1
Gempa hanya memandang ibu ayahnya yang terlantar di atas katil, begitu juga adik-beradiknya. Bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidungnya. Dia tidak suka bau itu.
Waktu itu, dia sukar mengerti keadaan sekarang. Dia hanya budak 7 tahun, baginya polos memahami keadaan sekarang.
Kenapa ibu ayah tidur?
Kenapa mereka tidak mahu bangun?
Dengan perasaan yang yang ingin tahu dan soalannya yang tidak terjawab, dia memandang datuknya, Tok Abah di sebelahnya.
"Atok, kenapa ibu ayah tidur lama? Kenapa ibu ayah tidur di sini? Kan kita ada rumah?"soal Gempa.
Tok Abah tersentak mendengar soalan bertalu-talu dari cucu sulungnya. Matanya sungguh panas. Dia mengalihkan wajah ke arah lain.
"Atok. Atok nangis ke?" tanya Hali pula apabila dia sedar air mata mengalir di wajah yang berusia tersebut.
Tok Abah pantas mengesat air matanya kasar. Dia menggariskan senyuman kepada cucunya, berharap mereka tidak risau terhadap dia.
"Cucu-cucu atok, meh sini."
Tok Abah mengajak mereka mendekati katil ibu ayah mereka.
Mereka hanya menurut.
"Cium dahi ibu ayah dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka."
"Kenapa mahu ucapkan selamat tinggal kat ibu ayah?" tanya Taufan dengan mata berpinar-pinar. Tok Abah mengusap kepala Taufan.
"Atok suruh, tak boleh?" soal Tok Abah, dengan suaranya yang tiba-tiba saja serak.
"Boleh."
Mereka terus beransur-ansur mengucup dahi dan ucapkan selamat tinggal kepada ibu ayah mereka.
"Bagus cucu atok. Ermm, cucu atok lapar kan? Jom pergi restoran."
Mereka terus bersorak riang dan terus keluar dari bilik tersebut. Tok Abah hanya menggeleng kepala. Matanya jatuh memandang wajah anaknya dan mertuanya.
"Selamat tinggal. Hisk. Sepatutnya abah yang pergi dulu, tapi... Hisk!"
"Atok!!!"
Jerit Taufan dari luar.
"Ya, sabar!" sahut Tok Abah semula.
Dia menatap mereka berdua dengan perasaan sebak sebelum keluar dari bilik tersebut. Kejap lagi, jururawat akan memandi dan mengapankan mereka berdua.
"Tuan. Projek 763j sudah berjaya!" Setiausaha itu senyum lebar dan teruja mengumum berita gembira kepada Tuan Abah.
Ya. Sekarang syarikat yang dahulu milik anaknya kini diganti oleh bapanya.
Setiausaha itu sebenarnya amat kagum dengan kepintaran Tuan Abah. Walaupun umur makin berusia, tetapi akal tetap cekal juga. Seperti Tun Mahathir pula.
Tuan Abah atau boleh juga mesra dikenali sebagai Tok Abah hanya senyum saja melihat gelagat setiausahanya. Entah macam mana dia boleh terjebak dalam hal bisnes. Selalunya yang muda saja aktif dalam bisnes ini, dia sudahlah tua. Hanya mampu tahu bisnes kecil kokonya saja.
Sayangnya, dia tidak boleh kembali seperti kehidupannya dahulu. Melakukan perniagaan kecil, namun kini perniagaan besar dipegang. Perniagaan kokonya telah dia sedekah ikhlas kepada Kumar, anak sahabat baiknya. Lama jugalah dia tidak pulang ke Pulau Rintis, agak-agak bagaimana ya perniagaan Koko dahulunya itu? Sudah maju meluaskan empayar perniagaan ke?
"Ehem, Tuan Abah!"
Tok Abah terus kembali ke dunia realitinya. Anak matanya memandang setiausahanya yang masih kekal berdiri di hadapan mejanya.
"Ooh, maaf. Terberangan pula. Dah tua-tua pun berangan." Tok Abah ketawa kecil, begitu setiausahanya.
"Oh iya Tuan Abah. Tuan Abah tidak mahu pulang ke rumah. Mungkin cucu Tuan Abah sudah menunggu."
"Ooh. Betul juga. Nasib baik ingatkan. Apa-apapun, terima kasih kerana banyak membantu syarikat ini."
"Tidak apa-apa Tuan Abah. Saya hanya sebagai pekerja dan hanya melaksanakan kerja saja."
Setiausaha itu senyum nipis. Tok Abah menangguk. Dia keluar dari pejabatnya lalu menaiki kereta yang sudah lama ditunggu dengan penumpangnya.
Setelah sampai ke rumah banglo nya, dia terus membuka pintu rumah. Alangkah terkejutnya apabila tiba-tiba saja dia dipeluk oleh cucunya.
"Atok, kenapa atok balik lambat?"
"Atok, nak air koko special tu!"
"Atok!"
Haih, nasib baik dia tidak terjatuh akibat disergah oleh cucunya.
"Yelah yelah. Jom!"
"Yeah!"
Makanan sudah lama tersedia di atas meja mewah oleh pembantu. Cuma satu saja, minuman.
Cucunya mengada-nada sangat mahu minuman koko dari dia. Nasib baik senang saja untuk membuat minuman tersebut.
Sedang dia membuat minuman mereka, tiba cucunya yang berpakaian coklat memasuki dapur.
"Atok mahu Gempa tolong?"soal Gempa prihatin.
" Eh, takpe. Dah siap dah. Cuma letak ais je. "
" Biar Gempa ambil."
Gempa mengambil semangkuk yang berisi ais batu lalu dihulurkan kepada Tok Abah.
"Terima kasih Gempa. Rajin cucu atuk ni."
"Hehe."
Seusai dikacau minuman, Tok Abah masih melihat kelibat Gempa yang di sisinya tanpa berganjak langsung.
"Kenapa ni Gempa?"
"Hmm."
"Cuba cerita kepada atuk."
"Hmm. Sebenarnya Gempa fikir. Kalau atok dah tiada, siapa nak jaga kami?" soal Gempa. Air mata mengalir di tubir matanya.
"Ish, apa benda cakap macam tu. Kalau atok tiada..." Tok Abah mengelap air mata di wajah Gempa. "... Gempa kena janji dengan atok untuk menjaga adik-adik Gempa dengan baik." Lalu Tok Abah menggariskan senyum nipis.
"Hah?"
"Janji atok jaga mereka elok-elok."
"Err. Janji."
"Itupun my brave boy! Nah, bawa cawan-cawan ni. Atok pula angkat ni"
"Baik atok!"
Gempa mengukir senyum.
Jika sabar itu iman,
Namun pabila dicapai tahap,
Hidup tidak tenang,
Tapi jika sentiasa diingatkan,
Tiada pun mahu kesalinya.
*****
Aku tahu cringe😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro