38 : Gadis sunti
"Ummi..." Mahfuz sudah penat menunggu. Dia yang terduduk di kerusi dapur menanti ketibaan Fatihah semenjak tadi. Hari ini lelaki itu pilih untuk duduk berehat di rumah memandangkan semalam dan hari-hari sebelum telah dia penuhi dengan banyak pergerakan.
"Ya?" Puan Munirah memperlahankan api dapur sebelum datang kepada anaknya.
"Mana Fatihah?" soal Mahfuz. "Bukan ke dia selalu datang waktu tengah hari untuk tolong ummi masak?"
Hairan pula. Rancangan untuk berbual dengan gadis itu tergendala. Di rumah pengajian, Mahfuz tidak boleh bersembang dengan Fatihah kerana banyak mata-mata yang memandang. Nanti para pelajarnya sibuk mahu memasang telinga dan membuat spekulasi.
"Dia kata dia tak sihat." Ummi berlabuh di kerusi berdekatan Mahfuz. "Semalam pun dia tak datang ke sini."
"Sakit ke? Dah bawa pergi klinik?" Terpancar kebimbangan pada wajah lelaki itu. Patutlah semalam pun batang hidung Fatihah tidak kelihatan.
"Dia senggugut sejak semalam. Katanya sakit sangat sampai tak boleh nak berjalan."
"Ummi tak tengok dia?" Pelbagai persoalan mula bermain di minda Mahfuz. Keinginan untuk melihat gadis itu bertambah.
"Insya Allah petang ni ummi nak ke Balawi. Kesian pula dia sorang-sorang dalam bilik. Balqis pula mengajar dekat kelas." Wajah ummi juga tidak tenang memikirkan keadaan Fatihah. Dia harus melawat gadis itu. Tumisan cili yang telah pecah minyak memanggil Puan Munirah untuk ke kuali. Sudip mengacau tumisan itu sebelum potongan ayam dimasukkan.
"Ummi tolong tengokkan dia, ya? Adik risau kalau Fatihah sampai tak keluar bilik langsung." Mahfuz tersenyum nipis. Belakang badan dirapatkan ke bahu kerusi. Tanpa sengaja tongkat ketiaknya jatuh mencium lantai. Mahfuz terbongkok mahu mengambil tongkatnya.
Kehadiran satu tangan yang tiba-tiba mengangkat tongkat itu mengerutkan kening Mahfuz. Lantas lelaki itu mendongak.
Kelihatan wajah bersih Balqis sedang tersenyum ke arahnya. Mahfuz tahu Balqis sedang tersenyum berdasarkan lekukan mata dan naiknya pipi meskipun ditutupi sehelai purdah.
"Nah," ujar Balqis. Dia meletakkan tongkat Mahfuz bersandar pada meja.
"Mana Fatihah?" soal Mahfuz. Tidak sempat pun berterima kasih kerana lebih risaukan gadis itu. Makin lama, hatinya makin terpaut pada Fatihah.
"Ouh, dia tengah tidur. Dari pagi kerjanya tidur je," jawab Balqis selamba. Hatinya sakit tatkala Mahfuz menyebut nama musuh itu. Dia sudah pakai cantik-cantik begini pun Mahfuz tidak terdetik untuk memujinya. Baju abaya berwarna merah jambu dikenakan dengan selendang dan purdah baby blue tampak sangat menawan. Bahkan terdapat beberapa biji batu Swaroski pada helaian lapisan tudung bawal labuhnya.
"Dia betul-betul sakit?" soal Mahfuz lagi. Hatinya tidak tenteram selagi tidak mendapat jawapan yang jitu.
"Ustaz Mahfuz, kenapa kamu ni sibuk nak ambil tahu tentang wanita ajnabi?" bidas Balqis. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan serong. Dalam hatinya terdapat sangkaan bahawa Mahfuz memang digoda Fatihah habis-habisan. Itu yang makan tak kenyang, mandi tak basah selagi tak dapat lihat wajah Fatihah.
Mahfuz tidak dapat memberikan jawapan. Pandangannya jatuh menekur meja.
"Kamu ni ustaz, kan?" hentam Balqis lagi.
"Balqis, dah makan?" Puan Munirah berpaling melihat gadis berpurdah itu. Dia tersenyum kecil mengalu-alukan kedatagannya.
"Belum, ummi." Tangan bonda Mahfuz disalam. Dia meninggalkan Mahfuz dengan perasaan bersalah. Biar lelaki itu tahu yang Fatihah tidak layak mendapat keprihatinannya. Masakan ummi dilihat Balqis.
"Ummi tengah masak. Balqis dari Balawi?" soal ummi.
"Ya. Lapar sangat sebab dekat sana tak ada makanan. Mujur rumah ummi dekat je," jawab Balqis. Dia tersenyum manis kerana Fatihah tiada di sekitar rumah.
"Balqis duduklah dulu. Sembang dengan Mahfuz. Nanti ummi bagi makanan, boleh makan sama-sama dengan Fatihah dekat Balawi." Lembut pertuturan sang ibu. Dia mahu menyudahkan kerjanya terlebih dahulu.
Tika Balqis mahu duduk di kerusi, Mahfuz pula hendak bangun. Dia mencapai tongkat ketiaknya.
"Mahfuz, duduklah dulu. Kita berbual sementara tunggu makanan masak. Kan ada ummi dekat sini?" Gadis itu cepat-cepat menahan Mahfuz pergi. Mereka tidak duduk berdua di dapur, jadi tidak ada salahnya.
Papan punggung masih utuh pada kerusi. Tongkat itu digenggamnya erat. Sebaris ayat Balqis tadi telah berjaya membuatkan hati Mahfuz tergores. Cara percakapan Balqis pun seolah merendahkan dirinya padahal dia hanya mahu tahu perihal Fatihah. "Berbuallah dengan ummi. Ana nak masuk bilik."
Sungguh Balqis terkilan. Usahanya selama ini tidak pun menunjukkan hasil ke atas Mahfuz. Sia-sia sahaja dia melaburkan banyak duit.
"Fatihah kata dia tak nak kamu ganggu dia lagi," cerita yang dibuat-buat dilihat cara paling mudah untuk menetapkan Mahfuz terus duduk di situ.
"Kenapa?" Mahfuz menaikkan kening.
"Tak tahulah kenapa. Tapi malam-malam dia akan duduk sendiri sambil menangis. Ana ingat kamu yang patahkan hati dia," khabar Balqis. Hanya separuh cerita yang diputar belit.
Hal itu membuatkan Mahfuz terdiam. Dia tidak pernah pun mengganggu Fatihah. Hanya terkadang Mahfuz mengirim salam melalui pelajarnya untuk ke Fatihah. Habis kening lelaki itu berkerut tidak faham.
"Lebih baik kamu jauhkan diri dari dia. Dia bukannya perempuan yang baik. Takut nanti kamu yang terkena fitnah," tambah Balqis lagi. Dilihat pada Fatihah yang tidak punyai apa-apa itu pasti godaan yang akan digunakan untuk menundukkan Mahfuz yang lurus ini. Balqis harus elakkan semua itu daripada terjadi agar dia dapat memegang hati Mahfuz kembali.
" Apa maksud kamu dengan... Bukan perempuan yang baik?" Mahfuz menanti jawapan gadis berpurdah di hadapannya.
"Kamu tengah berkenalan dengan dia, kan? Kena ingat... Selagi tak duduk sebumbung kamu takkan kenal orangnya bagaimana. Ana dah duduk sebumbung, jadi ana tahulah Fatihah sebenarnya perempuan yang macam mana di belakang kamu." Hati Balqis sedang bersorak kemenangan.
" Apa dia buat? "
"Kalau ana beritahu, mungkin kamu akan terkejut. Tapi ini aib dia, lebih baik ana diamkan saja. Biar kamu yang tahu sendiri sebelum nak buat dia jadi isteri. Sebab tu ana pelik... Kenapa bukan ustazah lain yang kamu berkenan?" hairan sungguh Balqis. Dia memandang ke dalam anak mata hazel lelaki itu. Cubalah Mahfuz terjatuh padanya dengan pandangan, tidak perlulah dia melangkah sejauh ini. Cintanya pada Mahfuz tidak berbalas dengan kehadiran Fatihah.
Dengan cinta ini juga dia sanggup berbuat apa sahaja.
"Jangan suka hanya kerana nafsu. Kalau kamu tergoda dengan badan dia, ingatlah yang ramai pasangan dekat luar sana bercerai bila dah bosan dengan pasangan. Mahfuz, kamu kena fikir masak-masak tentang tujuan kamu berkahwin dengan seorang perempuan. Kamu tu ustaz," tambah Balqis. Tanpa segan silu dia asyik mengungkit bentuk tubuh Fatihah.
Entah mengapa Mahfuz amat tidak selesa tika bercakap dengan gadis itu. Pasti nanti akan hadir satu perasaan untuk dia cepat beredar. Matanya tidak pun memandang iris Balqis. Sekilas dipandang sudah dia tahu gadis itu ada memakai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Mungkin walid tahu.
***
Laju langkah dihayun untuk ke kereta waktu senja itu. Selesai sahaja mengajar di rumah pengajian dia bergegas hendak ke sebuah tempat. Balqis mengeluarkan segugus kunci dari beg tangannya.
"Ustazah," panggil Ikhwan. Pelajar lelaki berjubah putih itu segera mendapatkan Balqis. Mereka berdua berdiri terpacak di hadapan pagar Balawi.
"Ustazah dan nak balik?" Ikhwan tersenyum manis melihat gurunya.
"Ya, kenapa?"
"Tak ada apa. Cuma rindu nak tengok ustazah. Cantik ustazah hari ni. Rasanya tak boleh tidur lena saya malam ni," ujar Ikhwan. Matanya disajikan dengan wajah Balqis yang berseri-seri. Pemakaian Balqis pun indah mata memandang.
"Terima kasih, pergilah balik asrama kamu." Balqis tersenyum kekok. Sejak dua menjak ini Ikhwan sering datang kepadanya. Remaja setahun jagung itu sentiasa memerhatikan Balqis di luar mahupun di dalam kelas.
"Sama-sama. Esok ustazah datang pukul berapa? Mungkin kita boleh duduk sama-sama dulu. Oh, lupa nak tanya. Ustazah ni dah berpunya ke?" Dalam angauannya, Ikhwan masih punyai budi bahasa. Dia bahagia walau dapat melihat Balqis dari jauh.
"Ana dah bertunang," balas Balqis. Dia tak mahu Ikhwan terus menganggunya. Walau sudah jauh merentas negeri, dia masih mempunyai ikatan tali pertunangan dengan Imran. Cincin yang tersarung pada jari sengaja diangkat.
Wajah Ikhwan bertukar sedih. Barangkalu terkilan agaknya.
Balqis tersenyum nipis. Langkah dipercepatkan ke kereta. Hari ini sudah bertarikh 15 hari bulan. Malam akan mengambang penuh di langit sana bila mana matahari sudah terbenam.
Enjin kereta dihidupkan lalu pacuan empat roda itu laju menyelusuri jalan raya. Panggilan dari tunangnya dibaikan sahaja. Pemanduan diteruskan. Dari jalan besar, Balqis pandu ke jalan denai yang mempunyai hutan di kiri dan kanan. Tibanya di sebuah kawasan kampung yang dikelilingi kebun getah. Dia melepaskan purdahnya setelah masuk ke tempat itu.
Mata dilirikkan ke sekeling. Panggilan Imran tidak lagi kedengaran kerana telah terputus talian.
Tekadnya hati mahukan Mahfuz. Gadis itu sanggup menyediakan duit ribuan ringgit untuk membayar pengeras atau sihir yang telah dihantar. Kereta tayar berhenti di bahu jalan.
Balqis mengambil tudung sarungnya dan menggantikan tudung yang dipakai. Dia tidak mahu orang membuat salah sangka pada gadis bertudung labuh. Lalu tudung sarung hitam dikenakan pada wajah. Sebarang make up ditanggalkan Balqis dengan tisu basah. Dia siap sedia buat bertemu dengan perempuan tua itu sekali lagi. Wang di dalam sampul surat digenggam erat.
Balqis melangkah ke perkarangan rumah kayu usang yang menantinya. Dia mendongak ke langit senja. Telah hampir matahari terbenam. Kasut ditanggalkan gadis itu. Dia melulu masuk kerana Nek Su telah memanggil.
Derapan tapak kaki sendiri kedengaran di atas bilahan lantai kayu. Suasana suram naik ke atmosfera. Balqis tidak akan hadir ke sini melainkan kerana Mahfuz. Dia sudah lama mencintai Mahfuz. Cukup lama untuk membuatkan dia jadi seangau itu. Cintanya pada Imran tiada. Hanya si ayah yang menyusun atur pertunangannya dengan Imran. Meteka tidak disatukan jua setelah setahun lamanya kerana Balqis berdegil. Pelbagai alasan diberikan padahal hati masih mahukan Mahfuz.
Bersimpuhlah gadis sunti itu di atas lantai papan. Wang pengeras diletakkan ke atas bentangan kain kuning.
"Kau tipu aku," Nek Su mencerlung tajam ke arah Balqis.
"Perempuan yang kau serahkan pada aku tu bukan anak dara. Dia dah takde dara," geleng nenek tua itu. Matanya seolah-olah mahu menembusi waja Balqis.
Balqis terkelu. "Saya tak tahu, nek."
"Aku tak nak duit kau." Sampul surat yang diletakkan Balqis diambil Nek Su. Api mula memakan wang kertas di dalam sebuah bekas besi.
"Aku nak anak dara sunti," bisik Nek Su. Figura yang bongkok tiga menakutkan Balqis.
"Nek pun tipu saya. Lelaki yang saya nak langsung tak pandang saya," bangkang Balqis. Habis duit simpanannya dijilat api.
"Aku tunaikan... Sesiapa yang pakai minyak pengasih tu akan tergila-gilakan kau. Kau tak sedar? Ada seorang budak lelaki sedang ikut kau?" Nek Su tersenyum sahaja. Dia menggeleng simpati.
"Ikhwan..." bisik Balqis. Dia langsung tidak perasan akan perubahan Ikhwan. Pelajar tahfiz itu asyik memandangnya seolah-olah mengharapkan sesuatu.
"Ya, budak tahfiz tu. Kau tak boleh buat apa-apa dekat Mahfuz sebab dia terlindung. Sihir pemisah yang aku hantar pun tak berkesan ke atas dia. Cuma perempuan yang kau minta sahaja tengah menderita sekarang ni." Terkekek nenek tua itu ketawa melihat wajah cuak Balqis.
Jantung Balqis berdetak makin laju. Jarinya telah pun menggigil ketakutan. Kenapa dia tidak tahu yang Fatihah bukanlah perempuan suci? Kenapa dia berani pertaruhkan maruah diri untuk Mahfuz? Ya... Kerana dia terlalu cintakan Mahfuz sejak dahulu lagi.
Cinta ini memaksa dia bertindak diluar kawalan.
" Aku nak bayaran aku. Seorang gadis sunti untuk anak-anak aku. Kalau kau tak beri sebelum tengah malam hari ini... Kau yang akan jadi korbannya. Anak-anak aku tengah lapar." Pisau berkarat dihalakan pada batang hidung Balqis. Pelbagai bunyi mula mendatangi pendengaran Balqis tatkala matahari telah terbenam. Dia semakin luluh.
Kepala dijatuhkan akur. Langkah longlai dibawa ke kereta yang terparkir. Balqis amat buntu tika itu. Walau berseorangan di dalam kereta, dia dapat merasakan ada mata yang memerhati. Lalu Balqis menoleh ke kiri dan kanan.
Pedal minyak ditekan kaki, lajunya kereta keluar dari kampung di tengah hutan getah itu. Dia memasukkan gear kereta. Jalan besar dibelah tanpa fikirkan apa-apa melainkan mahu menyelamatkan diri sendiri.
Kringgg
Hampir pecah jantung Balqis yang ketakutan. Nama Imran terpamer di skrin telefon. Balqis mengankat laju.
"A-awak..." bisik Balqis. Air mata tidak dapat dikawal. Jatuhlah membasahi pipi.
"Balqis, kenapa ni? Saya call awak dari semalam awak tak angkat pun. Ayah call pun awak tak angkat juga. Awak okay tak? " suara Imran dihujung talian kedengaran amat bimbang.
"Awak... Saya nak kahwin dengan awak malam ni..." Itu sahaja peluang yang ada untuk menyelamatkan diri. Dia harus mengorbankan daranya pada lelaki lain sebelum jin-jin datang meratahnya. Tidak kisahlah Imran mahu atau tidak, malam ini juga dia akan pulang ke Kelantan dan menyerah diri pada lelaki itu.
" Balqis, awak okay tak ni?"
"Tolonglah, Imran. Tolong kahwin dengan saya... Tsk..." Teresak-esak gadis itu menangis. Bunyi cakaran pada cermin kereta asyik mengganggu dia.
"Awak tengah drive nak ke Kelantan ke? Dari Selangor?"
"Ya... Saya takut..."
"Jangan. Biar saya datang sana dengan motor saya. Awak tunggu ya? Nanti saya beritahu ayah yang saya nak kahwin dengan awak malam ni. Sabar tau?"
Begitu baik lelaki yang sedang menjadi tunangnya. Ayah Balqis telah lama berkenan dengan jejaka bernama Imran itu. Balqis sahaja yang buta cintakan Mahfuz. Dia merasakan Mahfuz itu lebih mulia berbanding Imran dan lebih layak untuk menjadi suaminya.
Cintanya tertulis nama Mahfuz. Andaikan orang yang jatuh cinta itu boleh memilih, pasti dia akan pilih untuk tidak jatuh cinta selamanya.
***
votexkomen
***
double update! sorry typo. apa jadi dekat Fatihah? :(
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro