Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

Cuma nak cakap, kat sini Dan chapter seterusnya akan muncul ramai watak. Dan menceritakan kehidupan like Flashback. So yeah, enjoy reading.

Pang!

Kertas yang dicampaknya terus terbang ke merata-rata. Keadaan bilik itu hening. Pekerja yang berdiri semakin takut, lutut pun berasa longgar dan peluh tidak habis merembes keluar biarpun sudah pasang penghawa dingin.

Anak matanya tajam memerhati pekerjanya yang menunduk kepala.

"Korang tahu tak? Syarikat ini sudah makan rugi besar! Cuba beritahu aku, berapa banyak syarikat ini sudah rugi!"

"Se... Sejuta..." Tergagap-gagap salah seorang pekerja memberi kenyataan tersebut.

Dia mengoyak senyum sinis.

"Sejuta... Hmm. Nampak macam tak besar ke kita rugi?" soal dia, sinis.

"Maafkan kami tuan Gempa!" tunduk mereka.

"Kata-kata maaf tidak mampu mengembalikan duit sejuta tu. Sudah! Kamu bertiga dipecat!"

Mereka menelan air liut yang tiba-tiba rasa pahit. Kata-kata itu lancang saja, namun boleh membuatkan jantung mereka luruh.

"Sudah, keluar!" Mereka menunduk sebelum keluar dari bilik itu.

Gempa duduk di atas kerusinya. Dia mengurut kepalanya yang berdenyut-denyut. Sakit!

Dia mengerling dua gambar di atas mejanya. Wajah ibu ayah dan Tok Abah ditatap lama. Selepas mereka pergi, kini Gempa yang mengurus syarikat ini dalam usia yang muda. Sangat muda iaitu umur 20 tahun. Memang sangat mustahil kerana mana usia muda boleh mengambil alih syarikat besar. Tapi, jika akal yang begitu cerdik dan sungguh bijak dapat tandingi semua cabaran.

Gempa melihat jam dindingnya. Sekarang sudah pukul 4 petang. Manalah setiausahanya, dia memerlukan fail proposalnya sekarang.

Tok Tok!

"Masuk!"

Daun pintu dikuak, lalu terus muncul setiausahanya dengan fail yang dipegangnya.

"Kenapa lambat?"

"Maaf Tuan Gempa," ujar setiausaha dengan nada gementar. Dia menunduk. Gempa terus mengambil fail itu di tangannya. Setiap halaman isinya diteliti.

"Apa jadual aku lepas ni?" tanya Gempa, tenang. Kemarahannya sedikit demi sedikit sudah reda.

"Lepas ni ada orang mahu interview bekerja di sini."

"Ok. Baiklah." Lalu setiausaha itu terus keluar dari bilik tuannya.
Gempa sambung dengan kerjanya sementara menunggu.











Kakinya menapak syarikat megah itu lalu menuju ke kaunter. Seorang gadis manis mengukir senyum seraya mengalu-alukan kedatangan dia.

"Ya encik?"

"Saya datang sini untuk interview."

"Ooh. Encik jalan depan tu je, lepas tu encik jumpa Puan Juliah, setiausaha syarikat ini."

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Terus dia menuju ke arah yang dimaksudkan oleh gadis jumpainya tadi. Dia memandang seorang wanita dalam usia 50-an sedang menyusun fail ke dalam rak.

"Maaf. Adakah puan ini ialah Puan Juliah?"

"Ooh. Ya saya?" Puan Juliah memandang jejaka di hadapannya. Rambut berwarna ungu mencacak naik seperti landak dan memakai cermin mata. Hmm. Pelik gayanya...

"Saya datang untuk interview bekerja di sini. "

"Ooh. Kamu ya? Prebat Fang? Kan?" soal Puan Juliah bertalu-talu. Dia hanya menggangguk. "Fail?" soal Puan Juliah. Terus dia menghulurkan failnya kepada Puan Juliah. Segala maklumat diteliti oleh Puan Juliah.

"OK, baiklah. Mari ikuti saya untuk berjumpa pengurus syarikat ini."

Fang tidak balas apa-apa pun, dia hanya mengikuti langkah Puan Juliah dari belakang. Setelah sampai, Puan Juliah mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik itu. Fang dibiarkan di luar dahulu.

Seusai menyerahkan fail itu kepada Tuan Gempa, terus Puan Juliah beredar.

"Baiklah Fang. Kali ini kau akan terima bekerja di sini," ucapnya sendiri. Tali lehernya dibetulkan, biar agak kemas. Fang terus menolak pintu tersebut.

"Fang?" soal Gempa, terkejut. Dia tersentak berjumpa kawan dahulunya berada di depan matanya.

"Err. Saya mahu interview bekerja di sini," jelas Fang.

"Ooh. Silakan masuk," alu Gempa seraya bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Setelah mengambil tempat duduk, Fang cuba menjadi profesional di hadapan pengurus syarikat tersebut ataupun sebenarnya kawan dia.

Setelah menemu ramah tentang peribadi Fang, akhirnya Gempa menyoal soalan yang begitu KBAT.

"Baiklah, saya nak tahu. Kenapa Encik Fang mahu bekerja di syarikat yang besar ini? Adakah Encik Fang akan bertanggungjawab jikalau kes-kes berlaku? Dan kenapa pula Encik Fang mahu bekerja syarikat kawan? Adakah sengaja kerana pasti dapat menerima tawaran kerja ini oleh sebab kawan? "tanya Gempa berbelit-belit. Fang menelan air liut kelat. Mak aih, memang betul KBAT!

Fang membetulkan posisi duduknya sebelum menjawab soalan dari Gempa.

"Kerana bekerja di syarikat besar merupakan impian saya sejak kecil. Walaupun mempunyai tanggungjawab berat, tetapi memang semua bekerja mestilah ada tanggungjawabnya. Dan lagi satu, saya mahu di syarikat ini bukan kerana kawan. Saya juga tidak pasti sama ada saya terima bekerja di sini atau tidak. "

"Ermm, bagus jawapan Encik Fang. Baiklah anda terima bekerja," kata Gempa. Tangannya terus menutup fail di hadapannya. Bibir Fang terus mengukirkan senyuman.

"Jadi saya dapat bekerja sebagai akauntan di sini?" soal Fang dengan nada gembira.

"Oops! Oh bukan sebagai akauntan. Tapi Encik Fang akan bekerja sebagai Hotel General Manager di hotel saya."

"What!" Tergamam Fang jadinya. Mana tidaknya, semua fail peribadi isi di dalamnya mengenai perkursusan bidangnya dalam akaun. Namun tiba-tiba saja menjadi jawatan bekerja lain.

"Jangan risau. Gajinya RM 6000 ke atas."

"Ta...tapi saya tidak tahu tugas kerja tersebut."

"Tidak mengapa. Encik Fang akan dibimbing oleh Encik Kaizo, head president di hotel saya."

Makin lagi terkejut adalah. Abang dia akan bimbing dia. Kejap, bila masa abang dia bekerja di hotel itu? Kenapa aku sebagai adik tidak tahu? Ahhh!

"Okey. Tiada masalah. Jadi..." Gempa memanggil Puan Juliah untuk membawa Fang yang masih tergamam macam patung.

Selepas mereka keluar, Gempa mengemas barang-barangnya di atas meja sebelum dia balik rumah.

Senyuman sinis terukir di bibirnya. Kelakar kerana teringat situasi tadi.  Selesai mengemas, terus Gempa keluar dari bilik pejabatnya.

So bab ni cam boring ehek. But next bab nanti Asy rasa ramai nak kaki kat Gempa. Hshsh. And yg umur Gempa amil  syarikat tu, memang mustahil. Ehek, lantaklah. Ni kan cite fanfiction, jadi sume nya perkara mustahil. K bye

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro