MYTH NINETEEN
Saya tahu kalian tersenyum sumbing melihat saya update
✨✨✨
“HEY.”
Aku angkat wajah dari diari ibu. Kening aku ternaik tatkala Luna menyapa dari muka pintu. Daripada baring, aku duduk. Buku ditolak tepi.
“Kenapa?” soalku sepatah.
Luna memeluk tubuh. Mata melihat bilikku seketika sebelum kembali memandang aku.
“Kau dengan Arus, dah berbaik?”
Mataku terkebil-kebil. Dia tahu? Ah, pastilah dia tahu kalau aku dah bertukar tempat duduk di kelas! Aduh, alasan apa aku nak bagi?
“Salah ke?”
“Kau tahu jawapannya sendiri. Kau lupa pesan nenda?”
Aku mengeluh. Satu benda yang sejak azali aku tak faham tentang Luna ialah, kenapa dia suka sibuk jaga tepi kain aku? Lagi kerap lepas nenda pergi. Lagaknya seperti dia orang tua aku padahal beza umur kami hanyalah 4 tahun.
“Tak perlu ulang. Saya tahu.” Aku pandang ke luar tingkap. Jelik hendak menjamah wajah Luna waktu sekarang. Menyakitkan hati!
“Jadi, kenapa kau ingkar?”
“Luna... Boleh tak awak jangan banyak tanya? Kenapa sekarang baru awak nak soal macam-macam seolah-olah saya ni adik awak sedangkan sebelum nenda pergi, awak layan saya macam orang luar,” tempelakku sedikit kasar. Dengusan aku lepaskan.
“Kau memang orang luar, tak ada kaitan dengan aku.”
Aku ketap gigi. Memang menguji kesabaran betul Luna ni!
“So, awak tak perlu persoalkan tindakan saya. Kita buat macam sebelum-sebelum ni. Saya dengan hal saya, awak dengan hal awak. Tak perlu nak bertegur sapa. Senangkan macam tu?” Aku cuba bertolak-ansur. Harapnya gadis itu setuju. Letih telinga hendak mendengar dia berleter. Boleh tahan pedas walaupun aku tak makan cilinya.
“Boleh.”
Senyumanku melebar mendengar jawapannya.
“Tapi dengan syarat.” Senyuman tadi mati. Bebola mataku mencari anak mata Luna.
“Apa syarat awak?”
“Jauhi Icarus dan aku tak akan ganggu kau.”
“Apa kaitannya dengan Putera?” Aku semakin bingung. Serasa aku, perhitungan ini antara Luna dan aku. Kenapa perlu ditarik Icarus dalam hal ini?
“Itu syarat aku. Setuju dulu.”
“No. Putera kawan saya. Biarlah saya berkawan dengan dia.”
Luna sunggih sinis. Tubuh disandarkan pada dinding sebelah pintu. “Kau yakin hubungan kau dengan dia setakat kawan?”
Lidahku kelu. Pandai dia menjerat aku dengan soalan mudah. Untuk menjawab, aku tidak yakin. Betul ke hubungan kami sekadar sahabat? Tidak lebihkah?
“Kau dengar sini. Lebih baik kau jauhi Icarus atau hidup kau akan merana.” Noktahnya seraya berlalu keluar tanpa menanti jawapan aku.
Aku bungkam di atas katil. Soalannya kembali bermain dalam benak fikiran aku. Aku dan Icarus. Kawan atau lebih? Tapi, aku tak boleh buat kesimpulan sendiri. Perasaan Icarus terhadap aku pula bagaimana?
Ah, kusut!
AKU lepaskan dengusan geram. Besar kecik besar kecik aku pandang Icarus saat ini. Pena bulu di tangan aku pegang geram. Kalau ditambah daya lagi, pasti patah dua pena bulu di tangan. Tangan kiri pula sedang meronyokkan kertas. Dek kegeraman, barang di tangan menjadi mangsa.
“Kenapa pula macam tu?” hamburku selepas dipaksa diam.
Pena bulu aku hempas ke lantai. Wajahku monyok mendengar kata akhirnya. Tak adil! Sudahlah pandang aku macam orang tak bersalah. Ee!
“Kenapa pula tak boleh? Aku bagi kerja senang pada kau tau.”
“Masalahnya, ini kerja berpasangan. Bukan solo!” bidasku lagi. Idea yang aku bagi, semua dia tolak.
“Aku bagi kau kerja senang pun tak mahu. Peliklah aku.” Lelaki bersayap itu mencekak pinggang.
“Bagilah saya cat juga dinding tu. Besar tau!”
Icarus lorek senyuman. Sempat dia cuit hidung aku sebelum bersuara.
“Tinggal lagi sikit ajelah. Biar aku touch up bahagian kau. Sekarang, kau buatlah tugasan nombor dua tu. Aku mana rajin nak geledah sejarah seni. Lainlah kau, kau pandai sejarah. Jadi, kelebihan tugasan tu ada pada kau. Kalau aku buat, memang ke sudahlah tak jadi apa-apa. Kau nak ke markah kita rendah? Tak nakkan? Jadi, kau mula buat tugasan kedua tu dulu sementara aku selesaikan tugasan pertama. Setuju?”
Aku diam. Fikiran memikirkan baik buruk cadangannya. Bibir terherot-herot dengan idea Icarus. Memanglah tak salah bahkan Miss Flora tak sebut tentang larangan kerja kumpulan ni. Suka hati kami nak buat persis apa tapi idea Icarus ni boleh tahan gila.
“Kau tak payahlah fikir lagi. Cakap setuju aje.”
“Hesy! Suka tau paksa-paksa. Yelah, saya buat tugasan kedua.” Terus aku larikan kertas tugasan daripada dia. Bibir aku mencemik.
“Macam tulah beauty aku. Aku pergi sambung cat dulu.” Icarus peluk aku dari tepi sebelum hilang dari bayangan.
Keluhan aku lepaskan. Tergeleng kepala aku melayan kerenah anak raja itu. Syukurlah aku ada kesabaran yang tinggi. Kalau tak, memang aku mengadu pada Miss Flora.
Bukannya aku tak nak terima cadangan baiknya cuma ini kerja mereka berdua. Kenapa dia perlu lepas tangan selepas tugasan pertama itu hampir 50 peratus siap? Mana adil begitu.
Haih... Wajah aku raup sekali. Pandangan aku halakan pada kertas tugasan, meneliti tugasan seterusnya.
“Dokumentasi tentang seni arca.”
Aku garu pelipis. Tak adalah susah sangat. Di bawah tajuk besar, disenaraikan perkara-perkara penting yang diperlukan dalam dokumentasi tersebut. Hanya tinggal cari dan buat laporannya.
Tangan menyelak halaman sebelah, mencari tugasan yang ketiga. Kalau pertama adalah mural, kedua adalah dokumentasi, apa pula yang ketiga?
“Persembahkan tugasan pertama dan kedua di hadapan barisan pentadbir dan barisan guru seni. Markah akan diberi berdasarkan kelancaran penerangan dan huraian idea mural. Markah ditolak sekiranya tiada kerjasama antara satu sama lain. Markah diberi secara individu.”
Baris ayat terakhir kuat untuk buat aku termanggu. Markah berasingan? Apa guna kerja berpasangan kalau markah diberi berdasarkan nasib individu? Agak tidak adil di situ.
Tapi... Apa aku mampu buat? Ini tugasan dari pihak sekolah. Hendak tak hendak, aku tetap kena akur.
Dari duduk, aku bangun. Tugasan kedua, sumbernya adalah pustaka.
Memandangkan sekarang masih waktu sekolah, baik aku pergi ke pustaka sekolah dahulu. Andai aku bernasib baik, jumpalah rujukan untuk tugasan kedua.
MELEWATI pekan utama, mataku dihidangkan suasana sibuk pekan. Masyarakat di sini berpusu-pusu menggantung banner dan lampu di sekitar jalan. Setiap satu banner tertulis, ‘Moga terus mulia, King Daedalus!’ beserta wajah ayah Icarus di atasnya. Tidak salah lagi, mereka sedang bersiap-sedia untuk hari ulang tahun yang kurang dua minggu dari sekarang.
Tanpa aku sedar, aku hidup bersendirian lebih dua bulan. Suasana di rumah juga bertukar sunyi. Dapur juga kurang berasap.
Mengingatkan itu, kepalanya terbayang Luna. Gadis itu... Aku susah nak faham dia. Perbualan terakhir kami adalah lima minggu yang lepas. Dia meninggalkan ugutan pada aku sebelum kami buat hal masing-masing tanpa bertegur sapa. Andai berselisih, dia hanya menjeling dan berdengus. Malas hendak melayan, aku biarkan hubungan kami terus dingin.
“Ah, bencinya aku tengok semua sibuk dengan hari tu,” luah Icarus di sebelahku. Tangannya berlipat di belakang telinga. Wajahnya ketara menunjukkan reaksi jelik dengan persiapan rakyat di sini.
“Tak baik cakap macam tu. Ayah awak tau.”
Dia memandang aku dengan hujung mata. Bibir didepakan.
“Tahulah. Aku tak sukalah papa buat festival macam ni.”
“Kenapa?”
Icarus jatuhkan tangan. Kali ini dia memeluk tubuh. Kaki berhenti berjalan, begitu juga aku. Kami berhadapan.
“Bila istana buka pintu utama bermakna ramai anak gadis wilayah lain akan menyendeng pada aku. Rimaslah!” Wajahnya kelat. Membayangkan kenangan lepas, dia gelengkan kepala.
Aku tersengih. Susah juga jadi anak raja nampaknya.
“Hesy! Tengok tu. Bukan nak legakan hati aku. Tersengih adalah. Kau sepatutnya risau tau!” Icarus bulatkan mata.
“Kenapa saya perlu risau?” Keningku bertaut. Masih tidak dapat menangkap maksud Icarus.
“Yelah. Kalau dia orang rembat aku, siapa nak jadi putera kau?” Keningnya naik sebelah.
“Kenapa pula perlu ada orang jadi putera saya? Saya bukannya puteri.” Aku sengaja menduga. Bibirku menguntum simpul melihat riak cuka anak raja itu.
“Tak ada apalah.” Icarus kembali mencorak langkah meninggalkan aku beberapa tapak ke hadapan. Sempat aku gelak kecil sebelum kembali mengejar derapnya. Memang sengaja aku mengelak dari menjawab. Perasaan dia terhadap aku, aku tak pasti. Sama seperti dia atau sekadar pemanis mulut?
“Putera,” panggilku setelah perjalanan kami hanya ditemani bisu. Dia hanya bergumam sebagai jawapan.
“Awak tak lupakan yang esok pembentang kelas seni?”
“Aku ingat.”
Aku mainkan jari. Hati memohon agar dia menerima cadanganku sebentar lagi.
“Boleh tak kalau...” Sengaja aku leretkan ayat supaya dia fokus dengan ayatku yang selanjutnya.
“Apa dia?” Sekali lagi dia matikan langkah. Spontan aku senyum sedikit dengan responsnya. Positif, harapnya sekejap lagi juga begitu.
“Boleh tak kalau awak tunjuk pada saya hasil mural tu?” soalku berhati-hati. Melihat matanya yang setia memandang aku tanpa sebarang ekspresi, aku jadi berdebar. Janganlah kata dia tak bagi.
“Saya bukan apa. Kalau awak bagi saya tengok, mudahlah saya nak tolong awak terangkan pada penilai esok. Lagipun, ini kan kerja berkumpulan. Tak salahkan kalau saya bantu awak?” Sebelum dia menyuarakan jawapan, aku terlebih dahulu menjelaskan asbab persoalanku. Sesungguhnya aku berdebar menunggu hari esok. Bertambah gerun bilamana Icarus melarang aku mencuri lihat dinding mural kami. Bagaimana aku nak bentang esok kalau tak melihat hasilnya terlebih dahulu?
Icarus tarik hujung bibir kedua-dua bahagian menjadi senyuman tajam. Matanya menembusi anak mataku.
“Nope. Biarlah ada unsur kejutan. And...” Bibirnya menyenget ke kanan.
“Don't you ever pleased me to take a look on it. Kalau aku tahu, aku tak akan lepaskan kau.” Hidungku dicuitnya sebelum bersahaja dia melangkah menuju ke rumah aku.
Bibirku muncung. Respons negatif! Kepala aku garu. Hati dihurung sedih kerana permintaan ditolak mentah-mentah. Hujahku juga dia tidak terima. Macam mana agaknya hari esok? Mesti markah aku kurang kerana tiada persediaan untuk tugasan pertama. Huwaa!
“Putera! Bagilah!” Aku menarik hujung lengannya sebaik langkah kami seiring. Wajah dicomelkan, mahu meraih simpati.
Dia hanya gelak. Terus aku tampar lengannya. Tawanya makin galak. Niatku hendak memujuknya lebur begitu saja. Semua gara-gara loyar buruk Icarus.
“Dah, pergi masuk rumah kau. Aku pun nak balik ni.”
Aku pandang hadapan. Tak sedar kami sudah tiba di destinasi. Keluhan aku lepaskan. Bagaimana esok?
“Kau jangan risaulah fasal esok. Aku ada untuk back up markah kau.”
Aku tahu dia hanya mahu memujuk hati aku. Bibir aku tarik panjang. Berat hati hendak akur dengan alasan Icarus.
“Yelah.”
“Good girl. Macam nilah beauty aku.”
Beberapa minit kemudian, Icarus berpamitan pulang. Aku hanya menghantarnya dengan renungan mata.
Andai dia menemani aku pulang ke rumah, dia lebih suka berjalan kaki. Katanya dapat meluangkan masa lebih panjang. Sebaik aku sampai, dia terbang untuk pulang ke istana. Itulah rutin hariannya.
Lain pula kalau datang mood malasnya. Icarus akan angkut aku dan terbang. Yang menyampahnya, dia kata sebab aku jalan lambat. Apakah? Jalan salah, tak jalan salah. Padahal nak tutup niat hakiki. Saja guna nama aku. Putera... putera...
Aku melangkah masuk ke dalam. Penat menguasai tubuh. Petang tadi mereka terpaksa pulang lewat kerana Miss Flora memberi penerangan untuk hari esok. Paling menakutkan aku adalah Icarus mencabut nombor satu dari lapan nombor. Agak bengang pada mulanya tapi rasa itu beransur hilang. Bukan salah Icarus nombor itu keluar. Nampaknya esok adalah hari yang penting buat mereka.
“Puas dating?”
Kepala aku angkat. Kelihatan Luna berpeluk tubuh menjamu makan malam di meja. Aku yakin dia nampak kami di hadapan rumah tadi.
Tanpa menjawab soalannya, aku melangkah ke bilik aku tapi ditahan oleh soalan seterusnya oleh Luna.
“Kau tak reti jawab soalan aku ke?” Kali ini suaranya naik sedikit.
Aku pejam mata seketika. Setelah berhari-hari kami membisu, hari ini dia terpaksa buka mulut semula dengan Luna.
“Luna nak apa? Saya tak kacau Luna pun.”
“Jangan cemarkan pandangan mata aku dengan sikap kau dengan Arus!”
“Sikap yang macam mana?” Sengaja aku bertanya lebih. Kalau tanya aku pun, aku memang nak tahu punca dia tak suka aku dengan Icarus. Sebab nenda ke atau sebab lain?
“Macam belangkas! Kau ingat sikit. Dia tu enggang dan kau tu... Bukan setakat pipit, cacing agaknya! Cukup-cukuplah berangan di pagi hari berharap kau berjodoh dengan dia. Tak ada gunanya pun.” Suara Luna berkali-kali naik turun mengikut ayat yang dituturkan. Yang aku naik runsing, kenapa sekarang dia pertikaikan hubungan aku dan Icarus?
Ah, aku lupa satu perkara. Sebelum ini, dia ada nenda untuk diapi-apikan supaya nenda marahkan aku. Tetapi sekarang nenda tiada untuk dia lihat aku dimarahi. Boleh jadi kerana itu dia pula yang naik angin.
“Kenapa Luna tak suka hubungan saya dengan Putera?” soalku secara terus dan aku harap dia jawab dengan jujur. Mencungkil jawapan dari Luna ibarat menangkap buih oksigen di dalam laut. Susah dan tak terdaya!
Dia berdengus.
“Sebab kau dengan dia tak layak. Langsung tak layak.”
“Jadi, siapa lebih layak? Luna?”
Dia menyinis. Sekejap saja riaknya bertukar. Dari menyinga terus tersengih tajam.
“Kau takkan tahu apa aku boleh buat pada kau, Heliena.”
“Buat apa? Luna kena ingat, bukan saya yang goda putera untuk berkawan dengan saya. Pada hari pertama dia dekat sekolah, dia yang datang pada saya bukan saya yang paksa dia. Jadi, kenapa Luna perlu benci saya? Sebab putera pilih saya? Macam tu ke?” Dadaku berombak.
Kalaulah dia tahu yang aku dah naik pening dengan kelakuannya. Susah sangat ke Luna untuk berterus terang dengan aku? Perkara apa yang buatkan Luna tak suka pada aku? Apa?
Luna termangu di sini. Hanya melagakan pandangan sebelum pinggan diangkat menuju ke dapur. Aku lepaskan keluhan. Sampai bila perang dingin antara kami nak tamat? Sepatutnya kami ibarat adik-beradik bukan bermusuhan. Kalau nenda tahu, pasti dia kecewa.
Langkah aku ayun masuk ke bilik. Pintu dikunci.
Baring saja di katil, tangan naik ke kepala mengurut anggota tersebut. Runsing fikiranku tatkala ini. Sudahlah esok hari mendebarkan, Luna pula buat hal.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro