2 DON'T BE AFRAID.
Ariel mengikat rambut merahnya tinggi. Lipstik merah turut dicalit ke bibir munggilnya itu. Setelah selesai menyempurnakan solekkannya itu, dia bangun dari meja kerja di bilik kerjanya.
Pintu kayu diketuk dari luar. Monica menjengahkan kepalanya setelah dia membuka daun pintu itu ke dalam.
"Ariel, kau dah nak balik dah? Kita ada seorang lagi tetamu petang ni."
"Suruh dia datang esok. Aku nak balik dah ni, dah pukul 6 petang. Kau pun tahu aku ni jenis 'punctual', kan?"
Monica menganggukkan kepalanya lalu dia menutup pintu kayu itu kembali. Ariel lantas mencapai beg tangannya dan menapak keluar dari situ.
Semua mata yang ada di dalam Kafe tersebut tertumpu kepada wanita berambut merah itu.
Ada dikalangan pelanggan perempuan di situ, mereka mengata dalam diam kerana cemburu dengan kecantikkan Ariel yang berambut merah dan bermata biru.
Para golongan lelaki pula hampir rebah ke lantai Kafe kerana hampir gugur jantung mereka melihat wanita itu.
Ariel yang sudah 20 tahun menetap di Darkness City tidak langsung dimamah usia. Usianya sudah mencecah 45 tahun, wajahnya pula masih lagi seperti golongan remaja yang berusia 20-an.
Ariel melangkah perlahan ke rumahnya yang beberapa meter di belakang Kafe dan kawasan pantai.
Sewaktu dia berjalan, Ariel mendongak ke langit apabila dia mendengar bunyi burung camar. Burung camar tersebut mendarat ke jalan tar di hadapan Ariel.
"Hello Seagulls, long time no see. Apa hajat kau ke sini? I dont have any fish to give you right now."
Burung camar lantas memuntahkan bebola yang bercahaya dan memiliki saiz sebesar tapak tangan ke atas jalan tar.
"Apa ni?"soal Ariel lantas mengambil bebola tersebut. Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang melihat.
Kejadian yang berlaku di Kota Mermaidia telah dipaparkan di atas permukaan bebola tersebut. Ariel menutup mulutnya dan matanya terbuntang besar apabila dia melihat anak saudaranya, Luna telah menerima sumpahan daripada Maria.
"Tak guna punya Maria! Kau ulang benda yang sama kepada Luna?!"
Burung camar lantas terbang meninggalkan Ariel. Ariel segera menyimpan bebola itu di dalam beg tangannya lalu dia menapak laju pulang ke rumah.
Langkah kakinya terhenti apabila seekor kelawar tiba-tiba muncul di hadapannya. Kelawar tersebut berubah menjadi seorang lelaki yang amat dia kenali.
"Aku nak tanya kau satu perkara. Siapa duyung yang akan muncul selepas kau? Jawab!"soal Ben berang. Kedua anak matanya kini berubah menjadi merah.
"Apa kau merepek ni?! Tepi lah! Aku nak balik!" Ariel menolak tubuh Ben dengan tenaga yang dia miliki. Namun, lengannya pantas ditarik Ben.
"Aku tanya, siapa dia? Mana dia?! Kau jangan nak berdalih dengan aku lagi, Ariel!"
"Aku sibuklah. Aku kena pergi sekarang! Hal ini kita bincang nanti. Aku janji aku akan datang berjumpa kau."
Mata merah Ben langsung bertukar kepada biru semula. Lengan Ariel turut dilepaskan. Ariel lantas berlari anak pulang ke rumah.
Ben yang sedang cuba menahan barannya itu hanya memandang Ariel pergi. Wajahnya diraup perlahan lalu dia cuba untuk mendengar semula jeritan dan tangisan yang dia dengar di kedainya tadi.
Namun tiada sebarang suara, tangisan mahupun jeritan yang dapat dia dengari.
"Where is she? Kenapa dia menangis? Apa yang berlaku dengan duyung itu?"soal Ben bertalu-talu seorang diri.
***
Air pantai berebut-rebut untuk naik ke daratan. Setelah puas ditolak ombak, mereka akan turun semula ke pantai dan membawa pasir-pasir pantai ke dalam pantai. Begitulah seterusnya. Berulang-ulang sehingga penghujungnya.
Kelopak mata dibuka oleh seorang gadis. Perasaan aneh terbit seketika. Langit gelap yang kian diterangi cahaya mentari ditatap lama.
Udara sejuk di waktu pagi dia sedut melalui rongga pernafasan. Air pantai yang menemaninya itu menampar wajahnya secara tiba-tiba.
"Argh! Sakitlah."
Luna langsung bangun dari terbaring. Dia kini duduk menggunakan punggungnya. Matanya tertacap kepada sesuatu yang dia tidak pernah lihat sepanjang hidupnya.
Sepasang kaki panjang yang telah menggangtikan ekor emasnya. Luna menekup mulutnya lalu matanya mengeluarkan air mata dengan laju. Perasaan sebak tidak dapat dia tahan lagi.
Tangannya menggigil apabila dia cuba untuk menyentuh sepasang kaki yang ada di hadapannya itu. Kulit bertemu kulit. Luna menyentuh kakinya. Esakkan Luna kian kuat memecahkan kesunyian pantai.
"What should I do now?"
Luna memandang tubuhnya pula. Dia kini tidak memakai apa-apa di tubuhnya. Wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan dan esakkannya semakin kuat.
"Luna?"
Satu suara memanggil namanya. Luna langsung mengangkat wajahnya. Seorang wanita berambut merah lantas memeluknya erat.
"K..kau siapa?"soal Luna dengan tangisan yang tidak terhenti.
"Ni Auntie Ariel, sayang. Auntie akan jaga Luna mulai sekarang. You better stop crying, dear. Nanti orang dengar."
"Auntie Ariel?"
"Yes. Ini Auntie. Kamu anak saudara Auntie."
"What should I do now, Auntie?"soal Luna sambil menangis.
Pelukkan dilepaskan. Beg kertas dibuka oleh Ariel. Pakaian yang dibawa Ariel dikeluarkan lalu disarungkan ke tubuh Luna.
"Ini apa?"
"Pakaian. Don't tell me you want to walk around with that naked body?"
Luna tidak membalas. Dia hanya akur dengan apa yang Ariel lakukan kepadanya.
"Done."
Ariel cuba untuk membantu Luna untuk bangun. Namun kaki Luna masih lagi lemah dan dia tidak boleh berdiri langsung.
"I can't."
"It's okay. Auntie ada bawakan sesuatu untuk Luna." Ariel lantas menarik kerusi roda yang ada di sebalik batu besar.
"Luna duduk dekat sini."Ariel memapah Luna perlahan-lahan lalu Luna lantas melabuhkan punggungnya ke atas kerusi roda tersebut.
"Great! Sekarang Luna dah boleh bergerak ke mana yang Luna mahukan."sambung Ariel lagi. Ariel menolak kerusi roda tersebut.
Luna memandang sekitar pantai. Matanya tidak lepas memerhati setiap benda yang dia nampak. Pokok kelapa, bangunan batu, jalan raya, kereta-kereta yang lalu lalang dan lain-lain.
"Inilah dunia yang akan Luna lalui sekarang."jelas Ariel.
"Apa tu? Kenapa kapal tu ada kaki?"soal Luna.
"Itu bukan kaki. Itu adalah tayar dan itu juga bukannya kapal tapi kereta."
Luna menganggukkan kepalanya. Mereka tiba di kawasan perumahan Ariel.
Luna terhidu sesuatu yang amat menyelerakan namun dia tidak tahu apakah benda itu. Matanya kini tertumpu ke arah Vamp Bakery. Dia yakin bahawa bau yang menusuk rongga pernafasannya itu datang dari bangunan itu.
Jantung Luna laju mengepam darah apabila dia terlihat seseorang yang sedang memerhatikannya di luar kedai roti tersebut. Pandangan mata tersebut membuatkan Luna seram sejuk.
"Auntie, siapa dia tu?"soal Luna.
Ariel lantas memandang ke arah Vamp Bakery. Keluhannya dilepaskan. Ariel tidak menyangka bahawa Ben akan berada di situ.
"Itu jiran kita. Luna, sekejap ya? Auntie bukakan pintu rumah."
'Hmm. Jiran?'
Luna cuba untuk memandang ke arah kedai roti itu semula. Dia hampir hilang nafas apabila melihat kini ada tiga pasang mata yang memerhati dirinya.
Luna mengusap dadanya perlahan sambil dia memejamkan kelopak matanya. Kelopak mata dibuka semula.
"Arghhh!"
Jeritan dilepaskan oleh Luna apabila ada seorang lelaki betul-betul berada di hadapan wajahnya itu. Wajah lelaki itu hanya jarak beberapa sentimeter sahaja dengan wajahnya.
"No need to be scared, little fish. I'm not going to eat you. I don't like fish by the way." Ben lantas berdiri tegak dari membongkokkan tubuhnya. Tidak menyangka pula gadis itu akan menjerit sewaktu Ben mendekatkan jarak wajah mereka.
"Ben! Kan aku dah suruh kau bersabar?! Terkejutlah dia."Ariel lantas datang menghampiri mereka berdua. Pukulan diberikan kepada sang pontianak.
"Aku cuma nak pandang dia dengan lebih dekat. Thats all. And you little fish, nama aku Ben. Benjamin Louis. Keep that in your head."
Tangan dihulurkan kepada Luna. Luna teragak-agak untuk menyambutnya.
"Kan aku dah cakap aku tak makan ikan. So, don't be afraid."sambung Ben lagi lalu dia menyambut tangan Luna.
"Hmm.. L..Luna. Luna Crystal."
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro