MYTH SIX
Sepanjang kelas seni, aku hanya menutup mulut dari terus berbicara. Kejadian tadi berlegar-legar dalam fikiran aku.
Mataku mengerli ke sisi kelas. Bahagian galeri. Kanvas hitam yang terukir gambarku digantung di situ. Sudahlah besar, malu aku jadinya.
"Kenapa kau diam? Terkedu ke, beauty?"
Aku ketap bibir. Malas nak menjawab kerana dia juga pasti sudah agak. Menggigil tangan aku tadi sewaktu cuba menyentuh hasil lukisannya.
Terpegun!
"Sekarang kau dah tahulah tangan aku ni berseni. Lepas ni bolehlah agaknya aku jadi mentor kau."
Aku masih statik. Tangan menggenggam pensel dengan erat. Sabar ditahan.
"Kalau kau nak tahu, papa aku cerewet. Kalau boleh, semua bidang dia suruh aku ceburi. Ini baru bidang lukisan, belum aku tunjuk kebolehan aku yang lain."
"Apa ciri-ciri idaman lelaki kau ya, beauty? Manalah tahu kot-kot semua ciri yang kau nak kena dengan aku. Boleh aku jadi pengantin lelaki."
"Oh ya, aku sangka kau akan masuk kelas adat diraja. Kata kau, kau suka bahasa istana. Mesti kau suka adat istana juga, bukan?"
"Boleh awak diam, Putera?" tanyaku baik-baik. Aku mengukir senyuman paksa. Fokusku terganggu dek suara dia. Aku kerli ke kertas A2 miliknya. Bersih.
Dia memandangku lama.
"Kenapa kau panggil aku Putera? Dari semalam sampai ke hari ini, kau tak pernah panggil aku Arus."
Soalan dibalas soalan. Aku hembus nafas perlahan.
"Awak putera diraja. Kalau diikutkan, tak boleh mana-mana rakyat panggil awak dengan nama sahaja." Jelasku. Nenda yang mengajarku.
Apabila aku berhadapan dengan kerabat diraja, haram lidahku memanggil nama mereka. Hanya gelaran mereka sahaja yang dibenarkan. Andai dia raja, panggillah tuanku. Andai putera diraja, panggil putera.
Darjat mereka dan rakyat beza dan tidak sehaluan. Kerana itu, raja sentiasa dihormati.
Melainkan kalau King Minos, sehingga dunia meletup sekali pun, tiada sesiapa sudi taat kepada dia. Mentadbir alam sesuka hati mengikut kehendak hati, memang bertentangan dengan undang-undang.
Hadirnya King Daedalus menyelamatkan ribuan rakyat. Ucapan syukur meniti di bibir masing-masing apabila Daedalus diangkat sebagai raja manakala King Minos dihukum pancung kepala.
Sewaktu hukuman King Minos dijalankan, ribuan rakyat membanjiri kawasan penjara. Semua rakyat ingin menyaksikan sendiri kepala raja itu dipancung. Segala herdikan dan kata makian dihadiahkan kepala lelaki itu sebelum nyawanya dicabut.
Serentak kepalanya jatuh, heboh kawasan penjara itu dengan teriak gembira oleh rakyat. Sesudah itu, upacara pertabalan raja diadakan. Dengan gembira mereka melangkah ke perkarangan diraja.
King Daedalus dihormati dan disayangi rakyat. sikapnya yang peramah dan pemurah mengembirakan semua rakyat. Raja itu suka mencemar duli ke bandar dan melihat keadaan rakyatnya. Apabila dia melihat golongan miskin yang merayap mencari makanan, dengan senang hati King Daedalus mengajak mereka duduk semeja dengannya di restoran mewah.
King Daedalus, raja itu akan diingati semua rakyat sehingga mati. Budi baiknya tidak terkira. Dan jikalau raja itu mangkat, pasti semua rakyat bersedih kerana kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.
"Haih..." Aku kembali ke alam nyata. Wajah Icarus nampak beku. Keluhan yang dia lepaskan juga nampak berat.
"Kau tahukan aku bukan keturunan diraja?"
Aku diam. Kepalaku diangguk.
Dia anak tukang kayu.
"Jadi kenapa perlu kau panggil aku Putera?"
Tubuhku mengeras. Suaranya tampak lelah.
"Aku cuma manusia biasa, Liena. Tanpa sayap aku, mungkin orang tak pandang aku. Kalau ayah aku tak dedahkan kejahatan King Minos, tiada siapa nak berkenalan dengan aku. Hanya kerana aku ada nama, ada pangkat dan ada harta, itu tak bermaksud aku layak dipanggil putera."
Aku jadi serba-salah. Bibir kukemam.
"Put... Maksud saya, Icarus. Awak marah ke?" Soalku hati-hati.
Jari kumainkan sesama sendiri. Bila aku jadi serba-salah, mulalah aku jadi tak duduk diam.
Dia angkat wajah dan senyuman kacaknya ditayang.
"Kau boleh panggil aku putera kalau kau sudi jadi puteri aku."
Serta merta aku jadi tak kesian. Masa macam ni dia nak bergurau.
"Aww matahari, suka ya kamu!"
Icarus berlari ke tingkap. Sinaran matahari dibiarkan mengenai wajah putihnya. Wajah dibiasi sengihan lebar
Aku tekup muka menahan malu. Geram aku tak dapat tahan. Dari serba-salah, mudah saja dia ubah perasaanku. Ceh!
"Sudahlah. Saya nak sambung melukis. Nanti kelas tamat."
Aku kembali menghadap kertas keras A2 itu. Pensel ku gesek pada permukaan kasar itu.
"Beauty," panggil Icarus.
Spontan, aku menoleh. Serentak itu kepalaku kenjung dan terlompat ke belakang.
"Awak nak apa, putera?!" Tanyaku geram. Nasib aku tidak jatuh, kalau tidak sakit punggung.
Dia koyak senyum.
"Kau setuju nampaknya."
"Setuju apa?"
Semakin lama, semakin aku tak faham dengan anak raja ini. Apa yang dia nak?
"Kau setuju jadi puteri aku. Kau panggil aku putera." Semakin lebar dia tarik hujung bibir.
Aku terkaku di tempatku.
What he is actually?
Why he's interested in me?
What in me?
I'm nothing. None!
Or he love the sun?
How can sun be loved?
Moon is soothing
But what's for sun?
"Putera," panggilku pada lelaki yang duduk di sebelahku.
"Ya, Puteri. Nak apa?"
Bibirku tahan dari menguntum senyuman. Mahu aku tampar muka aku saat ini.
"Janganlah panggil saya puteri!"
"Aku dah cakap, kau boleh panggil aku putera asalkan kau sudi jadi puteri."
Aku helakan nafas. Mengada betul anak raja seorang ini.
"Okeylah, saya panggil awak Icarus."
"Hmm, macam tak sedap pula. Tak apalah, panggil ajelah saya Putera." Dia tayang sengih.
"Ei! Saya bagi juga nanti!"
"Bagi apa tu? Bagi hati? Oh, saya sudi sangat-sangat." Semakin galak dia mengusik aku.
Pap!
"Auw!"
"Padan muka!" Aku kembali memandang hadapan. Tak jadi aku nak menyoalnya tentang topik yang sedang mereka pelajari.
Kelas sejarah. Waktu-waktu seperti ini, kelas akan nampak sunyi dan suram. Kalau dilihat sekali imbas, banyak kepala sudah menyembah meja. Buku masing-masing didirikan.
Semua gadis-gadis yang menggedik dengan Icarus juga tidak terlepas. Sejarah siapa yang suka? Lebih-lebih lagi kalau sejarah zaman purba.
Tidak pula pada aku. Aku suka sejarah. Nenda tak henti-henti menggalakkan aku belajar sejarah. Kerana itu, aku tahu pelbagai jenis mitos.
"Kau tak bosan ke belajar sejarah?"
"Kenapa?"
"Aku tak nampak apa yang menarik tentang sejarah."
"Awak pun mitos juga, putera. Generasi akan datang akan belajar tentang awak dan ayahanda awak."
Dia memeluk tubuh di tempatnya.
"Aku bukannya nak sangat jadi mitos." Kepala dia jatuhkan ke atas meja. Kedua-dua lengannya disilangkan sebagai alas kepala. Wajah Miss Que yang kosong ditatap malas. Seketika dia alihkan pandangan menghadap aku.
"Habis tu, awak nak jadi apa?"
"Aku nak jadi suami kau. Itu aje."
Lidahku kejung. Bibir kembali ditutup. Bola mataku putar sekali. Lelaki ini langsung tak serius kalau berbual dengannya. Memang jenis nakal agaknya dia.
"Tiada siapa nak kahwin dengan orang alam, Putera."
"Kenapa?" Soalnya dengan lirikan mata kepadaku. Ekor matanya melihat bibirku berbicara.
"Generasi orang alam sangat terhad. Kalau awak kahwin dengan orang alam, awak hanya mampu dapat anak seorang. Waris awak hanya seorang."
"Kenapa pula macam tu?" Dia nampak tak berpuas hati.
Aku senyum tipis sebelum menyambung.
"Kalau orang alam jadi ribu-raban, tak terkawal alam ini."
Dia mengangguk-anggukan kepalanya. Seketika dahinya berkerut. Wajah peliknya ditayang kepadaku.
"Kalau orang alam tu lelaki?"
"Sama aje, Putera. Isteri kepada orang alam tidak akan hamil lagi. Kalau betul mereka nak anak lagi, mereka perlu tunggu anak mereka mati dulu. Atau paling patut, bunuh anak pertama tadi."
Dia nampak kaku.
"Sebab tu orang alam jarang berkahwin."
"Kalau tak berkahwin, macam mana generasi nak bergerak?"
Lagi sekali aku sengetkan senyuman.
"Kebiasaannya raja alam akan perintahkan dayangnya untuk mengadakan hubungan dengan orang alam. Kalau orang alam itu wanita, raja sendiri yang akan meniduri gadis alam itu." Jelasku lagi.
"Hei! Nakalnya raja! Tak kesian pada isteri ke?" Pantas dia mencelah. Aku agak, dalam kepalanya memikirkan si ayah di singgahsana.
"Tak semua raja macam tu, Putera. Kebiasaannya berlaku kalau raja itu bujang ataupun kematian isteri."
"Papa aku duda kematian isteri. Jadi, dia..."
Dia jedakan ayat. Seram untuk menuturkan.
"Mustahil, Putera. Selama dia memerintah, semua orang alam sudah selamat melahirkan waris. Masih kecil lagi waris-waris setiap kuasa. Baya saya jugalah."
Dia diam. Wajahnya kosong. Aku tak pasti fikirannya ke mana.
"Selamat. Kalau tak, aku cincang papa aku balik nanti."
Aku lepaskan tawa halus. Nampak bersungguh wajah lelaki itu.
"Awak sanggup ke jadi pengganti raja semuda ini?" Dugaku.
"Aku dah 23, beauty. Bukan macam kau, baru nak masuk 20."
Keningku naik serentak. Aku terlupa sesuatu. Setiap tahun, makhluk berumur antara 18 hingga 24 akan dikumpulkan menjadi satu rumpun. Kerana itu, kami tidak seharusnya sebaya.
Seperti Luna, dia bukan sebayaku. Dia sudah berumur 24. Dia kini menumpang kasih sayang nendaku. Nendanya telah pergi sewaktu umurnya 20.
"Tapi, aku tak rasa aku mampu nak pegang takhta. Papa aku bukan sebarang raja tetapi raja segala alam. Aku takut." Jujurnya.
Andai aku menjadi dia, aku juga takut untuk merangkul gelaran raja. Bukan sedikit tanah jajahan yang perlu dijaga tetapi satu bumi. Tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan tanah juga perlu raja alam menjaga kebajikan mereka. Sehingga ke orang laut, mereka berhak mendapat perhatian dari raja alam walaupun mereka sendiri mempunyai raja laut tetapi kuasa raja laut tidak sehebat raja alam.
"Sebab itu King Daedalus dikagumi semua lapisan rakyat. Keberanian yang dia pegang sangat dihormati." Ulasku sedikit.
"Kalau aku jadi raja, agak-agak aku akan dihormati ke?"
Kening sebelah kunaikkan. Tak sabar jadi raja nampak.
"Terpulang pada pemerintahan awak juga. Kalau perangai macam King Minos, memang tak adalah yang sudi berajakan awak."
"Aku bukan King Minoslah."
"Saya cakap aje, Putera. Awak terasa ke?"
"No way!"
Aku lepaskan tawa melihat bibirnya sudah dicebik.
"Tapi beauty, aku ada terasa sesuatu."
"Apa dia?"
"Aku 'terasa' nak makan kau."
Sesaat, wajahku kejung. Liur kutelan kasar. Wajahnya merenungku lama.
"Aku gurau ajelah!"
Dia menolak pipiku lembut. Segera aku lepaskan nafas lega. Wajah ku paling ke arah bertentangan dengan Icarus. Aku risaukan sesuatu.
Hatiku ini, apa kena?
Kalau kata aku jatuh cinta, silapkah?
Nasihat nenda tiba-tiba menjelma dalam fikiranku. Kalau aku jatuh cinta pada anak raja ini, apa akan jadi pada aku?
"His heart kills."
Aku masih bingung. Hati dia jahatkah?
Nenda... Apa maksud nenda sebenarnya?
🌸🌸🌸
Okey, done chapter enam. Nak lari!
Babai!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro