Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 BE CAREFUL, BEN.

Knock.. Knock...

Cengkerang putih terbuka apabila Luna mengetuk permukaan kulitnya. Senyuman lebar terukir di bibir si duyung apabila melihat mutiara Crystal yang ada di dalam cengkerang tersebut.

"Terima kasih, sahabat. You did a great job. Cantik mutiara ni."

Luna mengambil mutiara tersebut lalu digenggamnya erat. Ciuman diberikan kepada si tiram.

"See you again."

Luna mula berenang meninggalkan tiram tersebut. Ekor emasnya dilibas mengikuti arus lautan. Matanya meliar memandang ke dasar lautan.

Bibirnya kembali tersenyum apabila melihat beberapa ikan-ikan badut berenang bersama-sama di celah-celah batu karang.

"Can I join you guys?"

Pertanyaan Luna tidak dibalas, malahan mereka dengan pantas berenang masuk ke dalam rimbunan rumpai laut untuk menyembunyikan diri.

"By the way, I like your orange and black colour! It suits you guys well." sambung Luna lagi.

"Luna! Kau kena balik sekarang, ada berita buruk untuk kau."

Hannah yang entah muncul dari mana segera mendapatkan sahabatnya itu lalu kedua tangan Luna dicapai.

"Hei, kenapa ni? Apa yang terjadi?"

"King Stephan datang berjumpa dengan ayah kau. Dia arahkan kau dan puteranya disatukan."jelas Hannah cemas.

"Tak mungkin! Aku tak mahu. Disatukan dengan James? It's not gonna be happen, Hannah."

Mereka bingkas berenang dengan kelajuan maksima ke arah Kota Mermaidia. Setibanya di rumah, Luna segera menemui ayahnya.

"Ayah, apa semua ni?"

"Luna, ayah ada tetamu penting ni. Give some respect, please. Maafkan saya, King Stephan."

"Luna tak mahu berkahwin dengan James! He's not my taste!"tegas Luna secara tiba-tiba.

Ayah Luna membuntangkan matanya apabila ayat yang tidak sepatutnya itu keluar dari mulut anak tunggalnya.

Hannah yang berada di sebelah Luna pula menepuk dahi dan berdoa panjang agar tiada apa yang berlaku kepada sahabatnya itu.

Tapi itu mustahil! Tiada siapa lagi yang berjaya melepaskan diri setelah murka dengan arahan Raja Lautan tersebut.

King Stephan berpaling menghadap duyung yang baru sahaja murka dengannya.

"Bawa duyung ini ke Istana. Sekarang!"herdik King Stephan kepada beberapa duyung suruhannya.

Mereka lantas menghampiri Luna dan menggenggam kedua lengan Luna dan telah bersiap sedia untuk membawa Luna pergi.

"King Stephan, tolonglah. Lepaskan anak saya. Dia masih muda. Tolonglah."

King Stephan tidak mengendahkan rayuan duyung tua berjanggut putih itu dan segera berenang keluar dari rumah tersebut. Luna turut dibawa pergi bersama.

"Ayah! Tolong, Luna. Lepaskan aku!"

Mutiara yang berada dalam genggaman Luna terlepas ke dasar lautan. Hannah menangis teresak-esak memerhati sahabatnya diperlakukan sebegitu.

***

"Lepaskan aku! Lepaskan!"

Luna meronta-ronta namun tidak diendahkan langsung oleh mereka yang menggenggam kedua tangannya itu. James yang baru tiba di Istana menyedari kehadiran Luna.

"Luna?! Apa yang dah terjadi ni? Lepaskan dia." soal James lalu mendapatkan Luna. Luna langsung dilepaskan.

"Ni semua sebab kau! Aku dah cakap yang aku tak berminat langsung dengan kau. Sekarang apa dah jadi? Bapa kau mahu aku berkahwin dengan kau, James."

"Hah? Betul ke apa yang Luna katakan?" James memberikan reaksi terperanjat seolah-olah dia tidak tahu-menahu tentang perkara itu. Lantas dia menyoal duyung suruhan istana sebagai kepastian.

Duyung suruhan lantas menganggukkan kepala mereka serentak.

"James. Lupakan lah duyung tidak berbudi ni. Dia sudah menolak arahan Ayahanda dan dia telah menghina kamu! Ayahanda akan menghukumnya!"

"Ayahanda!"

Seseorang yang berjubah hitam menapak perlahan bersama tongkat kayunya. Luna menggigil ketakutan selepas menyedari kehadiran makhluk yang tidak disangka-sangka itu.

"Apa yang Ayahanda mahu lakukan?!" soal James cemas. Luna pula sudah sebak menahan tangisan. Entah apa pula nasibnya selepas ini.

"Mungkin kau dah lupa apa yang sudah terjadi kepada Ariel? Kini giliran kau pula. Maria, tukarkan Luna kepada manusia dan berikannya sumpahan paling terkutuk sekali!"

"Ayahanda!"

"Tolonglah, tolonglah, maafkan saya, King Stephan! Ampunkan saya!" Luna merayu sambil tangisan berjujuran membasahi pipinya.

Ahli sihir bernama Maria itu mengangkat tongkat kayunya ke atas. Cahaya hitam muncul keluar dari hujung tongkat.

"Kau akan bertukar kepada seorang manusia sewaktu matahari terbit keesokkan paginya. Dan sumpahan seterusnya adalah, kau harus menemukan cinta sejati untuk terus kekal hidup di daratan. Tempoh kau hidup di daratan hanya 5 bulan sahaja. Kau akan menjadi buih-buih hitam jika engkau gagal menemui cinta sejati."

Cahaya hitam terus menerjah ke arah Luna tatkala tongkat tersebut dihalakan kepada duyung malang itu.

"Arghhhhh!!"

Suara jeritan Luna dapat didengari di seluruh pelusuk lautan. Ikan-ikan kecil yang berenang di dasar lautan segera masuk ke dalam lokasi persembunyian mereka.

Ombak laut kuat menampar batu-batu besar di persisiran pantai. Sumpahan terkutuk akhirnya sudah bersemadi ke atas Luna. Tiada lagi yang dapat mengubah hidupnya melainkan dia menemui cinta sejati.

***

Selain wujudnya duyung, pelbagai makhluk lain yang wujud di dunia ini selain manusia dan haiwan. Antaranya adalah pontianak dan serigala jadian.

Pontianak yang tidak asing lagi di kalangan manusia merupakan pemilik Vamp Bakery di Darkness City. Dia adalah Benjamin Louis.

Ben mula menyusun roti kacang merah ke dalam dulang pembakar. Roti tersebut merupakan jualan untuk keesokkan harinya.

Tangannya terhenti secara tiba-tiba. Kelopak matanya dipejam rapat. Suara tangisan dan jeritan seseorang menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya.

Elliot yang baru sahaja mengemas di hadapan masuk ke dalam kawasan dapur.

"El, kau dengar tak apa yang aku dengar?"soal Ben.

"Dengar apa? Aku dengar bunyi perut aku yang lapar ni adalah. Kenapa? Kau dengar jugak ke bunyi perut aku?"

Ben melepaskan keluhan setelah mendengar jawapan dari sahabatnya itu. Menyesal dia melontarkan soalan itu.

"Nasib baik mood aku baik petang ni. Kalau tak, aku sumbat roti ni dalam mulut kau."

"Alah kau ni, aku ni manusia biasa. Kau tu pontianak, mungkin kau dapat kelebihan baru? Dapat dengar benda yang aku tak dapat dengar? But, Ben, roti tu boleh buat aku kenyang jugak tau. Apa kata kau bakar dulu sebelum sumbat dalam mulut aku?"

"Dah, aku nak sambung buat kerja. Kau pergi mop lantai luar."

"Dah, boss! Semua dah settle."

Elliot melabuhkan punggung di bangku kayu. Ben pula sambung kerjanya untuk membakar roti.

Pintu bilik air dibuka kuat. Gadis berambut coklat melangkah keluar tanpa senyuman di wajah.

"Aku rasa kau akan berjumpa dia dalam waktu terdekat ni, Ben." kata Alicea lalu meneguk air mineral.

Ben dan Elliot memandang Alicea. Alicea jelas telah mendengari segala perbualan Ben dan Elliot semasa dia berada di dalam bilik air sebentar tadi.

"Apa maksud kau?"soal Ben.

"Kau lupa tentang sumpahan yang kau dah terima?"

"Maksud kau tangisan dan jeritan yang aku dengar tu daripada seekor duyung?"

"Kau tak pernah alami benda macam ni lagi kan? Maybe this is the right time, tanggal lahir kau yang ke-300 pun akan tiba tidak lama lagi. Jadi, mungkin pendapat aku ni betul. So, be careful, Ben."

Ben terdiam seketika. Elliot pula jelas kerisauan terpancar di wajahnya.

'Mungkin Ariel tahu soal ini.' bisik Ben di dalam hati.

Dulang pembakar hampir jatuh ke atas lantai namun sempat ditangkap oleh Alicea.

Ben secara tiba-tiba hilang dari pandangan mata mereka berdua. Hanya pintu yang menghubungkan dapur dan bahagian luar kedai bergoyang laju tanpa henti.

"Lucky him got that super-speed powers. Terus hilang lesap tiba-tiba." bebel Elliot. Alicea menggelengkan kepalanya lalu dulang pembakar dimasukkan ke dalam mesin pembakar.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro