MYTH TWELVE
"JANGANLAH tenung lama sangat, beauty. Tak lari mana benda ni." Dia lepaskan tawa kecil. Aku tak pasti mana kelakarnya tapi dia boleh tergelak.
"Cantiknya..." gumamku. Aku terpesona. Kaki mengorak langkah menghampiri. Spontan, tangan aku naik membelai kain lembut itu.
"Mana awak dapat baju-baju cantik ni?"
"Dapat? Negara manalah yang bengong nak bagi dress dengan blouse perempuan pada raja? Bukannya raja ada bini ataupun anak perempuan."
Aku diam. Mata masih galak memerhati helaian dress labuh yang ada. Walaupun bilik ini tidak dijejaki orang lain, baju-bajunya nampak kemas. Seperti baru.
"Jadi, siapa punya pakaian ni?"
Dia garis senyuman manis. "Kau nak tahu?"
Nadanya bertukar ceria. Mata bersinar. Aku laju anggukkan kepala, mahu tahu asbab dia tersenyum lebar.
"Ni semua... Baju mama aku."
Tanganku terhenti pergerakan. Berderau darahku mendengar dia memanggil ibunya. Aku berpaling menghadapnya.
"Sorry..."
"Hesy, apa kau ni beauty? Dari tadi minta maaf. Kau tak ada salahlah." Dia tarik muncung. Kaki dia gerak menghampiri aku. Berdiri di sisi aku. Tangannya menarik satu dress yang tergantung.
"Kau tahu... Semua ni... Mama yang jahit." Suaranya bertukar nada. Kali ini lebih lirih. Ekor mataku melihat jemarinya yang naik bermain labuci pada dress labuh itu.
Persoalannya, mengapa dia ceritakan semua ini pada aku?
"Mama suka sangat jahit baju."
Icarus angkat wajah. Aku terkedu melihat matanya yang berkaca-kaca.
Aku tahu... Icarus rindukan ibunya. Aku juga pernah alami perpisahan yang sama. Pemergian yang tak mungkin kembali. Aku faham perasaan anak raja itu. Terlalu faham.
"Kau tengok ni." Dia tarik satu baju.
"Ni baju yang mama jahit untuk aku waktu aku empat tahun." Dia corak senyuman kecil.
Melihat baju kecil itu, dia teringat zaman kecilnya dulu. Hidup mereka indah, tidak perlu sesakkan kepala dengan masalah dunia. Hanya ada mereka sahaja. Ayahnya juga tidak akan sibuk ke sana dan ke sini.
"Baju ni paling aku sayang. Kau nak tahu sebab apa?"
Aku tidak menjawab sebaliknya hanya merenung wajah pucatnya. Saat ini, aku hanya menjadi sepasang telinga untuk dia.
"Ini... Baju terakhir mama aku buat sebelum..." Halkumnya bergerak naik turun. Mataku nakal hendak memerhati sebelum naik ke matanya.
"Sebelum..." Dia kemam bibir. Matanya yang berkaca-kaca mula pecah. Setitis mula tumpah.
Spontan, aku dakap tubuhnya. Erat.
Aku faham perasaannya. Perasaan kehilangan. Perasaan rindu yang bertanggung. Rasa yang tak mungkin mampu diluahkan pada insan itu lagi.
"Dia kena bunuh..." Lemah dia tuturkan kata. Pelukan aku dia balas erat. Dihambur tangisan yang dia tahan.
Pertama kali aku melihat dia menangis. Aku sangka dia kuat tapi aku silap. Dia juga ada perasaan. Tak bermaksud lelaki, dia akan kental sepanjang hidup. Pasti ada waktu dia jatuh dan salah satu harinya adalah hari ini.
Sebabnya adalah kerana seorang permata hidup. Insan yang melahirkan. Sebut nama ibu, bergegar saraf hati. Terlalu kasih dan sayang terhadap mereka.
"Aku rindu dia, beauty... Aku tak sempat balas jasa dia. Aku nakal dengan dia dulu, beauty... Aku tak sempat minta maaf dengan dia... Semua... Semua berlaku terlalu pantas. Aku nak dia..."
Belakang tubuhnya aku tepuk dan gosok. Mendengar kisahnya, aku teringat ibuku juga. Dia juga mati dibunuh oleh ahli sihir.
Pengakhiran ibu mereka sama. Yang membezakan, ayahnya juga pergi manakala ayah Icarus masih di sisi dia.
"Aku..."
Dia sendiri yang melepaskan pelukan. Baju berwarna biru baldu itu dipandangnya lama.
"Malam sebelum dia dibunuh... Aku... Aku buat jahat dengan dia."
Setitis air matanya tumpah pada baju birunya.
"Aku merajuk dengan dia sebab tak belikan aku kambing golek dekat pekan. Aku terlalu bodoh, beauty. Keluarga aku ada kesempitan duit tapi aku berdegil nakkan daging tu." Dia kesat air mata sebelum menyambung.
"Bila aku balik tengok tak ada daging tu, aku jadi marah sedangkan mana dah cakap dia tak ada duit nak beli. Upah mama dengan papa aku ambil tak banyak. Cukup untuk tanggung sekeluarga, itu pun perlu makan bercatu."
Dia pejam mata. Senyuman hambar dia lorek pada bibir.
"Bila aku marah, aku lari rumah. Sampai tengah malam, aku masih tak nak balik. Aku menangis dekat pangkin sekolah. Bodohnya aku dulu..." Icarus menggeleng pula.
"Waktu tu papa masih belum pulang. Kadang-kadang dia kerja sampai pagi jadi mama yang selalu ada dengan aku. Malam tu juga, mama cari aku nak pujuk aku balik."
Dia lap air mata dengan lengannya yang terdedah. Mataku hanya memandang gerak-gerinya. Saat dia menceritakan segalanya, aku tahu dia percayakan aku.
"Malam tu... Mama aku kena bunuh... Depan mata aku..."
Aku terpempan. Lengannya aku gosok. Aku tak tahu cara apa untuk pujuk dia. Hatiku turut luluh mendengar kisahnya.
Anak kecil berumur 4 tahun terpaksa menyaksikan detik ngeri nyawa ibunya ditarik, aku sendiri tidak sanggup.
"Ahli sihir... Aku tak tahu rupanya ada ahli sihir cuba dekat dengan aku waktu tu... Mama... Mama cuba selamatkan aku. Tahu-tahu, ahli sihir tu terkam mama..."
Sendu-sendan aku mendengar dia bercerita. Seberapa banyak masa yang dia perlu, aku beri segalanya. Aku tak mahu mendesak, biar dari kerelaannya.
"Kalau kau nak tahu, ahli sihir perlukan daging budak-budak untuk kekal cantik dan awet muda. Aku lupa pesan mama, jangan main di luar waktu malam tapi.. aku degil. Aku terlalu ikut rajuk aku sampai nyawa mama jadi galang ganti."
Wajahnya keruh. Jelas wajah itu kepenatan. Penat menanggung rasa serba salah. Rasa berdosa.
"Sampai hari ni, aku bawa rasa berdosa aku. Kadang-kadang aku rasa aku tak layak bahagia. Aku punca mama aku terbunuh, memang aku anak yang bodoh."
"Bodoh tak kenang budi."
"Bodoh. Bodoh. Bodoh. Lelaki jahannam."
"Awak tak bodoh, Putera... Awak tak jahannam..." pujukku lembut. Mataku redup melihat sepasang matanya. Tak sanggup aku dengar semua kata-kata yang melukakan hati sendiri.
Icarus geleng lemah. Bibirnya melayut jatuh, tidak menampakkan senyuman.
"Aku punca mama aku mati, beauty. Aku... Aku pembunuh mama aku..."
"Mama awak mesti tak nak awak salahkan dia."
"Mungkin ya, mungkin tidak." Dia senyum hambar. Keluhan dia lepaskan. Baju birunya didakap dan dicium, mengharapkan haruman ibunya masih melekat.
"Percayalah cakap saya."
"Papa aku kata, aku pembunuh. Bermakna, kau tak berkata jujur."
Aku kerutkan dahi. Ayahnya, iaitu Daedalus. Mustahil King Daedalus berkata sedemikian. Lelaki itu terkenal dengan sikap ramah dan hormatkan orang lain.
"Sehari suntuk aku jadi mangsa amukan papa. Aku balik rumah berdarah-darah. Semua tu darah mama. Bila aku masuk rumah, papa tengah jenguk lauk. Kau tahu lauk apa?"
Dia pandang aku. Matanya redup. Tiada lagi biasan Icarus yang nakal dan kuat mengusik. Kini, hanya lelaki yang penuh duka.
"Kambing golek."
Jatungku terasa hendak jatuh dari tempat asal. Spontan, mataku jadi berair. Kalau dihayati kisah Icarus, hidupnya pernah rosak.
"Aku tak tahu, beauty. Aku tak tahu dia sebenarnya nak surprise aku. Kalau aku tahu, aku takkan lari rumah... Aku... Betul cakap papa, aku pembunuh... Semua yang berlaku, puncanya aku..."
Dia kembali lirih. Esakan kedengaran.
"Papa marah bila dapat tahu mama aku dah pergi."
"Mama..."
Aku buntu. Aku tak reti memujuk dia. Aku tidak punya adik lelaki mahupun abang untuk berkongsi kasih sayang. Maka, dia memang tak reti hendak memujuk.
"This morning I woke up still dreaming
With memories playing through my head
You'll never know how much I miss you
The day that they took you, I wish it was me instead
But you once told me, "Don't give up
You can do it day by day"
And diamonds, they don't turn to dust or fade away
So I will keep you, day and night, here until the day I die
I'll be living one life for the two of us
I will be the best of me, always keep you next to me
I'll be living one life for the two of us
Even when I'm on my own, I know I won't be alone
Tattooed on my heart are the words of your favourite song
I know you'll be looking down, swear I'm gonna make you proud
I'll be living one life for the two of us..."
Aku tak tahu mengapa tapi bibirku begitu mudah menyanyikan sebahagian kecil lirik lagu kegemaranku.
Lagu ini... Aku nyanyi tatkala rindukan ibu dan ayahku. Mereka telah jauh dan hanya tinggal aku.
Icarus angkat muka. Aku senyum kecil. Bahunya aku usap lembut.
"Nasib kita sama, Putera. Saya dan awak, kita kehilangan permata hidup kita."
"Itu lagu artisan terkenal tu, bukan?" Tanya dia, tiba-tiba. Aku yang berkerut dahi hanya mengangguk. Kenapa dengan penulis lagu tersebut? Apa istimewanya penyanyi itu?
"Tattooed on my heart are the words of your favourite song. I know you'll looking down, swear I'm gonna make you proud." Dia ulang bait lirik lagu tadi.
"Kenapa?"
"Kau suka lelaki bertatto ke, beauty?"
Eh, pulaknya ke situ? Apa punya soalan dia tanya aku? Apa kena mengena?
"Jawablah."
"Kenapa saya kena jawab?"
"Aku kena tahu ciri-ciri lelaki yang kau suka." Hilang sudah kesedihan yang dia alami. Baju birunya juga sudah dibetulkan hangernya.
"Merepeklah awak ni, Putera."
"I know... Kau suka lelaki tattoo, kan?"
Aku alihkan pandangan. Panas muka melihat wajah miangnya. Cepat betul dia bertukar watak. Tadi sedih memanjang, tiba-tiba dah naik ulat bulu semula.
Tapi... Syukurlah dia tidak sedih lagi. Aku pun naik buntu nak fikir pujuk dia.
"Beauty!" Panggilnya.
"Ya, ya! Saya suka lelaki tattoo!"
Dia kulum senyum. "Aku tak suruh kau jawab pun."
Aku tersentak. Dia sudah gelak terbahak-bahak melihat reaksi aku. Pipi aku terasa bahang. Sumpah aku rasa malu. Kantoilah ciri lelaki yang aku suka!
"Tapikan beauty..."
Bibir aku kemam. Sedaya upaya elak untuk bercakap dengannya. Nanti mulalah nak mengenakan aku.
"Beauty! Pandanglah aku!"
"Nak apa?" Aku mengalah. Dia suka memaksa. Terus dia goncang tubuh aku bila tak layan.
"Aku ada tattoo. Kau nak tengok?"
"Tak nak!" Segera aku halang. Melihat senyuman nakalnya, pipiku kian panas. Mesti ada idea lain nak kenakan aku!
"Nah!"
Dia baling bajunya pada aku. Eee! Suka baling baju dia dah pakai pada aku! Haritu dia baling kain busuk. Dasar lelaki!
"Mungkin haritu dekat pantai kau tak dapat tengok penuh, tapi harini aku bagi tengok FOC." Dia sengih lebar.
Ya, benar katanya. Dulu aku tak tengok badannya. Semua sebab aku malu. Aku paksa dia pergi. Sedaya upaya aku cuba halang untuk tengok tetapi sentiasa terlepas.
"FOC? Benda apa tu?" Sempat aku nak menyoal.
"Free of charge. Tataplah sepenuhnya, jangan sampai bawa mimpi sudah!" Icarus sudah bantai gelak.
Sumpah aku kata, hari itu adalah hari terpanas di dunia. Malu aku dengan sikap selamba Icarus. Malu!!
Aku sukalah cover kali ni. Comel haha!
Okey, aku tulis masa tengah sendu nak give up, so bab ni sedihlah haha. Dah lama tulis, baru nak edit tadi.
Maaflah 😌
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro