Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MYTH FOUR

Ah, segarnya!

Warnaku sudah kembali! Itu paling penting! Penantian yang aku nantikan!

Dengan girangnya aku turun dari katil dan bersiap untuk kelas hari ini.

Mandi? Aku tidak mandi menggunakan air. Hanya menggunakan debu untuk mandi. Namun, debu itu istimewa. Bukan debu kotor di atas jalan sebaliknya, debu yang diproses lengkap bersama wangian.

Aku tak tahu di mana nenda dapatkan debu ini tetapi kerana aku seorang yang alah kepada air, debu menjadi ganti.

Seperti biasa, aku sarungkan baju labuh berhoodie ke tubuh. Rambut yang panjang aku sikat supaya rata. Usai berpuas hati dengan penampilan hari ini, laju aku keluar dari bilik.

"Nenda, selamat pagi!" Senyuman selebar sayap aku tayangkan.

Hari baru bermakna permulaan yang baru. Tutup cerita semalam dan lakarkan kisah baru.

"Pagi, sayang."

Namun, senyumanku mati saat seseorang keluar dari dapur belakang.

Sepasang mata dark space itu memandangku lama. Di tangannya terdapat pinggan berisi roti.

Aku gigit bibir. Bukankah dia selalu pergi awal ke kelas? Jam di ruang tamu aku kerli sekilas. Mataku membulat.

Bukan salah dia, tetapi aku!

Aku keluar bilik terlalu awal. Aduh! Sepatutnya lagi sepuluh minit aku keluar supaya tidak berhadapan dengan dia tetapi kerana aku bersemangat untuk menempuh hari baru, terus lesap ingatanku mengenai gadis bermata biru itu.

"Kenapa berdiri lagi? Marilah sarapan bersama. Bukan senang nenda nak tengok kamu makan bersama-sama."

Senyumanku yang memudar langsung pucat. Memang benar kata nenda. Kami tidak sama sekali makan bersama. Andai seorang makan, seorang lagi akan tunggu. Kami seboleh-bolehnya tidak mahu bertembung.

Tetapi, hari ini aku silap langkah.

Dengan langkah yang berat, aku gagahkan jua ke meja makan. Duduk berhadapan dengan gadis bermata biru menyiksa jiwaku.

Punggung aku henyak kasar.

"Kamu nampak lebih terang hari ini. Kenapa agaknya?" Aku pandang nenda. Sangkanya dia berkata kepada si mata biru tetapi rupanya, aku.

Ya, cahayaku hari ini terang dan bersinar. Atas alasan apa diriku begitu bercahaya?

"Tiada apa-apa, nenda." Balasku lembut. Jujur sajalah yang kumampu.

"Betul ni?"

Aku mengerlipkan mataku dua kali.

"Eager with someone new."

Lidahku kelu. Mata merahku dihalakan bertentangan. Mata birunya aku renung lama. Kenapa tiba-tiba dia sibuk hendak bersuara? Bukan selama ini dia lebih suka berdiam? Lebih-lebih lagi kalau perbualan nenda lebih terarah kepadaku.

"Oh yeah? And why is that, young lady?"

Eager? Siapa? Aku? Kenapa pula?

"Mana ada, nenda." Nafiku.

Siapa yang mahu kutemu? Semua orang tidak suka akan aku di sekolah, buat apa aku hendak menjadi teruja di pagi hari? Teruja untuk dibuli, begitukah maksud dia?

"Who is it?"

Kali ini liur kutelan kasar.

"Arus, isn't?"

Mataku membulat. Aku baru teringat sesuatu.

Icarus! Si lelaki bersayap itu!

"Apa? Arus? Is he, Icarus?"

Melihat bebola mata nenda kembali ke arahku, wajahku pucat. Lebih-lebih lagi wajah nenda mula memerah.

"Of course he is, nenda."

Buku lima kugenggam rapat. Kenapa hari ini gadis di hadapanku suka bersuara? Adakah dunia bakal tamat?

Paling utama, mengapa gadis ini seperti mahu mengapi-apikan aku? Apa salah aku kepadanya?

"I told you to stay away from him! Kenapa degil sangat? Is that why your colour bloom so well?"

Aku tersentak apabila nenda mula menolak bahuku.

Hari ini dalam sejarah, aku terkesan dengan tindakan nenda. Kenapa nenda terus berubah dari seorang yang penyayang kepada seorang yang tidak kukenal?

"Beritahu nenda. Icarus ke punca warna kamu menyerlah?"

Aku gelengkan kepala pantas.

No! Bukan dia puncanya.

"If not then, what is it?"

"Tak tahu..."

Nadaku semakin mengecil seiring dengan hatiku yang mula tercalar dengan tindakan nenda kini.

Tidak pernah aku lihat nenda mengamuk dan hari ini dia meletus. Kerana aku. Aku.

"Oh, baru nenda perasan. Hari ini matahari cerah sangat. Terlalu! Jarang nenda dapat lihat matahari mekar sebegitu indah."

Aku gigit bibir. Apa perkaitannya nenda?

"Saya pergi dulu, nenda."

Seperti ada daya tarikan, suara gadis bermata biru itu menarik kepala aku dan nenda untuk berpaling. Nenda hanya menganggukkan kepala. Si dia langsung berlalu meninggalkan aku diasak nenda.

"Tak boleh ke kalau kamu dengar cakap nenda?"

Empanganku pecah. Tangan lembut nenda yang mengusap pipiku terus kutarik dan kucup berkali-kali. Suaranya juga sudah bertukar lembut.

"Icarus bukan orang yang baik-baik untuk kamu, sayang."

Aku bungkam. Mahu saja aku nafikan tetapi tidak terdaya. Mendengar amukan nenda boleh mendiamkanku. Aku tidak berani hendak bersuara lagi.

"Dengar cakap nenda. Jangan layan dia."

Air mata kukesat dengan hujung baju. Aku hanya diam membiarkan nasihat nenda berlalu.

Kebiasaannya aku menjawab tetapi tidak hari ini. Aku rasa kasihan kepada putera raja itu. Dia baik, terlalu. Malah, dia tidak memandang hina terhadapku seperti orang lain. Kenapa nenda kata dia bukan orang yang baik-baik?

Aku buntu memikirkannya.





What makes you angry, nenda?
What's with him?
Why don't you tell me?
Is it so bad to tell the truth?
Is he a monster? But you say no
I want to know nenda
Or else
I fall for him.













SETIAP langkah yang aku ambil terasa amat perlahan. Jarak antara rumah dengan sekolah kurasa tidak pernah dekat malah, semakin menjauh. Keluhan kulepaskan.

Memikirkan kata-kata nenda di rumah tadi, aku mengeluh sekali lagi.

Selama 19 tahun aku hidup, mengapa kali ini kemahuanku disekat? Nenda selalu menyokong setiap perkara yang aku lakukan tetapi kenapa apabila ia berkaitan dengan putera raja itu, aku dihalang?

Siapa sebenarnya Icarus itu?

"Beauty..."

Langkahku mati. Mataku terkebil-kebil. Telingaku salah dengarkah?

"Beauty..."

Aku berpaling 360 darjah namun, tiada.

Siapa yang memanggil aku?

Sekejap, sejak bila aku perasan aku ni cantik? Tidak mungkin kerana Icarus memanggil aku dengan gelaran itu aku terus menjadi riak?

Ah, kuat perasanlah aku ni!

"Searching for me, beautiful?"

Bahuku terasa dicuit, segera aku berpaling ke belakang. Mataku membesar luas.

"Pu... Putera."

Melihat sayap putihnya naik dan turun, aku jadi kagum. Bersihnya sayap itu seperti susu yang baru diperah.

"Done checking me out?"

Aku langsung tak terkesan dengan usikannya kerana... Dia benar-benar menawan dengan sayap yang mengepak besar.

"Hebatnya..." Gumamku tanpa sedar.

Icarus langsung tidak sama dengan orang langit. Berbeza sekali. Orang langit dikuasai oleh burung-burung yang disuntik satu cecair untuk membenarkan mereka berkomunikasi dengan makhluk lain.

Icarus pula hanyalah manusia biasa yang tidak mempunyai kelebihan. Ciptaan sayap oleh ayahandanya, Daedalus mereka berdua menjadi sangat berkuasa dan berpengaruh.

Serta-merta, nasihat nenda hilang dari kepalaku.

"Yeah, it's cool."

Dia terbang ke kiri dan kanan, saja ingin menunjukkan kepadaku bagaimana sayapnya berfungsi.

"Jadi, kau sedang menuju ke sekolah?"

Aku mengangguk. Langkah kembali kucorak. Icarus pula terbang rendah di sebelahku. Mataku tidak dapat dikawal untuk tidak melihat ke arah Icarus.

Sesungguhnya, ini kali pertama aku melihat dengan mataku Icarus terbang. Sewaktu kecil, aku hanya memandang dia dari jauh tetapi kini, dia hanya berjarak lima inci saja dariku.

"I know!" Bunyi tepukan tangan kedengaran.

Langkahku terhenti. Jeritan dari sisi kananku menggamit perhatianku untuk menoleh. Icarus melebarkan senyuman di bibir merah jambunya itu.

"Beauty, aku lupa nak tanya. Siapa nama kau?"

Perutku terasa digeletek namun kutahan. Semalam, seharian mereka bersama namun lelaki itu tidak pula menyoal tentang namanya. Pagi ini saja baru hendak bertanya.

"Heliena." Ringkas jawapanku.

"Heliena... Heliena..." Dia meraba dagunya seperti memikirkan sesuatu. Matanya mengecil setiap kali menyebut namaku.

"Itu dia!" Matanya kembali membesar. Dia memandangku. Bahuku dipegang olehnya erat. Wajahnya nampak teruja. Buktinya, bibirnya menguli senyuman lebar.

"Heliena!"

"Kenapa?" Aku pula yang naik rimas. Apa kena dengan namaku? Pelik sangat ke?

"Kau... Kau adalah matahari!"

Mulutnya melopong luas sama seperti matanya. Anak matanya bersinar seperti terjumpa sesuatu yang dicari selama ini.

"Jadi?"

Terus keras senyuman Icarus. Kepalanya menyenget memandangku.

Kerutan di dahiku mula terbentuk. Aku tak faham apa yang cuba dia sampaikan. Kenapa dengan nama aku? Heliena, bukan berbelit sangat lidah ingin menyebut.

"Kejap."

Bajuku diselaknya. Langsung aku menjerit kerana terkejut. Beberapa langkah ke belakang aku ambil dan baju labuhku menutup kembali tubuh orenku.

"Awak ni dah gila ke?" Pipiku bertukar rona. Gila betullah! Sudahlah di tempat awam dia menyelak baju aku. Ingat aku ni keturunan haiwan ke yang tidak tahu malu? Ee, geramnya aku!

"Oh my! Oh my! Oh my!"

Icarus jatuhkan kaki. Sayapnya kembali disimpan. Seketika, dia terkinja-kinja melompat kecil beberapa kali. Kedua-dua telapak tangannya ditepuk berkali-kali.

Aksinya menambah persoalan dalam hati aku. Apa kena dengan dia? Tak ubah seperti kanak-kanak lagaknya. Aku pula yang seriau.

"Kau orang alam!" Lantang dia bersuara. Wajahnya didekatkan kepadaku. Matanya yang terbeliak dikelipkan sekali.

"Kenapa kalau saya orang alam?" Bajuku ditarik sebelum memeluk tubuh.

"Kau tahu tak, orang alam paling susah nak jumpa kerana dia adalah satu sahaja yang wujud dan aku tak pernah jumpa orang alam dan kau... Aku jumpa kau."

Kepalaku bergegar apabila Icarus mengoncangkan bahuku. Biji mata yang bergolek tak tentu arah aku stabilkan semula. Aku tarik kaki ke belakang lagi.

"Heliena adalah matahari dalam bahasa latin. No wonder badan kau oren. You're the sun! Tapi..."

Wajahnya yang teruja tiba-tiba menjadi tegang.

"Semalam kau tak bersinar."

Aku dah agak. Lenganku digosok perlahan. Mata meliar melihat sekeliling.

"Dan semalam hari mendung. Sebab kau ke, Liena?"

Telingaku berdesing mendengar panggilan namaku. Apa dia panggil aku?

"Apa awak panggil saya?"

"Liena. Salah ke?" Soalnya.

Aku terdiam. Liena? Tak pernah lagi orang memanggil aku seperti itu. Bukan tak pernah, mereka langsung tak ingin. Kalau dah benci, nama pun tak ingin disebut.

"Tak... Cuma pelik."

"Kenapa pula?"

"Nenda tak pernah panggil saya Liena."

"Kalau macam tu, biar aku jadi yang pertama."

Zap!

Hatiku terkena panahan elektrik. Degupan jantung berdegup. Wajahku membahang. Kenapa aku rasa macam pelik ayat dia?

"Wow."

Wajah Icarus aku pandang. Tenungannya yang tak berkelip menambah rona pipiku.

Apa kena dengan aku hari ni?

"You look more cute when you blush. Red and orange, great combination."

Perutku terasa sebu.

"Sudahlah! Saya nak ke sekolah. Nanti lewat."

Sebelum aku berubah menjadi buah tomato, ada baiknya jika aku kembali melangkah.

"Beauty Liena, tunggulah aku!"

Telingaku digosok kasar. Geli aku mendengar panggilan barunya.

Pelik! Tak sedap telinga aku mendengarnya.

"Kau degil beauty!"

Wajahku pucat. Kakiku tak terasa dek tanah. Hukum graviti seakan lari daripada aku.

Angin mula menampar pipiku. Aku angkat wajah dan muka Icarus menjamah pandangan. Senyuman condongnya nampak cantik terukir.

"Daripada kau tenung muka aku yang kacak, aku rasa lebih baik kau pegang aku erat-erat. Kalau kau jatuh bukan salah aku ya."

Kerutan di dahiku mula terbentuk. Apa maksudnya.

"PUTERA!!" Jeritanku bergema di alam ini. Tanganku laju memaut batang lehernya rapat. Wajah disembunyikan di balik bahunya.

Sepasang mataku masih degil ingin melihat ke bawah. Liur kutelan kesat.

Tingginya...

"Putera, turunkan saya. Saya takut."

Tergagap-gagap aku cuba bersuara. Pertama kali berada di awangan, aku jadi takut.

"Nope! Anggaplah ini hukuman kau tak layan aku tadi."

Aku terasa hendak menangis di situ. Memanglah sedap angin menampar mukaku tetapi aku tidak pernah terbang setinggi ini.

Aku sudah mula rindukan graviti yang menarik tubuhku ke bawah.

Aku tak mahu terbang! Seram!

"You're not scared much."

Aku jenguk wajahnya meminta penjelasan. Apa maksudnya? Muka aku rasanya dah cukup pucat. Silap-silap dah bertukar kuning.

Sayap Icarus tanpa isyarat menolak angin dengan kasar. Serta-merta Icarus terbang lebih tinggi.

Dan saat itu juga, jeritanku bergema lagi.










I look into him, nenda
Too much and too deep
I think I can't
What's your meaning behind the warning?
I don't see it
He's good, nenda
He love to be my friend
Teasing me is he hobby i guess
So tell me, nenda?
What's wrong with this perfect creature?


















🌸🌸🌸

Acane chapter kali ni?

So, meet our heroin!
HELIENA!

Heliena bermaksud matahari dalam bahasa latin. Jadi, tahulah kita bahawa heroin kita orang matahari.

Jadi, inilah Heliena sebenarnya!
Badan dia memang oren, melambangkan matahari.

Disclaimer kepada instagram gambar tu. Cantik dan kena dengan apa yang aku nak.

So, jumpa di next chapter. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro