Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MYTH FIVE

Sebaik turun dari langit, aku terasa seperti ingin mengucup tanah merah ini berkali-kali. Terbang di langit memang indah tetapi tidak indah apabila hukum graviti sentiasa menanti diriku untuk jatuh. Nasib Icarus tidak menjatuhkanku.

Kalau tidak, tamatlah riwayat seketul Heliena.

"Wajah kau masih pucat. Kau takut?"

"Mestilah. Saya tak pernah terbang."

"Tapi tadi kau sudah terbang. Tahniah!"

Aku berdecit. Sengaja nak perli akulah tu.

Bajuku yang terselak aku betulkan kedudukannya. Debu yang melekat aku tepuk supaya jatuh.

Warna oren tubuhku aku tutup dengan baju hoodieku supaya tidak nampak dek pelajar sekolah. Mereka langsung tidak menyukai warnaku. Kerana itu aku menutup dengan baju labuh ini. Kepala hoodie pula aku sarungkan ke kepala. Rambut panjang yang aku ikat aku simpan di balik hoodie.

"Kenapa kau perlu tutup diri kau, beauty?"

Icarus kutatap dengan senyuman hambar di bibir.

"Nanti mata awak sakit."

"Tadi kau tak tutup sepenuhnya. Lagipun, kau cantik Liena."

Senyuman sengaja kulebarkan sedikit sebagai tanda terima kasih kepada lelaki di hadapanku. Entah dia mengerti atau tidak, aku tidak pasti. Yang aku tahu, dia orang kedua memujiku cantik selepas nenda.

"Hari-hari saya pakai seperti ini, putera. Tak ada apa yang pelik," jelasku malas. Batang tubuhku peluk rapat.

"Oh ya? Mungkin lepas ni kau patut biarkan terbuka."

"Kenapa pula? Nanti ada aje yang nak cari gaduh dengan saya. Malaslah." Rengusku sedikit kasar.

"Kalau matahari boleh bersinar tanpa halangan, kenapa tidak kau?"

Mulutku terkunci. Wajah Icarus kupandang lama sebelum dialihkan menghadap matahari yang sudah naik tinggi.

Aku adalah matahari itu. Matahari adalah aku.

Tetapi kenapa aku langsung tidak berbangga sebagai orang alam? Makhluk yang mengawal pergerakan alam kut. Siapa aje yang ada kuasa seperti itu? Cuma, aku masih belum boleh kawal. Selagi aku belum berumur 20, kebebasanku terbatas.

Apabila mencecah sahaja 20, aku dapat kawal matahari dengan hati aku. Bukan kawal seperti raja mengawal rakyat. Tidak.

Kuasaku, bergantung kepada hati.

Jika aku sedih, matahari akan ditutup dengan awan gelap sebelum hujan menyimbah bumi.

Andai aku gembira, matahari akan bersinar dengan indah.

Andai aku beku, awan putih melindungi matahari.

Dan jika aku marah, bahang panas akan terasa sehingga ke lapisan kulit. Kepanasan yang belum tentu boleh dihalangi oleh benda lain.

Kerana itu nenda berpesan banyak kali supaya aku tidak mudah marah. Andai aku sudah marah, belum tentu aku mampu redakan sendiri.

Walaubagaimanapun, aku rasa kuasaku sudah mula digunakan. Lihat saja pagi tadi, dengan selamba nenda berkata tentang matahari yang mekar. Pastinya kerana hatiku melonjak gembira.

"Sudahlah, saya nak masuk kelas seni dulu." Aku mulakan gerak kaki.

Aku tak rasa Icarus ambil kelas seni juga. Kelas seni tidak diminati ramai orang dan jumlah pelajarnya juga sedikit. Andai mereka tidak mengambil seni, mereka mungkin ke kelas menyanyi, menari dansa, adab diraja atau mungkin masakan. Antara semua, aku lebih suka seni.

Seni mendamaikan jiwa aku. Malah, pelajarnya semua pendiam. Tidak kuat membuli seperti mereka di kelas magis.

Kelas seni adalah pilihan. Kerana itu kelasnya tidak ramai.

Bap!

"Aduh."

"Kau tak ada mata ke?"

Aku angkat kepala dan liur kurasa tersekat di kerongkong. Masa ini jugalah nak terserempak dengan gadis mata biru. Ini mesti sebab Icarus terbang dengan laju dan mereka tiba ke sekolah awal.

Ini salah Icarus!

Aku membisu sahaja mendengar soalannya. Pandangan dinginnya langsung tidak kubalas sebaliknya aku pandang sekilas.

Dia mengalihkan pandangan ke arah Icarus di belakangku beberapa ketika sebelum kembali melangkah melepasi aku. Perlahan-lahan susuknya hilang di balik dinding. Sesaat itu juga aku lepaskan rungutan.

Salah Icaruslah ni! Aku sudahlah malas nak bertembung dengan dia.

"Siapa dia?"

Suara yang aku kenal sangat. Siapa lagi kalau bukan Icarus? Putera raja yang paling banyak mulut.

Setahu aku, kerabat diraja adalah orang paling tak suka mencemar duli dengan rakyat biasa. Inikan pula bersekolah setaraf dengan rakyat biasa. Pelik!

"Beauty, aku tanya ni."

"Nama saya Heliena, Putera. Bukan beauty."

"Kau juga yang tak suka aku panggil kau Liena. Jadi, aku panggillah kau beauty. Lagi sesuai dengan kau."

Aku ketuk juga kepala anak raja ni. Sesuka hati aje nak panggil aku dengan pelbagai gelaran. Entah-entah dia panggil aku beauty sebab nak mengejek, sama macam pelajar lain. Huh!

"Siapa dia? Keturunan apa dia?"

Aku lepaskan keluhan.

"Luna," sebutku sepatah. Lenganku yang digoncangnya aku tarik.

"Luna. Bulan dalam bahasa latin. Oh, dia pun orang alam?"

"Ya, putera. Kami tinggal sebumbung."

Kalau tak fikir dia ni anak raja, mahu aku zip mulut dia rapat-rapat. Tak penat ke nak bercakap selalu?

"Sebumbung. Beauty! Kau..."

Aku pandang Icarus. Wajahnya pucat dan matanya terbeliak. Aku kerutkan dahi. Apa kena dengan dia?

"Apa dia putera?"

"Kau... Bernafsu dengan perempuan ke?" Dia kemudian menekup mulutnya rapat, acah-acah terkejut.

Segera aku bagi dia siku. Nak sangatkan?!

"Bahasa tu boleh jaga tak? Ingat saya gila ke nak suka kaum sejenis?"

"Aduh, beauty! Sakitlah aku!"

"Ei! Awak cabar kesabaran saya, memang kenalah!"

Aku lepaskan rengusan. Ingatkan aku tak akan menyerang anak raja tapi dia melebih. Boleh dia fikir kami adalah pasangan homoseksual. Oh, tolonglah!

"Saya bukan homoseksual, Putera. Jijiklah benda tu." Tekanku lancang.

Aku dengan Luna bagaikan langit dengan bumi, masakan nak jadi pasangan bercinta? Memang nak suruh aku muntah gamaknya.

"Jadinya..." Dia sengaja hentikan ayat. Aku pandang dia tajam. Tangan sudah sedia andai dia berkata benda merepek.

"Kau suka akulah, kan? Aku lelaki dan kau perempuan. Boleh suka sama suka, kan?"

Dia sengih lebar sehinggakan gigi putihnya ternampak bersinar.

Aku pula kaku. Tubuh mengeras mendengar ayatnya. Tanpa sedar, pipi aku sudah mula memerah.

"Aw, matahari. Kau suka, bukan?" Dia bertanya ke arah matahari.

Boleh gila aku macam ni. Mudah saja dia tangkap perasaanku melalui matahari. Tak boleh jadi!

"So, couple?"

Dia hulurkan tangan. Aku jadi gamam. Dia betul-betul maksudkan ke?

"Merepek!" Laju aku teruskan jalan. Tak mahu aku berkira-kira dengan hati. Lagipun, tak logiklah andai ada orang sudi nak jatuh cinta dengan aku ni.

"Auch! Matahari, kenapa kau tolak aku?"

Aku paksa kakiku berjalan juga dan tinggalkan Icarus sendirian. Sudahlah, penat melayan dia.



Look nenda
He's charming and sweet
My cheeks turn red when with him
Am I fall for him, nenda?
If yes, do you mind?
Or you'll be sad with me?
I want to know nenda
Who is he?







KELAS seni kurasa amatlah tenang.

Tiada Tora. Tiada Rixi. Tiada Marin. Tiada Luna.

Dan yang paling penting tiada Icarus.

Oh, aku mahu masa berhenti saat ini. Berilah aku berlama-lama di dalam kelas ini. Aku mahu suasana introvert sentiasa menemaniku, selalu.

"Kelas, hari ini kita ada pelajar baru yang sudi bersama kita. Mari kita berhenti dan berkenalan dengannya."

Suara Miss Flora, orang gua menyentak kami yang khusyuk melukis di atas satu kanvas. Kami langsung menyimpan pensel dan beberapa alatan lain dan memusingkan bangku menghadap papan hitam dan saat ini dadaku terasa kecut.

Dia sunggih senyuman kacaknya.

"Putera?!"

Laju aku tekup mulut. Maluku bertubi-tubi bilamana pelajar-pelajar di dalam kelas memandangku semacam. Miss Flora turut memandangku dengan pandangan yang pelik.

"Sorry Miss." Ucapku seraya merendahkan nada suara.

Wajah Icarus aku tenung dalam. Kenapa dia perlu masuk kelas seni? Banyak lagi pilihan kelas yang dia boleh pilih, kenapa kelas seni? Kenapa?

"Nama diberi Icarus. Panggil Arus."

Spontan aku julingkan mata ke atas apabila dia kenyitkan mata. Aku cucuk juga mata dia nanti!

"Why did you choose this class instead of other, prince Icarus?"

Soalan dari Miss Flora betul-betul aku setuju. Apa tujuannya memilih kelas ini? Kenapa tidak masuk kelas lain?

"Well, my lady is here so, I need to be here too."

Aku gigit bibir bawah, menghalang bibir mengukir senyuman. Kenapa kau perlu perasan, Heliena?

Melihat isi kelas hanya sepi, Icarus lepaskan tawa halusnya.

"I'm not interested in other classes. Menyanyi? Suara saya terlalu mahal. Menari dansa dan adat diraja? Saya sudah dididik. Masakan? Saya takut dapur istana terbakar nanti. So, I choose art."

Miss Flora kemudiannya mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku juga mengikut gerak kepala Miss Flora. Alasannya boleh diterima walaupun alasan pertamanya buat aku nak julingkan mata sekali lagi.

"Any question for our new friend?" Miss Flora menyoal seisi kelas.

Mataku meliar melihat kiri dan kanan. Tiada yang mahu mengangkat tangan. Malah, mereka hanya membisu. Dengan itu, aku angkat tangan setinggi mungkin.

"Yes, our sun?"

Aku sengetkan senyuman.

"Boleh putera tunjukkan bakat seni yang putera ada? Nak tengok."

Saat itu juga aku rasa nak tergelak melihat wajah keruhnya. Sah, dia bukan kaki melukis!

"Nice idea. Shall you, Arus?"

Icarus tidak menjawab terus. Dia memandang aku lama. Renungannya seperti menyampaikan sesuatu. Pandangannya diiringi senyuman sinis.

Ibarat dia berkata, 'try me!'

"Okey!"

Dia menepuk tangannya sekali.

"Miss Flora, saya perlukan kanvas hitam, gam air, berus dan juga serbuk berwarna oren. If you have orange glitter powder, that would be nicer."

Miss Flora tanpa menjawab mencapai segala alatan yang diperlukan oleh Icarus. Aku mula jadi tak senang duduk.

Ah, sudah! Dia pandai berseni ke?

"Here you go! Goodluck!"

Icarus mencapai kanvas hitam itu lalu diletakkan di atas papan hitam dan disandarkannya.

Berus yang tebal dia ambil dan dicelupkan pada gam air itu. Dia mula melukis pada kanvas tersebut.

Aku memandang dengan penuh kerutan. Kenapa dia menggunakan gam? Kanvas itu langsung tidak berubah warna. Dia tenang mewarna di hadapan seperti kanak-kanak yang sedang mewarna buku lukisan.

Aku menanti dengan penuh debaran.

Dia berpaling dan tajam matanya menembusi sepasang mata delimaku. Senyuman di bibir ditarik. Kacak!

Berus diletakkan di atas meja. Serbuk oren dan glitter yang dipintanya tadi diambil. Aku jadi semakin berdebar. Jantung berdegup kian pantas.

Icarus campurkan serbuk dan glitter itu bersatu. Digaul sedikit sebelum kembali menghadap kanvas hitam.

Apa hasilnya?

Zap!

Icarus campakkan serbuk itu kepada kanvas. Saat itu juga, aku jadi kaku.

Mataku membulat dan mulutku ditekup rapat. Hasilnya mengejutkanku.

Cantik! Sungguh!

Dan, bukan setakat itu yang memeranjatkanku tetapi...

Dia melukis gambar aku!

Aku terasa mahu pengsan juga saat ini. Icarus memandang aku dengan satu pandang misteri. Bibirnya disunggih sengihan kacaknya.

Menggigil tangan yang menekup mulut. Aku sudah silap menduganya.




(Ni contoh sand art painting.)
Anggaplah laki tu Icarus dan perempuan tu Heliena walaupun jauh beza huhu.
Ini je satu-satunya video yt yang kena dengan situasi depa.






🌸🌸🌸

Done bab 4, dah boleh lenakan? Haha!

Jumpa di bab akan datang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro