MYTH ONE
"Dia datang. Dia datang. Mari lari."
"Oh, si raksasa hadir. Patah balik!"
"Mata aku sakit. Jom ke sana."
Telingaku berdesing mendengar semua bisikan-bisikan mereka itu. Silap. Bukan namanya bisikan andai bersuara mengalahkan serigala menyalak.
Buku di tangan aku bawa rapat menghimpit dada. Kepala hoodie aku tarik menutup mata delimaku. Lengan baju aku tarik menghilangkan sepasang tanganku. Kepalaku dibiarkan tunduk.
Kaki mengorak langkah ke kelas.
Suara-suara yang menghinggap di telinga cuba ku tahan dari meletuskan api kemarahan. Nenda sudah pesan, aku tak boleh marah. Sekali pun tidak.
Aku berasa hairan apabila suasana di tingkat tiga ini sunyi. Kebiasaannya aras ini paling bising. Di sini terletaknya banyak kelas. Mengapa tiba-tiba suasana menjadi sepi?
Aku tetapkan langkah. Ini masih kawasan sekolah, tidak akan ada penjenayah untuk menculikku.
Kalau ada, pastinya Big Wolf yang suka berlakon menjadi pelajar demi sesuap makan. Serigala itu terlalu laparkan daging. Setiap jenis daging dia mampu telan. Aku tidak pasti perut jenis apa dia ada. Tubuhnya tidaklah berketul-ketul malah, dia hanyalah keding seperti dahan pokok tetapi laparnya sentiasa.
Ada kisah popular mengenai Big Wolf yang menyamar menjadi nenek seorang gadis setelah mendapat tahu gadis itu bakal melawat neneknya di kawasan pendalaman. Kerana sudah lama tidak membaham daging manis, Big Wolf membunuh si nenek dan berlakon sebagai nenek.
Apabila si gadis itu tiba, dia menjadi hairan si nenek tidak membuka pintu. Gadis itu tanpa berfikir terus membuka pintu dan kelihatan Big Wolf ada di katil si nenek dengan persalinan nenek. Gadis itu tidak sedar bahawa itu adalah Big Wolf.
Kesudahannya, gadis itu diratah oleh Big Wolf tanpa sempat dia selamatkan diri. Sadis. Kalau aku di tempat dia, akan aku bunuh Big Wolf kerana dia telah menamatkan riwayat nendaku.
Nenda satu-satunya insan yang menyayangiku. Aku sayang dia sangat. Kalau aku di tempat gadis itu, pasti kisah bertajuk Red Riding Hood menjadi heboh sedunia apabila seorang gadis yang tampak lembut sanggup membunuh seekor serigala.
Ah, namun itu semua mustahil. Mana mungkin kisahku akan diabadikan. Lihat saja mereka di sekolah, tidak habis-habisan mengherdikku. Apa teruk sangat tubuhku ini?
Kelas yang tampak suram dipandangku. Aku berkira-kira. Kalau tidak silap, sekarang waktu kelas magis. Mengapa kelas ini seperti sunyi?
Aku toleh kiri dan kanan. Masih tiada yang berlegar-legar di kawasan ini.
Akhirnya aku tolak pintu itu dan...
Splash!
Mataku membulat besar. Mataku disajikan wajah-wajah rakan sekelasku yang ketawa besar. Telingaku mendengar segala jenis tawa mereka.
Aku mula rasa kerdil. Jijik sangatkah aku di mata mereka? Hanya kerana aku satu-satunya insan yang tiada keturunan, mengapa aku dilayan sebegini?
Mata aku tertancap pada satu susuk tubuh paling hujung di kelas bahagian hadapan. Si dia hanya diam melihatku. Mata blue space miliknya berhadapan dengan mata delimaku. Anak mata kami bertaut seketika sebelum dia alihkan wajah memandang tingkap kelas.
"Kenapa? Terkedu?" Aku gerakkan biji mata memandang insan di hadapanku. Seorang gadis berketurunan vikings tersenyum sinis kepadaku. Rambut kerintingnya yang berwarna dark brown langsung tidak diikat. Bajunya juga persis lelaki.
Dia pakar dalam memanah dan berkuda. Keturunan dia adalah keturunan yang menjadi barisan pertahanan jarak jauh untuk alam ini dari diserang.
"Look at you. Where is your bloom? Gone? Serve you right!" Jerkah seorang lagi yang muncul di sebelah gadis vikings. Gadis gua.
Orang gua jangan pernah dianggap kelakar. Mereka ini adalah golongan yang mencipta segala senjata untuk unit pertahanan. Tanpa mereka, pertahanan alam akan lumpuh.
"Lihatlah kawan kita ni. Cahayanya hilang. Nak tahu sebab apa? Sebab air! Kawan kita takut air! Kesiannya dia!"
Aku tangkap seorang lagi. Orang laut. Orang yang menjaga laut dari ancaman. Kesucian laut dan kebersihannya adalah tanggungjawab mereka.
"Oh, sekejap. Sejak bila kita berkawan dengan dia? Ada ke kawan dia dekat sini? Well, I don't know her. Means, she's no one!" Gadis laut itu gelak kuat pada akhir katanya. Hilaian tawanya diikuti yang lain.
Aku pejam mata.
Sabar... Sabar...
"Tora, Rixi, Marin. Cukup."
Mataku kembali luas. Seisi kelas turut diam. Semua memandang seseorang.
Seseorang yang bermata dark space.
"Oh, lihatlah seorang kakak cuba menyelamatkan si adik." Tora, si gadis Viking enggan mengalah.
Kakak. Perkataan itu tak pernah wujud. Dia dan aku ibarat langit dan bumi. Kami tak pernah sehaluan.
"Kami bukan adik beradik. Ingat tu Tora." Gadis itu kembali bersuara. Matanya langsung tidak menghadap kami, sebaliknya ke tingkap.
"But still, both of you are tied under the same connection. More or less, you and her are the same." Rixi, gadis gua membidas.
Ya, aku dan gadis bermata dark space terikat. Bukan dengan perjanjian. Bukan dengan ibu bapa.
"We're nothing alike."
Aku menunduk. Ya, kami tidak pernah serumpun. Aku dan dia seperti pulau yang berlainan tetapi satu perkara yang menyamakan kami.
Pulau kami di atas lautan yang sama. Teras kami sama.
"Berhenti sebelum Madam Qarina masuk." Gadis blue space berpesan.
Tora dan Rixi masing-masing mencebik. Wajah mereka toya. Aku yang pada awalnya menjadi bahan ejekkan langsung mereka terlupa.
Antara aku dan gadis mata biru, dia lebih tinggi darjatnya. Dia lebih disenangi yang lain. Dia lebih berkaliber. Kerana itu aku mudah disisih. Malah, aku dicaci tanpa ihsan.
Aku angkat kaki untuk melangkah masuk. Bahagian belakang kelas menjadi tempat aku. Sememangnya tempat aku. Seorang.
Enam meja besar di dalam kelas, satu meja khas untuk aku seorang.
Kerana apa?
Pastinya kerana aku adalah pulau yang mempunyai satu pokok kelapa.
Tidak cantik, tidak indah.
Tiada apa-apa yang menarik. Pulau itu milik aku seorang.
Duduk di kerusi, aku selak baju hoodieku. Pudar. Diri aku memudar.
Air sememangnya kelemahanku. Aku benci tatkala hujan menyembah alam. Diri aku akan pudar.
Faded.
Untuk mengembalikan warna asalku, aku perlu berhibernasi. Ya, tidur. Tidur dapat mengembalikan warnaku.
Tetapi kini aku di sekolah. Masih lama untuk menanti waktu pulang. Kiranya, aku akan menjadi pudar untuk beberapa jam akan datang.
Ah, aku benci.
Bila aku pudar, mataku menjadi kabur. Aku tidak dapat melihat dengan jelas.
Cermin mata? Kami tidak ada benda itu. Hanya golongan cerdik pandai seperti para falsafah sahaja yang diberi cermin mata.
Jadi, aku mungkin tidak nampak Madam Qarina mengajar. Aku suka kelas magis tetapi dengan keadaanku sekarang, mustahil untuk aku tangkap ilmunya. Aku tidak mampu membuat amali magis.
Apa patut aku buat?
"Selamat pagi kelas."
Oh, tidak.
Aku kecilkan biji mata. Aku masih dapat mengenal pasti itu adalah Madam Qarina. Warna rambut biru laut miliknya dapat aku kesan tetapi wajahnya, kabur.
"Sebelum kita memulakan kelas, kita ada pelajar baru. Mari, perkenalkan diri kamu."
Pandanganku tidak jelas tetapi sesuatu yang bersinar putih menyilau pandanganku. Serta-merta visionku jelas.
Aku terkaku. Segera aku toleh ke arah lain untuk memastikan. Kabur. Aku tidak nampak.
Aku kembali memandang ke arah insan tadi. Jelas.
Dadaku bergedup pantas. Mana pernah kejadian seperti ini berlaku? Kenapa pandangku jelas hanya memandang dia tetapi tidak yang lain? Siapa dia?
"My name is Icarus. Just call me Arus."
Icarus.
"Jangan dekati dia!"
Pesanan nenda berdesing di telingaku. Icarus? Diakah yang aku lihat sewaktu kecil dahulu?
"Should I remind you that Icarus adalah anak kepada raja. Off your limit onto him. Don't make him regret study here."
Wajah dia, bersih. Putih. Susuknya tinggi. Lebih tinggi dari aku. Mungkin jarak ketinggian kami 50 CM.
Tinggiku hanya setakat 150 CM. Ya, aku seorang yang agak kecil tetapi tidak terlalu pendek untuk tergolong dalam keturunan orang kerdil.
Andai aku 150 CM, ini bermakna, dia adalah 200. Dua meter.
"Where can I sit Madam Qarina?"
Suara itu. Gemersik bunyinya.
"Wherever you want Prince."
Pandanganku kembali kabur. Dia mula berjalan dan mataku tidak dapat menangkap dia ke mana. Hilang di balik makhluk. Aku terus jatuhkan pandangan menghadap meja.
Apa aku mengharapkan dia duduk di sebelahku? Mustahil dia mahu. Terang-terang aku di sini berseorangan, sendirian. Masakan seorang putera mahu duduk bersama aku yang merupakan insan pelik seperti gelaranku?
"Let's start the class."
Suara Madam Qarina berbunyi. Ini bermaksud, putera tadi sudah duduk. Di mana ya dia?
Aku toleh kanan. Tiada. Bukan meja sebelahku. Di hadapankah? Aku kecilkan mata mencari.
Tiada. Pandanganku masih kabur. Aku toleh kiri dan...
Zap!
Jelas!
Dia tersengih kacak.
Dadaku mula berlari. Biji mataku terjojol besar.
🌸🌸🌸
Done chapter one!
Jangan lupa vote. Kita jumpa di next chapter, tak tahu bila 😂
Btw, lagu yang dekat prolog korang dengar tu, memang lagu Icarus.
So, anggap jelah bila part dia, lagu tu masuk. Haha, macam drama pula aku rasa.
Okey, bye. Nak hilang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro