17 SHE'S GONNA CRY.
Pintu bilik ditutup rapat. Elliot menapak perlahan meninggalkan bilik tersebut dengan pelbagai tanda tanya.
"Nama dia James? Aku rasa aku macam pernah dengar nama tu. James Stephan?"soalnya kepada diri sendiri.
Tiba di ruang tamu, dia langsung melabuhkan punggung di sofa panjang.
"Come on. I don't have any cash. Aku tak sempat nak tukarkan mutiara ni kepada duit. Aku tak sempat ke kedai barang kemas. I'm new in this town."
Elliot menggaru pipinya yang tidak gatal itu. Ayat yang keluar dari mulut James dia putar berkali-kali di dalam kepala.
"Siapa yang tak ada cash dalam dunia serba moden ni? Kalau dia tak ada cash, dia pasti ada kredit kad. Tapi apa yang dia bagi aku? Mutiara? Mana dia dapat mutiara banyak macam tu? This is weird."sambung Elliot panjang lebar.
Jam ditangan dipandang Elliot.
"Sudah pukul 4 petang. Wait a minute, where is my Babe? Dah petang masih tak datang ke sini? Takkan dia teman Luna pergi date?"
Tanpa berlengah, Elliot segera berdiri. Dia menuju ke tangga utama yang menghubungkan ke tingkat bawah iaitu kedai roti. Tiba di kedai roti, dia menapak untuk keluar dari bangunan itu.
Loceng berbunyi tatkala pintu ditarik ke dalam. Angin petang dia hirup sambil memejamkan kedua matanya.
"The weather are so nice."
Kelopak mata dibuka. Rumah kediaman puteri-puteri duyung di hadapannya dia pandang. Sebelum melintas jalan, dia menoleh ke kiri dan ke kanan.
Kaki menapak laju apabila tiada kenderaan. Tiba di hadapan pintu rumah tersebut, dia mengetuk pintu berkenaan perlahan berkali-kali.
Selepas ketukkan ke-enam, pintu dibuka oleh seseorang. Elliot tersenyum sejurus sahaja melihat wanita di hadapannya itu.
"Hei."lembut sahaja suara Hannah menegur.
"What are you doing, Babe?"soal Elliot.
Hannah menarik pintu berkenaan lebih luas sebagai memberi laluan untuk Elliot masuk. Dengan senyuman di wajah, Elliot langsung masuk ke dalam.
"Nothing. Cuma menonton televisyen."balas Hannah lalu menutup pintu rapat.
"Maybe we should go for a walk? Pergi taman ke?"cadang Elliot.
"Taman? Erm why not? Bagi aku tukar pakaian dahulu."pinta Hannah lalu dia segera masuk ke dalam bilik.
Elliot mengambil kesempatan dengan memerhati apa yang ada di dalam rumah itu. Gambar yang tergantung di dinding dia pandang seketika.
"Ariel sememangnya takkan pernah tua. Dia masih lagi sama seperti dalam gambar ni. And this photo are from 20 years ago. But wait! Apa yang akan jadi dengan aku lepas ni? Hannah juga tak akan tua. Takkan aku tua seorang diri?"
"El, kau cakap apa?"
Elliot langsung menoleh ke belakang. Hannah yang muda dan jelita itu dia renung dengan bibir bawah dijuihkan.
"Aku akan tua seorang diri. What should I do?" soal Elliot dengan nada manja. Hannah langsung tergelak mendengar pertanyaan Elliot.
"Kau risaukan tentang itu? El, aku tak kesah pun. Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji."
Gigi putih kelihatan apabila Elliot mengukir senyuman lebar. Tangan Hannah dia capai dan dia pandang sekilas. Matanya terhenti kepada lengan teman wanitanya itu.
"Apa yang berlaku dengan tangan kau, Hannah? Kenapa ada bekas merah?"soal Elliot sambil membelek lengan Hannah.
Soalan Elliot membuatkan Hannah tersentak. Dia langsung menarik tangannya dari dipegang Elliot.
"Nothing happen. A-aku terlanggar perabot."
"Terlanggar perabot merah dekat kedua-dua tangan kau? Kau sengaja langgar dua kali ke macam mana? Aku tahu kau tipu. Apa yang berlaku sebenarnya? Kau bergaduh?"
Hannah membatu. Pertanyaan Elliot tidak mampu untuk dia berikan jawapan sebenar.
"Hannah, apa yang berlaku? Tell me."Elliot menyoal lembut seraya memegang kedua pipi Hannah.
"Sebenarnya.. Lelaki yang check in dekat Guesthouse tu adalah James. Putera duyung yang aku ceritakan semalam."
"What?! James?"
***
Tangan Ben ditarik Luna. Ben hanya akur mengikuti ke mana sahaja Luna mahu pergi. Mereka tiba di hadapan beberapa buah bilik kecil.
"Photobooth?"baca Luna perlahan perkataan yang tertera di luar bilik kecil itu.
"Lets get in."ajak Ben lalu dia pula yang menarik tangan Luna. Mereka masuk ke dalam photobooth yang cukup-cukup muat dengan dua orang itu sahaja.
"Memandangkan kita tak pernah ambil gambar bersama, so why not?"sambung Ben lagi. Ben melabuhkan punggung di kerusi tinggi diikuti Luna. Skrin besar di hadapan mereka itu Ben sentuh perlahan.
"But how? Bukan ke kalau nak bergambar kena guna kamera atau telefon pintar?"soal Luna.
"Kau ikut je apa aku buat. Kita ambil yang dua keping je lah. Banyak-banyak nak buat apa, kan?"
Ben menyentuh skrin tersebut bagai seorang pro. Luna memuncungkan mulutnya sambil memerhati setiap apa yang Ben lakukan.
Kamera sudah bersedia.
"Smile, Luna! 3, 2, 1, cheese!"teriak Ben sedikit kuat.
KLIKK!
Gambar pertama mereka sudah pun diambil.
"Gambar kedua pula, freestyle..."
"Freestyle?"soal Luna sambil memandang Ben. Ben menarik Luna ke dalam dakapannya sambil tangan kanan menunjuk peace sign.
KLIKK!
"Wait! Dah ke? Aku tak ready!"rungut Luna.
"Hahaha. It's okay. That will be your first candid photo."balas Ben sambil ketawa perlahan.
Dua keping gambar keluar dari mesin di hadapan mereka. Luna pantas mengambil gambar tersebut.
"Ahh, gambar kedua aku tak pandang kamera."
"Aku ambil gambar yang candid ni, kau ambil gambar yang kau ready ni. Fair?"
Luna menganggukkan kepalanya. Gambar tersebut diambil Luna. Ben pula menyimpan gambar candid tersebut ke dalam dompetnya.
"Jadi, kita nak naik ride apa pula lepas ni?"soal Luna sambil mereka beriringan menapak keluar dari photobooth.
Orang ramai berpusu-pusu menyertai kerumunan yang ada di tengah perkarangan taman tema. Ben dan Luna yang ingin tahu terus bergerak untuk melihat apa yang berlaku.
Suara tengkingan seorang lelaki kedengaran. Ben menolak orang ramai untuk memberi laluan kepada mereka berdua untuk ke barisan paling hadapan.
"Alicea?"ucap Ben setelah melihat sahabatnya itu yang sedang bertekak di tengah kerumunan orang ramai.
"That was your friend, right? Mereka bergaduh? Aku rasa lelaki tu terlalu kasar dengan Alicea. Kau nak berdiam diri sahaja?"soal Luna kepada Ben.
Ben hanya diam memandang Alicea dan lelaki itu bertikam lidah. Namun, Alicea lebih bercakap dengan nada lembut berbanding lelaki itu yang tidak berhenti mengeluarkan kata-kata kesat.
"I thought you love me?"soal Alicea kepada lelaki itu. Sengihan sinis terukir di bibir lelaki itu. Tangannya dinaikkan lalu ditampar pipi Alicea kuat. Orang ramai terkejut serta berbisik di antara satu sama lain.
Pegangan tangan Ben dan Luna dilepaskan oleh Ben secara tiba-tiba. Ben langsung lesap hilang di sebelah Luna. Dia menggunakan kuasa kelajuannya dan merentap baju lelaki itu.
"How dare you slapped my bestfriend?!"teriak Ben seraya warna matanya bertukar dari biru ke merah. Tangan kanannya pantas mencekik leher lelaki itu sehingga kakinya tidak jejak ke tanah.
"Ben! Enough!"jerit Alicea lalu menarik Ben dari mencekik lelaki itu.
"But, he slapped you!"
Luna yang memerhati apa yang berlaku langsung jatuh terduduk tergamam. Tidak pernah lagi dia bertemu dengan Ben yang ganas dan menakutkan seperti itu.
"You can't kill human, Ben. So, please stop. Aku tak apa-apa."bisik Alicea perlahan. Ben yang mula tersedar terus melepaskan cengkaman tangannya di leher lelaki itu. Terus jatuh lelaki itu ke atas tanah sambil batuk kuat mencari nafas.
Alicea pantas memeluk Ben sambil tangannya menepuk belakang badan Ben untuk menenangkan sahabatnya itu. Warna mata Ben bertukar semula kepada warna asal setelah dia mula bertenang.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus beransur pergi setelah keadaan sudah aman.
"Are you really okay?"soal Ben selepas meleraikan pelukkan mereka. Pipi kiri Alicea dia usap perlahan.
"I'm okay. Aku serigala, Ben. Tak sakit pun. Kau je yang melebih."
Ben memandang lelaki yang terduduk di atas tanah itu sekilas lalu matanya beralih pula kepada seseorang yang sudah mula hendak menangis.
Keluhan lemah keluar dari mulut Ben.
"Howdy hell. Aku lupa Luna ada di sini. She's gonna cry."
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro