. Lalu, dengan lembut, dia menyentuh hidung Raudhah.

"Eh, hidung jangan main-main! Itu tempat sensitif," kata Raudhah, sambil memegang tangan Zheriff dan menamparnya perlahan.

Zheriff menjerit kecil, "Aduh! Ok, ok, kalau hidung sensitif, maknanya tempat lain tak sensitif, kan?" katanya, menggoda Raudhah dengan senyuman nakal.

Raudhah membalas dengan amaran lembut, "Awak ni gatal sangat, nanti saya cubit, tak tidur malam awak," kata Raudhah dengan tawa yang masih tersisa.

"Ok, ok! Tak nak kacau harimau yang sedang marah. Takut nanti malam ni dia telan saya!" Zheriff berseloroh, sambil menyelimutkan dirinya dengan selimut tebal.

Raudhah hanya menggelengkan kepala. "Ha, tau pun takut," katanya, sambil tertawa kecil.

"Jom tidur. Esok awak nak mula kerja kan?" ujar Zheriff sambil menutup mata, bersedia untuk tidur, sementara Raudhah hanya mengangguk, tersenyum sendiri.

Dengan suasana yang penuh kehangatan dan kasih sayang, mereka pun tertidur, memikirkan hari esok yang penuh dengan cabaran baru.

Di pagi yang cerah itu, Raudhah tersenyum memandang Zheriff yang sedang membetulkan tali lehernya.

"Handsome awak hari ni," kata Raudhah sambil menatap suaminya dengan penuh kasih sayang.

Zheriff tersenyum lebar. "Hmh, I know. Pukul 3 petang nanti, pastikan awak siap, saya tunggu ya!" ujar Zheriff sambil menatap mata Raudhah dalam-dalam, seakan ingin menyampaikan perasaan hatinya.

Raudhah tersenyum dan mengangguk. "Okay, jom kita turun sarapan dulu. Nanti senang nak buat kerja," katanya.

"Ma ooo ma," panggil Zheriff kepada ibunya, Datin.

"Ye, Zheriff! Handsome anak mama ni nak start kerja hari ni. Kerja elok-elok tau," kata Datin sambil memeluk Zheriff penuh kasih sayang.

Raudhah menarik kerusi untuk Zheriff. "Ni makan dulu, meh," kata Raudhah sambil senyum manis.

"Thank you, sayang. Meh duduk makan sekali, ma. Eh, Sha dengan Luq pergi mana? Tak nampak batang hidung pun," tanya Zheriff.

"Makanlah, Zheriff. Raudhah, mama makan pagi tadi. Sekarang mama nak pergi butik kejap. Dah lama tak tengok butik tu," jawab Datin sambil tersenyum.

Raudhah mengunyah roti sambil berkata, "Ala, dua orang tu dah pergi butik awal-awal lagi. Katanya nak buka butik tu lebih awal. Terlebih rajin agaknya mereka."

"Ouh, ye ke? Untunglah, lepas ni ada dua orang asisten, hahaha," Zheriff berseloroh.

"Itulah, rajin sangat diaorang bekerja," balas Raudhah sambil tertawa kecil.

"Okay lah, awak pergi kerja elok-elok. Saya nak pergi butik dengan mama. Ingat janji kita pukul tiga ya. Ok, lah. Bye, saya pergi dulu. Assalamualaikum," kata Raudhah sambil menyalami Zheriff.

"Waalaikummussalam. Hati-hati," jawab Zheriff, lalu mencium dahi Raudhah dengan penuh kasih sayang.

Setibanya Zheriff di syarikat papanya, dia melangkah masuk ke bilik pejabat dan mengelilinginya.

"Nice! Cantik bilik papa ni, kemas, bersih, sejuk... hmmm," Zheriff berkata sambil mengangguk puas. Dia duduk dan mengambil satu fail untuk memulakan kerjanya.

Tiba-tiba, pintu bilik terbuka dan Melissa muncul di hadapannya. Zheriff menatap gadis itu dengan pandangan tajam.

"Hai Zheriff, macam mana first day?" tanya Melissa dengan senyum mengoda.

Zheriff mengetap gigi, tak senang dengan kehadiran gadis itu. "Eh, aku baru jejak masuk bilik ni seminit tadi, kau dah terjah masuk? Kau boleh keluar tak? Aku tak sempat nak buat apa-apa, kau dah muncul!" katanya dengan nada tegas.

Dengan rasa jengkel, Zheriff kembali fokus pada kerjanya, berharap Melissa segera pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro