Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11 : Burger


Sebatang rokok dikepit antara celahan jari tengah dan jari telunjuk kanan. Rokok bukanlah kegemaran Luth sejak dari remaja, dia lebih gemar meminum arak untuk menghiburkan diri. Namun, dengan rokok fokusnya dan tagihnya pada minuman keras dapat dialihkan seketika. Malang sekali hal rokok pun Mawar akan naik angin. Semua yang dilakukan Luth akan jadi serba tidak kena pada mata gadis itu.

"Sorang je?" Lamunan jauh Luth disentakkan seorang lelaki berbaju tshirt hitam.

Dua ulas bibirnya tidak dirasakan mahu menjawab pertanyaan lalu Luth kembali menekur meja. Dia mengetuk hulu batang rokok pada sebuah bekas bagi menggugurkan abunya.

"Kenapa tak nak pergi bar malam ni?" Cepumas sungguh soalan itu.

Luth menggeleng perlahan. "Tak nak lah."

"Baru je aku nak bagi kau cuba arak Siam pula. Kalau kau minum ni sekejap je boleh stim." Wajah monyok Luth pada malam itu agak menghairankan Ciko. Tanpa berlengah mengenangkan perut berkeroncong semenjak tadi, Ciko meninggikan sedikit suara dengan kadar yang dapat didengari si penjual burger.

Stim memang satu perasaan yang seronok. Segala masalah pun boleh hilang serta merta. Makin kuat arak yang diminum, kesannya juga makin hebat.

" Kau ni macam putus cinta je. Perempuan hari tu dah pergi dah?" soal Ciko.

Kepulan asap rokok berbetuk 'O' dibuat Luth menggunakan bibirnya. Dia cuba untuk menghiburkan hati dengan perkara itu. Senyuman nipis terhias disebalik rambut yang dibiarkan jatuh ke bahu. Angin malam membelai rahangnya, sesaat dua dapat juga rasa sakit kepala berkurangan.

"Pergi matilah perempuan tu. Aku tengah fikir pasal Mawar sebenarnya," jujur Luth.

"Oh, Mawar. Hari tu aku ada nampak dia kerja jadi cashier dekat kedai serbaneka," ujarnya sambil mengeluarkan sepuntung rokok putih daripada kotak yang berhampiran dengan lengan Luth.

"Ya, dia kerja dekat sana sekarang. Satu sen duit aku pun dia tak nak ambil. Aku nampak cara pandangan dia dekat aku macam mana." Jelas kedengaran bunyi keluhan pada hujung ayat yang terungkap. Duit haram Luth tidak mahu diguna pakai Mawar lagi.

"Korang memang dari dulu duduk sekali, kan?"

"Ya."

"Tak pernah sekali pun kau 'rasa' dia? Serumah kot... Mawar pun lawa. Kau dan dia sekadar adik beradik angkat je, bukannya adik beradik kandung." Lengan Luth disiku Ciko sekali.

"Aku abang dia. Tulah tugas aku, jaga dia sejak kecil. Nampak macam tugas aku dah nak selesai... Mungkin aku dah tak diperlukan lagi." Sarat sungguh hati Luth  menyimpulkan cara layanan Mawar terhadapnya.

"Kau ni drama je lebih. Kalau kau tak nak adik kau tu, bagi aku je la," sengih Ciko penuh makna.

"Kaki aku ni dah lama tak makan kepala orang. Jangan sampai kau yang rasmikan nanti." Balasan senada Luth memudarkan senyuman Ciko. Tidak pernah sekalipun Luth terdetik mahu apa-apakan Mawar di atas kesedarannya. Kejadian malam itu sesuatu yang amat di luar kawalan. Deruan asap rokok dihembus ke wajah Ciko. Mata helang Luth tidak akan melepaskan wajah Ciko.

"Takpe, aku ambil awek kau je. Shika ada lagi, kan?" Cepat-cepat topik diubah. Ini kalau kena penyepak sulung boleh tergiang-giang dua tiga malam.

"Kau nak ambil semua betina tu, ambillah. Aku malas nak tampung makan minum dorang. Boleh kering poket aku ni." Luth meraup rambutnya ke belakang. Perempuan-perempuan keliling pinggang yang pernah dirasakan satu nikmat kini tidak lagi menghiburkan hati. Seutas getah rambut disimpul dua kali tidak terlalu ketat. Baki rambut pada kawasan sideburn yang tidak dapat diikat dibiarkan sahaja bermain di wajah.

"Kenapa ya aku rasa kau ni macam... Dah turn off dengan semua ni?"

"Turn off? Kau faham tak... Aku nak perempuan, petik jari je dorang datang. Cuma kenalah main dengan duit sikit. Nak duit? Aku boleh cari. Aku ada adik, tapi adik aku benci aku. Aku serabut."

"Kalau serabut jomlah kita minum," cadang Ciko. Seorang lelaki hadir mendekati meja mereka lalu meletakkan pesanan burger sebentar tadi. Usai pembayaran, penjaja itu pun kembali ke tempatnya.

"Adik aku marah," tolak Luth. Dia menjatuhkan puntung rokok yang berbaki separuh ke bawah. Sebelah tangannya naik menampung wajah. Rasa sakit di waktu pagi tadi tiba-tiba sahaja menjemput. Redupan mata hitam Luth terpejam.

"Kau tengah serabut, balik rumah nanti lagi serabut. Jadi masa dekat luar ni lah kau nak lupakan masalah kau."

Ada betulnya kata Ciko. Otak Luth sedang mempertimbangkan cadangan itu. Kering tekaknya meminta untuk dibilaskan dengan rasa pahit minuman keras.

"Abang memang tak akan berubah, kan?"

Tamparan kata-kata Mawar segera menyedarkan Luth. Kepala yang menekur menggeleng lemah.

"Kau minum sampai puas. Kita main kad atau snooker dulu. Lepas dah nak dekat subuh, kau baliklah," tambah Ciko lagi memujuk rakannya.

"Tak nak." Ditekankan lagi perkataan 'tak nak' itu.

"Benda kecil pun kau nak stress. Tak relaks la kau ni."

"Aku nak balik."

"Serius?"

Tidak semudah ungkapkan perkataan suruhan, perbuatan itu lebih sukar untuk dilaksanakan.

***

"Ros?" tegur Reza.

"Hm?" Mawar sedikit terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.

"Em, kita dah sampai..."

"Oh." Baru gadis itu sedar kereta milik teman lelakinya telah berhenti di perkarangan kawasan rumah flat milik dia dan Luth. Anak mata Mawar bergolek ke atas. Entah abangnya ada di rumah atau tidak.

10.15 malam.

"Kenapa macam tak okay je? Ada masalah?"

"Takde apa," geleng Mawar.

Bunyi hembusan pendingin hawa di dalam kereta Myvi baharu Reza mengisi sepi antara mereka berdua sejak tadi. Reza yang tidak berpuas hati dengan jawapan Mawar terus meneka. "Sebab abang Luth?"

Lelaki ini masih tidak tahu bahawa Luth bukanlah abang kandung Mawar. Manakan diizin buah hatinya tinggal sebumbung dengan lelaki mabuk.

"Hm, ya. Abang..." jawab Mawar. Keluhan berat kedengaran.

"Abang awak selalu keluar malam? Mana dia tahu kita duduk kedai makan tu semalam? Sayang minta maaf kalau sebab balik lewat tu awak bergaduh dengan Luth." Reza tersenyum hambar. Belakang lehernya diusap tanda bersalah. Keterlewatan dia membawa Mawar keluar setelah penat bermain futsal mungkin telah mencetus perbalahan antara dua beradik.

Soalan itu menyedarkan Mawar satu perkara. Ya, Luth sentiasa mencarinya. "Tak gaduh pun. Cuma tegang sikit."

"Dia cuma risaukan awak je. Saya tak bawa dah keluar sampai lewat malam. Pergilah balik tu. Minta maaf dekat dia."

"Kenapa pula saya yang kena minta maaf?" Mawar tidak setuju. Beg tangan di kaki diambil gadis itu lalu dia menjeling Reza.

"Dia abang awak, kan? Jeling lagi. Sayang korek biji mata tu baru tahu." Lelaki itu sedikit terkejut dengan jelingan Mawar. Dibalasnya dengan jegilan mata. Anak mata pasangan itu bertaut buat seketika.

"Dah lah. Malas nak layan awak. Tengok abang lagi bagus," putus Mawar.

"Jelous la saya dengan abang kalau macam ni."

"Kenapa pula?" soal Mawar. Dia memandang lelaki di sebelahnya dengan kerutan kening.

"Ye lah. Kalau ada apa-apa awak akan cari abang Luth dulu. Tengah makan dekat kedai masa lunch tadi pun awak sibuk nak call dia tanya dah makan ke belum. Macam saya ni tunggul pula depan awak, ya? " seloroh Reza disusuli ketawa kecil.

"Oh. Saya- Bukan apa-" Mawar jadi mati kutu. Berbelit pula lidah ni nak membela diri sendiri.

"Saya tak kisah pun lah. Dia abang awak, kan? Lainlah kalau dia tu kawan lelaki awak. Nanti kalau kita kahwin, abang Luth pula lah jelous dengan saya," sengih Reza hingga menampakkan barisan gigi hadapan.

"Takkan. Abang akan tetap nombor satu pada saya, " jelir Mawar. Dia turut ketawa apabila wajah Reza berubah suram. "Saya naik atas dulu. Terima kasih sebab hantarkan. Good night, sayang. Bye!"

Kepalsuan senyuman Mawar tidak bertahan lama. Hilang saja kereta reza dari pandangan mata, bibirnya terketap rapat. Rasa sarat menghimpit ke dada.

Kebiasaan pada waktu itu, sememangnya Luth tidak akan ada di rumah. Sama ada sedang merancang untuk memecah rumah bersama-sama Ciko atau berdua-duan dengan perempuan yang entah dari mana. Mulut saja kata nak berubah, satu habuk perubahan pun Mawar tidak nampak hingga ke waktu sekarang.

Hayunan langkah lemah Mawar menuju ke sebuah lift. Punat berlabel lima ditekannya lalu dia bersandar pada dinding. Simpulan sanggul dileraikan Mawar.

Sambil berjalan di koridor aras lima, jemarinya menyisir rambut sendiri.

Mesej Luth satu jam yang lalu tidak dibuka Mawar. Jahat sangatkah dia pada lelaki itu?

Daripada: Abang
Mawar nak burger tak? Abang ada dekat luar ni.

Secebis senyuman membentuk pada bibir delima. Hubungan mereka seharusnya indah begini. Sentiasa ada untuk satu sama lain.

Malang sekali, Luth punca hati Mawar menjauh.

"Assalamualaikum." Pintu hadapan dikunci Mawar kembali.

"Abang?" panggil Mawar.

Gadis itu yakin Luth tidak ke mana-mana. Buktinya selipar dan kasut Luth kedua-duanya ada di rak kasut. Sepi ruangan rumah kecil itu seperti tiada penghuni di dalam.

Ketika melintasi ruang tamu, langkah Mawar terhenti. Terdapat seplastik burger yang terbungkus elok di atas meja kopi. Mawar mencapai plastik itu. Masih panas lagi.

"Abang?" panggil Mawar sekali lagi. Kali ini, pintu bilik Luth yang tidak berkunci ditolak Mawar perlahan-lahan.

Jari runcingnya menekan suis lampu. Sekelip mata kawasan bilik itu jadi terang benderang.

Sedikit lega buat Mawar apabila abangnya ada sahaja sedang terbaring di atas katil.

"Mawar?" soal Luth. Silau cahaya lampu memaksa matanya kekal tertutup setelah memastikan itu Mawar.

"Tak keluar?"

Luth menggeleng.

Tiada bau arak apabila Mawar melangkah ke dalam bilik Luth. Hanya bau asap rokok sedikit kuat pada jaket. jeans yang tersangkut di sebalik pintu. Tak apa, nanti Mawar boleh basuhkan baju Luth.

"Abang okay?" Dia benar-benar berdiri di tepi katil lelaki itu. Kelihatan sebotol air mineral yang berbaki separuh berada di atas lantai manakala sepapan ubat berada di tepi bantal Luth.

Mawar menurunkan kekura tanggannya untuk memegang ruas dahi Luth.

"Abang tak demam," geleng Luth.

"Sakit kepala?" tebak Mawar. Tanpa diminta, gadis itu duduk di birai katil. Bungkusan burgernya diletakkan ke tepi, begitu jua tas tangan di bahu.

"Sakit dekat mana?" Fokus Mawar beralih pada Luth. Luth pula hanya memerhatikan mata Mawar. Tabiat Luth memang begitu, dia suka meneka keikhlasan seseorang berdasarkan kilauan mata.

"Dekat kepala," jawab Luth.

"Memanglah dekat kepala. Tapi dekat mana?" geram pula Mawar dibuatnya. Penutup botol minyak angin fresh care kegemaran Mawar dibuka. Semerbak bau aromatherapy mengganti busuk asap rokok.

Kedengaran ketawa halus Luth menjawab kegeraman Mawar. Dia lebih selesa tatkala Mawar memyampah dengannya daripada membenci.

***
votexkomen
***

sikit lagi nak 1k reads! Terima kasih kepada yg support buku ni. Saya terharu <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro