37 : Mimpi ngeri
Tersebek-sebek Fatihah memandang Mawar. Dia tidak membenarkan rakannya mengemas pakaian. Baju yang baru dilipat dibuka kembali.
"Ish... Budak ni..." geram Mawar. Kain baju ditarik menjauhi gadis itu.
"Janganlah pergi," marah Fatihah pula. Ini akan jadi malam terakhir mereka berdua tidur sekatil. Sarat di hati mahu melepaskan Mawar pergi.
"Luth dah jadi suami aku... Esok dia akan keluar hospital. Aku kena bawa dia balik rumah flat kitorang dulu. Untuk selesaikan bayaran sewa rumah.. Kemas barang...," terang Mawar. Dia sendiri tak mahu berpisah dengan Fatihah namun ada tanggungjawab menanti. Harus didahulukan suaminya yang sedang sakit. Ijab kabul diangkat dengan mudah. Dia dan Luth pergi ke pejabat kadi siang tadi bersama-sama ibu dan Hakim tika waktu outing hospital.
"Aku tak nak duduk berdua dengan Balqis. Dia tu... Macam tak suka aku," keluh Fatihah. Sepahan baju yang dibuatnya diambil kembali. Dengan lemah gadis itu melipat baju rakannya.
"Jaga-jaga tau dengan dia. Aku tak sedap hati bila tengok kau dan Mahfuz." Bukaan bagasi dilebarkan. Baju-baju mula disusun dengan kemas memenuhi ruang.
"Aku risau... Kalau dia nak rampas Mahfuz dari aku. Kau tahu kan... Susah aku nak ambil hati ustaz-ustaz macam Mahfuz tu. Takut usaha aku ni sia-sia je."
"Pandai ya kau ambil hati Mahfuz?" seloroh Mawar.
"Mestilah," Fatihah tersenyum sendiri. "Kalau nak harapkan dia yang mengorat aku, memang tidaknya. Tapi terima kasih pada ummi yang beri aku jawapan bocor. Setidaknya aku tahu dia suka makan apa, apa yang akan buat dia gembira dan perkara yang menyenangkan dia."
"Kalau macam tu kau kena mengorat dia betul-betul tau," bersungguh Mawar memberi semangat. Matanya jadi bulat menunjukkan keazaman yang tekad.
"Zaman sekarang ni ramai perempuan bujang. Aku kena dapatkan Mahfuz sebelum perempuan lain ambil dia," balas Fatihah.
"Bagus... Macam ni lah baru kawan aku!" Ketawa sahaja Mawar pada malam itu. Dia menggeleng melihat perangai Fatihah ini. Sekejap murung, selepas itu dia bersemangat pula. "Kau kena kuat tau? Sebabnya... Kau pilih Mahfuz, jalan yang kau ambil ni berbeza. Aku dan kau orang biasa je, Mahfuz pula orang-orang alim. Aku tahu ada banyak cabarannya nanti."
Fatihah tersenyum nipis. Satu lipatan kain diletakkan ke dalam bagasi lalu dia berbaring di sebelah Mawar. Rasa mengantuk telah menjengah. " Kalaulah dia tolak aku lepas tahu aku ni dah takde dara... Kalau Khairul datang dan burukkan aku depan Mahfuz, aku redha. Cinta antara dua darjat... Memang susah, kan?"
Jam menunjukkan pukul 12 malam.
"Susah. Tak semudah aku dan Luth untuk kau bersatu dengan Mahfuz. Tapi... Setiap orang ada ujian masing-masing. Aku ada suami yang sakit kanser. Kami kena cari duit untuk rawatan Luth. Ini cabaran aku bila berkahwin dengan Luth. Kau juga akan ada cabaran dan ujian kau. Jadi, janganlah putus asa tau?" pujuk Mawar pula. Pipi Fatihah ditampar lembut.
"Okay..." akur Fatihah yang telah lemah kerdipan mata. Dia memandang wajah rakannya yang mula kabur sebelum jatuh ke alam lena sepenuhnya. Tidurlah gadis kecil itu setelah penat seharian menjadi tukang masak tak berbayar untuk pelajar-pelajar tahfiz.
***
Rasa tangan yang melingkar di pinggang membuatkan Fatihah terjaga dari tidur. Dia menoleh ke kanan bagi melihat tangan siapakah itu. Apabila berpaling, kedua matanya bertaut dengan sepasang mata hazel yang sedang memerhatikan semenjak tadi. Gadis itu amat terkejut lalu mahu menjerit. Sayangnya jeritan dia tidak terkeluar dari anak kerongkong.
"Sayang..." bisik lembaga jelmaan Mahfuz. Rupanya amat sama sekali. Hangat nafas Mahfuz menampar jinjang leher Fatihah.
"Awak, lepas..." pinta Fatihah. Tangan lelaki itu mula memeluk tubuhnya erat.
Jantung Fatihah berdegup kencang. Dia rasa takut buat memandang Mahfuz yang sekarang ini. Lelaki itu tidak pun berbaju malah seolah mahu lakukan perkara yang tidak baik pada dirinya. Dia tersepit di dalam pelukan Mahfuz.
"Kenapa marah saya ni?" soal Mahfuz.
"Lepas... Kita belum kahwin. Jangan..." balas Balqis. Matanya terpejam erat.
"Mana ada," nafinya. Telapak tangan kasar lelaki itu merayap pula di perut Fatihah. Diusap abdomen gadis itu berlapikkan baju. "Ni ada baby."
Fatihah terkejut besar. Dia sendiri memegang perutnya yang telah memboyot. Habis sejuk hujung jemari gadis itu. Liurnya menjadi kesat.
"Ni anak siapa?" Mahfuz melangutkan dagu Fatihah. Mata hazelnya mahu menikmati wajah gadis itu dari setiap sudut.
Fatihah menggeleng dalam takutnya.
"Ni anak siapa!" Suara lelaki itu naik seoktaf.
Berdesing gegendang telinga Fatihah. Air matanya sudah berlinangan jatuh menuruni lekukan wajah. Apa semua ini, ya Allah?
"Aku tak pernah sentuh kau lagi... Tapi kau dah mengandung. Ni anak haram mana?" Mahfuz kelihatan benar-benar marah. Lelaki itu telah bangun duduk di sisi Fatihah. Dia membongkokkan badan dan mencengkam rahang gadis itu dengan kuat sekali.
"Tak-" Terketar-ketar Fatihah mahu menjawab. Dia melihat boyot perutnya dengan ekoran mata. Dada menjadi semakin sesak.
"Dasar perempuan murah," ujar Mahfuz separa berbisik. Matanya sedang memerah menahan api kemarahan. Dalam keadaan bengang, lelaki tidak berbaju itu merapati Fatihah. Dia menanggalkan baju gadis itu dengan kasar seperti mahu melepaskan geram.
Air mata berlinang terus menerus. Fatihah terkelu dia dinodai lelaki yang dihormatinya. Rasa sakit menjalar ke seluruh tubuh apatah lagi pada bahagian rahim. Wajah Mahfuz yang puas melepaskan marah dipandang Fatihah. Fatihah menarik kain selimut bagi menutupi tubuh sendiri yang terdedah. Perutnya yang memboyot tiba-tiba terasa sakit. Belum habis lagi rasa sakit dirogol Mahfuz, rahimnya pula menghentam kuat. Dalam samar-samar lampu bilik, Fatihah mengerang kesakitan.
"Awak..." panggil Fatihah mahu meminta tolong. Dia cuba menahan rasa sakit itu. Tangan terkapai-kapai menggenggam cadar katil.
Malang sekali Mahfuz tidak memandang. Lelaki itu sedang mengambil sesuatu di atas meja sisi.
"Awak... Sakit..." adu Fatihah lagi. Nafasnya menjadi tidak teratur kerana rasa sakit itu. Peluh dingin merenik di ruas dahi.
"Awak..." Fatihah masih merayu.
Begitu tajam jelingan Mahfuz tika lelaki itu menoleh. Di tangannya ada sebilah pisau tajam. Senyuman yang terukir amat menyeramkan Fatihah.
Lelaki itu merangkak mendekati gadis yang terbaring berselimut di hujung katil. Bahu Fatihah ditekannya bagi mengunci gadis itu daripada melarikan diri.
"Awak... Kenapa ni?" Esakan Fatihah makin kuat kedengaran. Dalam sakit pada rahim, dia dihuni pula rasa takut. Bagaimana Mahfuz boleh ke katil ini? Mana Mawar?
"Diam," balas Mahfuz keras.
Tiada apa yang dapat dilakukan Fatihah. Dia membasahkan wajah dengan tangisan. Dadanya bergetar menahan ketakutan. Pisau pegangan Mahfuz sedang dilalukan pada perutnya yang membukit.
Apakah dalam rahimnya ada anak?
Mahfuz menggenggam erat alat tajam itu lalu menusuk terus ke dalam perut gadis di hadapannya berkali-kali.
Rasa sakit makin kuat tidak terkata. Bagai ada satu tikaman tepat pada rahimnya. Melihat tindakan Mahfuz yang terus mahu memburaikan isi rahimnya membuatkan Fatihah tidak dapat bernafas.
PAPP
Satu tamparan hinggap pada pipi kanan Fatihah.
Mata yang berat dicelikkan jua. Wajahnya habis comot dengan air mata dan peluh. Dia memandang Mawar dengan lemah.
"Mawar..." bisik Fatihah.
"Kau okay tak ni?" risau Mawar. Tubuh rakannya diangkat lalu dimasukkan ke dalam dakapan. Dia dapat melihat alunan nafas Fatihah yang begitu kencang.
"Sakit..." adu Fatihah. Bahagian rahimnya terlalu sakit saat hingga dia melinangkan air mata. Telapak tangan sendiri mengusap perut, hairan boyotan tadi telah hilang. Yang tinggal hanyalah perut kempis seperti sedia kala.
"Kau mimpi, Fatihah. Mengucap..." pujuk Mawar. Lengan rakannya diusap lembut. Satu ciuman berlabuh pada dahi Fatihah.
"Mahfuz rogol aku... Aku mengandung... Lepas tu di-dia tikam perut aku banyak kali." Terketar-ketar bibir mahu berbicara. Fatihah benar-benar sedang sakit. Mahu menggerakkan kaki sedikit pun dia tidak mampu. Badan terus dipencilkan dalam pelukan Mawar.
2 pagi.
"Sakit dekat mana?" Mawar menyisir rambut panjang Fatihah dengan jemari bagi membuat sanggul tinggi. Peluh rembesan habis membasahi jinjang leher sahabatnya itu. Dilihat wajah Fatihah yang amat pucat.
"Dekat rahim... Dan ari-ari aku... Sakit sangat," bisik si gadis. Dia terasa sukar mahu bernafas.
"Aku bawa kau pergi tandas ya? Kau mandi dulu lepas tu aku ambilkan ubat," putus Mawar.
"Teman..." pintanya.
"Ya, aku teman." Mawar mengangguk sahaja. Dipapah Fatihah yang menggigil teruk. Dia membawa gadis itu ke bilik air berdekatan dengan tuala di bahu. Dalam pada itu, Mawar membacakan ayat Qursi di bibir.
Tiada darah yang mengalir di wajah Fatihah. Dia berjalan dengan jiwa yang kosong.
Tiba ke bilik air, terduduklah gadis itu di atas lantai yang sejuk. Lututnya dirapatkan ke dada. Bagaimana kalau mimpi itu akan terjadi? Dia benar-benar sedang mengandungkan anak Kharul?
Penumbuk lemahnya dihentam pada perut. Fatihah menangis tidak bersuara. Dia benar-benar tidak mahu rahimnya kotor dengan benih Khairul. Dia hanya mahu sucikan rahimnya untuk zuriat Mahfuz.
Air suam dilalukan pada badan Fatihah. Mawar mengusap wajah rakannya dengan basuhan air.
"Sabar, Fatihah."
***
Luth terbaring lemah pada sofa riga serangkai ruang tamu. Dia baru hendak melelapkan mata setelah penat menguruskan hal hospital. Keberadaan Mawar dicari dengan ekor mata.
"Abang nak tidur?" sapa Mawar. Gadis itu bersimpuh di atas lantai berdekatan sofa. Dia mengusap wajah suaminya.
"Ya," jawab Luth. "Teman abang tidur," pinta lelaki itu.
"Tidurlah. Mawar tunggu abang lena." Gadis itu tersenyum kecil. Kepala direhatkan di atas dada suaminya sambil tangan masih membelai wajah pucat sang suami. Luth kelihatan amat lain tanpa rambut panjang.
Waktu tengah hari begini memang kemuncak hari, rasa mengantuk akan menerjah tanpa diminta. Dengan sedikit tepukan, Luth telah jatuh ke dalam lembah tidur. Dengkuran halus kedengaran, dia benar-benar mahu berehat. Lebam pada kekura tangan Luth ditilik Mawar.
Tingg
Gadis itu tersentak. Pintu utama segera dituju. Dia membuka kekunci lalu menguak daun pintu. Tudung di kepala masih belum ditanggalkan semenjak tadi.
Wajah yang terpampang ialah milik seorang lelaki yang pernah hadir ke rumah ini. Mawar berkerut hairan.
"Luth ada?" soal si fulan tanpa beri salam.
"Ada. Tapi dia tengah tidur. Datang lain kali ya? Tak payah datang lagi bagus," dengan selamba Mawar membalas. Dia tidak punyai mood untuk melihat wajah rakan sekerja Luth.
"Tunggu," Ciko segera menahan pintu.
"Nak apa?" tanya Mawar mahu tidak mahu. Dia tidak akan benarkan lelaki itu bertemu Luth sekali-kali. Luth sudah menjadi suaminya yang sah dan dia berhak untuk melindungi Luth daripada terjebak dengan maksiat.
"Aku ada benda penting nak cakap," ujar Ciko.
"Apa kau nak cakap?" Mawar mengetap gigi kegeraman. Dia menapak keluar lalu menutup pintu rapat. Wajah Ciko yang bertopi dipandang dengan kerlingan helang. Sedikit perasaan takut tidak jejak di hati Mawar.
"Aku yang rosakkan brek motor Luth malam tu. A-Aku tak jangka dia jadi teruk macam ni. Dia dah balik hospital ke?" Sesalan yang dibawa Ciko ke rumah itu tidak disambut Mawar.
"Syaitan..." bisik Mawar. "Apa salah abang aku dekat kau ha?" suara gadis itu makin mengeras.
"Dia tak salah... Aku yang terdesak nak duit. Aku tak boleh nak pecah masuk mana-mana rumah tanpa Luth. Sampailah tiba-tiba ex-girlfriend dia datang dekat aku dan tawarkan upah kalau aku rosakkan brek motor Luth. Tapi sumpah malam tu aku terus datang rumah ni untuk check Luth okay ke tak. Aku ketuk pintu banyak kali... Kau tak buka. Aku sangka Luth dah balik dan baik-baik je. "
" Siapa? Syafiqah?" Mawar tersenyum sinis.
"Ya." Ciko mengangguk sahaja. "Bagi la aku masuk untuk lawat Luth... "
"Kau dengar sini jantan tak guna. Jauhkan diri kau daripada abang aku," ancam Mawar. Jari telunjuknya naik menunding pada wajah Ciko.
"Dan ex-girlfriend dia juga bekas aku. Dia tengah mengandung tiga bulan. Aku tahu anak dalam kandungan dia tu anak aku sebab Luth baru berkenalan dengan perempuan tu bulan lepas," khabar Ciko. Ciko datang ke sini hanya mahu meleraikan kekusutan ini. Dia sudah mati akal hendak sampaikan kepada Luth bagaimana lagi. Perempuan yang pernah menjadi kekasih Luth pernah menjadi perempuan simpanannya. Tidak semena-mena Luth pula yang dibelasah tunang Syafiqah tempoh hari.
"Dah tu? Kau pergilah dekat perempuan tu. Pergi jaga anak kau," geram Mawar. Api kemarahannya membuak-buak di dalam dada. Kalau boleh, mahu sahaja diterkam Ciko seperti harimau yang kelaparan. Dia mahu pecahkan kepala lelaki itu sebagaimana apa yang terjadi pada Luth.
"Anak tu dah takde," jawab Ciko. Dia menggeleng dan tersenyum nipis. "Syafiqah gugurkan sendiri walaupun aku cuba halang. Dia kemurungan sebab kena tinggal dengan tunang dia."
"Astaghfirullah..." Hati Mawar tidak sekeras tadi. Dia jadi kelu. "Mana dia?"
"Aku dan Syafiqah dah kahwin. Dia tengah berehat dekat rumah. Kandungan tu baru gugur semalam. Jadi aku datang sini sebab nak minta maaf pada Luth..." jujur Ciko. Dia yang bertopi tampak berkaca-kaca mata. Wajah mendungnya tidak dapat disorokkan lagi.
"Tolong bagi aku jumpa Luth," rayu Ciko. Tangannya naik mengesat tubir mata.
"Boleh... Tapi sekejap je," akur Mawar. Dia tidak tahu seikhlas mana kehadiran Ciko hari ini. Tapi mahu membalas dendam bukanlah dirinya. Daun pintu dikuak kembali bagi mengizinkan Ciko menapak ke dalam.
Mawar terlebih dahulu datang kepada Luth. Lengan suaminya digerakkan lembut. "Abang..."
Mata Ciko tersaji dengan wajah pucat milik Luth. Kepala botak Luth pula tersemat jahitan sepanjang lipan. Parut jatuhan pada lengan masih jelas kelihatan. Tubuh rakannya juga tampak susut berbading biasa. Langkah Ciko terhenti semeter dari sofa pembaringan Luth.
"Korang dah kahwin?" tebak Ciko apabila terlihat sebentuk cincin pada jari manis Mawar. Entah mengapa rasa gembira Luth tersalur padanya. Dia tahu Luth amat menyayangi Mawar selama ini.
Terpisat-pisat Luth bangun dan duduk bersandar pada bahu sofa. Matanya yang kecil dibesarkan bagi melihat tetamu pada siang itu.
"Ciko?" bisik Luth.
***
votexkomen
***
terima kasih 4000 reads!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro