MYTH FOURTEEN
This bab juga untuk kamu. saya publish semula. Enjoy ❤
***
SENYUMANKU melebar menatap langit malam dari pantai di kawasan tepi pekan. Anginnya mendamaikan tetapi aku tidak tahan. Nasiblah Icarus bawa baju lebih dan dihidupkan unggun api. Aku tak tahu pula dia reti hidupkan api. Yelah, anak raja kebiasannya dilakukan perkara-perkara senang dan tak perlu bersusah payah melakukan kerja lain.
"Dulu aku ada join kem kepimpinan peringkat bangsawan. Papa aku paksa aku masuk walaupun aku tak nak. Setiap tahun aku terpaksa ikut kem tu. Dari situlah aku belajar hidupkan api."
Itu kata dia.
Walaubagaimanapun, kali ketiga cubaannya barulah api mula hidup. Segera aku rapatkan tubuh dengan api untuk menghangatkan tubuh. Baju lebih yang Icarus bawa, aku sarung ke tubuh. Tangan memeluk tubuh. Nyaman rasanya.
Sudah hampir 15 minit kami diam menikmati langit malam. Aku akui, malam lebih menyenangkan berbanding pagi. Udaranya sempoi-sempoi, memang sedap menikmati hari malam. Sekarang aku mengerti maksud mereka. Mengapa mereka bencikan siang, kerana siang membahang. Terpaksa mereka memakai pakaian nipis sehinggakan kadang-kadang mereka tidak bisa memakan pakaian yang mereka gemari kerana terlalu panas.
Aku mengeluh.
"Kenapa kau mengeluh?"
Aku menoleh menghadap Icarus. Dia turut memandang ke arahku. Aku menggeleng kecil. Mana mungkin semua makhluk faham perasaannya kerana hanya dia saja yang anti dengan waktu malam.
"Kau tak suka lepak sini?"
"Bukan macam tu."
"Kalau bukan, kenapa?"
Aku mengeluh lagi. Belakang kepala aku garu walaupun tidak gatal.
"Kau tak suka malam? Jomlah balik." Icarus sudah bangkit. Belakang tubuh yang menindih pasir dibuang daripada melekat pada baju. Baju ditepuk berkali-kali.
Aku hanya membisu. Langkahnya aku turut. Baju sejuk yang dia bagi pada aku, aku ketatkan pada tubuh. Mata menjengah ke arah bulan penuh. Warnanya nampak lain hari ini. Gemerlapan bersama merah. Kenapa begitu?
"Putera, sekarang dah jam berapa?" Soalku.
"Aku tak pasti tapi aku boleh tanya pada orang sekeliling. Kau tunggu sini sekejap." Dia terus berlalu tanpa menunggu. Aku juga tidak sempat menahan. Bibirku herot ke kanan. Tak mengapakah anak raja itu menegur rakyatnya? Tak terkejut orang di sini?
Ah, biarlah!
Aku kembali usap lengan sendiri. Aku tidak boleh menahan keinginan mataku untuk tertunak ke arah bulan. Serta-merta aku teringat Luna. Kenapa bulan nampak biru yang bercampur oren pada malam ini?
Luna... Apa yang dia buat malam ini?
Kesunyian ditinggalkan Icarus benar-benar meremangkan bulu romaku. Sekali lagi aku menggosok lengan.
Kenapa Icarus pergi terlalu lama? Aku dah cukup kesejukan.
Aku memusing ke belakang. Niat di hati ingin mencari dia. Belum sempat aku pusing, aku terkejut dengan susuk di belakang aku. Terus punggungku jatuh menghempas pasir pantai.
Mataku bertentangan dengan dia. Bunyi desiran air ombak hilang dari pendengaran mereka. Aku masih terkejut dengan kehadiran dia.
Kenapa dia ada dekat sini?
"Lu... Luna."
Aku rasa dalam setahun, hanya beberapa kali aku menyebut nama dia. Aku tak suka bertembung dengan dia apatah lagi rapat seperti belangkas. Aku akan rasa pelik. Bertambah janggal andai bertemu waktu malam. Kekuatan aku lumpuh sebaik bulan muncul menghiasi muka bumi.
Dia diam merenung aku yang terduduk. Tanpa kata, dia mengeluarkan tangan dari poket hoodie dan menarik lenganku.
"Eh, apa ni Luna? Kenapa tarik-tarik saya?" Pegangannya cuba aku longarkan tetapi dia kembali mengetatkan. Mulutnya tidak bercakap, hanya tubuh yang bergerak.
"Luna!" Dek ditarik, aku dirikan kaki. Sakit punggung diseret di atas pasir. Sekali kena karang di pantai ini, tak pasal-pasal punggungnya luka.
"Luna!" Sekali aku panggil dia. Dia masih tidak menjawab. Aku jadi geram. Kenapa dengan dia ni? Aku tak kacau hidup dia pun!
Pegangannya aku cungkil namun belum sempat berlaku apa-apa, dia menarik kasar lenganku, membiarkan tubuhku terdorong ke arahnya. Cekap sekali tangan satu lagi menahan mukaku dari bercium dengannya. Mata biru lautnya dia rapatkan ke merah sagaku.
Malam hari, warna aqua itu nampak menarik. Aku juga kadang-kadang terpukau, seperti saat ini.
"Kau dengar sini." Akhirnya mulutnya dibuka. Suaranya tegas bersuara. Mata dipincing memandang ke arah aku. Tubuh kami yang berjarak 10cm dia tarik kian rapat. Genggaman pada baju sejuk Icarus juga dia ketatkan.
"Aku tak ada masa nak melayan kerenah kau. Sekarang, kau ikut aku balik!"
"Kenapa?" Soalku hairan. Tak ada angin, tidak ada ribut dipaksa aku pula sedangkan kami ini ibarat kutub magnet yang sama. Semakin rapat, semakin menolak.
"Ikut ajelah!" Marahnya. Terus dia tolak tubuhku ke belakang. Kepala hoodienya yang jatuh ditarik menutup rambutnya kembali. Sempat dia berdengus keras.
Melihat aku yang kaku, dia kembali tarik lengan aku. Rintihanku langsung tuli pada telinganya.
"Luna, lepaslah!" Bermacam-macam cara aku cuba namun lemah. Kenapa dia kuat sangat ni? Makan apa? Andai terlepas sekali pun, licik gadis itu menangkap semula tangannya. Langsung tak bagi dia lari.
"Luna!" Suaraku naik seoktaf. Sikapnya yang membisu ini benar-benar menaikkan darah aku.
Aku menoleh ke belakang, mencari kelibat Icarus. Mana tahu andai putera raja itu sudah selesai urusannya.
Terpandang susuk yang belakangnya jelas kelihatan bayang sayap, aku segera menjerit ke arahnya. Ah, kisah apa! Aku geram dengan Luna!
"Putera!"
"Kau diam!!" Luna berpaling menghadap aku semula dan menekup mulut aku kasar. Rengusan kasar dia lepaskan pada wajah aku. Rahangku terasa sakit dengan cengkaman tangannya.
Meronta-ronta aku dalam cengkaman tangannya. Aku tak mahu dipaksa dia. Siapa dia dalam hidup aku? Bukan siapa-siapa! Hanya menumpang kasih sayang nenda!
Luna mencuri lihat belakang aku dan dia berdecit. Giginya diketap rapat. Mata dia alihkan menghadap aku semula.
"Kau ni menyusahkan!" Bisiknya keras. Dia tarik sesuatu dari poket hoodienya. Satu gumpalan kain terus disumbat ke dalam mulut aku.
Dia menarik aku kasar. Diteruskan perjalanannya. Kali ini lebih laju. Diam-diam, aku ludah semula kain itu.
"Putera!"
"Ei, diamlah!" Jerkah Luna seraya menolak aku jatuh. Kepala hoodie yang tercabut dia biarkan. Rambut panjangnya diurai ke belakang. Rengusan demi rengusan dia hela.
Aku berdesis sakit. Lengan kananku bergesel dengan kayu pokok. Pada malam hari ini, aku tak pasti cedera aku teruk atau tak tetapi kalau disentuh aku dapati cecair yang keluar. Sah, berdarah!
"Aku cuma nak kau ikut aku balik rumah. Susah sangat ke? Kenapa kau gilakan sangat anak raja tu? Dia tu enggang, kau tu pipit. Sedarlah sikit! Kau tak layaklah dengan dia!"
Kali pertama aku mendengar dia cakap banyak. Kebiasaannya dia lebih suka diam andai tiada benda penting. Aku rasa, kali ini urusannya penting. Tetapi urusan apa? Bila aku tanya dia tak nak jawab. Mana aku tak bengang?
Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak aku terasa dengan kata-kata nistanya. Aku tak layak dengan Icarus? Aku tahu perkara itu. Aku tahu perbezaan kami ibarat langit dan bumi. Aku tahu dia sebesar-besar gajah dan aku sekecil-kecil zarah. Aku sedar itu.
Dia kata aku gila? Hati aku tercalar. Bukan aku gilakan lelaki itu hanya hati aku saja yang senang bila berada bersama dia. Gilakah aku?
"Sekarang, kau ikut aku balik. Aku tak nak ulang banyak kali, Heliena."
Satu hari ini, banyak perkara pelik yang berlaku. Pertama, Icarus boleh menangis depan aku. Kedua, Luna boleh bercakap dengan aku. Ketiga, dia cakap banyak. Keempat, dia panggil nama aku. Susah aku nak dengar. Dan aku terfikir, apa yang kelima dan seterusnya? Kejutan apa lagi yang aku bakal dapat?
"Jom."
Kali ini dia berlembut semula. Tidak sekasar tadi. Aku bangkit perlahan-perlahan.
"Putera!!" Aku jerit sekuat hati.
Matanya membuntang melihat aku. Kaki segera aku gerak menjauhi dia.
"Kenapa... Kenapa kau degil sangat?! Eh, aku penatlah!" Dia mengamuk. Jelas turun naik dadanya.
Aku menjauhi dia. Aku baru perasan, Luna bukanlah orang yang penyabar. Dia juga baran. Aku degil sikit dia sudah mengamuk.
"Beauty?"
Aku menoleh ke belakang. Icarus kelihatan mencari aku. Sayapnya kembang membawa dirinya terbang. Aku panggil dia sekali lagi dan mata kami bertaut. Laju dia menolak angin dan menghampiri aku. Dia mendarat dengan baik dan memeluk aku.
"Kau pergi mana beauty? Aku cari kau tahu tak? Aku pergi tanya aunty jual makanan dekat gerai tadi. Dia kata jam 11. Kenapa kau hilang pula?"
Soalnya bertalu-talu. Mataku jelas melihat riak kerisauan pada wajah itu. Aku tergamam. Dia risaukan aku?
"Hey, jawablah." Tubuhku dia goncang sehingga tersedar. Kepalaku menoleh ke arah Luna. Dia sudah menutup kepala dengan kepala hoodie dan dua tangannya sudah hilang di balik poket hoodienya. Matanya, tajam merenung aku.
Icarus yang perasan pandangan aku ke arah sesuatu turut menoleh dan terhenti pada sepasang mata biru.
"Luna..." bisiknya. Aku memandang Icarus yang masih memeluk aku. Dia masih ingat lagi nama Luna.
Luna yang sedar namanya diseru melangkah tiga tapak, berhadapan dengan kami.
"Kenapa kau larikan beauty aku?" Tangannya mengeratkan pelukan seperti tidak mahu kehilangan aku. Disorokkan tubuhku belakang sayapnya.
"Aku nak dia."
"No. Dia hak aku."
"Tch. Arus, serahkan dia."
"Beauty dah janji dengan nenda dia, sampai jam 12 aku boleh spent masa dengan dia. Sekarang baru jam 11."
"Aku tahu." Dia bersuara lantang dan kuat. Matanya menikam wajah putera raja.
"Tapi... Masa kau dah tamat. Nenda mahukan dia." Tenang dia berkompromi dengan Icarus. Aku yang jadi bingung.
Dengan aku tadi, bukan main kasar dia heret aku balik. Bila Icarus datang, terus dia cakap baik-baik. Dia ni talam ke? Atau... Sebab Icarus ni anak raja?
Betullah. Icarus anak raja, bermakna semua makhluk kena hormat keturunan di raja. Kalau mereka berkasar, ucap selamat tinggal pada dunia sajalah.
"No. Aku ada satu jam lagi."
Dia hamburkan tawa sinis. "Aku tak bodoh lagi."
Tawanya walaupun sinis nampak seram. Aku teguk liur. Malam pula sudahlah dingin, sedingin sikap Luna sekarang. Aku usap tubuh sendiri. Seketika aku terasa bulu pelepah turut menggosok tubuh aku.
Laju aku angkat wajah. Icarus sempat tersenyum padaku. Dia kisahkan aku. Dia faham aku. Tanpa sedar, aku sandarkan kepala pada bahunya. Aku terbuai dalam pelukannya. Mata aku pejam.
"Jadi kenapa kau nakkan dia? Tunggu satu jam baru aku boleh serahkan dia."
"Perkara ni bukan main-main, Arus."
"Okey. Bagitahu aku urusan apa?"
Luna diam seketika. Dia dongak melihat bulan. Icarus juga turut mendongak melihat bulan dan matanya membundar melihat cahaya bulan.
Oren. Serta-merta dia teringatkan aku. Dia memandang aku seketika sebelum kembali menghadap Luna.
"Nenda nazak dekat rumah."
Mata aku terbuntang luas. Badan aku menggigil hebat. Tanpa aku sedar, lututku longgar dan jatuh menghempas bumi.
Cantikkan Luna? Aku pun jeles haha!
Fuh bab ni, susah nau nak menulis. Nak amik mood tu lama beb pheuw nasib cantik.
Okey babai, jangan tanya aku apa-apa dulu. Tunggu next bab tau ehek ><
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro