
32: Koma
Songkok yang mahu diletakkan ke atas kepala terasa amat berat. Matanya kekal memandang wajah sendiri di pantulan cermin. Dia terduduk di atas kerusi berhadapan meja solek sudah hampir setengah jam lamanya. Berbaju Melayu putih lengkap, sepatutnya inilah hari yang dinanti Arif Anwar.
Kelopak mata meredup ke bawah.
Perbuatan Mahfuz yang sedang menanggalkan kasut sukan diperhatikan Arif. "Janganlah mati awal. Aku ni... Ada hajat nak minta kau jadi pengapit aku. Aku dah reserved tempat untuk kau masa makan beradab nanti."
"Kau harapkan aku hidup untuk jadi pengapit je?"
"Hm, tu salah satu." Arif tersengih kecil. Hujung bibirnya yang tidak gatal digaru.
"Malas aku," cebik Mahfuz. Itu sahaja harapan Arif padanya?
"Wallahi, aku nak kau ada masa aku akad nanti. Kalau kau takde, aku takkan kahwin masa tarikh tu." Tangan diangkat seakan bersumpah. Arif memandang lelaki disebelahnya serius agar tidak menganggap itu sekadar gurauan.
"Jangan bermain dengan sumpah." Mahfuz menggeleng tidak setuju. Tangan ikrar Arif ditarik turun.
Mata lelaki itu jadi berkaca-kaca. Dia berseorangan di dalam kamar tidurnya. Sudah diagak, Arif akan jadi begini hanya kerana tiada Mahfuz di sisi.
Satu per satu butang baju Melayu dibuka lemah. Hatinya tiada di situ buat mengangkat akad bernikah dengan seorang gadis pujaan. Dia perlukan masa untuk bertenang kembali. Kemudian, Arif menanggalkan pula baju yang tersarung pada tubuh. Baju Melayu itu dibentangkan elok di atas katil. Tiada satu pun kedut hinggap pada kain baju Melayu kerana dia hanya termenung tidak bergerak sejak tadi. Tinggallah di tubuh kurusnya hanya sehelai tshirt hitam tidak bercorak.
"Arif?" sapa bonda di muka pintu.
Arif mengangkat wajah seraya tersenyum nipis.
"Kenapa tak bersiap lagi ni?" Wanita itu terpinga-pinga melihat wajah si anak.
"Ma, Arif nak pergi jenguk Mahfuz dekat hospital," ujar Arif. Kunci keretanya diambil sekali sambar. Majlis hari ini tidak dapat diteruskan tanpa Mahfuz.
"Arif, kamu tu nak kahwin. Kenapa sibuk fikirkan Mahfuz?" Puan Qalisya cepat-cepat menahan tubuh anak lelakinya yang melulu hendak keluar. Kedua-dua bahu Arif dipegangnya lembut. Terhentilah Arif di hadapan Puan Qalisya.
"Arif tak boleh," lelaki berkumis itu menggeleng. Matanya memandang wajah Puan Qalisya dengan redupan yang sedang merindui seorang sahabat. "Arif dah janji Mahfuz kena ada masa akad."
"Dia koma, Arif," bisik Puan Qalisya. Sukarkah Arif hendak menerima kenyataan itu?
Seminggu berlalu, kemalangan antara kereta Mahfuz dan dua buah kenderaan lain masih meninggalkan tamparan hebat buat Arif. Kalaulah pada malam itu dia lebih tangkas buat menghalang Mahfuz memandu dalam keadaan jantungnya yang sakit. Pasti Mahfuz sihat sahaja hari ini.
"Arif tahu..." Mata lelaki itu kembali berair. Banyak wayar berselirat di atas badan Mahfuz sejak kemalangan itu, dadanya terdapat kesan melecur, bahagian tubuh lain pula melebam akibat tusukan jarum. Arif tahu Mahfuz terlantar sahaja di atas katil tanpa sebarang respons. Namun, dia mahu melawat lelaki itu buat mencari kekuatan.
"Mama tahu kan Mahfuz tu kawan baik Arif? Dia tengah sakit sekarang ni, macam mana Arif nak bertenang?" soal Arif Anwar. Matanya yang beair dibiarkan sahaja memenuhi empangan tubir.
Jatuhan air mata lelaki itu cukup mengkhabarkan keadaan hati yang sedang galau.
" Pergilah melawat dia," akur Puan Qalisya. Dikesat air mata anak terunanya dengan ibu jari. Wajah Arif diusap lembut. "Mama akan cakap dekat keluarga belah perempuan yang anak mama perlukan masa."
"Terima kasih, ma." Dada Arif bergetar menahan sebak. Tubuh Puan Qalisya didakapnya. Dia cuma tidak dapat memikul tanggungjawab seorang suami dalam keadaan begini. Bukannya Arif tak mahu kahwin dengan Aida, dia perlukan masa untuk tenangkan diri.
Kedua-dua belah mata ditenyeh dengan kekura tangan. Puan Qalisya ditinggalkan sendiri di bilik. Arif telah melangkah pergi bersarungkan seluar baju Melayu putih dan sehelai tshirt hitam. Hanya Mahfuz yang difikir saat itu.
***
"Mawar dah fikir masak-masak?" Lelaki berkulit sawo matang itu melihat Mawar dengan hati yang berbunga. Dia tersenyum sendiri mengenangkan penantiannya telah berakhir.
Mawar mengangguk kecil. Hidangan air yang baru tiba tidak disentuh gadis itu lagi. Dia hanya memesan air kosong di saat Reza mempelawanya ke restoran mewah sebegini. Haruman minyak wangi lelaki itu bermain di deria baunya. Wajah Reza kelihatan berseri-seri menanti jawapan.
Nafas dalam ditarik Mawar. "Saya dah putuskan... Saya akan tinggal dengan abang Luth."
Mahu jatuh rahang Reza tika itu. "Kenapa? Kenapa tak nak kahwin dengan saya?"
"Awak dah ada isteri, kan?" soal Mawar.
"Em... Mana ada," nafi Reza. Dia menuruskan lakonan sebagai teruna bujang buat mencari isteri kedua dalam rumah tangganya.
"Saya tak nak jadi isteri kedua. Walau awak tak beristeri lagi pun, saya tetap akan tolak awak."
Wajah lelaki itu terus menjadi suram. Kenyataan itu sungguh tidak dapat diterima. Mati-mati dia ingatkan hari ini Mawar bakal menerimanya. Maka, kalau boleh hari esok juga dia akan mengajak gadis muda itu ke pejabat kadi. "Kenapa awak nak duduk dengan jantan macam Luth?"
"Saya nak kahwin dengan Luth. Bila dia sedar dari koma, saya akan lamar dia untuk jadi suami saya. Harap awak hormat keputusan saya. Maaf, Reza. Pergilah jaga isteri awak, saya tak nak sebab saya isteri awak jadi kacau bilau." Keputusan telah diambil gadis pipi merah itu. Tali beg tangannya dipegang mahu diangkat.
"Luth tu kaki perempuan, Mawar. Dia macam anjing kurap jalanan. Lelaki macam ni nak buat suami?" bengang Reza. Punggungnya jadi panas untuk lama-lama duduk di situ. Perancangan untuk menarik Mawar tidak berjaya.
"Saya tahu semua baik dan buruk abang saya. Tak perlu pun nak hina dia," balas Mawar tenang. Di usia 23 tahunnya, dia telah buat tekad untuk menjaga Luth. Tidak kisahlah angan-angan di masa hadapan terkorban kerana Luth lebih penting padanya.
"Minta diri dulu," pamit Mawar. Gadis berseluar jeans itu bingkas berdiri. Sedikit pun wajahnya tidak menoleh ke arah Reza yang tercengang. Hati Mawar telah dipaku untuk teguh atas nama Luth. Dia yakin ini keputusan yang terbaik buat hubungan dengan abang angkatnya.
Fatihah lekas mendapatkan Mawar di pintu keluar restoran. Gadis bertudung litup itu tidak sabar mahu tahu reaksi Reza.
"Aku dah cakap," ujar Mawar dengan secalit senyuman. "Aku cakap aku nak kahwin dengan Luth."
"Tahniah," ucap Fatihah bersungguh-sungguh. Tubuh Mawar didakapnya. Selama seminggu Luth di hospital, Mawar hidup tidak teratur. Hatinya terjerut mahu berkahwin dengan Reza atau tidak. Hari ini, jerutan itu telah dilepaskan. Mawar kembali bernafas tanpa desakan untuk berkahwin. Dia hanya mahu bersama Luth. Itu cita-citanya sejak dari kecil.
"Jom duduk dulu," pelawa Fatihah. Lengan Mawar dipeluknya lembut.
Dua gadis itu melangkah di sepanjang kaki lima bangunan buat mencari tempat duduk. Hari sudah menginjak tengah hari matahari pun memancar teriknya menambah bahang. Sebuah bangku di perhentian bas ada tersedia, itulah destinasi mereka. Mawar dan Fatihah berlabuh di situ.
"Aku tak kisah Luth baik atau tak," bisik Mawar. Dia memandang sahabatnya. "Aku cuma nak jaga dia macam mana dia pernah jaga aku dulu."
"Ya... Aku faham. Jagalah Luth. Luth memang tak ada sesiapa pun dekat sisi dia selain kau dan ibu," balas Fatihah. Khabaran keadaan Luth agak mengejutkan Fatihah pada mulanya kerana motor yang cuba dielak Mahfuz ialah milik abang Mawar. Namun, Luth mengalami cedera yang lebih parah berbanding Mahfuz akibat kemalangan itu. Hingga kini Luth tidak lagi sedar selepas pembedahan untuk membuang darah bekunya tempoh hari.
Mawar mengangguk kecil. "Aku bodoh sebab ingat dengan kahwin aku akan dapat ubah diri aku. Padahal kahwin bukanlah jalan penyelesaian. Kalau nak berubah... Semuanya bermula dengan diri aku." Dia sudah bersedia fizikal dan mental untuk menggalas tanggungjawab buat menjadi isteri kepada Luth; seorang lelaki liar di luar sana yang telah bercampur dengan pelbagai manusia. Mawar tidak kisah Luth mahu berubah atau tidak, dia ambil keputusan ini hanya untuk menghalalkan hubungan mereka. Dengan itu, lagi mudahlah Mawar menguruskan Luth yang telah disahkan mempunyai ketumbuhan sepanjang 5cm di dalam otaknya.
Doktor kata, kalau ketumbuhan itu tidak disedari lebih awal, hayat Luth hanya berbaki enam bulan sahaja lagi. Hasil ujian MRI menunjukkan hasil yang telah diduga. Ketulan aneh itu telah terbenih di otak Luth sejak dari dia remaja. Tiada siapa yang sedar, malah Luth pun menganggap sakit kepalanya selama ini hanyalah perkara biasa. Ada hikmah juga kemalangan malam itu. Sekurang-kurangnya Mawar tahu Luth telah bertarung dengan kanser selama ini.
"Kau boleh belajar sekali dengan aku sampai pandai. Ummi tak kisah kalau kau datang selalu," ujar Fatihah. Hatinya memanjatkan kesyukuran, Mawar telah terbuka untuk menerima hidayah Allah. Tangan gadis itu dipegang dengan kedua-dua tangan. "Ummi ajak juga untuk kau tidur sebilik dengan aku. Bahaya kalau kau duduk rumah tu sorang-sorang. Takut Ciko datang lagi..."
"Ummi ajak?" Mawar mahukan kepastian. Ciko itu pun satu hal. Pelipis sendiri diurut Mawar dek teringatkan cubaan Ciko mahu mengacau ketenteramannya. Mujurlah tika itu dia terdetik tidak mahu membuka pintu.
"Ya. Tapi bukan dekat rumah walid.. Ummi jempu ke Balawi. Ada bilik kosong di tingkat atas. Memandangkan Mahfuz masih dekat hospital sekarang ni... Bilik dekat atas semuanya kosong. Arif pun dah tak datang Balawi. Ummi ajak kau untuk tinggal dengan aku dekat bilik atas tu sementara waktu. Mungkin lagi selamat sebab kawasan perumahan tu ada pengawal keselamatan," terang Fatihah dengan panjang lebar. Tempohnya untuk tinggal di rumah Mahfuz berbaki lima hari sahaja lagi. Pengajian kita dengan ummi hambir memasuki bab terakhir.
"Kita berdua je duduk dekat rumah tu?"
Fatihah menggeleng. "Ada seorang perempuan akan datang. Dia akan duduk di tingkat atas juga sementara waktu. Perempuan tu akan mengajar dekat Balawi."
Rumah Balawi ialah rumah pengajian juga ibarat kelas kepada pelajar agama. Asrama buat pelajar-pelajar ini bukanlah di Balawi tetapi bertempat di kawasan lain yang telah diwaqafkan. Balawi hanya tempat anak-anak tahfiz ini belajar, aras atas pula memang terdapat bilik-bilik yang kosong.
"Aku nak duduk dengan kau. Asalkan kau ajar aku solat lagi," balas Mawar bersulamkan senyuman. Dia mahu solat setiap hari dan mendoakan kesihatan abangnya.
"Boleh. Tapi kau kena belajar dengan ummi. Ummi baik tau..."
"Kau calon menantu dia kot. Mestilah baik," usik Mawar. Pinggang gadis betudung di sebelahnya dicuit dua kali. Mawar tertawa halus meliha perubahan riak Fatihah.
Terus wajah Fatihah berona merah kerana malu. "Mana ada... Semuanya terserah pada Mahfuz. Kalau Mahfuz terima aku, ummi dan walid akan bantu kami bersatu. Tapi..." Nafas halus dilepaskan pula.
"Mahfuz belum sihat lagi. Memang dia dah sedar, tapi dia perlukan masa untuk sembuh. Ummi seorang je yang teman dia sekarang ni dekat hospital. Doktor tak bagi ramai-ramai masuk bilik tu," sambung Fatihah. Beginilah dia, menanti jawapan dari bibir seorang lelaki. Itupun jika Mahfuz sudi menerima gadis hina seperti dirinya.
" Siapa Mahfuz?" celah satu suara garau.
Wajah Mawar dan Fatihah tertoleh ke arah empunya suara yang tiba-tiba muncul di hentian bas itu. Mawar bertindak menarik Fatihah menjauhi lelaki berkenaan. Gadis itu dapat merasakan tangan sahabatnya yang tiba-tiba menyejuk di kala panas terik sebegini.
Memang Fatihah amat takut buat berjumpa dengan bekas teman lelakinya. Berdegup lajulah jantung di dada.
Khairul melirikkan matanya memandang wajah pucat Fatihah.
"Kau nak apa Khairul?" Mawar bersuara.
"Aku nak tanya kau pergi mana selama ni Fatihah?" Apabila Khairul cuba menapak mendekati mereka, penumbuk Mawar diacah ke wajahnya.
"Kau dan dia dah takde urusan. Kawan aku dah nak kahwin dengan lelaki lain," ujar Mawar. Sedikit pun dia tidak teragak-agak untuk menumbuk wajah Khairul.
"Kahwin?" Khairul berdecit. "Kesian betul lelaki yang dapat sisa aku ni. Dia tahu tak yang kau ni perempuan murah? Bayar duit sikit pun dah rela kena raba."
"Kau lagi murah. Lelaki sampah. Dari jauh dah bau busuk. " Mata Mawar menikam Khairul. "Kalau kau tak pergi dari sini, aku jerit sekarang juga."
Tindakan Mawar yang mahu menjerit berdekatan kedai makan bakal membawa padah andai lelaki itu berkeras. Berduyun-duyun orang lalu lalang di belakang hentian bas itu untuk menikmati makan tengah hari di deretan kedai makan berdekatan.
"Aku akan pastikan bakal suami kau tu tahu yang kau ni dah kena tebuk banyak kali dengan aku." Bengang Khairul dibuatnya. Dia segera beredar dari tempat itu. Fatihah bernasib baik hanya kerana Mawar ada di sisi.
"Jangan layan sampah tu," pujuk Mawar.
Fatihah telah melinangkan air mata. Harapannya untuk mengahwini Mahfuz makin tipis dengan percampuran tangan Khairul. Dia tak mahu Mahfuz tahu tentang darjatnya.
***
votexkomen
***
Fuhhh... macam mana ni?
Korang okay tak tu?
Faham tak plot dia skrg ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro