41: Betina Murah
"Ummi, maaf Fatihah nak tanya..." Gadis bertudung litup berwarna putih itu berpaling ke arah Puan Munirah. Dia yang berbaju kurung putih bersulamkan bunga putih tampak berseri sekali walau asyik sakit pada hari sebelumnya. Senggugutnya pun makin menghilang.
"Tanyalah," balas ummi. Kedua-dua belah bahu Fatihah dielus ummi yang berdiri di belakang kerusi meja solek.
"Mana... Kakak dan abang Mahfuz? Hari ni kan Mahfuz nikah?" soal Fatihah polos. Mengapa dia tidak pernah lihat wajah adik beradik Mahfuz sepanjang duduk di sini? Hanya gambar di dalam bingkai sahaja dapat ditatap.
"Kakak dan abang Mahfuz duduk luar negara. Mereka tak balik Malaysia..." balas Puan Munirah. Mesej telah dihantar pada dua orang anaknya namun mereka seperti tidak endah.
"Mahfuz tak baik sangat ke dengan abang dan kakak dia?" tebak Fatihah. Lantunan imej wajah pada satah cermin dimenungkan. Terjongket hujung bibir kerana wajahnya kelihatan amat cantin selepas disolek. Habis hilang parut jerawat dibuatnya dengan solekan nipis.
"Bila anak kita dah besar... Kadang-kadang mereka memilih sendiri tak nak datang kembali pada kita. Mungkin salah ummi dan walid yang selalu lebihkan Mahfuz. Mahfuz anak bongsu, waktu kecil dia selalu sakit. Hanya sebab tu... Tapi ummi terima sahaja kalau dua orang anak ummi tak nak balik sampai bila-bila. Ummi masih ada Mahfuz. Mahfuz dah janji tak akan tinggalkan ummi dan walid. Dia pun sekarang ni tengah nak ambil alih pengurusan Balawi tu," terang Puan Munirah. Bibirnya membentuk senyuman nipis. "Jadi Fatihah jangan terasa kalau nanti tak dilayan kakak dan abang Mahfuz."
Tiada apa yang boleh dibalas melainkan anggukkan. Hairan juga, sudah punya ibu bapa yang baik pun anak-anak masih memilih untuk larikan diri. Dia ini tiada ibu bapa, menjadi pengemis kasih sayang di keluarga orang.
"Dah siap dah. Jom pergi ruang tamu," ujar ummi. Telapak tangan gadis muda itu dipegangnya.
Fatihah pun menapak perlahan-lahan mengikut langkah ummi. Rasa sebu di dalam perut mula terasa. Telapak kaki yang berstoking berwarna kulit menapak ke atas lantai berjubin.
Keluar sahaja bilik, matanya disapa dengan banyak wajah yang tak dikenali. Mereka duduk bersila di sekeliling ruang tamu meninggalkan ruang tengah yang lompong. Arif pula ada di sisi Mahfuz entah sedang sembangkan apa.
Apabila gadis itu semakin menghampiri khalayak ramai, mata-mata pula tertumpu padanya. Dia tertunduk malu.
"Ummi, kaki Mahfuz dah okay ke?" soal Fatihah perlahan bagi menghilangkan gugup di hati. Mujur ummi kekal memegang tangannya. Kalau tidak, nak duduk di mana pun dia tidak tahu. Duduklah gadis itu bersimpuh di bahagian muslimat. Ada anak-anak pelajar Mahfuz sedang memandangnya dengan senyuman penuh makna. Mungkin kerana tekaan mereka benar bahawa Ustaz Mahfuz sedang menjalin hubungan dengan Kak Fatihah.
"Semalam dia dah buka simen... Doktor izinkan. Lepas tu macam tu lah dia. Sekejap lagi mulalah sakit nak bangun," bebel Puan Munirah. Elok sahaja Mahfuz duduk bersila sedang kakinya masih belum sembuh.
Cuitan pinggang dari belakang mengejutkan Fatihah. Wajahnya menoleh lalu disapa dengan senyuman Mawar.
"Aku dah pujuk Luth datang," sengih Mawar. Bibir dimuncungkan ke arah sisi kumpulan lelaki. Seorang lelaki tidak berambut menangkap pandangan mereka. Terus Mawar duduk bersimpuh berdekatan Fatihah.
"Sampai sekarang ke kau takde nombor phone Mahfuz?" soal Mawar.
"Em... Tak," sengihnya. Mahfuz juga yang tidak minta. Tak kanlah dia mahu jual nombor sendiri, buat malu sahaja. Mereka bukannya banyak bersembang selepas bersetuju untuk kahwin. Lama-lama Fatihah juga fikir bahawa Mahfuz hanya permainkannya.
"Pelik la korang ni..." omel Mawar.
Bukan pelik, Mahfuz banyak mengajar perkara baharu pada Fatihah. Lelaki itu sudah tahu balasan setuju Fatihah padanya, maka itu sudah memadai. Mereka tidak sempat menjalin cinta kerana hanya mahu bercinta selepas bernikah. Kurangnya berhubung bagi mengelakkan peluang syaitan membisikkan maksiat. Kini, tiba juga hari pernikahan.
Pakaian Mahfuz biasa sahaja seperti pakaian harian. Lelaki itu berjubah putih bersih. Fatihah sedar lelaki yang dinikahi ini bukan seperti lelaki kebanyakan. Mahfuz tidak akan kaya hingga mampu beli dua tiga biji kereta kerana pekerjaannya hanya seorang ustaz di rumah pengajian. Mahfuz juga tidak akan keluar tengok wayang bersamanya nanti, kerana lelaki itu sudah dididik untuk kurangkan duniawi semenjak kecil. Ini pertukaran hidup yang amat besar dan Fatihah sudah siap menerima apa sahaja.
"Fatihah nak kenal siapa yang datang ni?" sapa ummi.
"Nak," jawab gadis itu.
"Yang datang ni... Semua kawan-kawan walid dan Mahfuz. Yang hujung sana tu ibu bapa angkat Mahfuz masa dekat Mesir. Orang-orang surau pun datang juga. Fatihah tahu... Ramai yang sayang Mahfuz, jadi mereka nak tengok siapa yang akan jadi isteri Mahfuz." Kekura tangan menantunya diusap lembut. Terasa sejuk kulit tangan Fatihah.
"Ini tempoh suci kedua Fatihah, kan?" soal Puan Munirah.
"Ya..." Haidnya telah berhenti semalam.
"Jaga diri elok-elok," balas wanita setengah abad itu. Buat masa ini hanya ummi dan walid yang tahu bahawa Fatihah pernah tidur bersama lelaki tika zaman jahiliyahnya. Mahfuz juga akan tahu tidak lama lagi.
Wali hakim telah hadir. Beberapa ucapan pendahuluan mula diberikan sebelum Mahfuz membuat akad bersaksikan dua orang lelaki.
Tidak sampai lima minit, telah selesai akad nikah berkenaan.
***
"Mumkin ata'aaraf 'alaik?" soal Mahfuz ketika duduk di sebelah simpuhan isterinya. (Mumkin ata'aaraf 'alaik= boleh berkenalan dengan kamu?)
Para tetamu sedang menikmati jamuan selera di bawah khemah putih yang telah dipasang di atas jalan sana. Tinggal Fatihah sendiri yang tidak punya selera untuk menjamah apa-apa.
Kening gadis itu berkerut tidak faham. Wajah lelaki berserban putih itu terus dipandang lama.
Mahfuz tersenyum sahaja lalu menggeleng. "Jawablah Itfaddhal." (Itfaddhal =silakan.)
Wajah terpinga-pinga Fatihah di sebalik selendang putih ditilik mata hazel Mahfuz. Dia sedang menanti Fatihah membalas bicaranya. Persalinan serba putih Fatihah itu membuatkan Mahfuz makin selesa buat memandang. Lafaz halal telah diungkap, maka cinta mereka boleh berputik.
"It.. Faddhal," jawab Fatihah. Rasa malunya bergelora dalam dada. Dia tidak menduga Mahfuz akan tiba-tiba datang dan duduk di sudut ruang tamu ini.
"Ismak ee?" balas pula Mahfuz. Para pelajarnya sedang makan di luar sana. Dapatlah duduk di sini berduaan. Kekura tangan Fatihah disentuh lelaki itu buat kali pertama. Rasa takut Fatihah berkurangan kerana dengan Mahfuz, ketenangan menyelimuti jiwa. (Ismak ee= apa nama kamu)
Mata gadis itu jatuh ke bawah. Bersembang pun jarang, tiba-tiba Mahfuz memegang tangannya selamba. Degupan jangung kencang di dada melihat tangan kasar Mahfuz mengusap cincin yang tersarung di jari manisnya. "Nak ja-jawab apa?"
"Jawablah... Ismi Faatihah." Lelaki itu membalas dengan lembut. Tangan Fatihah dielusnya sambil cincin sarungan ummi tadi dibelek. (ismi Fatihah= nama saya Fatihah)
Fatihah akur meski sebutannya tidak sesedap Mahfuz. "Ismi Fatihah."
Mata lelaki itu memang sedang menenung wajah merah sang isteri. "Sebut yang ni pula... Bitbussili kida leyh?"
(Bitbussili kida leyh= kenapa melihat aku begitu?)
"Bit..." Fatihah menggeleng tidak mampu menyebut. Bahasa Arab yang diguna pakai Mahfuz ini bukannya bahasa formal. Dia sedang menggunakan bahasa pasar dialek Mesir. Lagilah Fatihah terpinga-pinga.
"Bitbussili... Kida... Leyh," ulang Mahfuz satu per satu. Gerakan bibir lelaki itu diperhatikan Fatihah. "Maksudnya kenapa melihat aku begitu?"
"Bitbussili. Kida. Leyh." Fatihah tersenyum kecil kerana berjaya menyebut. Dia juga tertanya mengapa Mahfuz pandangnya begini. Rasa takut pun ada.
"Hasseyt bihaaga ghariibah fi alby," luah Mahfuz. Riak wajahnya dibuat-buat keliru juga. Telapak tangan gadis itu diletakkan pada dada yang beralas jubah putih. (Hasseyt bihaaga ghariibah fi alby= Aku merasa ada sesuatu yang aneh dalam hatiku)
Fatihah terpegun dengan kefasihan suaminya berbahasa Arab. Dia setia mendengar walaupun tidak faham. Apa asbab tangannya di dada Mahfuz pun tidak tahu.
"Ana bahibbaki," sambung Mahfuz. (Ana bahibbak= aku mencintaimu)
Tika kalimah itu disebut, matanya menusuk terus ke retina Fatihah. Fatihah bagai tahu apa maksud ayat yang terakhir.
"Ana aydhan," balas gadis itu. Senyumannya terbentuk bahagia. Terima kasih pada pelajar muslimat di Balawi yang ada mengajarkannya kalimah buat mengungkapkan cinta. Dia tahu apa maksud Mahfuz, dan dia juga tahu apa hendak dibalas. (Ana aydhan= saya juga)
Mahfuz tertawa halus, keningnya terjongket sebelah. "Mana tahu kena balas macam tu?"
"Pelajar awak ajar..." jawab Fatihah.
Lelaki itu mengangguk faham. Telapak tangan isterinya diletak kembali ke atas riba. "Saya cuma nak cakap..." Wajah yang menekur diangkat Mahfuz. "Saya nak cakap terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Walau kita tak bercinta macam orang lain sebelum ni... Baru sekarang nak bercinta. Rasa kekok sikit, kan?"
Fatihah tersedar satu perkara. Mahfuz suka menaikkan keningnya tika bercakap. Tangan lelaki itu disalam dan dikucup Fatihah. Mahfuz hadir ke dalam hidupnya membawa jalan hijrah yang penuh makna. Dia tidak akan dapat sampai ke tahap itu tanpa Mahfuz. "Kita boleh bercinta sekarang," ujar Fatihah.
Lelaki itu pun menundukkan wajah, bibirnya dilabuhkan ke atas ruas dahi Fatihah.
Terkedu gadis itu seketika. Selepas akad, suaminya hanya membacakan doa dan langsung tidak menyentuhnya. Tahulah dia, percintaan akan mula terjalin mulai saat itu dan hingga ke akhir hayat.
"Saya sayang awak kerana Allah," bisik Mahfuz.
***
Kelihatan seorang lelaki berwajah bengis sedang menanti di bahu jalan. Keretanya terparkir berdekatan.
"Ustaz, ada orang nak jumpa," ujar salah seorang dari pelajarnya yang sedang menyusun kerusi seusai majlis makan.
Mahfuz terus menoleh ke kanan, begitu juga Arif. Dia kenal siapakah si fulan yang sedang menantinya. Arif yang pada mulanya hendak hadir sekali dilarang Mahfuz. Ada hal peribadi yang belum selesai. Aib Fatihah harus dijaga baik. Fatihah itu isterinya yang sah.
Tanpa berlengah, langkah diatur perlahan-lahan ke arah lelaki itu. Kaki Mahfuz masih sakit, dia seharusnya duduk berehat dan tidak membuat kerja berat. Tongkat ketiak masih digunakan dek tak mahu terlalu menjejak ke tanah.
"Ada apa ya?" Mahfuz mendekati Khairul. Penat di wajah Mahfuz kerana masih belum berehat seharian.
"Kenapa kau kahwin dengan girlfriend aku?" berdesup soalan bengang lelaki itu. Hatinya benar-benar sakit melihat majlis pernikahan Fatihah telah berlangsung tanpa masalah. Biar dia yang menambahkan sedikit rencah. Baru Fatihah tahu apa asal kejadiannya.
"Maaf. Dia isteri aku," balas Mahfuz.
"Kenapa kau tergamak ambil bekas orang? Takde betina lain ke?" soal Khairul tidak puas hati.
"Aku tak nak tahu apa hubungan kau dengan dia. Silakan balik rumah kau," ujar Mahfuz. Sedikit demi sedikit hati itu mula menerima bahawa Fatihah pernah mempunyai zaman silam yang gelap. Isterinya tidak punya dara.
"Kau tak nak tahu?" Khairul berdecit. Bahu lelaki berserban itu ditolaknya perlahan. "Kau patut tengok macam mana aku layan dia macam haiwan setiap malam. Kau patut tengok macam mana aku rabakkan dia punya tu... Dari hujung rambut hingga hujung kaki isteri kau aku dah sentuh," hambur Khairul.
Mahfuz cuba untuk kekal bertenang di situ.
"Kenapa kau nakkan isteri yang pernah tidur dengan orang lain? Yang dah pernah kena sentuh dengan aku? Kau ingat dia ada maruah ke? Kau ni bodohlah," tambah Khairul lagi. Riak wajah Mahfuz bertukar tegang.
"Aku dah pernah tindih badan dia. Kau tahu dia cakap apa dekat aku dulu? Dia minta nak lagi abang... Nak lagi... Aku pun bagilah sampai dia puas. Barulah dia nak diam..." Tergelak besar Khairul di hadapan Mahfuz. Wajah simpatinya ditayang penuh kepalsuan.
" Kau dapat sisa aku. Dia tu cuma barang mainan aku, tempat aku lepaskan nafsu... Dah banyak kali aku ratah dia. Dah banyak kali dia minta aku puaskan dia... Gambar bogel dia pun aku ada. Gambar aku dengan dia atas katil pun aku ada. Betina yang kau kahwin tu kotor macam haiwan. Haiwan yang senang aku nak bodohkan dan buat dia melutut cari aku." Khairul tidak akan sesekali melepaskan Fatihah.
" Dah?" balas Mahfuz.
"Belum," geleng Khairul. "Memang sedap bila kau main dengan dia. Kau beruntung dapat betina yang pandai layan lelaki. Dia akan layan kau sampai kau puas malam ni. Malam pertama, kan? Nanti bila kau dah puas atau tak larat nak layan dia... Panggil aku. Biar aku yang puaskan betina tu pula. Dia memang nafsu besar sikit. Takut kau yang warak ni cepat penat. Kau mana biasa pegang perempuan. Nanti dia baru panaskan badan, kau dah-"
DUSH
Kesabaran Mahfuz telah sampai ke penghujung. Pandangan helang Mahfuz menusuk lelaki sampah itu. Dia tidak boleh menerima isterinya terus dihina begini.
Terasa bengang pipi Khairul. Senyuman nipisnya terpamer di wajah."Isteri kau tu sisa sampah. Haiwan. Betina murahan. Kawan-kawan aku beratur nak rasa dia..."
"Kau balik sekarang. Rumah ni tak alu-alukan kedatangan kau. Semua yang kau cakap tu hanyalah Fatihah yang lama. Fatihah yang tu dah tak ada." Mahfuz benar-benar marah. Sebelum penumbuknya melayang lagi, lebih baik Khairul berhambus.
"Kau ingat kau mampu nak tukar betina murahan jadi bidadari syurga?"
"Aku mampu." Degupan jangung begitu kencang di dada. Ditahan saja rasa sakit itu. Dia tidak mampu menahan rasa marah ini jika melibatkan gadis yang dia sedang cintai. Bahagian kiri dada disentuh perlahan. Tongkat ketiaknya dilepaskan ke tanah. Peluh merenik di dahi saat itu.
Setelah kereta panduan Khairul beredar, Arif segera datang kepada sahabatnya. "Mahfuz... Masuk dalam. Rehat."
Lengan Mahfuz dipegang erat.
***
votexkomen
***
Khairul ni sibuk je nak kacau orang, habis dia ungkit depan Mahfuz :')
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro