MYTH FIFTHTEEN
Another day of another update. okey, sampai sini saja mampu update buat sementara waktu 😢
***
LANGKAH aku buka setelah Icarus menurunkan aku di hadapan rumah nenda. Aku langsung tidak mengucapkan terima kasih atas bantuannya. Yang ada dalam fikiran aku hanyalah nenda. Ayat Luna tadi berulang-ulang dalam kepala aku.
"Nenda nazak dekat rumah."
Nenda nazak? Kenapa secara tiba-tiba?
Oh, aku lupa. Tujuh hari yang lepas aku hanya mengisi masa dengan Icarus sahaja. Pagi Icarus, petang Icarus, malam juga Icarus. Nasib dia memahami aku yang anti dengan waktu malam. Lepas jam 12, dia hantar aku pulang untuk reharkan diri. Yang tak boleh blah, buka saja mata dia dah bersidai dekat tingkap bilik aku. Kebiasaannya aku bangun jam 5.30 dan aku pernah terdetik, jam berapa dia di situ. Kata dia, dari jam 4 pagi dia tunggu aku. Gila!
Kata dia lagi, dia tak boleh tidur sebab tu dia datang ke rumah aku. Bermakna, satu jam setengah dia merenung muka aku. Terus bahang muka aku bila membayangkan dia duduk di birai tingkap dan memandang aku. Psiko ke anak raja ni?
Ah, tak penting semua tu. Sekarang ni aku hanya mahukan nenda. Aku terlalu leka dengan Icarus sampai aku abaikan nenda. Entah sihat entah tidak dia ketika aku habiskan masa tujuh hari bersama Icarus. Kenapalah aku boleh lupa terus fasal nenda? bodohnya aku!
Kunci rumah aku keluarkan dari poket hoodie. terkocoh-kocoh aku masukkan kunci ke mangga dan pulas. Kasut di kaki aku cabut. Memang itu kebiasaannya walaupun tidak ada undang-undang mengenai isu tersebut. Nenda yang ajar semuanya. Kata dia, takut ada bakteria tidak baik melekat pada kasut dan terbawa masuk hingga ke rumah. Nenda juga ajar supaya basuh kaki sebelum melangkah masuk tetapi kali ini aku nak cepat.
Aku mahukan nenda! Jantung aku macam nak pecah tatkala ini!
"Sorry, Arus. Kau tak boleh masuk."
"What? Aku nak teman beauty!"
"Take it or leave it, Arus. Kalau kau masuk, aku tak jamin kau akan jumpa dengan Heliena lagi."
Hanya itu butiran yang aku dengar dari dua susuk di belakang aku. Tak kisahlah mereka berdua nak bergaduh sekalipun asalkan tak halang aku jumpa nenda. Aku rasa serba-salah. Sangat-sangat. Tujuh hari aku bangun dan terus tinggalkan rumah. Rutin harian aku terus lesap dalam fikiran. Waktu malam aku balik dan terus terlelap.
Nenda...
Bilik nenda di bawah aku tuju. Rumah yang gelap langsung tidak menghalang aku berjalan. Sejak lahir aku tinggal di sini, aku tahu selok-belok.
"Nenda!" Tombol pintu bilik nenda aku pulas. Telinga aku mendengar suaranya batuk. Laju aku mendapatkan dia.
"Nenda!" Susuk tua yang terbaring di katilnya aku dakap penuh erat. Serentak itu, air mataku jatuh. Mengingatkan dosa aku melupakan dia untuk tujuh hari, perasaan bersalah semakin berhurung di hati ini.
Kepalaku terasa diusap perlahan. Bilik ini sunyi tanpa suara, hanya esakanku yang berlagu.
"Nenda..." Aku panggung kepala.
Dia memandang aku dengan senyuman lembutnya. Tangan kanannya aku genggam dan bawa ke pipi. Sesekali aku kucup tangan itu.
"Kenapa nenda tak cakap nenda sakit?"
"Happy birthday, Heliena..."
Lemah dia bersuara. Aku ketap bibir. Walaupun sakit, wanita itu masih tersenyum. Aku tahan esakan dari pecah lagi. Aku hanya nak bercakap dengan nenda buat masa sekarang.
"Nenda..."
"Cucu nenda dah 20 tahun... Dah besar dah..."
Sedikit pun senyumannya tidak pudar. Mata kami setia bertaut. Jelas di balik anak mata itu perasaan kasih buat diri aku. Nenda sayangkan aku. Terlalu. Hinggakan aku sakitkan hati dia, dia tetap sayangkan aku.
Hati dia mulia.
"Mungkin dah tiba masa Heliena tahu satu perkara."
"Apa dia nenda?" Tergagap-gagap aku bersuara. Perasaanku bercampur-baur buat masa sekarang.
Sedih, bersalah, kecewa.
"Every godmother will leave their child when they grow 20."
Aku kerutkan dahi. Seketika, aku tersedar sesuatu. Umur aku... 20. Hari ini.
"Nenda..."
"Heliena akan tinggal sendirian lepas ni. Matahari milik Heliena untuk jaga. Nenda akan pergi. Selamanya."
Tubir mataku panas. Dia nak pergi? Kenapa aku tak pernah tahu syarat ini? Kenapa?
"Nenda nak tinggalkan Heliena? Nenda... Heliena tak ada siapa-siapa. Siapa nak sayang Heliena macam nenda? Heliena tak nak nenda pergi..."
Aku kesat air mata. Hatiku hancur mendengar suaranya, apatah lagi ayat yang baru meluncur keluar dari bibirnya.
"Jangan macam ni... Heliena ada Luna..."
"Tak sama, nenda. Tak sama." Pantas aku mencelah. Hingus yang terasa mengalir aku kesat. Ah, biarlah muka aku nampak buruk sekalipun!
"Sayang... Nenda ada masa satu jam saja. Sebab nenda sayangkan Heliena, nenda suruh Luna carikan Heliena. Nenda nak Heliena ada sebelah nenda."
Langsung tangisanku pecah. Tadi aku beria-ria tak mahu ikut Luna balik tapi rupanya bukan dia yang nak aku balik. Dia hanya sampaikan hajat nenda. Hanya aku yang salah tafsir.
"Heliena... Banyak benda nenda nak cakap pada cucu nenda ni..."
Aku angguk. Aku faham masanya terhad. Tak sepatutnya aku buat drama air mata. Enam puluh minit, sepatutnya aku beri sepenuhnya pada nenda. Hargai setiap detik yang ada.
Sekali lagi aku kucup tangannya. Tangan ini yang besarkan aku, yang pujuk aku, yang jaga pakai minum aku. Dan tanpa aku sedar, hari ini hari terakhir dia jaga aku.
Ah, mengapa masa begitu pantas? Aku belum puas bermanja dengan dia. Banyak lagi benda yang aku nak kongsi dengan dia. Banyak lagi kisah-kisah yang aku nak dengar dari mulut dia. Aku belum sempat balas jasa dia pun. Aku menyusahkan lagi adalah.
"Sekarang Heliena dah faham kenapa nenda ambil Luna sebagai kakak angkat Heliena?" Soalnya lembut. Tangan kami yang bertaut dia genggam, namun lemah.
Lambat-lambat aku mengiyakan maksudnya.
Kerana itu pada usia 20, Luna kehilangan godmother dia. Rupa-rupanya... Sudah tiba masa dia bersendirian. Aku saja yang cemburu melihat nenda membawa dia pulang ke rumah empat tahun lepas.
"Nah..." Nenda hulurkan satu buku.
Aku mengambilnya lambat. Buku yang nampak lusuh itu aku pandang buat beberapa ketika sebelum aku halakan pandangan menghadap nenda.
"Buku nenda ke?"
Dia gelengkan kepala lemah. Senyuman dia besarkan.
"Itu... Diari ibu Heliena, Idalia."
Aku gamam. Sekali aku pandang buku itu. Warna merah jambunya sudah memudar tapi masih kemas. Tiada ada kesan koyak mahupun contengan pada muka hadapan.
"Nenda tak mampu nak ceritakan semua tentang ibu ayah Heliena tapi dalam diari tu tersimpan semua. Beberapa helai belakang tulisan nenda. Nenda tuliskan mana yang dia tak sempat untuk Heliena baca."
Nenda usap pipi aku sehingga aku tersedar. Langsung aku toleh pada nenda.
"Nenda minta maaf sebab nenda selalu bertegas dengan Heliena."
"Tak apa nenda. Heliena faham. Nenda buat demi Heliena. Heliena tak marah." Senyuman kecil aku ukir. Tak mahu dia susah hati.
"Baguslah Heliena cakap macam tu."
Kami diam seketika. Masing-masing merenung wajah masing-masing. Aku tak pasti berapa lama lagi waktu yang kami ada tetapi sesungguhnya hati aku berat hendak melepaskan dia.
Perlu ke nenda pergi selepas ibu dan ayahnya pergi? Dia tak kuat.
"Heliena sayang Icarus?"
Aku tersentak. Kenapa nenda bertanya tentang anak raja itu?
"Kenapa nenda tanya?"
"Nenda nak tahu."
Aku kemam bibir. Aku takut kalau jawapan aku melukakan hati nenda. Sudahlah nenda meniti waktu akhir, tergamak ke aku nak lukakan hati dia lagi?
"Nenda takkan marah. Nenda nak tahu."
Bila dia berkata begitu, aku luahkan juga jawapanku.
"Sayang."
"Cinta?"
Aku menggeleng. "Heliena tak tahu."
Aku tertunduk. Takut hendak melihat reaksinya.
"Heliena sayang nenda?"
"Mestilah Heliena sayang. Kenapa nenda cakap macam tu?" Kepala aku naik semula. Gerun mendengar soalannya. Mustahil aku tak sayang. Aku sayang gila!
"Tolong nenda..."
"Maksud nenda?" Kerutan di dahi aku mula muncul.
"Jauhi Icarus."
Tubuh aku kaku. Duniaku seolah-olah terhenti. Icarus... Mampu ke dia jauhi lelaki itu?
"Nenda... Heliena..." Aku mati kata. Patut ke aku bagi alasan lagi? Nenda dah nazak. Sungguh, aku buntu.
"Heliena percayakan nenda, bukan?"
"Percaya..."
"Jauhi Icarus. Hidup Heliena boleh hancur kalau Heliena semakin dekati dia. Nenda tak mahu cucu nenda jatuh hati pada Icarus... Kamu berdua tak boleh bersatu."
Aku bungkam. Permintaan nenda aku biarkan berlalu. Aku dan Icarus berjauhan? Bagaimana? Sedangkan sebelum ini kami bagaikan belangkas.
Apa patut aku buat?
***
So yep, hai guys. can i ask for your help?
Pada pendapat kau orang, apa kekuatan cerita ni ya? boleh bagi pendapat?
Dan, what is the weakness? Kelemahan yang boleh author perbaiki. Tell me, jangan tapis-tapis, i is okay with direct person. lagi jelas lagi better so i can clearly understand the weakness.
Need your feedback untuk chapter2 mendatang. Kalau tak menarik pun boleh cakap, issokay.
Thanks for the support!
apa-apapun, bolehlah follow instagram aku untuk tahu perkembangan aku. username aku sama dengan wattpad; stargazell
babai!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro