Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9 THE FISH IS BLEEDING TOO.

Ben berjalan ke hulur ke hilir di luar Vamp Bakery. Dagunya digaru berkali-kali walaupun tidak gatal. Keluhan panjang juga sudah beberapa kali dia lepaskan.

"Ben, kau pahal pagi-pagi berkawad depan kedai?"soal Elliot.

Ben menoleh memandang Elliot yang menjengahkan kepalanya di celah bukaan pintu kedai roti itu.

"Sini jap. Aku nak tanya pendapat kau."panggil Ben lalu dia menarik Elliot keluar dari kedai. Mereka berdua langsung melabuhkan punggung di bangku besi luar kedai.

"Apa dia? Aku tengah bakar roti kat dalam ni."soal Elliot.

"El, ap..apa..apa..."

"Eh kau ni. Tadi berkawad ni tiba-tiba gagap pulak?"

"Apa kau rasa kalau kau dah jatuh cinta?"

"Aku?"

Ben menganggukkan kepalanya. Elliot memandang ke hadapan tepat. Matanya seakan terpukau dengan sesuatu.

"Aku rasa aku tak nak lepas pandang dia sekarang ni."balas Elliot sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Hah? Apa kau merepek bahlol?!"soal Ben sambil memandang Elliot. Elliot pula masih lagi tersenyum, matanya tidak beralih dari memandang ke hadapan. Ben langsung menoleh ke hadapan juga.

Hannah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah Ariel adalah jawapan Elliot bertingkah aneh. Ben menepuk dahinya pantas. Elliot yang masih khayal di sebelahnya itu dipukul belakang kepalanya kuat.

"Sakitlah. Apa kau ni? Aku tengah cuci mata lah."

"Aku tanya tapi kau main-main pulak! Kau pergilah masuk dalam."

"Alah, Ben. Bagilah aku 5 minit je."

"Aku cakap masuk. Kau nak aku potong gaji kau ke macam mana?"

"Hmm yelah!"

Elliot berjalan perlahan masuk ke dalam. Alicea pula keluar dari kedai sambil memandang Elliot pelik.

"Apasal dia tu?"soal Alicea.

Ben hanya mengangkat kedua bahunya serentak. Alicea langsung melabuhkan punggung di sebelah Ben.

"Kau dah fikir masak-masak?"soal Alicea lagi.

"Tentang apa?"

"Luna."

"Aku sebenarnya dah ada jawapan nak selesaikan masalah ni. Tapi aku tak pasti dia nak ke tak ikut plan aku. Dan kau pun aku rasa kau tak setuju dengan benda ni."

"Apa dia?"

"Aku nak ubah semuanya semula."

"Maksud kau?"

"Aku nak kembali ke 275 tahun dahulu. Aku nak halang sumpahan tu dari berlaku."

"No, Ben. Kau tak boleh."balas Alicea lalu memegang lengan Ben.

"Like I said just now, kau takkan setuju."

"Ben. Kau pun tahu risikonya, kan? Jadi, tak payah lah."

"Tapi semua ni salah aku sendiri. Aku yang mulakan sumpahan ni."

"Ben."

"Alice, aku janji aku akan balik semula ke sini."

Alicea tidak membalas apa-apa. Dia langsung menundukkan kepalanya memandang tepat ke arah lantai.

Ben menggapai tangan Alicea dan digenggamnya kuat.

"Kau jangan risau, takkan ada apa-apa akan berlaku dekat aku."

Air mata laju menitik menuruni pipi gadis berambut coklat.

"Tengoklah! Kau buat aku menangis! Tak guna punya Ben!"Alicea lantas memukul lengan Ben berkali-kali.

"The wolf also has hearts and feelings, silly."

"Asshole vampire! Aku nak masuk lah! Tak nak layan drama kau lagi."

"Hahaha."

Ben mentertawakan Alicea yang bergegas masuk ke dalam kedai. Tawanya terhenti apabila terdengar suara tangisan seseorang. Suara tersebut sayup-sayup masuk ke deria pendengarannya.

'Luna!'

Ben langsung berlari ke arah rumah di hadapannya dengan pantas. Pintu kayu diketuk berkali-kali.

Hannah membuka pintu tersebut. Wajahnya berubah apabila melihat Ben di hadapannya.

"Kenapa dengan Luna?"soal Ben.

"She's bleeding."balas Hannah cemas.

"Bleeding?"

Ben langsung masuk ke dalam. Hannah membawa Ben menuju ke bilik tidur Luna. Pintu dibuka besar, kelihatan Luna sedang menangis sambil memeluk kedua kakinya rapat.

"Luna?"sapa Ben sambil memeriksa keadaan gadis tersebut. Luna mengangkat wajahnya lalu memandang Ben.

"Hannah, kenapa kau panggil dia?"soal Luna teresak-esak.

"No, I'm not. Dia yang datang sendiri."

"Okay, girls. Stop. Mana darahnya? Kau luka kat mana?"soal Ben.

Luna langsung berdiri lalu dia menuding ke arah cadar katil. Ben tersengih lalu ketawa perlahan. Bahu Luna dipegang Ben lalu tubuh gadis itu dipusingkan, terdapat juga kesan darah berada di bahagian seluar tidur Luna.

"Kau kenapa ketawa? This is not funny! Ada sesuatu yang tak kena dengan aku. I'm bleeding!"marah Luna.

"Yes, this is bleeding. Kau tunggu kat sini, jangan pergi duduk kat mana-mana. Berdiri je kat sini."balas Ben lalu dia melangkah keluar.

Pintu kayu dibuka lalu dia keluar dari rumah tersebut. Tawanya masih lagi dihamburkan keluar. Dengan kuasa kelajuan yang dia miliki, Ben langsung memecut ke sebuah kedai runcit. Hanya 5 saat sahaja dia sampai di hadapan kedai itu.

Dia melangkah masuk ke dalam. Zombie yang sedang menjaga kaunter itu diberikan tabik hormat oleh Ben. Langkah kakinya menuju ke rak tuala wanita. Matanya memerhati satu persatu tuala wanita yang tersusun di rak tersebut.

"Goddamn! Apasal banyak sangat? Aku nak kena ambik yang mana satu?"

"First day or half of the week?"soal Zombie yang baru tiba di sebelah Ben.

"First day."

Zombie tersebut memandang Ben dari atas ke bawah.

"But, not for me, idiot! Aku jantan."balas Ben lagi.

"Just take this. I recommend it for you."

"I said not for me."

Zombie tersebut beredar dari situ tanpa sebarang balasan. Ben mencapai tuala wanita yang dicadangkan oleh Zombie itu lalu dia menapak semula ke kaunter pembayaran.

"How much?"soal Ben lalu dia melempar tuala wanita itu ke atas kaunter.

"10 dolar."balas Zombie tadi pendek.

Ben membuka dompet kulitnya lalu dia mengeluarkan sekeping wang 10 dolar. Wang bertukar tangan lalu Ben mengambil tuala wanita itu semula.

Ben menggunakan kuasa kelajuan semula dan berlari pantas ke kedai rotinya. Pintu kedai dibuka lalu dia masuk ke dalam. Matanya melilau mencari kelibat Alicea.

"What the fuck is that?"soal Elliot tatkala melihat tuala wanita yang dibawa Ben lalu dia melepaskan tawanya. Alicea yang sedang mengelap meja ditarik Ben keluar dari kedai.

"Apa ni Ben? Aku kan dah cakap aku tak nak join drama kau lagi."

"Just follow me. Someone needs help."

"Who?"

"Ikut je lah."

Mereka berdua berjalan ke arah rumah Luna. Pintu rumah ditolak lalu mereka menapak ke bilik Luna. Luna dan Hannah terkejut apabila melihat Ben membawa Alicea bersama.

"I don't need her. I need a doctor!"

"Wear this. Dan kau Alicea, ajar dia. Dia satu apa pun tak tahu."balas Ben lalu dia melempar tuala wanita ke atas katil. Alicea pula ditolak masuk ke dalam bilik tersebut lalu pintu bilik itu ditutup rapat.

Keluhan dilepaskan. Ben melangkah ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Punggungnya dilabuhkan di situ. Manakala, tubuhnya pula disandarkan ke sofa tersebut berserta senyuman terukir di bibirnya.

"Another suprises, the fish is bleeding too."

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro