Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 HE JUST CAN'T ADMIT.

Ben melangkah keluar dari dapur. Dulang yang mengandungi beberapa kek cawan ditatang untuk disusun di atas meja jualan. Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi seseorang yang sedang batuk berkali-kali. Dia melirikkan matanya ke kiri.

Pandangan matanya terhenti kepada seorang gadis yang sedang menepuk-nepuk dadanya. Ben menjeling gadis yang ada di dalam kedainya itu lalu dia menuju ke meja di sebelah kaunter untuk meletakkan kek cawan.

'Apa dia buat kat sini? Tak malunya nak makan kat sini lepas intai aku pagi tadi.'

Ben menggelengkan kepalanya sambil memandang Luna lama. Luna yang menyedari pandangan daripada Ben terus tidak senang duduk di situ.

'Apa pulak mamat ni pandang-pandang aku dari tadi?'

Luna memberanikan diri untuk memandang ke arah Ben semula. Mata mereka bertemu.

"A..apa?"soal Luna.

Ben langsung melarikan pandangan matanya ke arah lain.

"Lain kali pagi-pagi jangan curi-curi intai orang, nanti diri sendiri yang malu. Dengan air liur basi bersepah, tahi mata bukan main besar lagi. Haihh."kata Ben dengan nada sinis lalu dia masuk ke dapur semula.

Ketawa kecil dilepaskan tatkala kakinya menginjak lantai dapur. Elliot dan Alicea memandang Ben serentak. Kening kanan Elliot terangkat berserta senyuman sinis di bibirnya.

"Nampaknya ada orang gembira hari ini. He's laughing just now."ucap Elliot kepada Alicea.

"What? Me?"soal Ben sambil meletakkan dulang ke atas meja besi.

"Yess, you! Tengoklah siapa kat depan. Come on, Ben. Tak payahlah sorok lagi. Go out and tell her."

"Tell her what? Hello little mermaid, you're funny stalker. Itu maksud kau?"

Elliot dan Alicea melepaskan tawanya. Ben langsung melabuhkan punggung di sebelah Elliot. Cawan kaca di atas meja itu diambil lalu air kopi tersebut diteguk laju.

"Stalker?! Apa benda kau merepek ni?"soal Alicea.

"Dia intai aku pagi tadi. And with that ugly morning face. Urgh, I can't handle it."

"No way! Itu maksudnya kau dan Luna suka antara satu sama lain. Just admit it."Elliot berkata sambil menepuk bahu Ben berkali-kali.

Bunyi loceng pintu diluar kedengaran. Alicea langsung meninggalkan dua orang lelaki tersebut untuk melayan pelanggan di hadapan.

"Sejak bila aku cakap aku suka Luna? You better stop it, El."

"Aku kenal kau dah lama, Ben. You better admit it now and do something."

"Shhh. Shut your mouth. Pergi tolong Alicea kat depan."

Elliot melepaskan tawa kecil lalu meninggalkan Ben sendirian di dapur.

"He's crazy. Macam mana lah aku boleh dapat kawan macam tu?"omel Ben.

***

Loceng berbunyi tatkala pelanggan melangkah keluar. Alicea kembali masuk ke dapur semula. Elliot melirikkan mata ke arah gadis yang sudah selesai menikmati sarapan paginya itu. Dia langsung melangkah mendekati Luna.

Kerusi besi ditarik lalu Elliot melabuhkan punggungnya di situ. Luna yang sedang menghirup teh hijaunya terus memandang Elliot. Cawan kaca diletakkan semula ke atas piring.

"Apa lagi yang kau nak? Nak bahan aku macam kawan kau tu? Huh?"soal Luna lalu memberi Elliot jelingan tajam.

"Okay, listen. Let me ask you something, kenapa kau intai Ben?"

Luna tersenyum sinis.

"Dia bagi tahu kau? Such a kepoci."

"Just answer me, Luna. Kau sukakan Ben kan?"

"Aku? Suka dia? Hell no."

"Just admit it already. Penatlah aku macam ni. This thing will never end if you two never admit it. Mengaku sajalah."

"Then, how about Ben? Dia sukakan aku?"

Elliot mendapat satu akal. Senyuman manis diberikan kepada Luna.

"Yes. Dia sukakan kau. Terlalu sukakan kau. Cuma, tulah. Disebabkan sihir bodoh tu, dia cuba buang perasaan tu jauh-jauh."

Luna mendengar setiap butir yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu dengan penuh khusyuk.

"Tapi, aku yakin Ben boleh ubah semua ni semula. Kau dan dia boleh bersama. Cuma dia sahaja tak berapa yakin."sambung Elliot lagi.

"Erm, aku sebenarnya..."

Elliot tersenyum. Dia menongkat dagunya pula sambil menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Luna.

"El, Ben minta kau check stok barang."

Elliot dan Luna memandang Alicea serentak. Elliot mengeluh panjang.

"Come on. Aku ada hal ni. Five minutes, please!"

"Now, El."balas Alicea lalu masuk ke dapur semula.

"Just go. Aku pun nak balik ni. See you again." Luna berdiri lalu dia pun meninggalkan Elliot sendiri. Loceng berbunyi apabila pintu dibuka.

"Argh, Ben! Aku lagi sikit je nak tahu apa yang Luna nak cakapkan tadi. Kau memang kacau betul lah."

Dulang diambil di kaunter, lalu Elliot kembali ke meja yang diduduki oleh Luna sebentar tadi. Pinggan dan cawan di letakkan di atas dulang lalu dibawa ke dapur.

Ben dan Alicea memandang Elliot yang baru masuk ke dapur.

"Did she left?"soal Ben.

"Yes. Because of you."balas Elliot dengan nada dingin. Dulang diletakkan di atas sinki.

"Kenapa aku pula?"

"Because you ugly."

"What?! Dia cakap aku buruk?"

Elliot diam membatu. Pinggan dan cawan mula dicuci.

"Oi, aku cakap dengan kau ni."

"Untuk apa kau nak tahu? Kau bukannya suka dia pun. Kau tak ada hak nak tahu. So, this will be our secret. Rahsia Luna dan aku."

Ben mengetap giginya. Jelingan diberikan kepada Elliot.

"Tapi apa yang kau borak dengan Luna? Aku nampak macam serius je?"soal Alicea pula.

"It's our secret."

"Aku pun tak boleh? Tell me, El."

"No."

Ben langsung keluar meninggalkan Alicea dan Elliot.

"He just can't admit."ucap Elliot sambil memerhati pintu dapur tertutup rapat.

"Jadi apa rahsia tu?"

"No, Alicea. Aku takkan bagi tahu kau mahupun Ben. So, stop."


***

Short update for you guys.
So sorry. Very sorry. Sorry again TT
Will update more soon.
Oh ya, sebelum terlupa. Luna Crystal tersenarai untuk senarai pendek Award ERAteam.
Tolong support Luna Crystal. Harap boleh menang any award😘

Love you guys, my readers.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro